Laman Webantu   KM2A1: 3175 File Size: 10.6 Kb *



Negara Kita Sudah Dilanggar 'Geruda'..!!!
By Amin Sapiro

10/11/2000 1:12 am Fri


NEGARA KITA SUDAH DILANGGAR 'GERUDA'..!!!


SESEORANG yang tidak meneliti perjuangan para Reformis dan penegak Keadilan bergelar Pembangkang di negara ini tidak akan terimbau hati untuk meletakkan simpati kepada kezaliman yang ditanggung oleh rakyat seluruh negara. Kecuali, jika mata hati mereka sudah buta dan mereka wajar pula bergelar 'bukan lagi manusia' saja, mungkin mereka akan berkata kepada Reformis dan para pejuang, "Nah! Padan muka".

Sekembali saya dari perjalanan jauh, baru saya dapat merasakan satu perbedaan besar suasana pentadbiran berhemah di negara orang dengan apa yang ditanggung oleh rakyat negara saya sendiri. Namun begitu, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; kita masih merasakan bahawa negeri sendiri masih baik dan sempurna". Paling kurang kita akan terus menggerakkan usaha memperbetulkan semula keadaan yang sudah jauh menyimpang.

Amat Menyedihkan

Apa yang menyedihkan hati kita ialah: negara kita yang sepermai ini dengan bumi bertuah yang dianugerahkan Allah swt dengan serba-serbi kemakmuran dan sumber alam yang melimpah-ruah; kini telah diporakperandakan oleh segelintir pemimpin rakus, tidak beradab dan berperangai layak manusia bajingan. Seluruh yang ada pada kita sudah dikuasai oleh segelintir manusia yang bernafsu Syaitan!!

Membaca puluhan rancana dari pelbagai sumber dengan bukti-bukti nyata menunjukkan Kezaliman dan Ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah rakyat di negara permai ini; sekaligus hati kita makin kuat berazam bahawa "Karenah Regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN sudah tidak boleh pakai lagi".

Kerana kuasa dan kerakusan mereka yang berkepentingan konco-konco Kroni yang melakukan pelbagai rasuah, Nepotisma yang menimbulkan anggapan masing-masing ada hak sebagai pewaris sebuah Dinasti, Konspirasi yang mencetuskan pakatan mempunahranahkan ketertiban hidup 23 juta rakyat; kita rasa bahawa negara kita umpama sudah "dilanggar Geruda".

Kita pernah terbaca dalam hikayat dan cerita-cerita klasik lama bagaimana kacau-bilau dan termusnahnya sesebuah negara yang dilanggar oleh burung bergelar "Geruda" itu. Digambarkan bagaimana masyarakat huru hara dan seluruh sistem kemasyarakatan rosak punah ranah. Rakyat lari bertempiran. Langit gelap, cahaya matahari terlindung. Waktu itu, rakyat semua hilang keyakinan diri. Mereka lari bersembunyi!

Raja Bertakhta Dibawah Rumpun Pisang

Kerap diceritakan bahawa Raja yang memerentah negeri akan membiarkan rakyat jadi korban burung raksasa itu. Raja itu akan lari lintang-pukang bersembunyi dengan sehelai sepinggang bersama anak bini. Kerajaannya cuma bernaung dibawah rumpun pisang cuma. Baginda dan pewarisnya sanggup 'pula' makan pucuk kayu dan minum air yang mengalir di parit-parit hancing lagi kotor.

Seringakali terbaca kesudahannya: Dalam keadaan yang kritikal begitu, akan tampillah seorang insan kerdil dari kalangan rakyat biasa yang tertindas. Beliau itulah yang bangkit dengan senjata di tangan. Dengan keperkasaan luarbiasa yang dianugerahkan Tuhan yang diyakininya, beliau akan menentang gejala perosak itu dengan kesungguhan hati dan iltizam yang kental.

Kita tidak menyangka, keyakinan dan kekuatan yang ada padanya, manusia kerdil yang berhemah itu akan menghunus senjata lalu membunuh Geruda laknat itu. Akhirnya, maka dikembalikanlah keamanan dan ketenteraman kepada anak negeri. Kerajaan sudah beralih tangan!

