Laman Webantu   KM2A1: 3183 File Size: 9.3 Kb *



Perhimpunan Jln Kebun: Resolusi Rakyat Paling Cemerlang
By Amin Sapiro

11/11/2000 5:24 pm Sat

[Rencana Wak kali ini menyerlahkan siapakah yang sudah menjadi raja dan kemana perginya raja yang asyik didoakan rakyat jelata. Peristiwa Jalan Kebun yang dirakam itu menjadi satu igauan buat pemimpin UMNO, dan ternyata polis menjadi budak surohan ala samseng berlesen mereka. Walau apapun tafsiran dibuat oleh pemimpin UMNO, gambar dan bukti tersebut sudah pasti akan membimbangkan mereka. DUN Lunas sudah bersedia untuk pertempuran yang seterusnya... - Editor ]


Amin Sapiro (makin ragu-ragu)

PERHIMPUNAN JLN KEBUN, KLANG: RESOLUSI RAKYAT PALING CEMERLANG


JUAK-JUAK Mahathir dan UMNO pasti telah mecanangkan pelbagai pembohongan gila sebaik saja mereka berhadapan dengan sesuatu kemungkinan yang menunjukkkan kegagalan. Memang itu budaya UMNO dan karenah Mahathir. Kali ini pun, ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November? begitu juga.

Makin nampak jelas, kejayaan rakyat berhimpun tanpa upahan sesen pun. Mereka tidak dipaksa. Tidak juga diugut. Ia mencerminkan satu lagi kegagalan regim Mahathir menyakinkan 23 juta rakyat yang menuntut KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN - bahawasanya mereka tidak gentar dengan kehadiran ?anjing-anjing upahan regim Mahathir? yang lebih dikenali dengan gelaran istimewa ?FRU? dan ?SB? (Sons of Bitches). Mereka diajar dan diberi mandat untuk membelasah tubuh badan dan memusnahkan harta pejuang kebebasan rakyat yang hadir seperti gelompak taufan!!

Gelombang Rakyat Sudah Berlanjutan

Mahathir dan UMNO kena ingat! 23 juta rakyat negara ini sudah dimerdekakan oleh datuk-nenek mereka yang gigih merancang menetang sebarang bentuk penjajahan.

Tahun 1511 adalah tarikh ?malapetaka? yang menggugat. Hari ini, 5 November 2000 adalah lanjutan dari siri penentangan rakyat membebaskan negara dari satu fenomena penjajahan baru yang bermula pada 2 September 1998 - tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan semua jawatan secara paksa oleh Mahathir Mohamad (zuriat pendatang haram baka Krala-Uttar Pradesh).

Orang Melayu tidak pernah digelar pengkhianat oleh keturunan bukan-watan seperti Mahathir (zuriat pendatang haram).

Dalam sejarah yang tercatatat dengan darah Bendahara Seri Maharaja Melaka tua: Pengkhianat orang Melayu terulung dan pernah disula hanyalah kerabat Raja Mandeliar dan Si Kitul. Untuk makluman Mahathir - Raja Mandeliar adalah seketurunan dengan beliau, satu negeri asal dan satu spesis pengadu-domba!!

Sah Mahathir ?BUTA SEJARAH?. Paling jelas Mahathir juga adalah seorang bertaraf perompak, penyangak, pengadu-domba, penjarah, putar alam pembelit, lidah bercabang. Mahathir adalah manusia paling biadap.

Kebelakangan ini, kerana terlalu terdesak, Mahathir juga makin gelabah dan meracau bagai seorang yang sudah hilang akal. Arahannya makin liar dan tidak beretika.

Kerajaan Yang Mengancam Rakyat

Kebetulan, kita berkesempatan berbincang dengan banyak orang. Kepalang malunya kita bila melihat tayangan berita di negara orang mengenai negara sendiri yang dikelamkabutkan oleh pemimpin yang ego dan ingin berkuasa lebih lama dari usia.

Betapa sedih hati kita melihat bagaimana pihak Keselamatan membaham tangan tuannya yang memberi makan!! Memang dasar ?anjing-anjing? tidak mengenang budi. Mereka adalah pemimpin UMNO, FRU dan SB.

Sebagai kebiasaan dimasa lampau, sebarang gerakan rakyat menentang kezaliman regim Mahathir dan parti ?barua?nya bagi menegakkan Keadilan; akan berkesudahan dengan rakyat dibelasah teruk berdarahan, akan merengkok disumbatkan ke dalam lokap, ditelanjang-bogelkan tanpa etika dan nilai-nilai agama manusia bertamaddun.

Itulah sikap pasukan polis yang terlatih supaya berlaku biadap dan tidak sopan, membelasah hingga lebam-lebam, dibicarakan tanpa soal-siasat yang adil sebelum dipenjarakan.

Keseluruhan peristiwa ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November? itu telah dirakam. Ia mulai ditafsirkan rakyat sebagai ancaman kepada seluruh sistem keadilan. Ia mencerminkan cara bertindak regim Mahathir bagi mengekalkan ?kuasa mutlak?, keserakahan, kerakusan, dan perlanggaran undang-undang serta Perlembagaan..

Mengukur kejayaan ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November? itu dari kacamata ?conceptual?, seseorang yang berminda terbuka pasti akan membuat beberapa kesimpulan sosio-politik berasaskan perbandingan, perinci fakta-fakta ini:

Menyamai Regim Zionis

Paling kurang rakyat Selangor sudah dapat melihat dan insaf bahawa bentuk arahan Mahathir kepada pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia adalah se acuan dengan pemimpin regim ZIONIS Yahudi menangani rakyat Palestine di Baitulmaqdis.

