Laman Webantu   KM2A1: 3232 File Size: 13.8 Kb *



TJ MT: MGG Tun Eusoff Chin Dan Perlembagaan Negara
By M.G.G. Pillai

16/11/2000 7:07 pm Thu

MGG 125

Tun Eusoff Chin Dan Perlembagaan Negara

(MGG: Tun Eusoff Chin, On Leaving Office, Discovers The Constitution)


Pemilihan Tan Sri Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, oleh Majlis Raja-raja, rupanya tidak disedari oleh Tun Eusoff Chin. Sebagai Ketua Hakim Negara yang sedang bercuti sebelum bersara pada 20 Disember 2000, dia telah terdengar desas-desus akan kemungkinan berlakunya perlantikan itu di pagi hari Khamis itu. Tetapi dia masih merapu mencari kesahihannya. Dia tidak boleh mendapatkan pengesahan itu daripada menteri perundangan yang pernah ditohmahnya dengan kata-kata sebagai penjaga kerusi dan meja, dan tidak pula dapat berjumpa dengan perdana menteri kerana ditangkis oleh para setiausaha daripada berlakunya pertemuan mereka. Lantas, dia naik berang dan bertegas bahawa perlantikan Tan Sri Dzaiddin itu telah menyalahi perlembagaan negara. Dia mula meracau dan berpendapat bahawa seorang hakim mahkamah tinggi tidak boleh bertugas di mahkamah persekutuan. Tetapi dia lupa bagaimana dia pernah mengarahkan Hakim P.S. Gill bertugas secara tergesa-gesa mengadili satu kes mahkamah Persekutuan di Ayer Molek. Begitulah halnya, betapa satu ketika dulu dia tidak seharusnya pergi bersantai dengan peguam pilihannya. Dia juga tahu bahawa berbohong mengenainya adalah satu kesilapan. Tetapi, demikianlah tanggapannya mengenai cara pengadilan di Malaysia ini harus dilaksanakan. Seandainya dia telah melanggari hukum perundangan, tindakannya itu adalah mengikut lunas lunas kepentingan pengadilan juga.

Dia memang tidak pernah merelakan peguam pilihannya Dato' V.K. Lingam, gagal dalam setiap kes yang diperjuangkannya. Dia telah melantik para kroni pilihannya untuk menganggotai mahkamah bukannya berdasarkan kepintaran mereka ataupun kerana kecekapan mengenai hukum perundangan. Dia pernah membiarkan seorang banduan melemparkan tuduhan yang berat di mahkamah mengenai sikapnya yang mudah dirasuah. Kalau hakim lain yang dituduh seperti itu besar kemungkinan hakim itu meletakkan jawatan ataupun mungkin juga membunuh diri. Tun Eusoff Chin tidak akan melakukan semuanya itu kerana kulit mukanya yang lebih tebal daripada kulit seekor badak sumbu. Itu sebabnya dia mudah menerima tindakan seorang banduan yang bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenepikan para peguambelanya untuk mengeluarkan hujah agar kes rayuannya diketepikan selagi Tun Eusoff Chin tidak mengundurkan diri daripada mengadili kes rayuan itu. Tetapi, semua itu adalah sebahagian nikmat jawatan yang dipegangnya. Dia pernah menunggang-balik undang-undang fitnah dalam kes yang membabitkan MGG Pillai, dan telah menggalakkan trenda gantirugi libel yang tidak munasabah nilainya tanpa sebarang bukti dan sebagai satu jumlah gantirugi umum yang belum pernah diizinkan lagi. Dia telah dilantik di jawatan itu dengan kehendak perdana menteri untuk memuaskan kehendak tuannya dalam memusnahkan kewibawaan musuh ketat tuannya itu yang bernama Dato Seri Anwar Ibrahim. Kerana itulah dia telah mengusahakan agar para hakim yang dilantik adalah bajingan yang sanggup melakukan kerja jijik itu.


Keangkuhan Tun Eusoff Chin itu memang tidak bersempadan. Dia tidak pernah memikirkan apakah perdana menteri mungkin naik getek dengan perangainya mengemukakan orang pilihannya sebagai hakim di mahkamah. Dia beranggapan sesiapa yang dikemukakannya itu akan direstui oleh Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri. Kerana tidak menyedari betapa tarikh pupusnya sudah pun semakin hampir, dia telah mencadangkan dua orang hakim untuk mahkamah persekutaun.Seorang calonnya itu memng terkenal kerana kepintarannya tetapi boleh disangkal akan kewibaaan menjatuhkan hukum. Seorang lagi itu pula terkenal kerana membolehkan seorang peguambela menyediakan keputusan penghakiman untuk plaintif. Walau bagaimana pun, hakim itu dinaikkan pangkat ke mahkamah rayuan dan mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat lagi, mengikut selera Tun Eusoff untuk menjadi hakim mahkamah persekutuan. Insan berkenaan mempunyai masa yang lama sehingga tujuh tahun lagi sebelum persaraannya. Beliau juga mampu menglaksanakan perintah seorang perdana menteri.


