Laman Webantu   KM2A1: 3176 File Size: 7.3 Kb *



T-Melewar: Ucapan Yang Berapi-api
By Kapal Berita

10/11/2000 3:51 am Fri

Taman Melewar, Gombak: Semalam ucapan YB Mahfuz memang bersemangat dan amat berkobar-kobar. Ia adalah satu ucapan oleh seorang yang sudah bersedia untuk memasukki penjara. Beliau lebih rela memasukki penjara daripada membayar denda kerana tidak mengizinkan walau satu sen pun dibayar kepada kerajaan yang zalim. Oleh itu beliau membawa bekal kain baju, seluar dalam (lawak beliau), berus gigi dsb yang secukupnya di mahkamah nanti kalau-kalau terhukum.

Semasa berita ini ditulis, beliau telah disabitkan kesalahan bersama 3 pejuang yang lain dan dihukum denda RM1,500. Namun mereka berempat memilih penjara sebulan dari membayar denda. (Bayangkan Sanusi Junid didenda RM1,000 sahaja walaupun memukul orang di KLIA)

Saya memberi fokus kepada ucapan Mahfuz kerana pidato beliau malam ini membayangkan sesuatu akan terjadi pada 9/11/2000, di mana beliau akan mendengar hukuman keatas kes Kriket Israel.

PIDATO BERAPI-API MAHFUZ

Dalam ceramah malam tadi Mahfuz menceritakan beberapa perkara, dan disampaikan mana yang masih teringat sahaja:

* Hak Berhimpun dan Akta Polis

Mahfuz menceritakan panjang lebar pelbagai akta yang bersangkutan. Hak untuk Bersuara memang ada dalam perlembagaan. Tidak pernah para reformis bertindak liar dalam sebarang perhimpunan. Di Sg Petani misalnya, lebih 100,000 hadir tetapi tidak ada orang umno dijentik telinga atau dipulas perut mereka... Demikianlah satu kiasan betapa berdisiplinnya para pendengar, tetapi polis tetap tidak mengizinkan perhimpunana aman di Jalan Kebun. Malah mereka telah menyekat jalan dan menyebabkan kesesakkan. Mereka menyerang ketika orang sudah bersurai - ini SATU KESALAHAN POLIS!

Tragedi Jalan Kebun ini menunjukkan polis telah menyalahgunakan kuasa dan sudah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak ganas. Pihak penganjur tidak akan berdiam diri, oleh itu segala bukti dan rakaman VIDEO akan diketengahkan untuk menyaman KERAJAAN!

* Usul Bahas Kekejaman Polis Diluluskan

Kisah speaker yang menangguh-nangguh dan lupa bahawa usul untuk dibahaskan ini telah dicatat lebih 24 jam agak melucukan. Sebenarnya memang sudah lebih 24 jam tetapi speaker tidak tersedar. Dikatakan Speaker sibuk kerana berada di Istana Negara menyaksikan upacara penyerahan Putrajaya. Tetapi Mahfuz menegur bukankah timbalan speaker ada dan boleh menguruskannya. Lama-lama speaker pun mengaku beliau tersilap - sebab itulah dibahaskan juga walau disebelah petang. Ketika itu Mahfuz memuji speaker kerana sedar akan kesalahan, tidak macam Mahathir....

* Nasib Pak Din Yang Mengharukan

Walaupun Pak Din seorang guru silat, beliau tidak melawan ketika diserang dari depan mahupun belakang. Beliau telah disembur dengan gas pada jarak yang dekat betul2 ke arah muka, dan akibatnya mata nya kini sudah buta. Harapan untuk nampak tinggal 30% sahaja. Pihak polis enggan memberitahu apakah jenis kandungan bahan kimia yang telah disembur itu walaupun maklumat itu diminta oleh para doktor. Oleh itu adalah sukar untuk merawat jika maklumat tidak dapat dicam dengan tepat. Inikah dia "kemesraan" polis sejak Pak Lah menjadi gembalanya. Orang yang sudah buta hingga meraba-raba nak basuh tangan pun nak dinafikan lagi hak untuk melihat dunia. (Apakah Pak Lah tidak takut dipanggil sahaja binatang? - Penulis).

