Laman Webantu   KM2A1: 3194 File Size: 11.9 Kb *



TJ MT: MGG Perginya Seorang MP ke Penjara
By M.G.G. Pillai

13/11/2000 6:11 am Mon

MGG124

Penterjemah: -MT-

Perginya Seorang MP ke Penjara

(MGG: A Member Of Parliament Goes To Jail)


Tiga tahun dulu, ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar bersama beberapa kawannya telah berdemo menentang ketibaan satu pasukan pemain kriket Israel di Malaysia. Pada 10 November, 2000 Mahfuz bersama tiga rakannya telah memilih dipenjarakan daripada membayar hukuman denda sebanyak RM1,500 setiap seorang yang dijatuhkan oleh mahkamah. Tindakan mereka ini tentunya menakutkan UMNO, kalau tidak Barisan Nasional yang mereka pimpin. Perkara ini berlaku empat hari selepas 100,000 manusia menolak sekatan kerajaan dengan berkumpul secara aman di Klang untuk menyambut ulangtahun kedua kewujudan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Beberapa ahli politik UMNO yang saya temui telah terkejut dengan tindakan Mahfuz itu. Mereka tidak faham kenapakah Mahfuz sanggup memilih penjara daripada membayar denda yang dikenakan. Apabila saya memberikan penjelasan apa maksud tindakan itu, mereka menjadi lebih tertekan. Mereka tidak faham bahawa tindakan Mahfuz itu adalah mengikut prinsip perjuangannya.


Prinsip perjuangan bukannya boleh diharapkan daripada ahli politik UMNO, kerana itu berlakunya fikiran yang berkecamuk dalam perkara ini. Mahfuz terpaksa bertindak mengikut apa yang sepatutnya dilakukan. UMNO tidak boleh membuat perkara ini sebagai modal politik. Dua hari yang lalu, Barisan Nasional mungkin terlalu yakin untuk mengekalkan kerusi dewan undangan ngeri Lunas dalam pilihanraya kecil yang akan dilaksanakan. Kini, keyakinan itu tidak akan menjadi satu impian lagi.

Mahfuz telah bertindak mengikuti tindakan Mahatma Ghandi dalam tindakan 'satyagraha' di mana beliau telah mengnyahkan kerajaan British dan melonggarkan penguasaan empayar itu daripada benua India. Tindakan Mahfuz adalah satu tindakan bijak sebagai balasan kepada satu perbicaran yang didorong oleh nafsu politik. Apabila Parlimen bersidang semula pada hari Isnin ini perkara ini tentu akan dibincangkan. Tetapi, speaker parlimen yang terkenal kerana kebijaksanaan yang berlebihan itu tentu tidak akan mengizinkannya kerana berpendapat bahawa kemasukan seorang MP ke penjara adalah bukannya satu isu yang penting. Dia tidak akan membenarkan perkara itu kerana kerajaan akan terkebil-kebil dalam perkara itu.


Kerajaan tidak akan tergesa-gesa mengenakan tuduhan terhadap ahli parlimen dan sesiapa sahaja berdasarkan kesalahan kecil-kecil dengan tujuan melaksanakan hukuman undang-undang. Tetapi, gelagat itu akan dilaksanakan untuk mendera, mengancam dan menggugat keselesaan seseorang. Perkara ini tidak dijangka oleh seorang majistret yang telah mengenakan hukuman itu. Lagipun tidak ada sesiapa yang suka dipenjarakan. Majistret ini belum pernah bersua dengan seseorang yang berprinsip hingga sanggup dipenjarakan. Dia telah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mahfuz dan juga rakannya dengan jangkaaan mereka akan memohon satu rayuan agar tidak dipenjarakan. Apabila mereka enggan berbuat demikian tentunya majistret itu terpaksa bertanggungjawab ke atas keputusannya, kerana Mahkamah Tinggi tidak akan campur tangan dalam perkara itu. Perkara ini tentunya merupkan satu ingatan kepada beliau dan juga rakan-rakannya di bidang kehakiman untuk lebih berwaspada di masa hadapan dalam menangani perkara serupa ini.

Krisis penghakiman telah berlaku secara berpanjangan kerana peguam yang dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah memilih untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu. Kalaulah ada seseorang yang berani memberi ingatan terhadap perkara ini tentunya krisis seperti itu tidak akan terus berpanjangan. Perubahan hanya berlaku apabila seorang yang bukannya peguam telah mengenepikan barisan para peguamnya untuk menyatakan kebenaran dengan menuduh ketua hakim negara yang akan bersara itu dengan tuduhan rasuah dan kerana itu tidak layak mengetuai satu kes mahkamah rayuan. Insan ini ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. Peristiwa tindakannya itu telah menyedarkan para hakim yang semakin berserabut mindanya kerana taksub dengan anggapan bahawa keadilan adalah sesuai ditadbir dengan memberikan ruang kepada mereka yang sedang berkuasa.

Kenapa Mahfuz di dalam penjara adalah satu perkara yang tidak penting, kerana maksud beliau dipenjarakan itu lebih penting lagi. Peguam yang membelanya telah memberitahu mahkamah betapa beliau lebih rela dipenjarakan daripada memberikan wang "kepada kerajaan Mahathir". Dia fikir pembayaran denda sebanyak RM1 adalah lambang pembayaran denda yang lebih sesuai kerana menentang zionisme. Untuk membayar RM500 lebih lagi daripada denda RM1000 yang dikenakan ke atas seorang mantan menteri kabinet dan juga menteri besar kerana kesalahan memukul dan menendang (rakyat marhaen) adalah tidak tepat dan munasabah.

