Laman Webantu   KM2A1: 3210 File Size: 6.6 Kb *



Bila Menangis Tunku Imran - Kita Rasa Geligeleman..!!
By Amin Sapiro

14/11/2000 8:00 pm Tue

Amin Sapiro (hilang rasa simpati)

BILA MENANGIS TUNKU IMRAN - KITA RASA GELIGELEMAN.. !!


SATU keistimewaan orang Melayu ada - pantang tengok orang menangis Sekaligus mereka yang memerhatikan akan ikut airmata masing-masing menitis.

Karenah General Pencen 5-Bintang

Dulu terdengar cerita seorang bekas General 5-Bintang suku-sakat Siti Hasmah, bini Mahathir Mohamad menangis di khalayak ramai. Sebabnya, Sukan Commonwealth SUKOM nyaris-nyaris terlongkop! Kabarnya sebab 'fulus' tak cukup! RM300 juta habis si General tu 'tarok'..!! Maklumlah bukan 'kepala bapak' dia yang 'stump-out'..!!

Dalam rundingannya dengan abang iparnya, Mahathir Mohamad, si general pencen itu dengan gah 1000 ego berkata:

"If you give me peas, it is good for monkeys..!!".

Maknanya, kalau dia diminta berkhidmat kepada negara, ganjarannya wajar wang rakyat dihadiahkan kepada ratusan juta. Itu contoh seorang yang kununnya mendapat latihan mempertahankan negara.

Sekali pandang, negara kita pernah diserahkan kepada seorang anak bangsa berpangkat General 5-Bintang yang berkiblatkan wang! Mujur tidak ada musuh yang melanggar. Jika tidak, General tentera suku-sakat Siti Asmah inilah akan membuka tembok pertahanan negara. Puncanya, dia bertuhankan wang. Rasuah!!

Karenah Anak Raja 'Belukang'

Kali ini, seorang anak raja pula mengugu tersedu-sedan. Namanya Tengku Imran. Kerabat raja Negeri Sembilan. Kata Isa Samad, "Oghang kampung edan?" Hehehe? (loghat Nagoghii Sombilan).

Anak raja yang ini menangis sakan kerana hiba. Hatinya terkilan. Pun kali ini pasal Sukan. Kununnya sebab tak menang 'bid' - tak dapat rangkuh 'Sukan Asian 2006' ke Malaysia. Haiyaaaaaaa?..!! Ini hobby kerabat raja kita.

Kali ni Pak Arab dari Doha, Qatar lagi handal. Lawan punya lawan, nampaknya taukeh 'unta' sudah menang lumba. Apa nak dikata - berlinanglah airmata 'kerabat YDP Agung Pertama'. Berjejeran airmata. Bengkak pelupok mata, 'cembeng muko'. Malunyaaaaaaa?.!!

Ramai yang tengok gambar anak raja itu 'cembeng muko' dalam akhbar tempatan dan antarabangsa. Kalau ditengok betul-betul, memang rasa nak tergelak kita. Badan saja besar macam gajah liar, tapi otak macam semut!! Macam budak tadika kalah main lontar-lontar 'Bola lisut'..!!

Yang memalukan kita mengengoknya, bukannya elok sangat rupa anak raja yang ini menangis hingga terpaksa lengannya dipapah. Terlondeh seluarnya sampai lembik lutut dia. Heran juga yek?

Kita harus bertanya: Kalau pasal sukan, sanggup anak raja ini berderai airmata. Yang hairannya, muka 'depa' langsung tak jumpa dalam majlis Musbaqah Al-Quran. Malah, muka macam anak raja itu langsung tak kesah dimana nak didirikan astaka musabaqah. Langsung tak ambil kesah samada ada atau tidaknya musbaqah. Tapi kalau sebut 'sukan', sanggup mereka saling bertuduhan. Cukup kuat pengaruh syaitan dalam badan!!

