Laman Webantu   KM2A1: 3200 File Size: 7.9 Kb *



Polis Menyerbu Selepas Menjamu?
By Kapal Berita

13/11/2000 11:43 pm Mon

MENANGKAP SELEPAS MENJAMU MATA?

Sekali pandang nampak seperti dua Berita Hairan ini tidak ada apa-apa. Tetapi cuba baca betul-betul. Bayangkan pemuda dan pemudi yang berpakaian "buih" sahaja ini sudah berada di situ sejak 9 malam, tetapi pihak berkuasa tiba jam 1.50 pagi. Tempoh masa yang diambil lebih kurang 5 jam!

Bagaimana pula dengan perhimpunan reformasi. Belum pun reformis sampai pihak polis sudah pun menyekat itu ini. Sudahlah ditibai dan dibelasah, rawatan pun di nafikan beberapa hari.

Kita hairan mengapa pihak berkuasa tidak pula membelasah orang yang berbogel di Bangsar ini? Atau mereka hanya menyerbu selepas puas mata menjamu??? Nampaknya gian itu semakin menghantu sejak Nora di bogelkan oleh si Dayang 'berbulu'.

Rosak... rosak bila negara dipimpin oleh perosak.

PELANCUNG DILEPAS SELEPAS PUAS NAFSU MENGGANAS

Lagi satu berita hairan ini cukup memalukan. Inilah gelagat pihak polis yang mendapat sedikit latihan kemesraan Pak Lah dan bayangan hukuman ringan yang dibeli dengan ehsan jasa umpama Rahim Nor.

Pelancung Thailand itu rupa-rupanya di'layan' dengan nafsu oleh polis2 yang bertugas sampai ke dalam tandas! Wanita berumur 20 tahun itu beberapa kali diajak berasmara dan diraba di tandas. Beliau dilepaskan selepas 'dibaham' oleh polis bergilir-gilir sepuas-puasnya.

Di manakah agaknya wanita umno dan putri umno? Apakah mereka masih berada di tandas selepas bermain juga?

Bila kes ini diketengahkan oleh pemuda DAP - nampak sangat pemimpin umno dan MCA sudah menghilangkan diri.....

Malang Oh Malang bila negara dijaga oleh "samseng berlesen" dan pemimpin yang kurap belaka.




Sumber: http://www.emedia.com.my/z/Current_News/ BH/Monday/Frontpage/20001113095233

Mukadepan: Polis serbu Pesta Buih di Bangsar


Oleh Fazli Abdullah dan Mona Ahmad

13 November 2000

KUALA LUMPUR, Ahad - Pesta Buih, satu bentuk hiburan liar yang baru bagi warga kota yang menetapkan peserta berpakaian bikini, atau berbogel boleh menyertainya, diadakan di sebuah kelab di Bangsar, malam tadi.

Pesta yang diadakan di pekarangan kelab itu mulai jam 9 malam dan dihadiri antara 100 hingga 200 remaja, gagal berlangsung seperti dirancangkan berikutan serbuan pihak berkuasa pada jam 1.50 pagi.

Ketika serbuan dilakukan oleh polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), tidak ramai peserta berpakaian seperti yang ditetapkan penganjur.

Setiap peserta dikenakan bayaran RM35 seorang dan diberikan kupon untuk ditukar bagi mendapat minuman percuma, termasuk minuman keras serta mandi buih dengan bebas.

Berikutan serbuan itu, pemilik kelab berkenaan berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana menganjurkan pesta hiburan yang melanggar syarat permit perniagaan.

Wanita rakyat tempatan itu akan dihadapkan ke mahkamah, esok, kerana melanggar Seksyen 29 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beberapa peralatan yang digunakan dalam pesta itu termasuk 10 pembesar suara besar dan alat audio visual, dirampas. Beberapa orang turut disoal siasat berhubung penganjuran pesta itu.

Ketua Polis Bandaraya, Datuk Kamaruddin Md Ali yang kesal dengan kejadian itu berkata, kelab berkenaan yang mendapat permit beroperasi daripada DBKL Khamis lalu, tidak sensitif terhadap masyarakat sekitar.

Kedudukan premis itu terletak bersebelahan kuil Hindu dan kira-kira 400 meter dari masjid serta dikelilingi masyarakat tempatan, juga gagal menghalang penganjur daripada meneruskan pesta itu.