Tun Eusoff telah menyentuh perasaan Majlis Raja-raja, terutama sekali seorang ketuanya dulu, Sultan Perak. Tibalah masanya apabila hukum 'modus vivendi' diterima pakai oleh Majlis Raja-raja dan juga Jabatan Perdana Menteri: bahawa senarai cadangan Tun Eusoff untuk lantikan hakim mahkmah, dianggap sepi sahaja. Saya memang sudah mengetahui peraturan ini sebelum beliau bersara. (Sekarang ini kontrak beliau dilanjutkan selama enam bulan mengikut peraturan yang dibenarkan oleh perlembagaan). Dia tidak sedar akan perkara itu kerana dia sudah terlalu lama hidup dalam alam khayal yang disebabkan kuasa kerakusannya.


Tun Eusoff pernah ditawarkan jawatan pro chanselor sebuah universiti di Malaysia, tetapi tawaran itu telah ditarik balik. Dia tidak boleh dipertimbangkan sebagai ahli lembaga syarikat berdaftar kerana kemungkinan syarikat itu akan diboikot oleh kumpulan Anwaristas. Tidak kiralah kalau syarikat itu berniaga dalam pembungkusan taik manusia. Dia sudah dipulaukan sehinggakan beliau merasa lemas kerana mengenangkan segala kerakusan yang telah dilakukannya. Para kroninya dulu dapat memuaskan kerenah mereka samada mereka mendakwa ataupun didakwa, sepanjang beliau memegang tampuk kuasa. Tentu dia mula menyesal kini bahawa kesetiaan membuta-tuli terhadap perdana menteri dalam usaha memusnahkan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pun diambilkira dan dihormati. Adalah amat menyedihkan apabila kita fikirkan seorang insan itu dimusnahkan oleh kuasa yang dia sendiri pernah salahgunakan satu hari yang lalu. Tetapi, demikianlah sahaja gunanya seorang tukang pukul itu. Tun Eusoff Chin telah memperlekehkan sistem kehakiman negara begitu rendah sekali tahap martabatnya sehinggakan perdana menteri turut menerima kecaman yang menghinanya di tahap antarabangsa. Sepatutnya dia telah memegang jawtannya itu untuk dilihat dan bukan untuk didengar.


Kerabat diraja telah meminggirkannya persis kelakuan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri terhadapnya. Sikapnya untuk merujuk kepada peraturan yang termaktub dalam perlembagaan mungkin merupakan haknya. Tetapi bukankah itu juga yang dilakukannya untuk memperlekehkan perlembagaan itu. Sikapnya berlagak laksana gergaji dua mata memang boleh dipertikaikan. Kerana dia telah melakukan terlalu banyak kerja aib, keengganannya mengundurkan diri tanpa banyak kerenah mengikut kelaziman yang dilakukan oleh orang lain itu akan mengundang musibah kepada dirinya. Khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Karenah agar terus dipanggil untuk rundingan akan mencetuskan banyak masalah lagi. Seorang penindas yang telah gugur, samada secara adil ataupun tidak, selalunya dibiarkan sahaja begitu sehingga dia memusnahkan dirinya sendiri. Tun Eusoff mesti memahami hakikat ini secepat mungkin sebelum dia dihina begitu teruk sekali ke tahap yang tidak pernah dialami oleh seorang hakim lain di negara ini. Hukum karma yang mungkin menghina hakim yang curang adalah sesuatu yang tidak mudah dielakkan. Kalau perkara ini muncul, adalah tidak mungkin Tun Eusoff mampu mengelak penghinaan itu.


