Laman Webantu   KM2A1: 3188 File Size: 6.9 Kb *



Perhimpunan Sejuta Rakyat - Seruan Jihad!!
By Amin Sapiro

11/11/2000 11:03 pm Sat

Amin Sapiro (tidak akan menitis airmata)


PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - SERUAN JIHAD!!

DALAM Perjuangan, menitiskan airmata bukan bermakna sebuah KEGAGALAN. Tidak! Tidak! Sebaliknya, ia kerapkali membuahkan hasil yang memberi suatu kekuatan yang menjadikan hati makin keras dan kental. Ia membentuk peribadi dan mejuruskan nawaitu untuk beristiqamah dan meneruskan Jihad!!

Malam Menitiskan Airmata

Sebagai saudara kerdil Reformasi, saya berkesempatan mengahdiri ceramah beberapa malam dulu sebelum Sdr. Mahfuz dan temana-teman dipenjarakan. Masih terngiang di telinga saya bagaimana Sdr. Mahfuz melafazkan ikrar memilih penjara dari dihukum membayar denda - andainya beliau dan teman-teman diperkukan bersalah oleh mahkamah Mahathir kerana menentang keganasan Yahudi.

Sebelum itu Ezam dan teman-teman menceritakan bagaimana anak-anak Reformis rakyat yang berhimpun aman di Jalan Kebun telah dibelasah dan harta mereka dimusnahkan oleh "anjing-anjing" liar keparat peliharaan Mahathir.

Saya terkedu berat lidah untuk berkata-kata mendegar kesah mata Pak Din disembur gas kimia oleh Polis FRU warga Malaysia, hingga hampir buta. Saya sempat melihat secebis gambar beliau di sudut HARAKAH, betapa sedihnya beliau meraba-raba makanan yang terhidang kerana tidak boleh melihat. SEDIH! SEDIH!

Diceritakan juga wanita-wanita dan orang tua dibelantan hingga cedera parah. Saya mendegar bagaimana seorang muslimah Islam ditelanjang-bogelkan oleh polis wanita di dalam lokap kerana ikut serta dalam perhimpunan rakyat menegakkan keadilan. Alangkah malangnya berkerajaan regim Keparat!!

Saya paling sedih bila Ustaz Badrul Amin membacakan doa dan memohon kepada Allah swt semoga perjuangan rakyat yang dizalimi dianiugerahkan ganjaran kemenangan. Diimbau kembali oleh beliau dalam doanya dengan nada serak ditekak; bagaimana sdr. Anwar dipenjarakan secara zalim oleh regim ala Yahudi ini.

Waktu itu, saya sebagai manusia lemah hati, tersebak - sedu-sedan tidak dapat menahan airmata. Itulah kelemahan saya. Tetapi itu jugalah kekuatan saya - membentuk tekad akan meneruskan perjuangan ini.

Deraian Airmata Rakyat

Terpaku dalam hati saya, terbayang diruangan mata ratusan ribu rakyat yang mendoakan kesejahteraan mereka yang dizalimi oleh regim Mahathir dan UMNO/BN. Gambar-gambar yang terpapar diseluruh dunia mengenai kezaliman regim Mahathir hampir saling tak tumpah dengan apa yang dilakukan oleh regim Yahudi di Baitulmaqdis.

Hati saya terentap parah, jiwa saya diruntun madah, benak saya bagaikan berdarah - iltizam saya sentiasa menunda saya untuk bersuara melaungkan "Allahu Akbar". Sambil itu, airmata saya berlinangan walaupun muka saya tenang. Sabar. Bertawakal.

Saya memandang ke kegelapan malam, ke rumpun buluh di perkampungan Melayu di belakang Markaz PAS. Saya tidak mampu melihat cahaya terang yang bergemerlapan menembusi suara hingar-bingar dengan laungan memanjatkan doa kepada Allah swt. Senjata yang ada pada pejuangan marhain anak-anak rakyat hanya gigi dengan lidah.

