Laman Webantu   KM2A1: 3169 File Size: 23.2 Kb *



TJ MT: MGG Terengganu dan Politik Petroleum Pusat
By M.G.G. Pillai

9/11/2000 6:04 am Thu

Penterjemah: -MT-

MGG 123


TERENGGANU DAN POLITIK PETROLEUM PUSAT

(MGG: Trengganu And The Oil politics Of Federalisme)

Artikel asal tersiar di dalam HARAKAH terkini.


Barisan Nasional (BN) mengelabah mencari mana satu yang betul. Tetapi, disebabkan keangkuhannya dan bukan disebabkan sikap berpolitik secara adil dan saksama, ia telah mengambil jalan yang silap. BN naik berang apabila para pengundi yang begitu setia sejak 39 tahun yang lalu, tiba-tiba sahaja menghumbankannya daripada puncak kuasa di Terengganu. Sebenarnya sebelum berlakunya keaiban November1999 itu BN di Terengganu sudah sedar akan kehilangan seorang pemimpin yang baru. Walau bagaimana pun BN terjebak juga. Ada satu usaha untuk melarikan tujuh lori yang sarat dengan dokumen di satu malam buta daripada pejabat kerajaan negeri dan juga daripada rumah kediaman menteri besar. Perkara itu telah dijangka oleh Dato' Haji Hadi Awang, menteri besar yang telah mengambil tindakan untuk menghalang perkara itu. Peti besi di pejabat menteri besar ketika itu dan juga di rumah kediaman rasminya mengandungi lebih kurang RM 10 juta (Sepuluh juta) yang pun mampu dituntutnya kalau dia mampu menunjukkan bukti. Inilah yang belum dilakukannya lagi. Dia tidak pun berjaya mengekalkan jawatan lamanya itu di majlis dewan negeri dan kini menjawat jawatan duta negara ke Saudi Arabia (Arab Saudi).

Kerajaan Pusat BN telah bertindak pantas untuk membalas dendam terhadap kerajaan PAS yang baru sahaja ditubuhkan itu. Lagipun harga petroleum yang mendadak naiknya memberi kesedaran kepada kerajaan pusat bahawa peruntukan royalti sebanyak lima persen daripada Petronas itu akan berganda menjadi RM850juta pada tahun 2000. Pembayaran dibuat dalam dua instalmen. Instalmen pertama berjumlah RM436 juta dibayar pada bulan Februari. Tetapi, Petronas telah menghentikan pembesaran kilang penapisnya di Kerteh dan sebaliknya telah melakukan perkara itu di Gebeng yang tereletak di bawah pentadbiran kerajaan Pahang. Nampaknya bermulalah satu tarik tali di antara Terengganu dan Petronas di satu pihak dan kerajaan pusat di satu pihak lagi. Kuala Lumpur tidak berupaya untuk berganjak dan Petronas yang terikat tangannya merasa malu. Apa pun, instalmen yang berbaki sebanyak RM480 juta masih tertangguh lagi.


Menafikan hak Terengganu kepada pembayaran royalti petroleum itu sudah menjadi satu balas dendam yang pantas daripada kerajaan pusat terhadap sebuah negeri yang sanggup menyanggahnya. Krisis ini lebih menyengat daripada penafian hak Terengganu kepada royalti itu. Ia menyalahi perundangan hukum kontrak, undang-undang antarabangsa dan Undang-undang peraturan lautan dan juga perlembagaan Malaysia. Rais Yatim yang bertanggungjawab hal ehwal perundangan telah mengejek Terengganu agar membawa perkara ini ke mahkamah.

Tujuan utama kerajaan pusat mengambil alih hak Terengganu adalah semata-mata untuk melumpuhkan pentadbiran kerajaan PAS. Terengganu harus menyambut cabaran itu bukan di mahkamah Malaysia tetapi di Mahkamah Antarabangsa di Hague untuk mendapatkan pandangan dan nasihat guaman bukan sahaja mengenai royalti itu malahan juga mengenai isu yang lebih besar lagi menyangkuti Federalisme. Satu kontrak yang berat sebelah bukannya satu perjanjian. Apabila perundingan dan perbincangan menjadi sukar seperti yang berlaku kini, dan campurtangan mahkamah diperdapatkan, ia menggambarkan betapa wujudnya kepincangan dalam sistem itu dan juga amalannya.

