Laman Webantu   KM2A1: 3203 File Size: 5.2 Kb *



Siri 1: Bayangan Jln Kebun Di Lunas
By Dahlia

14/11/2000 8:54 am Tue

Saya baru bangun dari rehat dan lelap. Hahhaa... teruknya. Siang dah rasa malam plak. Biasalah. Cuma keletihan yang agak teruk. Padahal sudah seminggu lebih dikejar belantan dan disembur pancutan. Bila kena air suam tadi, ah, rasa lega dan dapat mengadap skrin. Nak sambung sikit beberapa coretan sejak berhempas-pulas dengan binatang seragam di sepanjang jalan.

LUNAS: PELUANG UMNO MElunasKAN DENDAM ?

Perhimpunan 5 November 2000 yang lalu telah mencatit sejarah. Tidak mampu media perdana untuk menafikan kekuatannya. Kalau lah sekadar untuk menyedapkan hati Memanda Tua, mungkin media tersebut berjaya buat seketika. Namun, tidur Chamil Wariya di tv3 suku sudah tidak selena dulu lagi. Mata Zainudin Maidin di Utusan juga tentu sukar lelap kembali bila pembohongan mereka diketahui.

Akhbar Cina tanahair telah menjelaskan peristiwa berkenaan dengan terang yang tak perlu bersuluh lagi. Itu pun belum dikira beberapa paparan yang dibuat oleh HARAKAH ataupun laman-laman reformasi. Bagaimana agaknya nanti jika rakaman kamera 'digicam' dan 'videocam' yang dibawa oleh ratusan peserta tersebar merata nanti? Itu semua nanti akan menjadi bukti-bukti sejarah tanah-air betapa kerajaan sanggup menafikan hak 100,000 rakyatnya berhimpun dengan keganasan polis yang luar biasa. Mampukah akhbar penjilat itu menafikan semua rakaman dan catatan itu?

Pada malam peristiwa tersebut, saya turut membaca beberapa rencana yang melukis sejarah pahit itu. Ini termasuklah cetusan beberapa insan yang selama ini belum pernah menulis di laman-laman reformasi. Detik-detik pengalaman yang ditimba oleh mereka itu amat mengharukan jiwa. Ia tetap segar di dalam ingatan walaupun ada pihak yang mahu ia dilupakan. Itulah bingkisan yang amat berharga yang digarap sewaktu berada di tengah ribuan manusia di dalam negara yang mencengkam kebebasan berhimpun dan bersuara. Sebab itulah banyak pemimpin dunia yang zalim kecundang bila ribuan rakyat berada di jalanraya. Dan ini baru sahaja PERMULAAN dan AMARAN.

Mereka melukis pengalaman itu dengan gaya dan nada yang tersendiri. Tidak ada pembohongan! Tidak ada upah, dan tidak ada ganjaran. Malah bukan juga untuk menyedapkan hati sesiapa, hatta hati mereka sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan pelbagai nama pena untuk menarik pembaca, seperti yang berlaku di SEMUA media arus perdana.


KISAH JALAN KEBUN BAKAL MENGGEGARKAN LUNAS?

Kisah yang tertulis dan tercatit di Jalan Kebun itu lahir dari peristiwa yang berlaku di depan mata kepala penulis sendiri. Tulisan-tulisan itulah wacana sejarah. Bahkan, ahli sejarah sendiripun tidak mampu mempertikaikannya kerana mereka sendiri tidak berupaya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah itu. Catitan demi tulisan yang saya baca, termasuk oleh saudara Matdeghih dan Pak Tam, amat memilukan perasaan.

Saya memutuskan untuk tidak menulis apa-apa di sana, cukuplah dengan sekadar mencatitnya di dalam buku " AIRMATA MERUBAH SEJARAH " milik saya. Seorang kenalan menambah di dalam emelnya kepada saya, "air mata juga mampu membuat rekahan, sehingga tumbang Kondominium di Ulu Klang!".

Kini sudah hampir seminggu peristiwa itu berlalu. Tetapi mata masih terasa pedih, kaki masih lenguh bercampur sakit, dan badan pula terasa sengal-sengal di sini dan di sana. Tetapi semangat yang berkobar tetap membara... Dan Lunas menjadi medan ia kembara.

Apakah umno tidak gusar dengan peristiwa 5 November itu? Kita lihat seolah-olah mereka tidak peduli dengan perhimpunan tersebut, malah akhbar perdana@penjilat sendiri tidak langsong menyiarkan cerita 5 November itu. Sebaliknya mereka menggunakan tektik menipulasi dengan menulis, "perhimpunan yang tidak mendapat sambutan".

Hah! Hebatnya ZAM! Hebatnya wartawan Utusan dan B. Harian!

Tetapi mampukah nanti mereka bergelak ketawa jika dikirim gambar sekeping dua ke DUN Lunas itu nanti? Bagaimanakah agaknya reaksi pengundi di sana menyaksikan pasukan seragam PDrM membelasah rakyat marhaen? Akan bertambahkah undi untuk UMNO dan juaknya atau ia semakin surut sekusut-kusutnya?

Hari-hari kebelakangan ini suratkabar milik umno itu bolehlah bercerita dan temberang panjang, tetapi jika Lunas jatuh ketangan pembangkang bersiap-sedialah ZAM dan rakan menjadi sisa buangan.. "You are fired!".

Pada ketika itu mereka pasti akan terdiam dan tergamam..... Dan bilik gerakan umno semuanya akan semakin lengang. Saya pun memasukkan kunci menghidupkan enjin kereta, untuk berlepas pulang sambil diiringi satu senyuman yang sungguh panjang......

Dahlia/KL
13 November, 2000