-M.G.G. Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Tun Eusoff Chin, On Leaving Office, Discovers The Constitution

When the Conference of Rulers decided upon Tan Sri Dzaiddin Abdullah as Malaysia's new Chief Justice, one man who should have known did not in a none-too-subtle way to tell him enough is enough, and he would know of the appointment when everyone else is. Tun Eusoff Chin, on leave before he descends into judicial infamy on 20 December 00, heard of the appointment on Thursday morning when the Conference of Rulers met, but could not get confirmation. The Keeper of the Ruler's Seal, who should know, said a decision was awaited. The Prime Minister's Office where sits, in Tun Eusoff's considered judgement, such as it is, the Law minister in charge of tables and chairs, would not tell him either. He tried to see the Prime Minister, but the secretaries shielded him from whom he did not want to see. He could only confirm it just before the official announcement. He is furious, to say the least, and insists Tan Sri Dzaiddin's appointment is unconstitutional. Even the Devil quotes the Scriptures when it suits him. A High Court cannot sit on the Federal Court, but he had Mr Justice P.S. Gill to sit in an emergency sitting of the Federal Court in the Ayer Molek case. He knew, and I am charitable here, or should have known, he could not. He knew he should not have gone on holiday with his favourite lawyer. He knew he should not have lied when confronted about it. But then he decided justice in Malaysia is what he decides it is. So, if he breaks convention and breaches the constitution, it is in the larger interests of justice.

He would not allow Dato' V.K. Lingam, his favourite lawyer, to lose any case he appears in. He packed his court with lawyers prepared to be his cronies, not for their judicial competence or knowledge of the law. He allows a prisoner to accuse him in court of corruption so severe that a lesser judge would have resigned and perhaps even commit suicide. But not him. His skin is thicker than a rhinocerous. He accepted the condemnation as ducks to water, could not understand why the prisoner, one Dato' Seri Anwar Ibrahim, would not allow his lawyers to argue his appeal nor proceed with it if he did not recuse. But that is his perk of office which the world must accept. He turned defamation law on its head, in dismissing the M.G.G. Pillai appeal, and encouraged this trend for unconscionable libel damages without proof and as the hitherto disallowed quantification of general damages. He was there at the Prime Minister's pleasure, especially to see his nemesis, the self same Dato' Seri Anwar, well and truly destroyed politically and legally. He brought in the judges who would do just that.

His arrogance knew no bounds. He did not think the Prime Minister would tire of him, that he could have whomsoever he wanted in the courts as judges and the Conference of Rulers and the Prime Minister would rubberstamp his choice. He did not notice that his sell-by date had expired. He had wanted in the Federal Court two judges, one noted for his intelligence and creative but questionable judgements to suit what is wanted, the other of allowing a plaintiff's lawyer, the self-same Dato' V.K. Lingam, to write the judgement for the plaintiff. Despite it, he was promoted to the Court of Appeal and awaits preferment, if Tun Eusoff had his way, to the Federal Court. He would have an extremely long wait for he has another seven years or so for retirement. But he could deliver what the Prime Minister wanted. And Tun Eusoff fell foul of the Conference of Rulers, especially one of his predecessors, the Sultan of Perak. At some stage, the Conference of Rulers and the Prime Minister's Office came to an inescapable modus vivendi: that Tun Eusoff would not until his retirement have another chance to pack the court. I knew of this well before his retirement (he is now on a six-month contract allowed by the constitution. He did not. He lived in a make-believe world in which he wielded power.

He was offered the pro-chancellorship of a Malaysian university, but this is since withdrawn. He cannot sit on the board of a listed company for fear of a boycott of the company's products by the Anwaristas. Even if it processes human excreta. He is so completely isolated that he cannot turn anywhere without being reminded of his excesses and arrogance. Cronies of the establishment got what they wanted when they sue or are sued during his tenure as chief justice. It is to his everlasting regret that his service as a lackey of the Prime Minister in destroying Dato' Seri Anwar and to keep the judiciary in chains is unrecognised. One is sorry that a man who willingly agreed to be the hatchet man to power cannot understand when that same power destroys him. But hatchet men are useful only in so far as the bodies are delivered. He could not, has not, and brought the judiciary to such low depths that the Prime Minister faces international condemnation for it. He is to be seen and not heard.

The rulers isolated him as surely as the Prime Minister has. For him to now speak of constitutional niceties, after his role in destroying it, is true to form. But this is a double-edged sword in which his own actions can be brought into question. For he so helpfully, decisively destroyed the judiciary that if he does not go quietly into retirement he would find, unlike those who felt his judicial heat, himself in more trouble than he dare hope. For he is superflous to whatever the other organs of state have in mind. To demand why he is not consulted about his successor is to bait. A fallen tyrant, judicial or otherwise, is left to die where he is destroyed. This he should learn fast, or face humiliations no judge in Malaysia yet has. The law of karma is as ineluctable as proper conduct of judges. When they meet, one is doubly damned. As Tun Eusoff is.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my