Laman Webantu   KM2A1: 3186 File Size: 9.7 Kb *



Jika Begitu Dasar Luar Malaysia - Mengapa Mahfuz Harus Dipenjarakan?
By Amin Sapiro

11/11/2000 11:35 pm Sat

[Dengan membenarkan pasukan kriket Israel memijak kaki ke negara ini kerajaan telah mengiktirafkah entiti haram Israel. Mereka bermain mewakili negara Israel - sebab itulah peristiwa ini bukan perkara main-mainan. Rencana Wak ini jelas menunjukkan hipokritnya Mahathir kerana menerima kehadiran mereka ini sebagai 'guest of honour' pula. Inilah sikap pengkhianat bangsa dan ugama. Lupakah Mahathir regim Israel inilah yang membunuh ngeri dalam tragedi Sabra dan Chatila? -Editor]

Amin Sapiro (muak - saban hari loya di tekak)

JIKA BEGITU DASAR LUAR MALAYSIA - MENGAPA MAHFUZ HARUS DIPENJARAKAN?


BARU kelmarin kita dapat tahu iaitu YB Sdr. Mahfuz Omar, ahli Parlimen Pokok Sena - wakil rakyat PAS dari Barisan Alternatif dan 3 orang teman-teman beliau telah dikenakan hukuman denda RM1,500 seorang oleh mahkamah Malaysia.

Kesalahan beliau dan teman-teman ialah kerana membantah kehadiran pasukan Kriket Israel di Kuala Lumpur pada April 1997. YB Mahfuz melakukan itu kerana yakin memegang prinsip Dasar Luar negara yang jelas membantah keganasan Yahudi dan mengutuk kezaliman mereka yang sungguh ganas.

Malangnya, kerana Pasukan Kriket Yahudi itu adalah "guest of honour" Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia: Dr. Mahathir Mohamad, maka Dasar negara itu spontan ditangguhkan sementara kerana Yahudi adalah rakan se kelambu Presiden UMNO. Kerana itu, Mahfuz dan teman-teman harus dikenakan hukuman denda RM1,500 seorang.

Isunya, tidakkah itu bermakna bahawa Dasar Luar Malaysia adalah semata-mata berdasarkan "selera" Dr. Mahathir sahaja? Tidakkah hukuman terhadap Mahfuz itu suatu PENGANIAYAAN yang sangat memalukan negara dan rakyat?

Regim Mahathir PENGKHIANAT!

Sekaligus terbukti jelas bahawa Dr. Mahathir dan regimnya: UMNO/BN, sudah mengkhianati Dasar dan tuntutan rakyat, khususnya orang Melayu dan orang Islam di negara ini, dan seluruh negara-negara Islam di dunia.

Serentak dengan penghukuman ke atas Mahfuz itu, Syed Hamid Albar, Menteri Luar Malaysia dengan gah berucap di Mesyuarat Peringkat Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) bahawa:

"Malaysia adalah menyokong penuh gesaan supaya dijalankan siasatan segera terhadap penggunaan kekerasan secara keterlaluan oleh Israel ke atas Palestin menerusi resolusi 1322 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong penubuhan Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa penjenayah perang Israel".

Kita tanya beliau, jika benar sebegitu keras Dasar Luar Malaysia, tidakkah hukuman ke atas Sdr. Mahfuz itu suatu bentuk Kezaliman terang-terangan yang dilakukan oleh regim Mahathir yang disokong oleh UMNO/BN - dan sekaligus Mahathir Mohamad juga adalah seorang PENGKHIANAT dasar negara? (jelas sekarang Sdr. Ezam Mohd. Nor di pihak yang benar..!!)

Mahfuz Memilih Dipenjarakan

Malam sebelum Sdr. Mahfuz diputuskan hukuman itu, dalam satu ceramah rakyat yang dihadiri lebih 20 ribu umat Islam di Markaz PAS di Taman Melewar, sdr. Mahfuz berikrar bahawa jika sekiranya beliau dihukum denda supaya membayar denda dengan ringgit, beliau tidak akan membayarnya.

Mahfuz berkata bahawa ringgit dan sen itu lebih bermakna dan besar faedah-manfaatnya jika disedekahkan kepada fakir miskin di kawasan parlimen beliau "Pokok Sena" berbanding dengan wang itu dibayar kepada regim Mahathir yang akan menggunakannya untuk menzalimi rakyat. Hematnya, itu adalah kenyataan yang kental, hebat dan berprinsip habat!

Beliau berikrar sanggup dipenjarakan sebagai pilihan. Bagi beliau, berjihad untuk menegakkan Dasar negara dengan memilih dipenjarakan adalah lebih mulia dari memberi sumbangan wang terhadap regim yang menggunakan wang itu untuk menyiksa dan menganiaya rakyat!

Akhirnya, Mahfuz dan teman-teman dipenjarakan selama sebulan. Mereka menerima dengan hati yang tenang. Keluarga mereka menerima dengan niat yang sama - suatu gambaran jelas bahawa keluarga mereka turut sama berjihad menegakkan prinsip Keadilan dan menentang Keazaliman Yahudi dan agen mereka dalam UMNO/BN yang dijuarai oleh Dr. Mahathir Mohamad! HEBAT..! HEBAT..!!

Tindakan Berhemah vs Tindakan Pengkhianat

Mahfuz dan teman-teman memilih tidak akan membayar denda yang dikenakan. Itu adalah suatu prinsip kewarganegaraan yang sangat tinggi nilai dan maknanya dari sudut Etika dan Keadilan sejagat - apatahlagi dari segi Perlembagaan Nasional..!!