Analogi dan Persoalan:

Peristiwa yang berlarutan sejak "Perwira Reformasi" - Sdr. Anwar Ibrahim disingkirkan oleh Mahathir Mohamad dengan bantuan Komplot yang berkonspirasi mega; negara dan rakyat jelata sudah tidak aman lagi. Seluruh sistem dan peradaban rakyat, bangsa dan agama makin diperlekeh dan dijadikan bahan senda gurauan oleh "Garuda" yang memusnahkan tamadun kita.

Rakyat Kelantan dan Terengganu sudah sadar dan yakin bahawa mereka sudah mampu membebaskan diri dari belenggu dan tangan ganas Mahathir yang sudah 'gila kuasa' ini. Namun, nampaknya, apa yang ada padanya masih tidak cukup, dan nafsunya makin buas dan kian menggila-gila. Mengganas!!

Kini rakyat Selangor pula sudah menerima padah kerana tertipu dengan janji manis UMNO/BN. Negeri seindah dan seluas itu sudah menjadi sekangkang kera. Meminjam pepatah Melayu tua, Mahathir saling tak tumpah seperti "Belanda dapat tanah". Zuriat pendatang haram ini sudah seperti Portugis yang melanda dan menjajah Melaka tua. Mahathir sudah memusnahkan Kesultanan negeri Selangor dan menjadikan dirinya sebagai 'raja' dengan mencincang lumat Kesultanan sebuah negeri Melayu.

Mahathir itu telah menjadi sebahagian hak rakyat Selangor sebagai kepunyaan beliau dan kroninya. Secara otomatis, ratusan ribu rakyat Selangor sudah bertukar taraf menjadi hamba sahaya sebuah regim 'penjajahan baru' yang berpura-pura akan memberi kehidupan lebih baik. Itulah ganjaran terbesar selepas pilihanraya November 1999 kerana memilih UMNO/BN dan meletakkan wakil-wakil mereka berkuasa.

Mohd. Khir Toyo = Patih Karma Wijaya

Dalam Sejarah Melayu menyebut bahawa Patih Karma Wijaya berpakat dan berkonspirasi dengan Raja Mandeliar (zuirat benua Keling) setelah menyakini adu-domba Si Kitul (seorang hamba pendatang haram sama benua dengan Mahathir). Hari ini, kita nampak Mohd. Khir Toyo telah layak digelar "Patih Karma Wijaya" yang dibenci oleh rakyat Melaka tua. Mohd. Khir Toyo telah menjadi PENGKHIANAT Kesulatanan Selangor, Rakyat dan bangsa yang seagama dengan beliau. Khir Toyo telah jadi petualang bangsat menjula negara!

Mohd. Khir Toyo telah menyerahkan sekerat negeri kelahirannya kepada satu kuasa luar, semata-mata kerana mengharapkan sebahara emas yang belum tentu akan diperolehinya.

Apakah "anak-anak Geruda" disekeliling Mahathir Mohamad akan merasa cukup dengan membolot hak rakyat Selangor saja? Khabarnya ada enam (6) buah kawasan tanah jajahan Selangor sedang 'peta lekar' untuk dirampas oleh Kroni Mahathir. Tunggu saja ketika yang baik, 'Geruda' kebulor itu akan mengirai kepaknya untuk melanda bahagian mana yang disukainya.

Lulus Jarum Lulus Kelindan

Orang Melayu ada analogi yang membudaya dalam diri mereka. 'Lulus Jarum Lulus Kelindan' itu bermakna kalau di Selangor, Mahathir boleh lakukan sekehendak hatinya; apakah yang akan menegah dan mencegah beliau melakukan perkara yang sama di negeri lain [selain dari Kelantan dan Terengganu]?

Nafsu Mahathir dan Kroni sudah nyata terkeluar dan batas-batas Perlembagaan dan tatasusila Kenegaraan yang demokratik, bermaruah dan berhemah. Apakah orang Melayu di negeri-negeri lain yang diwariskan tanah subur ini akan menyerahkan bumi mereka kepada satu kuasa asing yang merancang menghakmiliki tanah tumpah darah mereka?