"Mereka (penganjur) tidak segan silu mengiklankan pesta buih dalam akhbar yang mensyaratkan peserta memakai pakaian mandi, bikini atau tidak berpakaian langsung untuk menyertainya, manakala iklan pula menjolok mata."

"Ini satu penghinaan kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, polis bersama DBKL dan Jawi melaksanakan tindakan bersepadu menghentikan pesta berkenaan," katanya selepas menghadiri majlis perasmian surau Darul Falah di Bukit Persekutuan di sini, hari ini.

Kamaruddin berkata, pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pengusaha kelab itu kerana dia melanggar syarat yang tertera dalam permit perniagaannya.

Antaranya, menganjurkan pesta di kawasan terbuka serta mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising.

"Kita akan menyerahkan surat kepada DBKL supaya membatal permit perniagaan kelab berkenaan," katanya.

Kamaruddin juga meminta orang ramai membuat aduan kepada polis sekiranya ada pengusaha pusat hiburan melanggar syarat perniagaan masing-masing sehingga menjejaskan ketenteraman penduduk.

Selain kelab yang diserbu malam tadi, sebuah kompleks beli-belah di Brickfields juga dikesan mengadakan persembahan hiburan sehingga mengganggu lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.

"Kita berharap pengusaha pusat hiburan mematuhi permit perniagaan masing-masing serta menghormati masyarakat setempat," katanya.




Sumber: http://www.emedia.com.my/z/
Current_News/BH/Monday/National/
20001113095907/pp_index_html

Berita Nasional: Pelancong Thai dakwa dicabul anggota polis dalam lokap

13 November 2000

KLANG, Ahad - Seorang pelancong warga Thai hari ini mendakwa kehormatannya dicabul anggota polis ketika ditahan di Balai Polis Pelabuhan Klang antara 31 Oktober hingga 9 November lalu.

Mangsa, Asiu Laesoe, 20, mendakwa beberapa anggota polis secara berasingan meraba buah dadanya beberapa kali, selain mengajak mengadakan hubungan seks di tandas lokap dengan bayaran RM2.

Sejak ditahan hingga dibebaskan, Asiu mendakwa seorang anggota polis kerap mengajaknya melakukan hubungan seks di tandas lokap, dengan menggunakan bahasa isyarat berikutan masalah komunikasi.

Selain itu, dakwanya, beberapa anggota polis meraba buah dada dan punggungnya beberapa kali dengan menggunakan siku ketika ke tandas bersama tahanan lain, selain diraba ketika meninggalkan tandas pada 9 November. Asiu juga mendakwa masih mengingati nombor pengenalan yang tertera di seragam sekurang-kurangnya dua anggota polis yang terbabit mencabulnya, termasuk seorang yang mengajaknya melakukan hubungan seks.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Karn Kam Peng mengesahkan menerima laporan yang dibuat pada 10 November lalu dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

"Laporan itu sudah diterima dan kita masih dalam proses menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Asiu yang berasal dari Haadyai, memasuki negara ini pada 20 Oktober kerana mengunjungi rakannya di Klang, sebelum ditahan di Kelab Malam Mutiara, Plaza Metro di sini pada 31 Oktober.

Beliau kemudian direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama sembilan hari bagi membantu siasatan polis, sebelum dibebaskan kira-kira jam 4 petang 9 November lalu.

Menjawab soalan, Asiu tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Dalam sidang akhbar, Asiu yang hanya fasih berbahasa Mandarin diwakili Ketua Pemuda DAP Selangor, Teng Chang Kim di pejabatnya di Jalan Nenas di sini. Turut hadir, rakannya yang hanya dikenali sebagai Tan.

Sementara itu, Teng yang menyatakan kekesalannya dengan kejadian itu, mengesa polis supaya menyegerakan siasatan kerana visa lawatan Asiu tamat pada 17 November ini.

"Janganlah hanya disebabkan Asiu warga Thai, orang ramai dan polis melulu mentafsirnya sebagai pelacur. Beliau adalah pelancong yang melawat negara kita."

"Walaupun laporan sudah dibuat, sehingga kini, Asiu masih belum dipanggil polis untuk memberi keterangan atau mengadakan kawat cam," katanya.