Laman Webantu   KM2A1: 3240 File Size: 21.7 Kb *



LPM 13: Setiap Guntur Ada Kilatnya
By Marhain Tua

18/11/2000 10:19 am Sat

Siri LPM: Suasana Lebaran Pencetus Minda

Bab 13:

[Rencana ini diterbitkan semula, ada satu perenggan menyentuh penubuhan Tabung Haji. Apa yang berlaku masakini menampakkan Tabung Haji mengejar untung, bukannya mengejar kemudahan untuk jemaah haji menyahut seruan ilahi. Dengan kata lain, ia sudah menjadi institusi perniagaan.....termasuklah "bermain" saham. -Editor]





SUASANA LEBARAN PENCETUS MINDA

BAB 13: SETIAP GUNTUR ADA KILATNYA


SETIAP GUNTUR ADA KILATNYA

Dalam hidup kita ini, kita kerap tertipu dengan keadaan sekeliling disebabkan kurangnya pengetahuan. Tanpa pengetahuan tentulah kita percaya bahawa kilat yang berlaku di angkasa adalah satu fenomena yang tidak ada sangkut-paut dengan kemunculan guruh. Sedangkan kilat dan guruh adalah kejadian yang berlaku pada satu ketika yang sama dan disebabkan satu fenomena alam yang sungguh unik. Disebabkan cahaya bergerak lebih pantas daripada bunyi makanya kita mudah menjadi tertipu dengan fenomena ini.

Demikian juga halnya dalam dunia politik, tidak kira di mana politik itu disensasikan. Di Manila, Jakarta, Bangkok, Rangoon malahan di negara kita ini. Kepalsuan yang berlaku disebabkan kelewatan guntur bergema selepas kilat menjelma menyebabkan kita mudah terpaku dan terpukau dengan fenomena politik manusia. Inilah kelemahan manusia sejak ia kecil lagi, mudah diperdaya dengan fenomena yang sensasi dan diputarbelitkan. Perkara ini boleh terjadi disebabkan kepintaran manusia yang kelihatan seolah-olah serba tahu, sedangkan dia sebenarnya serba mahu. Apabila sesuatu wadah politik itu dimonopoli orang yang serbamahu maka tercetuslah suasana di mana manusia yang serbamahu ini akan memegang tampuk kuasa.

Inilah yang sebenarnya berlaku kepada apa yang dikatakan perjuangan orang UMNO sejak tiga puluh tahun yang lalu. Kalau dalam perkiraan umur manusia dan zuriatnya, tiga puluh tahun dikira sebagai satu generasi. Kalau diambil sejarah pergolakan orang Melayu, tiga puluh tahun yang lalu adalah merupakan bermulanya pangsi sejarah Melayu baru selepas tercetusnya peristiwa yang menyayat hati yang lebih dikenal dengan peristiwa Mei 13. Inilah peristiwa sejarah yang menjadi permulaan satu episod yang panjang yang menonjolkan nama seorang insan yang pintar dan berkelulusan perubatan daripada Universiti Singapura. Inilah manusia yang berjaya menggerakkan hati seorang pejuang kemerdekaan negara untuk merelakan dirinya berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri pertama dan ketiga negara ini. Maka bermulalah satu era di mana pemikiran orang Melayu banyak terpengaruh dengan penulisan dan percakapan seorang doktor Melayu yang sudah bersedia mengenepikan bidang perubatan untuk bergerak cergas dalam dunia politik anak watan. Oleh kerana pintarnya dia bercakap dan cekapnya memimpin dan juga menindas secara terlindung, doktor Melayu ini akhirnya menjadi perdana menteri jua di negara ini. Bermulalah pula satu era di mana pembangunan negara dibuat mengikut acuan sendiri bikinannya yang amat taksub untuk menonjolkan negara dan bangsa Melayu agar sebaris dengan negara maju dan bangsa lain yang lebih lama berkuasa.

Kepintarannya berpolitik amat terserlah terutama sekali dalam penggunaan tenaga manusia untuk menupang kuasanya agar terus gagah. Sehingga kini sudah terlantik empat orang timbalan perdana menteri yang sekian lama menyokongnya. Yang keempat itu adalah satu lantikan baru yang tidak tentu bila pula akan digantikannya. Kerana begitulah perangainya dengan timabalannya yang tiga dulu. Semuanya terpelanting setelah pati-santan yang ada pada mereka sudah semakin kuning. Mereka pun menjadi idividu yang tidak penting.