Jika Regim Zionis menggunakan pelbagai kekerasan dan ancaman terhadap rakyat yang menuntut Hak asasi mereka, berarak menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman, memegang kepada kekuatan kesepakatan bersama - keadaan yang sama berlaku di ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November?.

Dari lapuran berita yang dipaparkan di beberapa LamanWeb rakyat, Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO/BN ada rencangan Mega menguasai wilayah tanah-tanah subur diseluruh negara.

Hari ini kita lihat Putera Jaya. Esok lusa akan dikaut 6 lagi daerah di Selangor juga. Tulat, akan diugut pula Sultan Pahang menyerahkan Kuantan. Anak Johor akan kehilangan wilayah bersempadan dengan Singapura. Langkawi akan sudah dirisik untuk diwilayahkan.

Lagi mana?

Mahathir sekarang sedang berkira-kira untuk meminda Akta Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan. Segala Pentadbiran bandar-bandar ibu negeri akan diletakkan dibawah pentadbiran Kerajaan Federal. Pembangunannya akan dilaksanakan oleh Kroni dan suku-sakat beliau dengan menggunakan wang rakyat. Harga tanah akan melambung naik, orang Melayu makin terpinggir.

Kawasan Luar Bandar dan Desa akan tertinggal jauh tanpa dihiraukan. Orang Melayu tidak akan dapat mengikuti arus Pembangunan. Jangan harap projek pembangunan akan menyerap ke desa. Orang Melayu akan diasak ke tepi sungai dan pinggiran hutan rimba. Itu adalah perancangan UMNO/BN sehingga tahun 2020. Itu Mahathir punya mau. Kroni politik beliau akan dipasti mengikut telunjuk kerana kepentingan mereka tetap ada!

Mohd Khir Toyo sudah jadi kaya raya dalam sekelip mata. DUN Selangor telah diberi ganjaran puluhan juta dalam akaun bank masing-masing. Punca wang dari khazanah Rakyat. Sultan Selangor juga makin hilang semangat. Mohor Baginda sudah dicagar oleh kerakusan segelintir pemimpin UMNO yang khianat.

Pahang adalah sasaran kedua. Mahathir sudah terang-terang mengugut Baginda bahawa hutan simpan tidak boleh ditebang lagi. Alasan Mahathir mudah saja - untuk mempasti kesejahteraan alam sekitar. Kerana hobby baginda bermain rolette di Las Vegas, hutang di meja rolette menjangkau ratusan juta; mau atau tidak ?mohor baginda? juga kini tercagar.

Kerana sumber utama sudah makin berkurangan, maka Mahathir dengan mudah menukar ganti Kuantan dengan ringgit dan emas. Peristiwa Wilayah Persekutuan Ke-3 Putera Jaya berulang semula di Pahang. Jika Adnan Yakob cuba main kayu tiga, ramai juak-juak UMNO yang redha sepenuh hati menggantikan beliau. Cerita Mohd. Khir Toyo pun sama urutannya untuk dijadikan panduan di Pahang.

Mahathir Sudah Jadi Raja

Jika Portugis menyerang Melaka dengan sebiji dua armada, tetapi Mahathir menjajah negeri-negeri Melayu cuma dengan secebis kertas ringgit dan sebahara emas yang digali di negeri ini.

Hematnya, Mahathir lebih pintar. Beliau menggunakan pemimpin UMNO yang tidak ada keyakinan diri dan sanggup menukar ganti hak rakyat dengan kepentingan peribadi. UMNO sudah diperkudakan. Pemimpin mereka diperlembu.

Soalnya, siapa kini pengkhianat? Ezam Mohd. Nor atau 100 muak-muka bangsat orang Melayu bergelar pemimpin UMNO?

Kini Mahathir setaraf dengan baginda Raja-raja Melayu. Satu kelebihan beliau pula, Khazanah Negara terletak atas perhetongan beliau. Perlembagaan Negara mudah diubahpinda. Dengan jentera kerajaan yang dikuasai beliau secara ?eksekutif?, kakitangan awam semua peringkat cuma melopong saja. Umpamakanlah ?anak-anak unggas? baru keluar dari kelonsong telur. Mahathir akan mengagih habuan cuma sekadar melepas dahaga. Yang lain - semua sudah dibolot oleh beliau dan Kroni!!

Rakyat Perlu Merobah Nasib

Allah swt tidak akan merobah nasib mana-mana kaum yang tidak berusaha. Sekarang tepuklah dada dan tanya selera. Apa akan jadi kepada orang Melayu pada tahun 2020?

Jika Mahathir tidak dipaksa turun takhta dan UMNO/BN tidak ditumbang dan purukkan; orang Melayu akan kembali ke zaman penjajahan. Generasi anda sebagai orang Melayu akan menjadi Pak Kadok - ?menang sorak kampung tergadai?. Malangnya, hanya segelintir dari kerabat anda yang akan gelak ketawa, selebihnya akan jadi peroka bandar dan setenggan dungu.

Itulah dasar Mahathir Mohamad! Sekiranya orang Melayu tidak bangkit menentang regim ini, itulah nasib generasi anda!!


Amin Sapiro
(Bekas ahli UMNO atas Pagar Berduri)