Hak Malaysia kepada Zon Ekonomik Ekskulisf (EEZ- Exclusive Economic Zone) muncul daripada hak kepada persisiran pantai yang dinikmati oleh negeri-negeri yang bersekutu dalamnya. Undang-undang antarabangsa adalah berdasarkan kepada adat, penggunaan dan amalannya. Kalau Kuala Lumpur benar, bererti Pulau Redang bukan lagi hak Terengganu dan Pulau Tioman bukan lagi hak Pahang. Begitu juga dengan kepulauan Spratleys yang terletak di Lautan China Selatan itu. Tuntutan ini dikira sah kerana ia dikaitkan dengan salah satu kerajaan negeri di dalam Persekutuan itu dan bukannya sebagai wilayah persekutuan.

Ungkapan sempadan had tiga batu itu sebenarnya merupakan satu konvensyen. Satu ketika dulu, ledakan meriam sebuah kapal dikira mempunyai jarak jangkauan sejauh tiga batu. Kalau tembakan itu mengenai sasaran di atas darat, ia dikira satu tindakan mengancam dan memungkinkan satu peperangan. Inilah yang dijadikan satu adat dan amalannya dalam penaksiran sempadan wilayah sesuatu negara yang berpesisiran pantai dan berdaulat. Kini, sesuatu buah kapal boleh menembak mengenai sasaran yang beribu batu jauhnya. Namun konvensyen lama itu terus diambil sebagai sebahagian undang-undang antarabangsa. Kemudian, ada pula negara yang mengambilkira had itu kepada 12 batu jauhnya sedangkan ada pula yang memperakukan jarak 200 batu. Namun, dalam perundangan samudera had itu dikira sejauh tiga batu sahaja, ditambah lagi dengan EEZ dan hak kepada negara persekutuan yang ada kaitan dengan hak negara yang berpesisiran pantai. Malaysia membuat tuntutan kepada hak negara berpesisiran pantai kerana semua 13 negeri yang menganggotai Pesekutuan itu mempunyai hak itu.

Oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu yang mendahului penubuhan Malaysia telah wujud hanya pada 1948, hak Malaysia kepada EEZ dalam hukum-hakam antarabangsa itu adalah disebabkan hak yang wujud kepada kerajaan negeri. Malaysia membuat tuntutan terhadap Pedro Banca (Pulau batu Putih) daripada Singapura kerana Johor mempunyai sejarah lama dalam tuntutannya kepada pulau itu. Malaysia mempunyai tuntutan kepada Sipadan dan kepulauan Litigan daripada Indonesia disebabkan oleh Sabah. Inilah sebabnya Petronas bersetuju membayar lima persen royalti kepada Terengganu kerana penggerudian petroleum di kawasan EEZ itu. Apabila Terengganu dinafikan hak royalti kenapa pula Terenggnau diambil kira untuk menjadi penerima sulung Wang Ehsan (solatium payment) yang nilainya sama banyak dengan peruntukan royalti itu? Bukankah ini bererti wang itu lebih tepat diberikan nama 'Wang Rompakan' sahaja. Kalau wang royalti tidak dikira layak bagaimana wang ehsan direncana pulak?

Semua negeri yang lain sedang memperhatikan kemelut ini dengan penuh minat. Seandainya petroleum terdapat diperairan mereka apakah royalti seperti itu dinafikan juga kepada mereka? Kenapakah Wang Ehsan hanya diberikan kepada Terengganu sedangkan negeri lain tidak diambil kira? Kalau 'Wang Ehsan' itu menjadi hak negeri yang mengeluarkan petroleum sahaja, kenapakah kerajaan pusat membuat penyaluran terus kepada penduduk negeri itu dan tidak kepada kerajaan yang mentadbir negeri mereka? Kuala Lumpur sebenarnya mencabar suasana kemesraan yang terjalin di antara kerajaan pusat dan kerajaan ngeri itu untuk menggugat kedudukannya sendiri. (Inilah kes kalau otak ada di lutut, MGG Pillai...! -penterjemah).

Akta Pembangunan Petroleum (The Petroleum Development Act 1974) dan Akta Pelantar Benua (Continental Shelf Act 1965) yang menjadi rujukan Kuala Lumpur dalam telagahan ini, sebenarnya dikira tidak sah selagi dewan perundangan negeri tidak meluluskan hukum-hakam yang bersangkutan dengannya. Terengganu memang tidak pernah melakukan perkara semua ini (patutlah.....royalti dulu-dulu dibalun sakan....-penterjemah). Apabila hak sesuatu negeri itu dialihkan kepada kerajaan pusat, perlembagaan negeri itu harus dipinda. Kalaulah Kuala Lumpur berpendirian bahawa Terengganu hanya berhak kepada tuntutan royalti petroleum yang muncul dalam lingkungan tiga batu daripada persisiran pantainya dan di daratnya, tentulah perkara ini sudah termaktub dalam perjanjian mereka. Perkara ini pun tidak wujud. Petronas telah pun menandatangani satu perjanjian dengan Terengganu dengan mengambil kira kawasan EEZ itu juga. Lagipun kerajaan persekutuan telah membuat perakuan akan pembayaran royalti itu sejak 25 tahun yang lalu. Peraturan undang-undang semudera memberikan hak kepada negeri yang berpesisiran pantai. Ini bererti di Malaysia hak itu terpaut kepada kerajaan negeri sahaja.