Sekaligus keputusan dan pilihan Sdr. Mahfuz dan teman-teman memberi kenyataan jelas terbentang bagai tulisan di tembok bahawa Pembangkang di negara ini tidak main-main dalam memperjuangkan tuntutan rakyat, ummmah, dan dunia sejagat. Kerana Islam menentang Kezaliman - Pembangkang membuktikan dengan menerima hukuman dengan tenang. Itulah yang dinamakan "perjuangan"..!!

Tetapi, kita merasa dikecundangkan dan terkhianat, tertipu bontang dengan pembohongan yang dibentangkan oleh Hamid Albar dihadapan ketua-ketua kerajaan di Mesyuarat OIC di Doha, Qatar itu.

Rakyat lebih merasa tertipu dan dibohongi apabila Hamid Albar berkata:

["Sokongan berterusan Malaysia terhadap Palestin adalah juga cerminan daripada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjalin komunikasi mengenainya dengan para pemimpin berpengaruh termasuk anggota Majlis Keselamatan dan Setiausaha Agung PBB"]

Tidak cukup dengan itu, Hamid Albar menggandakan pembohongan regim Mahathir ini dengan berpura-pura menyeru, kununnya:

["para pemimpin berkenaan telah diminta (oleh Mahathir?) menggunakan kedudukan untuk mendesak Israel menamatkan permusuhan mereka ke atas Palestin dan berusaha ke arah keamanan berkekalan, adil dan menyeluruh berasaskan resolusi Majlis Keselamatan PBB]

Kita tanya Mahathir:



  1. Apakah dengan menghukum Sdr. Mahfuz Omar yang mewakili rakyat kerana menunjukkan penentangan terhadap Yahudi di negara sendiri, sebaliknya dipenjarakan pula? Sementara itu pemimpin UMNO/BN beretorika menyembur air liur basi di luar negara berbohong bontang. Di dalam negeri, merekalah yang berkeras memenjarakan rakyat? Tidakkah itu Dasar Luar Negara regim Mahathir berunsur "Talam Dua Muka" bagai "Biawak liar lidah bercabang tiga"??.

  2. Apakah masyarakat dunia Islam akan terpukau dengan retorika Hamid Albar jika dibelakang tabir beliau "berpeluk cumbu memadu asmara" dengan puak Yahudi sebagai mewakili Mahathir dan UMNO/BN? Apa guna kata-kata kutukan begitu jika "kokok berderai ekor bergelumang taik"?

  3. Dimanakah "consistency" Dasar Luar Malaysia jika rakyat negara sendiri dipenjarakan, sementara Yahudi yang dikutuk diberi makan dan ditumpangkan di Hotel 5-Bintang, menjadi tetamu negara dan diajak bercengkerama bercumbu mesra? Masihkah "they got the cheek" untuk terus berbohong dan berlagak sombong?

  4. Apakah beza diantara peritiwa Memali lebih 15 tahun dulu dan kejadian di Jalan Kebun pada 5 November lalu dengan kekejaman Yahudi Zionis di Baitulmaqdis. Mahathir dan Hamid serta pemimpin UMNO/BN boleh jawab?

Ketidakseimbangan "cakap tak serupa bikin" inilah yang membuktikan bahawa regim Mahathir sedang bermain SANDIWARA paling aib yang menyumbang kearah penokoktambahan "saham" untuk meruntuhkan OIC sebagai pertubuhan negara-negara Islam sedunia. Memang regim Mahathir sebenarnya anti-Islam.

Malulah sikit oooiiiii.(bangang!).

Rakyat makin mengerti bahawa regim Mahathir dengan sokongan "baghal-baghal" UMNO beragama Islam tidak mengerti asas dan prinsip Islam OIC sebenar. Inilah yang menyebabkan OIC tidak lebih dari sebuah pertubuhan yang diresapi oleh kroni-kroni Yahudi di negara-negara tersebut.

Contohnya, Mahathir sendiri tidak sanggup berhadapan dengan pemimpin dan ketua-ketua kerajaan OIC - cuma menghantar wakil ke Mesyuarat itu. Ini adalah kerana beliau sendiri sudah jauh terlajak mengukutk Islam dan meruntuh masyarakat Islam di negara ini. Sdr. Mahfuz Omar dan teman-teman telah membuktikan dengan kehebatan beliau dan Pembangkang dengan memilih ke penjara!

Mungkin kes pemenjaraan Sdr. Mahfuz Omar dan teman-teman Pembangkang itu menimbulkan kegubraan di hati Mahathir Mohamad. Mungkin Mahathir takut akan dibentak dan dimaki seranah oleh Freemason Yahudi Antarabangsa jika berucap keras menentang kerabat Yahudinya. Mahathir makin tersepit kerana gelagatnya. Rakyat sudah bosan dengan tingkahlaku dan karenah "Babi Liar" beliau!!

Tahun 2004 - Penentuan Terakhir

Namun, Sdr. Mahfuz Omar dan teman-teman Pembangkang tetap dengan prinsip perjuangan dan iltizam mereka. Menerima dipenjarakan adalah tindakan paling bermaruah yang memberi keyakinan kepada rakyat dan umat Islam di Malaysia untuk memilih Barisan Alternatif mengambilalih pentadbiran negara pada tahun 2004!! Then only the nation will be in peace Aman! Tenteram dan maju ke hadapan!! InsyaAllah.

PS: Rujuk berita Utusan Malaysia 11 November 2000 bertajuk "Malaysia gesa lebih keras terhadap Israel". Akan terbaca betapa lucahnya regim Mahathir ini. JIJIK..!!!!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)