Laman Webantu   KM2A1: 3216 File Size: 5.2 Kb *



Qarun Daim mendajjal lagi
By Kubang Pasu

15/11/2000 6:53 am Wed




Assalamualaikum wr wbth, ukhuwwah para pejuang HAK HAK Allah, mudah mudahan kita semua sentiasa beroleh naungan keredhaan dan keberkatan daripada Allah jua hendaknya,,, Aaminnn.

Walaupun setelah sekian lama tidak bersua dan mengutarakan pendapat, bukannya bermakna kita tumpul semangat, bacul atau jauh sekali mengkhianati perjuangan yang tidal seberapa ini. Cuma di sepanjang waktu itu segala episod kezaliman dan segala bentuk pencerobohan oleh barisan pengkhianat kumpulan ajaran sesat Parti Kebangsatan UMNO sedang diselongkar dan dirosek agar kita sama sama mengetahui betapa inilah SATU SATUnya pertubuhan penjenayah, pengkhianat, penderhaka dan pembelot yang tiada taranya di negara ini sejak setengah abad yang lalu! Segala issu kezaliman dan kejijikan mereka telahpun banyak dikupas, dibongkar, dianalisa dan dinukilkan oleh rakan rakan pejuang yang lain jadi saya berpendapat elok saja diselongkar pula gerobok gerobok serta di celah celah kain dan seluar dalam puak puak tahgut yang tak bertuhan ini, mesti ada pekung dan kurap kurap yang sedang berulat dan menanah!

Alhamdulillah setelah mengumpulkan segala maklumat maklumat sahih dan "cross reference" dengan "key persons" daripada organisasi organisasi tertentu, maka kini terbongkar satu lagi proses penyamunan yang cukup licik tetapi hanyir oleh si Qarun Dajjal Daim dan juak juaknya tanpa sedikit pun mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara dan rakyat di negara ini.

Pihak Jabatanarah Hidrografi sedikit masa lagi akan membangunkan satu projek pusat hidrogarfi bersebelahan dengan terminal Star Cruise di West Port. Kawasan seluas 50 ekar itu akan dibangunkan sebagai nucleus untuk Jabatanarah Hidrografi TLDM. Sebanyak 4 syarikat telahpun "short listed" kesemuanya cukup layak daripada segala segi dengan peruntukkan yang disediakan berjumlah RM186 juta. Pihak technical committee telahpun melakukan analisa mereka, begitu juga project brief. Tiba tiba... biasalah....Bolehland lah katakan, melalui KSU Treasury, siapa lagi kalau bukan Dato Sam Black (Samsuddin Hitam), bekas KP EPU, kroni kuat Qarun Dajjal dan talibarut setia Mahafiraun Mahathir s/o Mohammed Escandeer Kutty, projek ini kena hijack dan Qarun pun "mewahyukan" agar segala galanya dikurniakan beralaskan dulang emas kepada Muhibbah Engineering yang dikepalai oleh seekor apek sepet yang hanya dikenali sebagai Mark ???

Sudahlah Muhibbah tidak pernahpun participate dalam bidding awal, harganya pula ialah RM380 juta berbanding dengan budget TLDM yang hanya RM186 juta. Apabila perkara ini disanggah oleh TLDM, Sam Black mengatakan ini adalah arahan (wahyu) Qarun "and no questions should be asked!" Mengamok sakanlah TLDM, mana nak korek duit, bukannya macam PDr.M, boleh rasuah sana sini, jadi bapak ayam bela sundal, dan mengutip duit protection daripada pusat pusat judi, kelab kelab dan komisyen rumah rumah pelacuran. Kiranya TLDM ini bermaruahlah juga. Namun Qarun Daim tak peduli, yang penting dapat sapu dan kaut apa sahaja di depan mata, lalu diarahkan agar projek itu dibuat dalam dua fasa yang bernilai RM180 juta setiap satu. Inilah satu episod malang kepada negara, rakyat dan Agama kita di mana kita akan terus terusan menanggung hutang akibat kerakusan tembolok seekor dua syaitan syaitan di kalangan pemimpin negara daripada UMNO dan BN!

Silalah tunggu dan nantikan "signing ceremony" yang akan berlaku sedikit masa lagi dan upacara pecah tanah, dengan harapan agar projek ini akan menjadi tidak lebih atau kurangnya dengan projek PULAREK yang lingkup sedikit masa lalu. Apa mungkin kontraktor PULAREK itu pun daripada sepsis yang serupa dengan yang ini juga? Wallahuwa’alam, yang nyata mereka adalah daripada kroni kroni yang sebangsat, sesepet dan sebuncit itu juga dan didalangi oleh syaitan dan iblis yang sama saja di Putrajaya dan KK itu.

Dulu semasa ada Pak Syeh DSAI, apabila ada ura ura nak merompak rakyat DSAI akan berkata "NO!", kini apabila ada ura ura nak merompak rakyat Mahathir dan Daim akan saling berkata "YES YES" dan "berapa kita nak makan?"

Kita semua MESTI JANGAN LUPA apakah keterangan Dato’ Shafei Yahya di dalam mahkamah tinggi semasa perbicaraan DSAI tempoh hari, iaitu Mahathir menghalang dan memarahinya kerana bertindak menggelidah pejabat Ali Abul Hassan di mana sejumlah RM100,000 telah ditemui "red handed" juga betapa di dalam kertas pertuduhan BPR terhadap Rafidah Aziz, si betina itu mengakui bahawa dia diarahkan oleh Mahathir supaya berada di dalam mesyuarat pengagihan saham itu untuk memastikan anak Mahathir juga diperuntukkan sejumlah besar saham saham yang dirompak! Ini semua rakyat MESTI ingat dan tanamkan di dalam akal kita yang waras sehinggalah KEBENARAN dan KEADILAN ditegakkan atau Mahathir berserta koncu koncunya sendiri yang terhukum!

Untuk kesekian kalinya...ingatlah BN, UMNO, PDr.M dan anak bini Mahathir, "it is Mahathir’s HEAD and of HIS LIEUTENANTS’ that we are after... may not be today, tomorrow or next year, but,..ONE day, Insyaallah!"

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!

~Kubang Pasu.