Laman Webantu   KM2A1: 3196 File Size: 8.6 Kb *



Mahathir Membebel Di Qatar - Pak Arab Ketawa Macam 'Unta'
By Amin Sapiro

13/11/2000 9:41 am Mon

Amin Sapiro

MAHATHIR MEMBEBEL DI QATAR - PAK ARAB KETAWA MACAM 'UNTA'

Dr. Mahathir ini masih tak sedar-sedar - jauh sekali dari insaf..!! Sana sini kerjanya tak ada lain dari bercakap bagai orang tua sewel - meracau mencarut-carut saja. Tak ada lah orang dalam dunia ini yang baik baginya - padahal 'b*nt*t' sendiri bergelumang 'taik kering' bertempek-tempek. Pun tak sedar diri lagi, orang dah cukup jelek. JIJIK!!

'Negative Thinking' dan Melenting

Sebenarnya pemimpin dunia dah muak mendengar Mahathir ini meracau. Kerja lain macam tak ada selain dari membebel tak tentu pasal. Dalam negeri sendiri, rakyat semua tahu Mahathir lah satu-satu pemimpin yang paling jagoh mengadu-domba rakyat. Kaum Cina, Melayu dan India tahu sangat perangai Mahathir kebelakangan ini - kalau tak percaya baca terjemahan rencana dalam Sin Choo Jit Poh dan Nanyang Siang Pau.

Kita nampak berapa punya banyak gambar-gambar 'Perhimpunan 100 Ribu' di Jalan Kebun yang terpapar di akhbar harian berbahasa Cina. Kita nampak juga gambar FRU belasah orang dan musnahkan harta benda. Pepatah Cina ada mengatakan: 'a picture worths a thousand words'. Maka menggeleng sakan Apek tua melihatnya seraya berkata, 'Haiyyyyaa' ini macam ka? Mau kasi olang mati ka?'.

Jangan harap Utusan Malaysia dan Berita Harian nak sajikan gambar-gambar begitu. Itu kan media perdana UMNO! Selagi pembodek 'perdana' Zainuddin Maidin (ala Kutty) jadi 'watch dog' Mahathir, gambar-gambar seumpama itu cuma jadi bahan arkib fotografer media itu saja.

MALU! MALU! MALU! Malu sungguh. Mahathir dan UMNO/BN diberi mandat 2/3 di parlimen oleh rakyat. Akhirnya, mandat itu diterjemahkan menjadi Kuasa. Dengan Kuasa itu, Mahathir dan UMNO/BN mentadbir negara menghabiskan 'boreh' rakyat. Suku-sakat dan Kroninya berlagak semacam 'Bapak Babi Liar' - merampok sana sini, menyondol siapa saja?!!

Nampak sangat sekarang, bagi Mahathir ini, segala perkara yang berlaku dalam dunia ini semuanya tak betul. Bermula dari Demokrasi ala Barat hingga kepada hukum-hakam kemasyarakatan Al-Quran dan Sunnah - bagi beliau semua tak kena.

Kita hairan, mengapa begitu negatif pemikiran beliau. Tidakkah ada sebarang 'positivity' lagi dalam benaknya? Adakah dunia ini akan kiamat jika beliau berhenti 'membebel'?

Jika ada sesiapa yang menyanggah - Mahathir cepat melenting. Kerana itu adalah suatu sikap menunjukkan 'kelemahan peribadi' beliau, maka ramai pemimpin dunia sengaja memberi komen mencuit ego beliau. Bekas PM Australia 'cuit b*nt*t' Mahathir dengan menggelarkan beliau 'kepala batu' - sekaligus Mahathir melenting macam nak berperang kedua buah negara. Sebetulnya Mahathir ini memang 'kacang hantu'..!!

Apa Macam Punya 'Ngok'

Di Qatar, Mahathir cuba mengalihkan fokus pandangan ketua-ketua Kerajaan negara Pertubuhan OIC terhadap krisis politik Timur Tengah dan Kewangan antarabangsa. Tetapi sebenarnya, masalah itu berbangkit dari kerakusan masing pemimpin negara OIC untuk memonopoli kuasa di negara sendiri. Mahathir menjauhi isu-isu utama negara-negara Islam sebenar dalam menghadapi 'globalisasi'. Jika tidak, kes Anwar jadi isu utama!!

Beliau menyalahkan negara Eropah dan menghasut Pak Arab supaya tidak mengikut falsafah dunia Barat dan Eropah. Tapi Mahathir lupa, jika Islam menuntut Keadilan ditegakkkan dan Kezaliman dimusnahkan, apakah Mahathir sendiri sudah mengamalkannya? Berapa punya 'ngok' si sewel ini!

Mahathir juga lupa, bahawa 'the biggest consumer for most goods produced by developing countries are by the developed countries; and the technololgy employed are all originated by them'. Negara Afro-Asia termasuk Malaysia mengharapkan FDI dari budak-budak suruhan George Soros. Itu baru satu.

Kedua: Mahathir sendiri jangan nak berpura-pura. Ditaqdirkan kalau dia mati hari ini, berpuluh-puluh billion dollar wang negara ini yang telah diangkut dan disimpan di bank Yahudi serata dunia oleh anak-anak, suku-sakat dan nomineenya akan jadi milik pengoperasi Bank Yahudi di Amerika, UK dan diserata dunia. Segala hartanah dan 'properties' yang diketahui memang banyak, akan dibekukan.

