Laman Webantu   KM2A1: 3201 File Size: 6.9 Kb *



Terbukti Sekarang Mahathir lah Pengkhianat Negara - Bukan Ezam
By Amin Sapiro

14/11/2000 2:08 am Tue

Amin Sapiro (saja nak pesan kpd pengundi Lunas)

TERBUKTI SEKARANG MAHATHIR LAH PENGKHIANAT NEGARA - BUKAN EZAM.


KALAU saya kata Amerika Syarikat sebuah negara yang tak peduli kutukan Mahathir keatas negara itu, mungkin Amin Sapiro dituduh pro-Amerika.

Kalau saya bagi alasan yang logik dan rasional, pasti ada orang UMNO kata, Amin Sapiro pro-penjajahan negara luar. Jadi saya serahkan kepada mereka yang mahu mencari kebenaran.

Kenapa Mahathir Suka Ke Amerika?

Saya berpandangan, apa Mahathir dan Rafidah buat - kejap-kejap terbang ke Amerika menadah tempurung menyembah pelabur mengisi tabung FDI dan pinjaman luar adalah bukti menunjukkan bahawa Amerika adalah sebuah negara yang tak peduli apa orang lain kata. Dasar Amerika adalah terbuka. Apa yang penting bagi mereka ialah wang, kekayaan dan peluang mencari harta melalui perdagangan teknologi yang mereka ada dan jual kepada kita.

Bermakna, jika Ezam bercerita mengenai Mahathir di Amerika, memang tidak wajar Ezam dituduh bersekongkol dengan Amerika atau suka negara kita dijajah. Kalau beliau dituduh begitu, kena tanya Mahathir dan Rafidah - mereka pergi ke Amerika saban bulan dan tahun guna apa?

Saya ada info - Ada bini menteri UMNO yang beli gincu dan seluar pantie pun di mall besar-besar di New York dan California. Mereka makan dan berfoya sakan, ada yang mabuk siang malam, cari betina di 'Sunset Strip'; tinggal agama tinggal solat! Itu apa ke bende nye? Tidakkah mereka menyerahkan diri supaya dijajah?

Jadi, bagi saya, orang UMNO jangan terlalu sentimental bila Mahathir kutuk dan menuduh Ezam pengkhianat negara. Sebenarnya Mahathir sengaja nak memomokkan kita rakyat Malaysia - kunun Amerika adalah negara yang nak menjajah kita. Ezam talibarut Amerika, kunun.

Penjajah Negara 'Orang Malaysia'

Sebenarnya, Mahathir harap orang Melayu akan bangkit menyokong UMNO dan mengaggap Mahathir adalah Wira negara ke-3. Tapi sebenarnya, Mahathir hanya main 'kejip mata' dengan pentadbiran Amerika. Dia nak lari dari pelbagai tuduhan rasuah yang dibongkar oleh Pembangkang dan kakitangan awam sepertik Datuk Shafie Yahya!!

Mahahir sengaja nak mengada-adakan cerita temberang-bohong kerana nak cuba lari dari tuduhan sengaja memenjarakan Anwar, menyiksa tahanan politik ISA dan merampas hak kebebasan rakyat. Sementara itu dia akan terus melakukan rasuah, nepotisma dan berkelusi dengan puak Yahudi antarabangsa!

Rakyat Amerika tak ingin nak jajah Malaysia sebab tak ada benda bagi mereka di negara kita ini. Nak harapkan minyak, jumlah barel yang dikeluarkan sama macam lelehen paip Arab Saudi dan Kuwait yang bocor aja.

Nak harapkan getah - Malaysia bukan lagi jaguh pengeluar dunia. Nak harapkan minyak sawit, orang Amerika makan minyak kacang soya.

Nak harapkan kayu balak tropika, hutan kita tinggal semak belukar aja. Hutan Pahang dan habis dek 'Tengu' Wong yang berkongsi dengan suku-sakat Baginda Sultannya. Adnan Yakob, MB UMNO melopong aja.