Hamzah Abu Samah - 'Politikus Bangang'

Malam tadi Hamzah Abu Samah pulak berbuih-buih mulutnya bercakap celupar. Katanya, Malaysia tak dapat 'bid' Sukan Asian 2006 sebab ada pulak Konspirasi diantara mereka, kunun.

Ewwaaaahhh? mengaghut betui 'menteghi pencen tak laku seduit' ini. Ada-ada saja tohmah-fitnahnya kalau tak dapat. Tak ada 'sporting spirit' langsung. Itu macam kah orang Malaysia punya karekter kalau dah kalah?

Itulah dia contoh kerabat UMNO yang mengaku diri beragama Islam. Mereka adalah manusia paling 'pro' menjilat UMNO.

Kita betul-betul hairan - Hamzah Abu Samah sanggup melemparkan 1001 tohmah. Terkulat-kulat mulutnya berbuih menuduh wakil Qatar berkonspirasi.

Bertanya kita: "Mengapa Hamzah tak pernah terdengar mebuat sebarang kenyataan mengenai Konspirasi Politik Mahathir mengaibkan Anwar? Adakah mereka tak ambil tahu langsung mengenai huru hara yang timbol kesan dari kebusukan agenda Mahathir dan sekongkol UMNO hingga tanair, bangsa dan agama punah ranah diaibkan beliau?"

Kita tak pernah terdengar mereka merungut tentang keadilan proses mahkamah hingga membuatkan Anwar 15 tahun kena penjara!

Sebaliknya, bagi mereka itu, kekalahan 'bid' Sukan Asian 2006 lebih intim dalam lubuh hati mereka. Inikah kategori orang-orang besar yang menjadi 'penganjur' rakyat. Rupanya, mereka adalah sekongkol penjlat-penjilat yang lebih cenderong menggalakkan 1001 macam maksiat. Oiiii?. diimanakah kiblat?

Wang Ada Di Belakang Sukan!

Kita faham sekarang mengapa General Pencen 5-Bintang itu 'bermampos-mampos' menangis didepan orang, Tunku Imran 'cembeng-moyok' menunjukkan muka 'belukang', Hamzah Abu Samah terketar-ketar bibir menyeranah. Rupa-rupa semua mereka itu KECIWA kerana SUKAN ASIAN 2006 kali ini tidak berjaya dibuat di Malaysia.

Sebenarnya mereka ada kepentingan wang dan keuntung ringgit berjuta hasil dari mengendalikan sukan tersebut.

Mereka tidak peduli walau ratusan juta wang rakyat akan jahanam bagi menampung kos penyelenggaraannya. Apa yang mereka pentingkan - asalkan dompet dan bank akaun mereka semakin tebal. Rakyat 'mampos' menanggung belanja penyelenggaraan, mereka tak kira tak ambil hal!!

Inilah dasar dan falsafah pengendali Sukan di negara ini. Mereka tidak peduli siapa akan menanggung risiko dan kerugian rakyat diperhutangkan berbaris sampai mati. Yang penting bagi mereka ialah 'Bisnis.. bisnis sendiri..!!'. Kita tau apa agenda mereka.

Alhamdulillah - Allahu Akbar!

Ahamdulillah - Allah swt Maha kaya. Doa rakyat supaya Sukan Asian 2006 tidak dilaksanakan di negara ini termakbul. Kita masih menunggu 'Laporan Audit' untuk mengetahui berapa ratus juta General pencen pengendali SUKOM dan 'sental' dan masukkan dalam poket. Jika terdapat salahguna wang, rakyat wajib tuntun dan heret beliau ke penjara!

Persetankan Tunku Imran menangis macam 'budak kecik'. Padan mukanya. Anak raja macam ini patut disula saja. Nak harap apa?

Hamzah Abu Samah wajar dibuang jauh-jauh untuk dibaham oleh 'buaya tembaga' Sungai Pahang!! Menyusahkan rakyat saja hidup mereka!!

Apakah mereka ini wajar diberi simpati?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)