Laman Webantu   KM2A1: 3233 File Size: 12.5 Kb *



Umno Tidak Ada Tempat Utk Golongan Muda
By Amin Sapiro

16/11/2000 9:47 pm Thu


Amin Sapiro (menunggu tahun 2004 penuh debar)

UMNO TIDAK ADA TEMPAT UTK GOLONGAN MUDA

[Catatan dari sorotan akhbar di Utusan Malaysia 16/11/2000 dibawah]

RUNGUTAN, kritikan dan bantahan ahli biasa terhadap karenah buruk kepimimpinan UMNO di semua peringkat tidak lagi seperti ?api dalam sekam?. Kini asap yang berkepul-kepul dulu telah nampak marak dan kian menjulang. Cahayanya telah memancar ke seluruh pelusuk negara.

Peristiwa Jln Kebun dan urutan kesah yang didedahkan kepada rakyat menjadi ?batu sempadan? yang menyebabkan Mahathir dan jongos-jongosnya tidak lelap tidur siang malam!!

Iltizam rakyat - Tahun 2004 akan dijadikan tarikh Mahatir diheret ke muka Pengadilan Rakyat. Segala proses mengembalikan hak-hak rakyat akan dimulakan. Itu nawaitu pergerakan menumbangkan UMNO; bukan setakat menyingkirkan Mahathir saja..!!

Kesan Pindaan Perlembagaan

Pergolakan negatif yang dialami dalam UMNO kini adalah kesan dari pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh puak yang berkepentingan dalam UMNO. Penyokong UMNO sendiri sudah mulai insaf bahawa pemimpin UMNO menyokong karenah busuk Mahathir semata-mata untuk membolehkan mereka berpaut kepada kuasa.

Sudah difahami, perbuatan mereka bertujuan untuk menjamin kedudukan dan kepentingan mereka. Persekongkolan mereka makin melampaui batas politik - malah sudah mula jual negeri dan bangsa. Mereka sanggup menggadai agama!!

Dengan mengistiharkan ?pemilihan 5 tahun sekali? bermakna pucuk pemimpin UMNO menafikan demokrasi dalam UMNO dan membolehkan mereka merintis satu dinasti Diktator yang berkekalan sampai mati.

Penyokong UMNO tidak menyalahkan 100% ketua peringkat Cawangan yang berprinsip kotor, tamak dan rakus itu. Dr. Mahathir Mohamad sendiri sebagai Presiden parti telah menunjukkan ?sample? perangai yang cukup hodoh, tamak-haloba paling keji; seolah-olah ia boleh buat apa saja. Beliau mengisitiharkan dirinya menang tanpa dipertandingkan. Begitu juga Timbalannya, Datok Seri Abdullah Bedawi.

Paling mengaibkan UMNO lagi ialah arahan Dr. Mahathir yang memaksa pindaan Perlembagaan parti supaya diri beliau dan beberapa kroni dalam MKT dikekalkan menduduki kerusi masing-masing selama 5 tahun. Kesannya, UMNO telah ?terjun lubok? seperti juga Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Ini menyebabkan golongan muda dan karyawan telah hilang minat terhadap UMNO. Mereka memutuskan bahawa UMNO adalah parti Melayu yang cuma "cantik diluar tetapi paling hodoh penuh konspirasi di dalam". Dasar Mahathir dan kroni politik yang mengampu beliau sudah dibeli ?cheap sale? seperti ?pasar borong?!!

Keadaan yang timbul kebelakangan ini makin parah. Penyokong UMNO sendiri telah hilang keyakinan kepada parti. Kini mereka sendiri sudah merancang untuk beriltizam mensabotaj UMNO dari dalam di pilihanraya 2004. Sekaligus dengan itu BN akan kecundang. Mereka mahu UMNO/BN terlongkop habis.

Itu sebab Perhimpunan Jln Kebun adalah disertai bukan sahaja oleh penyokong BA dan Reformis. Malahan penyokong UMNO sendiri telah keluar dari ceruk rantau seluruh negeri Selangor sebagai menyokong wadah rakyat dari parti Pembangkang. Mahathir sudah kacau-bilau dan merapek dalam tidur!!

Bermakna Dr. Mahathir telah menggali kubur ?berliang besar? untuk UMNO. Tarikh 2004 adalah pengistiharan bahawa ?UMNO, dengan secara resminya akan terhapus dari muka bumi Malaysia tanpa sebarang kesan?..!!

Puteri UMNO @ ?Puteri Disko Dangdut?

Puteri UMNO yang diwarwar Dr. Mahathir cuma layak dijadikan ?Betina Seri Panggung? untuk sesi ?Joget moden? dan ?Disko Dangdut?. Mungkin Azalina Said sedang merancang sesi ?Mandi Buih? bersama ?Sister in Islam? yang lebih mirip kepada ?Sister In Sin?.

