Laman Webantu   KM2A1: 3191 File Size: 6.1 Kb *



Bayangan: Mahathir Akan Meletak Jawatan
By Amin Sapiro

12/11/2000 6:39 pm Sun

[Satu komentar menarik dari Wak berikutan desas-desus yang sengaja ditiup menjelang pilihanraya di Lunas. Dalam musim seperti ini macam-macam boleh jadi, yang mati mengundi kembali dan yang tak mati pura-pura mati...-Editor]

Amin Sapiro (menyorot berita AFP)

BAYANGAN: MAHATHIR AKAN MELETAK JAWATAN

SEPETANG ini saya menerima panggilan dari teman-teman di pinggir Seberang Tambak. Mengejutkan juga berita beliau. Tidak pasti kebenarannya. Kununnya: Dr. Mahathir telah menerima cadangan puak-puak UMNO/BN supaya meletakkan jawatan PM dan Presiden parti dalam tempoh terdekat.

Saya diyakinkan, kununnya 'hot news' itu sedang berlegar di pulau itu hingga ke istana Presiden Singapura. Kalangan politik dan korporat di sana sedang meneropong jauh ke Putera Jaya - memfokus hingga nampak orang sedang mula berkemas 'sisa kuasa' yang bakal ditinggalkan.

Di halaman, analogi beliau, ramai orang sedang berjongkokan bagai menunggu mayat hendak dibawa ke tanah perkuburan. Mereka berkelompok di merata ceruk bercakap dan bercerita.

Ada yang berkata: "Bila sudah tiba ajal, pasrah sajalahhhhhh"!!

Berkata se kelompok lagi: "Tuhan tidak mengizinkan manusia menongkat langit - satu ketika nanti akan rebah ke bumi!!". Macam-macam lagi.

Saya terpinga-pinga. Memang saya tidak begitu berminat mendengar kabar-kabar angin yang tidak berasas. Dunia sekarang adalah dunia yang meyakini bukti. 'Dunia IT' lah katakan. Itu sebab bila Mahathir menyebut akan berhenti dan meletak jawatan, saya cebik bibir tidak percaya!

Lantas saya katakan bahawa bagi rakyat Malaysia, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri mereka - mungkin beliau Presiden UMNO saja.

Saya perjelaskan bahawa asakan menyuruh Mahathir ini UNDOR sudah didengar sejak 2 tahun silam. Bermakna, Mahathir sudah tidak berguna dan tidak releben lagi - samada kepada UMNO dan BN, mau pun mereka yang digelarkan oleh regim Keparat ini sebagai 'Pembangkang!!'.

Telefon terus berdering. Dihujung sana berkata suara garau, katanya: "Wak..!! Peristiwa Jalan Kebun itu sudah memberi 'hint' kepada puak UMNO dan BN, Wak. Kabarnya, 'Perhimpunan Se Juta Rakyat' itu bukan kabar-kabar angin lagi. Realitinya, UMNO/BN kian gelabah. Banyak pihak sedang merangka rancangan 'mega'. Ada yang menyelamatkan diri untuk cabut lari, dan ada yang berkira-kira untuk turun takhta..", katanya.

Saya masih semacam kurang percaya. Maklumlah, dalam dunia ini terlalu banyak perkara mustahil yang berlaku tanpa disedari sesiapa. Teman itu menyebut juga kununnya Mahathir akan meletak jawatan.

Saya geleng kepala, semacam kurang yakin dengan dakwaan beliau. Beliau menceritakan kandungan sebuah laporan AFP yang menyebut Najib Razak sendiri telah membuat kenyataan sedemikian.

Setelah berbual seketika, saya istirehat sebentar. Dalam kepala saya masih memikirkan keseluruhan suasana politik terkini. Saya nampak bahawa Constituency Lunas sedang mengahadapi Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Dalam keadaan meruncing kini, UMNO/BN sudah diasak hingga begitu terhimpit untuk membuktikan kewibawaan parti itu di mata rakyat.

Terfikir juga dalam hati saya iaitu apa lagikah alasan dan hujah parti itu untuk 'menegakkan benang basah' mereka untuk mengisi kempen 'membeli' hati rakyat, mempengaruhi pengundi di Consttuency Lunas.

Kita sudah lihat, segala tindakan Mahathir, sokongan membuta-tuli pemimpin UMNO dan BN, keganasan polis atas arahan Mahathir, hukuman penjara 15 tahun ke atas Anwar, Belanjawan 2001 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat banyak - sebaliknya mengenyangkan tembolok pemimpin serakah UMNO/BN, perampokan Hak Asasi Rakyat, persekitaran ekonomi yang kian meruncing; dan seumpamanya - pasti akan memberi gambaran bahawa regim Mahathir sedang 'luka parah'.

Saya cuba beranalogi sedikit: Mahathir dan UMNO/BNnya - umpama seekor 'Babi Liar' yang terluka. Parah. Setelah penat lelah berkejaran tidak keruan dengan darah berjejeran; mungkin ia akan terdiam duduk terjelepok menunggu ajalnya.

Tidak juga harus dipandang enteng, kerana akal dan fikirannya masih panjang. Ikhtiarnya masih banyak. Ia sanggup berpura-pura mati sebagai olah ragamnya membohongi musuh yang siap sedia membelasahnya. Paling kurang ia akan diberi sedikit simpati.

Jadi, mungkin dengan kenyataan Najib Razak (sebagai Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden party) yang menyebut sesuatu mengenai perletakan jawatan Mahathir Mohamad itu adalah umpama cerita 'Babi Liar' tadi. Hahahaha !!

Mungkin kenyataan Najib (mengapa Najib satu persoalann juga, ya) itu adalah satu taktik murahan bertujuan meraih simpati anggota tentera yang sudah terbelah. Sudah terdengar risik-risik bahawa tentera sudah mulai memihak kepada rakyat. Mungkin kenyataan Najib sebagai Menteri Pertahanan dijangka memberi suntikan keyakinan kepada tentera bahawa Mahathir yang dibenci akan undor! Itu tidak mustahil.

Kedua, mungkin kenyataan itu memberi imbasan bahawa 'Babi Liar' itu sedang menghadapi 'ajal'. Dengan itu, tidak wajar ia dibelasah lagi. Diharap, sang Pemburu akan menunggu saja detik ia mati si Babi itu. Akan di gali lubang untuk dikuburkan.

Ya! Dalam politik macam-macam boleh jadi. Namun seorang Pemburu yang bijak akan mempastikan bahawa 'Babi Liar' itu betul-betul mati. Membiarkan ia mati sendiri - risikonya amat tinggi. Mungkin ia sedang istirehat 'awaiting recovery'? Mana tau, kan?

Nah! Teruskan asakan. Persetankan sebarang kenyataan. Selama ini, kata Mahathir cuma untuk mainan. Masih mau dengar 'ayat-ayat lunak dari seorang yang sudah dihasut Syaitan'?.

LAWAN TETAP LAWAN..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)