Fikir baik-baik: Selagi UMNO/BN dan Mahathir Mohamad dibiarkan terus berkuasa dan bermaharajalela, sebagai rakyat kalian jangan harap akan terus hidup aman. Selagi 'Garuda' ini belum mati, negeri kalian akan terus diporak-perandakan semahu hati. UMNO/BN dan Mahathir akan menghisap-hirup setiap titik darah yang mengalir di nadi dan saraf dalam tubuh badan kalian. 'Garuda' puaka ini tidak ada lagi kesian belas untuk merobek daging kalian untuk dimamahnya.

Pentang Mahathir Itu PENGKHIANAT?

Mahathir sudah membalik tamadun kita kebelakang. Kununnya, jika ada diantara kalian menetang, kalian akan dicop sebagai PENGKHIANAT. Kalian akan dibuang jauh ke negeri orang, dipenjarakan atau akan dihukum gantung!! Kalian akan dicop sebagai Komunis walaupun kalian seorang nasionalis.

Tanya diri kalian, apakah ini rupa bentuk sebuah parti politik yang harus disokong lagi? Tidak datuk nenek kita telah berjuang bermandi darah dan berjihad hingga nyawa melayang dari rongga tubuh badan kerana mempertahankan tanah tumpah darah ini? Sejak Melaka dilanda Portugis, orang Melayu sentiasa dijajah dan terjajah. Dimanakah 'kejantanan' kalian sebagai rakyat yang berhemah dan berhak menentukan segala?

Tepuk dada tanyalah selera. Peristiwa 5 November 2000, dengan gerakan 100,000 rakayat di Jalan Kebun, dengan pengorban Nora "Srikandi Perkasa" dan "Pak Din" yang sanggup berhadapan dengan tangan-tangan ganas lagi kejam - masihkah pengorbanan mereka TIDAK menyedarkan kita? Tidakkah bahawa sesungguhnya "MASA MENENTANG KEZALIMAN dan MENEGAKKAN KEADILAN SUDAH TIBA"? Apakah hukumnya jika kita sebagai rakyat yang berhak memilih yang baik tetapi mendayuskan diri semata-mata kerana sesuap nasi? Tidakkah tinggi ganjarannya dalam perkiraan Allah swt mempertahankan hak kita dengan menghumbankan regim Mahathir bertuankan Yahudi ini dan melenyapkan UMNO/BN dari muka bumi Malaysia ini suatu yang berpahala besar?

Mahfuz dan Teman-teman Memilih Dipenjarakan

Rakyat dan orang Melayu harus peka bahawa Sdr. Mahfuz Omar memilih penjara dari membayar denda. Inilah wadah kehebatan seorang pejuang rakyat yang berjiwa besar menetang gejala Yahudi yang dijadikan Mahathir dan pemimpin UMNO sebagai sahabat rapat. Kalau slogan "Pemimpin Melalui Teladan" itu bermula dalam UMNO/BN, tapi yang nampak kepada rakyat adalah contoh perjuangan pemimpn Pembangkang lebih wajar jadi ikutan.

Slogan Mahfuz dan teman-teman kepimpinan Barisan Alternatif adalah jitu: "NEGARA, BANGSA dan AGAMA" tidak akan ditukar ganti. "Titik ditampung, tercurah ditadah", namun rakyat tidak akan menyerah dengan mudah - Biar badan dikandung tanah!!

Nyahkan Mahathir! Nyahkan!! Mahathir masih ada zuriat. Tak dapat tanduk, telinganya dipulas. Kita tidak redha hak kita dirampas. Kita akan kembalikan kepersada bonda segala yang kita punya sejak turun temurun.

Tahun 2004 adalah ketika terbaik bagi seluruh rakyat menentukan masa depan. Kita si kerdil ini akan bermai-ramai berpadu untuk membunuh 'Geruda' puaka ini, insyaAllah!!

Allahu Akbar!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)