'Ipoh Mali' Saja Yang Tinggal Cuma

Nak harapkan bijih timah, negeri Perak dah habis kena tarah!! Yang terdengar mengenai negeri perak cuma 'Ipoh Mali' saja. Dulu ada 'limau bali' dan 'jambu batu spesis tak ada bijik'. Sekarang orang tak hairan lagi, sebab 'Jambu Pemimpin UMNNO' pun tak ada 'bijik' gaks!! Hehehehe? (gelak Penghulu Cekau.. isk.. isk.. isk..!!)

Apa yang lagi pada kita? Kan cuma tinggal gigi dengan lidah aja. Masih Mahathir nak kata Pembangkang mengimbau Penjajah luar? Beghapa punya sewel alasan Presiden UMNO nih?

Mari kita pandang betul-betul. Amerika tak perlu lagi jajah Malaysia. Mahathir sendiri dah jual Malaysia dengan harga murahan kepada dunia maju. Cuba kita taksir hutang luar Malaysia yang dibuat oleh regim Mahathir. Berapa?

Setakat ini RM 200 bilion. Kalau nak dikira mudah - jumlah itu cuma celah-celah gigi 'Microsoft Corporation' kepunyaan anak muda bernama Bill Gates itu aja.

Itu bukan cerita temberang Amin Sapiro. Kalau kita baca 'Fortune Magazine', nama Bill Gates adalah paling top orang terjaya dalam dunia. King Faad pun ternganga mulutnya. Masuk minyak siliner ke dalam mulut Baginda. Itu cerita benar.

Maknanya, hutang Malaysia RM200 bilion itu pun sudah boleh menjadikan negara dan rakyat ini papa kedana. Padahal bagi Bill Gates, jumlah itu cuma bikin dia ketawa saja. Ditulisnya satu cheque, dia boleh beli Malaysia sekelip mata. Tak payah nak hantar bala tentera bomb macam Vietnam. Bikin susah nak berperang buat apa, kan?

Tapi setakat ini, Bill Gates itulah yang jadi kawan baik Mahathir. Dijemputnya beliau dengan segala hormatnya diminta melabur di MSC. Itu apa namanya? Kan suruh rakyat Amerika jajah ekonomi kita?

Tak! Tak! Amerika tak ada keinginan nak jajah Malaysia. Kalau Mahathir tuduh Ezam sebagai pengkhianat nak jual maruah negara kepada Amerika, sah lah Mahathir, Rafidah dan puak UMNO pembohong besar.

Ezam cuma menceritakan kesah sebenar Anwar yang dikonspirasi dan diaibkan Mahathir secara paling hina. Padahal, Mahathir tak ada bukti apa-apa. Mahkamah dah jemput Mahathir secara baik jadi saksi datang ke mahkamah, tapi Mahathir mengelat. Dah hantar saman dan subphoena - pun berhelah juga. Dah 100 ribu rakyat buat demo pulak di Jalan Kebun, Mahathir hantar FRU belasah rakyat.

Pengundi Lunas AWAS!!

Siapa sekarang sebenarnya 'Penjajah' dan 'Yang Menjajah'? Mahathir, kan? Orang Lunas kena fikir habis-habisan sebelum undi UMNO/BN.

Cukuplah setakat ini Mahathir, UMNO dan BN menipu bontang kita. Orang Kedah kena ingat, Mahfuz dan teman-temannya ke penjara sebab tak mau bayar denda RM1,500 seorang. Apa guna tambah lagi ongkos UMNO beli belantan, cotar dan gas pemedih mata untuk membelasah rakyat?

Amin Sapiro cuma nak berpesan aja. Sebenarnya Kedah jauh ke utara, Wak Amin di Selatan sana. Tak ada kena mengenai. Tak kan SPR daftar nama Wak Amin terpelancut ke Utara, yek? Hahaha? Itu undi 'hantu' impot namanya.. Hhihihih?!

Mana tau ye, kena semak nama kita. Jangan lupa. SPR pun bukan bukan boleh percaya sangat. Diorang makan gaji buta juga. Ikut perentah Presien UMNO!! Kalau tak ikut? heheh 'KENA'..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)