Laman Webantu   KM2A1: 3192 File Size: 4.8 Kb *



Seperti diRancang...Memang Sudah Terancang
By tv3

12/11/2000 9:42 pm Sun


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejaung REFORMASI,

Artikel Wak Amin seolah olah datang untuk mengesahkan atau menyiapkan satu "jigsaw puzzle" yang kian lama terbentang dikepala tv3. Justeru, kami di tv3 terpanggil untuk mengarahkan pandangan REFORMIS Negara akan analogi babi liar yang cedera parah, yang diutarakan Wak. Dengan kata lain, AWAS! jangan sekali kali termasuk kedalam perangkap yang dipasangkan oleh seekor manusia yang telah dikontrol keseluruhan pemikiran dan naluri oleh SYAITAN durjana. Dasar PENIPU MUKA SELAMBA (bak kata satu sepanduk diperistiwa 5 NOV)!
Berkemungkinan dihati kecil sePENIPU tua terbisik desakan untuk berhambus. Namun, SYAITAN yang menguasai PENIPU, pasti ada agenda nya tersendiri. Benar kepada firman Allah, ".....manusia tidak mampu mengatasi kuasa SYAITAN, tanpa pertolongan Allah SWT..." Apa mungkinkah Allah memberi petunjuk kepada seekor insan yang mempersendakan HukumNya, dan memperlekehkan Nabi kesayanganNya?

tv3 baru baru ini ditakdirkan bertemu dengan kawan kawan lama yang kini menduduki kerusi kerusi empuk dialam korporat diluar negara. Didalam perbualan, mereka menggariskan (salah satu daripada beberapa cara), bagaimana kaum YAHUDI, mengalihkan wang tunai daripada putaran (circulation) Negara Islam kepada putaran mereka. Mereka menceritakan bagaimana Suharto yang "menyimpan" USD20 billion didalam sistem perbangkan antarabangsa, yang semestinya dikuasai Yahudi. Yahudi kemudiannya berkonspirasi menjatuhkan Suharto (kini beres) dan seterusnya akan menafikan adanya simpanan tersebut! Didalam perhitungan mereka, tidak mungkin Suharto berhempas pulas untuk mendapat kembali wang tersebut, kerana ini akan memecahkan tembelang beliau, hatta andaikata wang tersebut disimpan diatas nama "nominee" sekalipun, kerana kalau perkara ini kemahkamah, sudah tentu, "the beneficial owner" terpaksa dihebahkan serata dunia. Amien Rais, telah dinasihatkan oleh mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam (dikalangan ahli korporat tersebut) bahawa cara kompromi terbaik untuk mendapatkan kembali sekurang kurangnya sebahagian dari wang tersebut adalah untuk Suharto mengaku bersalah, keluarkan wang tersebut dari sistem perbangkan Yahudi, dan sebagai "ganti rugi" serahkan sebahagian darinya kepada Suharto!

Mereka mengingatkan tv3 bahawa USD20 billion adalah hak Suharto SEORANG! Bagaimana dengan kroni kroni beliau? Anak pinak beliau? Berapakah jumlah sebenar? Allahu a'alaam. Diberitakan juga bahawa kerajaan Arab Saudi mempunyai deposit berjumlah USD120 billion didalam sistem perbangkan Yahudi, yang disusahkan pengeluarannya, kerana dikaitkan dengan perbelanjaan Perang Teluk. Hinggakan, kerajaan Arab Saudi terpaksa berhutang pula dengan Emiriah Arab Bersatu, sebanayak USD4 billion untuk membiayai belanjawan Negara.

Mengapa tv3 menceritakan hal ini?

Jawabnya ialah, (Pertama).....Semalam baru mendengar tape syarahan MUJAHID Ezam Mohd Nor, yang dibuat sekembalinya dari Amerika. MUJAHID Ezam, mencabar pegawai Bank Negara untuk menafikan bahawa didalam tahun ini sahaja, SYAITAN BERUPA MANUSIA, serta kroninya telah menghantar keluar negara wang tunai sebanyak RM10 billion. tv3 pasti tidak ada pegawai Bank Negara yang akan menyahut cabaran MUJAHID Ezam! Therefore......pasti benar jumlah itu.

(Kedua) Sesiapa yang terlibat didalam perniagaan juga akan sedar bahawa sistem ekonomi kita kini berdepan dengan satu situasi yang mana keadaan aliran wang tunai (liquidity) amat tenat sekali. Tentunya ini disebabkan, 1) kurangnya FDI. Bak kata MUJAHID Ezam, RM46 b didalam tahun 96, dan RM3 b hingga OKT2000, dan, 2) wang yang telah dilarikan keluar oleh segelintir rakyat yang menjadi jutawan semalaman (overnight millionaire) yang digalakkan dibawah sistem rejim SYAITAN BERUPA MANUSIA ini.

Kemudian terbaca pula artikel Wak Amin. Mungkinkah, kini dirasakan bahawa sudah tidak ada lagi yang boleh diperah dari putaran wang tunai sebuah negara yang (kononnya ISLAM), maka kini, fasa dua perangkap Yahudi digerakkan? Mungkin kah Fasa 2 ini "secara kebetulan" kena timing dengan Kempen Nyah Syaitan Berupa Manusia? Kena pula timing dengan "nasihat" Tony Blair, "Go back and settle Anwar's issue as soon as possible!" ?? Kena pulak timing dengan "menangnya" George W Bush ke White House? Kerana bak kata MUJAHID Ezam, "Penyokong Bush 10 kali lebih tegas untuk menyelesaikan isu DSAI!"

BILAKAH AKAN TIMBUL KESEDARAN?? WAHAI AHLI PKMB?

"Mereka merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah juga sebaik baik perancang........"

LAWAN TETAP LAWAN!!!!