Namun, mereka tidak pasrah. Jauh sekali dari menyerah kalah. Kekuatan itulah yang menjadikan regim Mahathir lantas gagal menangani kepaduan dan kekuatan ummah. Allah menyayangi umat yang dizalimi. Mereka yakin!

Teringat dalam benak saya bahawa Nabi SAW sendiri pernah dilempar kafirun dengan batu setiap kali melintas sebuah rumah. Tetapi satu hari Baginda tidak pula dilempar. Dalam kehairanan, Baginda Rasulullah bertanya kepada para sahabat mengapa baginda tidak dizalimi pada hari itu. Maka diberitakanlah bahawa orang yang menyakiti Baginda itu telah jatuh sakit. Selepas bersolat, Baginda datang mengunjungi pesakit tadi, melawatnya dan bertanya khabar.

Nah! Pada waktu itu, saya tersedu mengalirkan airmata. Terasa terbayang diruang mata saya bagaimana para pejuang mujahidin reformasi seperti Pak Din dan Srikandi Nora menerima perlakuan "saddis" kaum sebangsa dengan mereka. Mereka tidak melawan walaupun tenaga mereka tidak kurang kurang juga hebat.

Begitulah tingginya hemah pejuang yang mengerti makna perjuangan. Tetapi sampai bila mereka harus menerima kekasaran dan keganasan?

Mahathir dan regimnya kena ingat bahawa Angkatan Tentera Malaysia juga adalah sebahagian rakyat banyak. Tidak jauh dari suatu kemungkinan bahawa pejuang rakyat sedang diperhatikan penuh simpati. Jika keganasan Mahathir dan polis sudah sampai ketahap kezaliman yang memuncak, hujung senapang dan peluru tidak bermata!! AWAS!!

Sajak Airmata Pejuang Rakyat

Sajak ini tiba-tiba terhafal dalam hati saya. Sehingga ia dituliskan di atas kertas, ia sudah menjadi seperti igauan saya - meracau dengan mulut kumat-makit menghafal. Selepas solat, ia menjadi sebahagian dari doa saya semoga Allah swt merestui doa perjuangan massa.

Hari ini saya perturunkan sebagai luahan sanubari saya. Mungkin bahasanya tidak indah. Maklumlah saya bukan seorang "Chairil Anwar". Saya juga bukan Pasternak. Jauh sekali dari Votaire dan Russeau. Tetapi ia sudah cukup untuk meluahkan runtunan perasaan saya, sekaligus menyertai perjuangan rakyat untuk menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN.


JALAN KEBUN: MENCIPTA DAYA

(untuk wira-wirawati yang terkorban)

Jalan Kebun - 5 November..!!
Jalan ke sana sudah membuka segala
hati, nadi dan jiwa.
tersemat di hati rakyat massa.

Usah diragui kecemerlangan perjuangan ini
Untuk mengembalikan Kemerdekaan
yang telah digugat,
Terkhianat

Dengan suara penuh daya
Semangat kian membara
semangat Jihad!!
Pengorbanan Rakyat!

Allahu Akbar !!

Reformasi - Perjuangan Sejagat
Suara Rakyat Suara Keramat
Sudah dimengerti makna, nilai dan hikmat
Iltijam Rakyat tidak mungkin lagi ditekan,
Tidak mungkin lagi diugut-gugat
Tidak mungkin lagi terpadam.

Kegagalan UMNO/BN dan Mahathir
menangani pelbagai isu-isu rakyat
Membawa identiti aib, adu-domba keparat
Detik-detik kejatuhan mu Mahathir semakin hampir
Dekat?.!!

Nyah! Mahathir nyah!
Kali ini - kalian akan lihat..
"Perhimpunan Sejuta Rakyat"!!

Usah ditanya apa kesudahannya
Setiap perjuangan ada makna
Setiap tapak melangkah ke hadapan
Rakyat makin hampir diambang kejayaan:
KEMERDEKAAN dari sebuah PENJAJAHAN..!

Allahu akbar!

Amin Sapiro
(Bekas ahli UMNO atas Pagar Berduri)