Mak Cik-Mak Cik Wanita UMNO yang dibayangi oleh Rafidah Aziz pula diberitakan: dalam senyap telah memulakan kempen ?Perang Saraf? terhadap ?Puteri UMNO?. Hasilnya, sesi ?lempar selut? makin menjadi-jadi.

Alhamdulillah? ini memberi petanda bahawa riaksi sesama mereka menyegerakan nazak UMNO menarik nafas terakhir. Kain kafan sedang disediakan oleh Barisan Alternatif (BA).

Pemuda UMNO Makin Pondan

PEMUDA UMNO yang diketuai oleh Hishamuddin semakin ?aw-aw?. Itulah kesan dari mabok mengogok ?Anchor? dan ?Guiness Stout cop kepala Anjing? UMNO. Nawaitu arwah Datuk dan Ayahnya sudah terkikis dari lubuk hatinya. Sekarang beliau menadah tempurung minta sedekah kepada Mahathir - pendatang haram!!

UMNO Bahagian Senai di Johor (antara yg jelas) telah hilang kepercayaan kepada MB, dan membantah kepimpinan UMNO yang semakin ?biadap dan kurang ajar? dibawah kepimpin Mahathir Mohamad. Itu contoh saja. Ada ratusan Bahagian lagi yang sudah menetang dalam senyap.

Sudah ada didengar kes-kes pemimpin UMNO sendiri sanggup membelasah pemimpin UMNO sendiri dengan carut-marut dihadapan Pembangkang. Krisis keyakinan dalam UMNO sudah terang-terang menyerang bagai kanser memamah ?spinal cord? tulang belakang UMNO.

Gejala penentang dari dalam begitu telah menunjukkan satu trend yang menyebabkan UMNO tidak mampu lagi bertahan. Ada diantara mereka yang terang-terang menyebelahi Pembangkang. Mereka tidak peduli walau dikenakan tindakan disiplin dan ?buang dari parti? - waima di ISAkan seperti DS Anwar.

Kesan Isu Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya?

Penyokong UMNO (tidak kira tua-muda, kaum bapa) makin insaf bahawa nawaitu Dr. Mahathir memimpin UMNO dan Kerajaan makin jelas sebagai suatu Agenda Mega beliau yang terancang sekian lama.

Mahathir memutarbelitkan fakta Royalti minyak dan merampas Putera Jaya hak rakyat Selangor semata-mata untuk kepentingan beliau dan Kroni beliau saja.

Dibelakang Mahathir sekarang berderet puluhan juruperunding luar negara dan kroni Cina tempatan dan segala bangsa yang berpotensi menjadi kaya jutawan segera. Mereka memberi pelbagai cadangan dan proposals untuk mengaut keuntungan dari pengistiharan Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya? itu.

Mana muka orang Melayu? Mana muka pemimpin UMNO yang mendabek dada kununnya berWIBAWA dan berWAWASAN?

Siapakah yang ketawa Putera Jaya sudah dijual murahan? Mungkin mahal lagi ?kembung busuk di Pasar Malam?. Inikah UMNO yang memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu?

Untuk mengabui mata orang Melayu, Mahathir merancang menggunakan DUN yang disogok dengan pelbagai macam rasuah. Putera Jaya, negeri Selangor dan Khir Toyo hanya sample saja - sebagai permulaan.

Mahathir merancang untuk ?mewilayah-persekuankan? beberapa daerah strategik lagi. Ada 6 lagi di Selongor setakat yang diketahui.

Jangan tak tau, orang Melayu di Pahang, Kedah (Langkawi), Johor dan Perak kenalah berwaspada. Jangan jadi ?Pak Kadok - menang sorak kampung tergadai?. Hangpa syik bersorak sokong UMNO - hangapa tak tau, seluaq dalam hangpa dah pun tergadai!! Mahathir tergelak, hangpa cuma gentel misai!! Padan muka hangpa!!

Mana-mana pihak yang enggan bekerjasama telah diugut dengan pelbagai ragam. Makin tepatlah tafsiran orang ramai sekarang - ?peluru hidup? yang diterima Khir Toyo datang dari siapa. Itulah cara ?kilas tangan? paling busuk yang bermain ?dalam gelap?. Akhirnya Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya? habis kena SONGLAP!!

Penyelesaian Muktamad

Ada puak yang mentarbiahkan nawaitu ?Hidup mati kerana UMNO?. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ?yang mati itu ialah orang Melayu yang menyokong UMNO, dan yang hidup itu pula HANYALAH Mahathir, anak beranak dan Kroninya saja?. Melaponglah zuriat kalian.

TETAPI, demi kesejahteraan bangsa dan negara, pemimpin Barisan Alternatif akan terus berusaha menyedarkan rakyat (khususnya orang Melayu) melalui ceramah dan penerangan. Makin nampak sekarang kejayaan Perhimpunan Jln Kebun memberi impak keberkesanan paling ketara kepada rakyat. Perhimpunan ?Sejuta Rakyat? diberitakan akan diteruskan mengikut agenda.