Semua orang tau: 20 billion dollar kepunyaan Marcos, 60 billion dollar hasil rompak Soeharto, ratusan billion dollar milik Reza Pahlavi segaja dibekukan dibeberapa buah bank Yahudi.

Bukan Yahudi yang sengaja berbuat begitu, tetapi Marcos, Soeharto dan Reza Palavi sendiri cuba menafikan masing-masing ada wang ratusan billion hasil rasuah dan rompakan dari kepuk rakyat. Akhirnya Yahudi yang kaya tanpa bersusah payah bersembunyi-sembunyi. Mahathir dan Daim pun sama. Heiiiii'.! Berapa punya 'ngok' unta tua ini!

Yahudi Peluk Mahathir

Kadangkala kita tertanya-tanya juga: Yahudi nampak begitu bijak, adakah kerana mereka 'born intelligent'' Dari bukti-bukti yang nampak - sebenar pemimpin negara Islam lebih bijak dari Yahudi; terutama sekali dalam hal menipu, berbohong, merompak dan mengkejami bangsa, kaum dan penganut agama Islam di tanahair sendiri.

Contoh yang ketara, hampir semua negara OIC mempunyai pemimpin rakus, mirip kepada kuasa mutlak (Diktator) - termasuklah negara Arab yang otokratik, negara Afrika yang bercakaran sesama sendiri dan negara 'sedikit maju' seperti Malaysia yang berpemimpinkan manusia durjana seperti karekter Mahathir Mohamad Iskandar Kutty.

Yahudi tahu menggunakan saikoloji dan memainkan peranan sebagai puak yang akan membuka ruang bagi pemimpin rakus negara membangun menipu bangsa sendiri. Maka diistiharkan konsep 'Swiss Banks' di negara-negara tertentu.

Tidakkah satu masa dulu kita terbaca di internet ratusan juta (menjangkau billion dollar) wang ahli-ahli politik Malaysia (termasuk Mahathir dan suku-sakat keluargannya, para Menteri Melayu) menyimpan wang di Bank Israel di Singapura?

Terdengar juga, wang rompakan PERWAJA diberitakan oleh BPR - 'gone all the way to Swiss Banks'? Hahahah? takkanlah semudah itu orang Melayu lupa daratan, kan? Berapa punya 'ngok' puak UMNO nih, kan? kan? kan?!

OIC Tempat Baling Taik

Yahudi suka bila OIC bersidang. Di Persidangan itu akan nampak berapa banyak 'taik pemimpin' negara Islam dilambung-lambung hingga ke siling. Mendengar ucapan masing-masing telinga kita berdesing. Yasser Arafat nampak macam nak boxing. Dan masing-masing berebut-rebut menangkap taik kawan dan menyimpan dalam kocek Double-breast dan Jubah. Pak Arab pula terus simpan dicelah-celah serban berigal.

Berkata seorang hamba Allah. Katanya: "Masyaallaaaahh? Ya habibie! Mahathir punya taik nombor Wahid punya aroma! Apa dia sudah bikin sama Anwar cukup bagus Ana copy!! Ente apa macam?"

Menjawab seorang, "Ana nak bawak pulang jadi ole-oleh rakyat aja".

Menjawab seorang dari Benua Afrika keturunan Sudan,"Ana fikir, prangai Mahathir itu sangat baik Ana contohi. Kita lambung itu taik waktu kipas sedang berpusing. Jadi, semua rakyat dapat aroma seorang sedikit. Tengok apa jadi kepada rakyat Malaysia? Kan UMNO sudah bikin maruah orang Melayu cukup harum macam aroma taik Mahathir"!!??.

Yahudi Ketawa Lagi

Tak berhenti-henti Yahudi ketawa sepanjang Persidangan OIC. Pemilihan Presiden Amerika yang terbantut disengajakan tertangguh di Florida. Apa sebab? Yahudi mau bagi anggota OIC kelamkabut sikit. Mereka sengaja mahu tengok lebih dulu. Mereka nak tau apa riaksi dunia Islam kalau Bush Jr. menang kalahkan Al-Gore. Begitu juga sebaliknya.

Sebab, 'political think-tank' Yahudi di Amerika selalunya 10 tapak dihadapan dari pemimpin Islam. Mereka tidak mahu negara OIC yang bersidang membuat sesuatu resolusi yang mempengaruhi dunia Islam terhadap Amerika dalam isu Palestine yang menggegarkan!!

Yahudi mahu pastikan OIC adalah tempat negara Islam meluahkan 'angin panas' dari belakang punggung mereka saja! Setakat 'tak amende nyeeeeee..'. Bikin Yahudi ketawa - gila-gila!!

Makin nampak Pak Arab ketawa macam unta!! Mahathir pula dah 'confirm' jadi 'Biawak lidah bercabang tiga'?.!! Puak UMNO jadi apa? Nampaknya makin cerah kempen BA di Lunas. Jentera BA makin diperkemas?!! Tetapi AWAS?!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO aras Pagar Berduri)