Laman Webantu   KM2A1: 3389 File Size: 2.6 Kb *



Mengapa Mahathir Dan Pemimpin Umno/BN Terus Berbohong?
By Amin Sapiro

10/12/2000 12:15 pm Sun

Amin Sapiro (Baru dapat pita ceramah 8 Dec.)

[Wak menjawab satu persoalan kenapa pemimpin umno asyik berkelentong. Ada satu mesej penting yang memetik ucapan Ku Li. Sudah tidak ada lagi orang yang layak untuk membimbing umno. Yang ada hanyalah mereka yang akan meranapkannya lagi. Lunas sudah mengajar segala-galanya buat umno sampai bila-bila. Kerana mulut badan binasa..... - Editor ]


MENGAPA MAHATHIR DAN PEMIMPIN UMNO/BN TERUS BERBOHONG?

Maklumat terkini menyebutkan, kerana:


  1. itulah saja cara dan usaha parti itu menutup kelemahan dan pengaruhnya yang sudah 'terlongkop';

  2. 'sandiwara' pucuk pimpinan parti tidak berkesan lagi, malah tidak ada jalan lain yang lebih bermaruah selain dari melakukan 'jenayah' dan adu-domba, ugut sesiapa saja supaya dengan itu 'budaya takut' akan memberi sedikit kelegaan kepada mereka bagi mengabui mata rakyat banyak;

  3. itu adalah cara Komunis yang paling berkesan - iaitu dengan mengganas menggunakan polis dan anggota 'keselamatan' yang diberi upah lumayan untuk membantu mereka menguatkuasa undang-undang 'belantara';

  4. melakukan 'pembunuhan' keatas pesaing supaya rakyat yang berjuang menegakkan hak mengikut Perlembagaan Negara akan dapat ditundukkan;

  5. dengan mengelirukan rakyat denganb mewarwarkan kununnya negara adalah aman, ekonomi maju dan politik setabil semua orang dapat makan, rakyat akan diam dan akur. Akan dihebahkan kepada rakyat kununnya yang menyebabkan kacaubilau adalah Pembangkang yang dituduh hendak merebut kuasa..


Ingat tak Hitler pernah membakar Parlimen Austria? Nah, itulah persamaan perbuatan Hitler dengan Mahathir yang berusaha segigih ini menafikan 'Demokrasi Berpalimen' di negara kita.


Apa tindakan kita selanjutnya?

Nak harap siapa dalam UMNO lagi? Ku Li pun siang-siang kata, "Jika Mahathir undor, siapa yang layak menggantikan beliau. Tidak ada"'.

Nah, nampak tak sekarang? Bermakna UMNO selepas Mahathir tidak ada sesiapa yang berwibawa untuk membawa negara ke arah kemakmuran dalam menghadapi era globalisasi. Dengan lain perkataan - hanya Barisan Alternatif saja yang layak menerajui Negara dalam masa terdekat.

Apa tunggu lagi? Nak harap UMNO lagikah orang Melayu?

Bertindak sekarang!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)