Kalau ingatan saya tepat, Sdr Mahfuz menunjukkan gambar semasa sesi parlimen membahaskan keganasan polis itu. Beberapa adegan polis membelasah orang ramai dan menyepak terajang wanita sampai masuk longkang telah direkodkan dan akan dihantar kepada SUHAKAM. Malah ada satu stesyen TV Singapura telah menyiarkan sebahagian daripada keganasan tersebut. Semalam tidak ada skrin layar untuk disewa, jika tidak para penonton berpeluang melihat beberapa adegan yang telah dirakam.


* Tragedi Nora Di Permainkan

Cerita Nora dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi bukan cerita main-main. Malah kisah menyayat hati ini menjadi rekod yang dicatat oleh peguam. Keganasan polis seolah2 mereka ini menjaga keselamatan UMNO, bukannya keselamatan negara... Wakil BN naik tocang dan menuduh macam-macam kepada Mahfuz hingga akhirnya wakil BN Tampin mencabar untuk bertumbuk di luar dewan bila Mahfuz menyebut isu pemuda umno memanjat pagar dewan MCA dan melaung kata-kata yang tidak enak sedangkan FRU tidak berbuat apa-apa. Pantang dicabar, Mahfuz apa lagi, sahut terus cabaran bertumbuk itu. Tetapi wakil BN tersebut ditahan oleh rakan beliau.

* YB Mat Sabu Terbelantan Juga

Yang menarik YB Mat Sabu tidak terkecuali dan terkena satu pukulan oleh FRU. Kejadian ini telah dirakamkan oleh beberapa wartawan asing yang berada di situ. Kesakitan pukulan itu masih terasa bila Mat Sabu berucap selepas YB Mahfuz semalam.


UCAPAN MAT SABU

Ucapan YB Mat Sabu bersemangat juga, dan secara ringkasnya beliau menyuruh rakyat bersabar dulu. Kita sedar rakyat akan sanggup bangun kalau disuruh berjihad, tetapi kita masih belum menukar lagi agenda perjuangan. Belum tiba masanya nanti. Tetapi jika Mahathir bertindak lagi diluar batasan, jangan harap rakyat akan membiarkan semua keganasan itu lagi bila pemimpin dan ulamak sudah memberi kata dua JIHAD.

Lawak Khas: Norain Mai jangan jadi ganas macam Norain Nor err.... biarlah jadi Noreen Noor!??

PIDATO EZAM

Ucapan Ezam lebih bertajukkan isu Penderhakaan. Beliau memberi beberapa contoh dan sejarah silam di mana Mahathir sendiri menulis di akhbar Filipina mengutuk Tunku. Ezam sanggup berada di mahkamah untuk menjelaskan satu persatu semua tuduhan pengkhianatan ke atas dirinya.

Menurut Ezam, taktik Mahathir membelitkan kritikkan tersebut dengan mengistilahkannya sebagai kritikan kepada negara. Ini adalah tektik lama yang dipakai oleh seorang maharaja Perancis di satu ketika dulu. Raja tersebut menyifatkan kritikan kepada beliau sebagai kritikan kepada negara, oleh itu pengkrtitik dicap sebagai penderhaka.

Ezam sentiasa bersedia jika dipanggil kemahkamah. Malah beliau telah melapurkan diri di balai tanpa perlu polis mencarinya. Walaupun tidak percaya kepada keadilan mahkamah, Ezam sanggup kemuka pengadilan, untuk menyatakan semua bukti yang tersimpan.....

PENUTUP

Ezam menamatkan ucapan dengan membaca satu sajak tuilisan oleh sdr Hasan Karim. Gerimis rintik hujan mengakhiri satu perhimpunan yang menjadi satu kenangan yang berpanjangan.

Pada awal ceramah malam tadi sdr Shaari Sughib merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada banyak yang menjayakan perhimpunan 100,000. Beberapa istilah baru akan dihuna pakai. Perkataan OKT (Orang Kena Tuduh) akan ditukar kepada TPR (Tahan Politik Reformasi). Dimaklumkan juga satu perhimpunan BESAR-BESARAN akan di adakan pada 25 November nanti, jam 10 pagi di Kementerian Kewangan. Ia akan dianjurkan oleh AJK Jalan Kebun juga, dengan sedikit pertukaran dan penambahan aktivis. Diharap ia bakal menjadi satu lagi episod yang akan menggegarkan dunia politik tanah-air.