Satu contoh telah terlaksana. Kita akan menjangkakan lebih ramai lagi yang sanggup masuk penjara daripada membayar denda, walaupun ini bererti mereka tidak boleh bertanding di pilihanraya selama lima tahun selepas itu. YB Mahfuz datang daripada Kedah, di mana terletaknya kawasan pilihanraya dewan undangan negeri Lunas. Terdapat 43% pengundi Melayu di kawasan itu. Ketika pemilu November 1999 dulu, kehadiran seorang calon Melayu bebas telah memecahkan undi. Kali ini kaedah itu mungkin tidak akan berlaku.

Barisan Nasional mempunyai peluang untuk menang kalau DAP dibiarkan bertanding di situ. Undi orang Melayu dan juga orang UMNO akan beralih kepada calon PAS dan tidak kepada calon DAP. Kalau PAS bertanding, BN boleh menjangkakan kekalahan di situ. Undi Melayu akan berpecah lebih teruk dari jangkaan. Mahfuz masih lagi dalam penjara kalau rancangan melaksanakan pilihanraya kecil itu sebelum bermulanya puasa Ramadhan. Perkara ini akan menaikkan kemarahan orang Melayu. Perdana Menteri akan memilih calon MIC, ini akan membuatkan orang Melayu memilih calon PAS tetapi bukannya calon DAP. Fikiran orang politik akan terus berkecamuk lagi. Barisan Nasional dan juga UMNO masih tidak boleh memahami kenapa seorang ahli parlimen yang dipenjarakan itu tidak dipandang sebagai seorang penderhaka. Bukankah perkataan 'penderhaka' itu satu kata laluan pilihan mereka untuk menuduh saingan di luar parti dan juga dalam parti. Mereka akan menghadapi satu tekanan yang lebih besar lagi apabila sekitar 120 insan lain yang ditahan pada hari Ahad yang lalu, mengaku salah dan memilih untuk dipenjarakan juga.

-M.G.G. Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

A Member Of Parliament Goes To Jail

When the PAS MP, Mr Mahfuz Omar, and three others yesterday (10 November 00) opted for a month's jail than pay a RM1,500 fine for demonstrating three years ago against an Israeli cricket team playing in Malaysia, it frightened UMNO, if not the National Front it leads. It comes but four days after 100,000 people defied a government ban and gathered in Klang to mark the second anniversary of the Parti Keadilan Nasional (National Justice Party). UMNO politicians I spoke to since are shell-shocked at Mr Mahfuz's decision. They could not understand why he preferred jail to a not overly onerous fine. But when I told them what this meant, it depressed them even further. They could not understand he preferred jail on principle.

Principle is not one one expects of an UMNO politician, so this confusion is what one should expect. Indeed, one is surprised if it is otherwise. But Mr Mahfuz had to do what he did. UMNO cannot make political capital out of it. If the National Front was certain two days ago it could retain the Lunas state assembly seat in the beyelection after its assemblyman was shot dead last week, it is not today. Mr Mahfuz has taken a leaf out of Mahatma Gandhi's "satyagraha" which drove the British out of an empire to remove the iron frame of control of the government. It is a brilliant political response to a political trial. When Parliament resumes on Monday this would be an urgent question for debate, but the Speaker in his infinite wisdom would no doubt decide if it not of national importance should an MP go to jail. He cannot any other, for that signifies the government blinked.

More than that, the government would not rush to charge MPs and others for sundry offences not to ensure justice but to harass, threaten and inconvenience. The magistrate who sentenced him did not expect it. After all, who wants to go to jail? She has not come across anyone with principle who would. She imposed the sentence knowing full well, or so she thought, Mr Mahfuz and his joint accused would appeal to avoid jail. They chose not to. Suddenly, she takes responsibility for what she did, which a Higher Court cannot now interfere. This sends a chill down her spine, and her colleagues in the judicial and legal service would be more circumspect in future when similar cases appear before them. The judicial crisis has lasted as long because lawyers sentenced to jail for contempt of court chose to appeal. If only one had belled the judicial cat, the crisis would not have lasted as long as it has. That had to await a non-lawyer who dispensed with his battery of lawyers to call a spade a spade and accused the outgoing chief justice of corruption and worse and therefore considered him unfit to preside over his appeal. That man is, of course, Dato' Seri Anwar Ibrahim, and it infused a dose of reality in the woolly-minded judges who thought justice is best administered when it second guesses those in power.

What matters is not why Mr Mahfuz is in jail but that means. His lawyer told the court his client prefers jail than to have to pay any money to the "Mahathir government". He thought a token RM1 fine for resisting zionism a fair fine, but to have to pay RM500 more than what a former cabinet minister and mentri besar was fined RM1,000 for assault does make it ludicrous and unconscionable. The die is cast. One can see more opting for jail to a fine in future confrontations in court, even if they cannot then stand for election for five years. Mr Mahfuz is from Kedah, where the Lunas state assembly constituency is located. It is a mixed constituency in which the Malays are 43 per cent of the voters. In the general elections in November 1999, an independent Malay candidate split the opposition vote; this is unlikely this time.

But the edge is with the National Front if the DAP is the candidate. The Malay, and UMNO vote, if it shifts would to a PAS, but not a DAP, candidate. If PAS stands instead, the seat is all but lost. It would split the Malay vote beyond belief. Mr Mahfuz would still be in jail, if current plans to have the byelections before the Muslim puasa (fasting) begins later this month. That is enough to anger the Malay. The Prime Minister would select the MIC candidate. That alone is enough for the Malay to vote PAS though not DAP. But the unreality continues to pervade through the muddled, confused official political mind. The National Front and UMNO cannot comprehend why a jailed MP is not viewed as a traitor, to use their favourite word to describe their opponents within or without the party. But they would face further political pressures should those arrested last Sunday in Klang -- all 120 of them -- plead guilty and opt for jail terms instead.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my