Laman Webantu   KM2A1: 3211 File Size: 4.6 Kb *



ADUN UMNO tampar ADUN DAP
By Kapal Berita

14/11/2000 9:49 pm Tue

Aduh..... malas saya hendak memberi komen mengenai gelagat ADUN BN di dalam sidang DUN. Inilah bahananya bila wakil rakyat tidak dapat mengawal emosi dan telatah.

Nampaknya kita mempunyai barisan samseng yang lengkap, pasukan polis yang membelasah, meraba-raba wanita di lokap, dan menjamu mata - kini para ADUN BN yang celupar dan suka menampar melengkapkan lagi barisan samseng barua.

Menurut ahli saikologi, mereka yang menggunakan kekuatan fizikal setelah bertukar kata adalah mereka yang lemah daya pemikirannya... atau dengan kata lain 'bangang'. Bagi rakyat inilah spesis samseng barua 'yang berhormat' yang dilahirkan oleh kepimpinan berwawasan melayu barua Mahathir Muhammad.

Di Parlimen mereka menggunakan kata-kata liar atau ponteng sehingga terpaksa dipantau. Di DUN mereka mahu menang walaupun dengan kaki dan tangan. Memang patutlah ramai ahli dan pemimpin umno membunuh dan dibunuh...... Tradisi membela nafsu setan.




Sumber: Berita Hairan
http://www.emedia.com.my/z/Current_News/ BH/Tuesday/National/20001114091614

Sesi rehat kecoh kejadian Adun tampar Adun

14 November 2000

SHAH ALAM, Isnin - Sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Zakaria Md Deros, menampar Adun Bandar Klang, Teng Chang Khim.

Seorang lelaki, yang dikatakan penyokong Zakaria tetapi bukan Adun, turut menumbuk dagu wakil rakyat DAP itu, sebelum melarikan diri.

Kejadian itu berlaku di ruang jamuan Dewan Undangan Negeri Selangor, tingkat dua Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini kira-kira jam 11 pagi apabila Dewan yang bersidang pada hari pertama, berhenti rehat selepas sesi soal jawab.

Sebelum itu, dalam sesi soal jawab di dalam Dewan, Teng bertikam lidah dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar mengenai kilang haram.

Menurut beberapa Adun yang menyaksikan kejadian itu, Zakaria menemui Teng di luar Dewan menyatakan tidak puas hati terhadap perdebatan Teng mengenai perkataan ?haram? dan ?halal?.

Apabila Teng menjawab itu adalah hak beliau untuk menyatakan apa yang dirasakan perlu di dalam Dewan, Zakaria menengking sambil mengeluarkan perkataan kesat.

Teng yang hilang sabar mendengar kata-kata Zakaria, menjerit balas menyebabkan Zakaria juga hilang sabar lalu menampar Teng, sebelum mereka saling tolak menolak.

Ketika beberapa Adun cuba mententeramkan keadaan, salah seorang daripada lelaki yang dikatakan orang Zakaria, menumbuk dagu Teng sebelum melarikan diri.

Kejadian itu sampai ke pengetahuan Menteri Besar, Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang kemudian mengarahkan kedua-dua Adun berkenaan menemuinya.

Hadir sama dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ambrin Buang dan Pegawai Undang-Undang Negeri, Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Selepas menyoal kedua-dua belah pihak mengenai kejadian itu, Zakaria akhirnya dinasihatkan supaya meminta maaf kepada Teng di hadapan mereka.

Teng ketika dihubungi memberitahu beliau tidak berhasrat membuat laporan polis kerana Zakaria sudah meminta maaf.

Bagaimanapun, katanya, dagunya masih terasa kebas berikutan tumbukan oleh lelaki, yang dikatakan orang Zakaria itu.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab mengenai isu kilang Industri Kecil dan Sederhana yang beroperasi secara haram di Selangor, Teng membangkitkan rasa tidak puas hatinya dengan perkataan ?haram? digunakan.

Katanya, secara tidak langsung ia mengatakan pekerja di situ mencari rezeki secara ?haram? sedangkan mereka bekerja mencari pendapatan halal.

Abdul Fatah memberitahu, perkataan ?haram? digunakan kerana status tanah kilang itu didirikan yang tidak ditukar syarat kepada industri.

Bagaimanapun, Teng terus membantah dan mendesak kerajaan negeri menggunakan perkataan lebih sesuai sebagaimana perkataan ?pendatang haram? yang ditukar kepada ?pendatang tanpa izin?.

Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara perkataan ?haram? dan ?halal? sebagaimana syurga dan neraka.

Abdul Fatah yang kelihatan tenang sepanjang melayani Teng, akhirnya bersetuju mencari perkataan sesuai selepas wakil DAP itu terus mendesak dan enggan menerima penjelasan beliau.