Mahathir Gerun Kepada ?Hantu Kubur?nya

Ketakutan Mahathir usah ditafsir sebagai ?ketakutan UMNO atau orang Melayu?. Kerana, UMNO sebenar sudah tidak ada lagi. Ia cuma bayang-bayang momokan Mahathir sengaja bertujuan untuk mengkacaubilau dan mengelirukkan minda orang Melayu saja.

UMNO ?Baru? adalah kelompok barua-barua Mahathir semata-mata. Jumlahnya boleh dibilang dengan jari saja. Mereka yang ditonggokkan di kerusi empuk berjawatan Kerajaan bukan lagi berkhidmat untuk menjamin nasib orang Melayu.

UMNO sudah jadi ?Kuda kayu? dan pemimpin UMNO sedang menari ?Kudang Kepang?. Mereka menari mengikut rentak sambil Mahathir memukul gendang. Mereka sanggup jadi ?barua murahan? untuk menjamin kepentingan diri mereka, Mahathir dan Kroninya sahaja. Mereka sanggup jual tanahair, bangsa dan agama!! Itulah UMNO sebenar!!

Insaf dan usahakankan sungguh-sungguh penuh yakin dan tawakal bahawa ?MENUMBANGKAN regim Mahathir dalam tahun 2004 adalah satu KEMESTIAN. Itu saja cara bagi menjamin negara ini kembali dimerdekakan, dan kehidupan sejahtera zuriat yang akan datang akan terpelihara mengikut rencana kita - orang Melayu?.

Pasti BA berjaya dan UMNO/BN gagal!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)




Rujuk: http://www.utusan.com.my/content_m.asp? url=/utusan/today/Utusan_Malaysia/Forum/fo2_full.htm

Pemimpin cawangan dengarlah suara golongan muda

Saudara Pengarang,

LUAHAN yang telah dibuat oleh Doktor Zubaidi Ahmad dan Zulqafar Wan Haniff dalam ruangan forum mendorong saya untuk bersuara kerana apa yang telah dipenakan oleh kedua mereka menggambarkan keadaan sebenar UMNO di sesetengah cawangan dan bahagian.

Masih ada di kalangan ketua-ketua cawangan yang menganggap golongan muda dan kehadiran orang luar kawasan sebagai faktor yang boleh menggugat kedudukan mereka.

Sepatutnya golongan yang lebih berumur akur bahawa golongan mudalah yang bakal menggantikan mereka suatu hari nanti. Kehadiran orang luar dari kawasan tersebut juga tidak diterima dan mereka tidak diberikan peluang memegang jawatan penting dalam cawangan hanya kerana golongan ini ''tidak memahami keadaan setempat'' cawangan tersebut.

Untuk menyingkirkan golongan ini, surat panggilan ke mesyuarat juga tidak pernah sampai kepada ahli-ahli yang bermastautin di luar kawasan mereka.

Ada pula di antara ketua cawangan yang lebih suka menaja jawatan untuk mendapatkan peluang perniagaan. Mengumpul kekayaan lebih penting bagi mereka daripada berkhidmat untuk masyarakat setempat.

Memang benar apa yang telah diluahkan oleh Zulqafar. Aktiviti kemasyarakatan yang diadakan oleh cawangan-cawangan lebih berupa acara kalendar hanya untuk ahli-ahli UMNO dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat setempat secara menyeluruh.

Kalau untuk pemuda, mainlah bola sepak dari mula hingga akhir tahun dan untuk wanita pula tidak habis-habis dengan lawatan ke sana-sini. Untuk ahli-ahli cawangan pula buatlah rombongan di akhir tahun ke Pulau Langkawi dan sebagainya.

Itulah sahaja perjuangan di peringkat cawangan UMNO yang ada, sedangkan pihak pembangkang sentiasa membuat persediaan untuk pilihan raya yang akan datang. Jentera pilihan raya mereka aktif sepanjang masa sebelum dan selepas pilihan raya.

Saya harap, UMNO di peringkat bawahan akan memainkan peranan yang lebih positif dalam membangunkan masyarakat dan membantu mereka yang perlu tanpa memilih bulu.

Perjuangan UMNO bukannya terhad kepada ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu sahaja. Kalau ada sumbangan untuk mangsa bencana, janganlah dipandang fahaman politik dan warna kulit mangsa.

Golongan muda jangan dianggap sebagai lawan dan ahli dari luar jangan dianggap tidak layak memberi buah fikiran. Ubahlah ketetapan minda yang negatif itu agar UMNO boleh diterima semula oleh semua. - KAPT. (B) ABDUL RAHMAT OMAR TUN MOHD. HANIFF.