Memang pintar perdana menteri ini. Semua timbalannya yang terdahulu telah dtungganggnya laksana 'orang Muo' menunggang kuda kepang. Dia telah berjaya menunggang mereka sehinggalah satu ketika difikirkan mereka tidak lagi berguna. Kemudian direncananya satu pesta di mana kuda kepang itu dijatuh- kan tanpa orang tahu bahawa semua itu adalah muslihatnya. Semua rencana itu berjaya belaka. Melainkan apabila dia sampai kepada timbalannya yang nombor tiga. Apabila dia bersiap mahu menendang kuda kepang nombor tiga itu, dia terasa rintangan yang amat besar kerana kudanya itu mula melawan. Dia tersentak dan terkejut kerana tidak terlintas bahawa kuda kepang muda itu tidak makan diugut. Berlakulah satu episod panjang yang memungkinkah kuda nombor tiga itu masuk penjara dan menyebabkan penunggang tuanya hidup sengsara.

Kini, kuda kepang nombor empat sedang ditunggang dan sibuk menguruskan kerja sambil tuannya ke luar negara untuk merehatkan tulang dan otot. Dia mahu pulang dengan lebih tenaga dan wajah yang kurang kerepot. Tetapi, tugas yang ditinggalkan bukannya sebarang tugas. Inilah tugas negara yang berbentuk kemas-mengemas. Si tua mahukan kuda nombor empatnya menentukan jawatan dalam parti tetap tidak akan dipertandingkan kerana dia amat takut dengan pertandingan. Sebagai imbohan telah ditetapkannya juga supaya jawatan kuda kepangnya itu pun tidak ada tandingannya. Untuk satu ketika rencana besar itu nampak berjalan beres sehinggalah munculnya seorang pendeta politik yang sama umurnya dengan si tua. Si pendeta ini bangkit dan terus membangkang. Dia naik marah dan mahukan tandingan terbuka diadakan kerana itulah kehendak demokrasi. Inilah bangkangan seorang pendeta yang satu ketika dulu menjadi kuda kepang nombor dua. Demikianlah berakhirnya Babak Pertama dalam pentas hikayat Melayu moden hari ini.

Kita akan mulakan babak kedua dengan berurusan secara terbuka dengan pendeta itu tadi. Urusan ini dibuat secara terbuka kerana ia akan menentukan masa-depan bangsa kita dan generasi yang akan datang.

Yang Amat Berhormat Pak Ghafar,


A. Menepati janji yang saya tulis semalam izinkan saya menulis laksana seorang anak kepada bapanya. Hanya dengan cara itu baru ada kemesraannya tanpa memikirkan kita tersilap alah kalau tersalah menggunakan kata-kata.

Bangsa kita Melayu sekarang ini sedang berada di satu persimpangan yang amat luas dan berbahaya. Inilah satu persimpangan pancaroba yang bukan mudah ditangani dalam sehari dua. Tidak juga dalam sebulan dua ataupun setahun dua. Inilah persimpangan mencelaru yang perlu ditangani bersama oleh setiap anak Melayu tidak kira apa usianya dan di mana jua dia berada. Ia perlu direncanakan dengan begitu tertib dan hati-hati kerana sebarang langkah yang silap akan menjerumuskan bangsa ini menjadi satu bangsa yang akan merempat di negaranya sendiri. Seperti orang Kurdis di Turki, Iraq dan Iran; sedangkan semua tempat yang dikatakan mereka merempat itu pernah menjadi wilayah mereka yang lebih terkenal sebagai wilayah Kurdistan. Begitulah juga halnya dengan beberapa bangsa lain yang merempat di dunia ini. Eloklah kita tidak sebutkan nama bangsa itu kerana takut kita melencong jauh sangat daripada isu penting yang kita sedang bincangkan.

B. Kini, orang Melayu berada di satu persimpangan kerana parti politik yang selama ini menjadi tulang belakang bangsa Melayu sudah gagal dalam fungsinya untuk meneruskan semangat memperjuangkan ketuanan Melayu. Akan tetapi, disebabkan kuasa mutlak yang dipegang oleh seorang diktator tua yang memimpin parti Melayu itu tadi, kita dapati bangsa Melayu semakin meng- hampiri situasi yang memungkinkan orang Melayu itu menjadi setinggan di negaranya sendiri. Detik demi detik perjalanan hidup mereka, harakah demi harakah perjalanan pernafasan mereka sedang ditindas, disekat dan diperkecil- kan ruang kebebasannya oleh seorang diktator tua yang amat rakus dan amat bersahaja percakapannya. Cukuplah di sini kiasan yang diberi agar tidak melampau batasan yang mungkin mencuit emosi berlebihan dalam perbincangan kita seterusnya.

Kita sekarang melangkah ke alaf baru walaupun kalendar alaf baru itu bukannya bertepatan dengan ajaran agama kita. Sebagai satu bangsa yang mahu membesar kita sanggup toleran dengan kehendak besar dunia luar asalkan maruah bangsa kita tidak tercemar. Soalanya sekarang, serba serbi penghiduapan Melayu itu sudah tercemar tanpa penglibatan orang luar. Ia tercemar kerana dicemarkan secara berhemah oleh orang-orang yang diberikan amanah oleh