Apabila kerajaan negeri memberikan kerelaan hak mencarigali sumber kepada kerajaan pusat, tentulah dia mengharapkan faedah yang setimpal dengan kerelaan itu. Jika tidak kenapa perkara itu dilaksanakan? Kuala Lumpur tidak boleh melakukan paksaan tanpa kerelaan kerajaan negeri. Inilah yang menghasilkan perjanjian royalti itu. Tengku Razaleigh Hamzah pernah menandatangani perjanjian bagi pihak Petronas pada 1975 dulu, telah menafikan hal ini pula. Tetapi ini adalah satu kenyataan berbaur politik semata-mata dan tidak boleh diguna-pakai. Pembantu beliau pernah memberitahu bahawa royalti itu mesti dibayar dan tidak sampai mengenepikan PAS daripada Terengganu.

Sarawak dan Sabah pernah mengugut untuk keluar daripada gagasan persekutuan kalau Kuala Lumpur mendesak merampas segala hak eksklusif di EEZ itu. Kerana itu dua negeri itu dibayar royaltinya sedangkan Terengganu tidak pula. Dua negeri Malaysia Timur itu bertegas bahawa Malaysia adalah merupakan persekutuan tiga negeri - Malaya, Sabah dan Sarawak. Tetapi Kuala Lumpur kata ia mengandungi tiga belas. Kalau begitu, Terengganu mesti diberikan layanan seperti yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Malaysia tidak boleh mengalihkan tiang gol sesuka hatinya. Ini akan mengkucar-kacirkan perlembagaan itu seluas-luasnya.

Seandainya Kuala Lumpur menafikan hak royalti kepada Terengganu, adalah menjadi hak Terengganu memerintahkan segala infrastruktur petroleum itu keluar daripada Terengganu. Ataupun mengenakan cas bagi setiap tong minyak yang dipam oleh Petronas keluar masuk kilang penapisan. Terengganu boleh juga menarik balik segala kemudahan istimewa yang diberi kepada kompleks di Kerteh dan mengenakan sewa kepada setiap paip yang dipasang di Kerteh. Terengganu berlagak laksana anak yang terlalu manja sedangkan ia sepatutnya bertegas untuk menonjolkan ketokohannya sebagai sebuah negeri dalam persekutuan. Ia harus sanggup mencabar dari sudut politik dan juga kehakiman. Tindakan PAS mengadakan 'roadshow' telah menyerlahkan kesan. Ia telah menganjurkan jamuan untuk para duta dan orang lain dengan juadah masakan Cina di hotel besar di Kuala Lumpur untuk membuat penjelasan. Malahan ia juga menganjurkan beberapa ceramah di serata negara.


Kuala Lumpur sebenarnya ketandusan sumber wang. Walaupun ia berlagak bagak, sebenarnya Kuala Lumpur tidak mampu melunaskan hutangnya. Petronas merupakan bank utamanya. Kuala Lumpur menjalin hubungan baik dengan kerajaan negeri dengan cara mengawal kewangan mereka. Ketika Sabah menjadi negeri pembangkang, ia telah sengaja diperlecehkan untuk menerima peruntukannya. Kerana itu Sabah terpaksa berikhtiar sendiri sehingga mampu mewujudkan peruntukan tabung dana yang besar hinggakan Kuala Lumpur naik rakus untuk menawannya semula. UMNO cuba menumbang kerajaan itu dulu tetapi tidak berjaya. Ini merupakan satu cerita rahsia untuk lain masa (agaknya).

Kuala Lumpur tidak boleh menerima hakikat betapa Terengganu akan menerima hampir Satu Bilion Ringgit setiap tahun sedangkan ia tidak berupaya mengawal negeri itu bersangkutan dengan cara dana itu digunakan. Seperti biasalah tindakan spontan untuk menyekat perkara itu berlaku telah dilakar tanpa memikirkan akan akibatnya.

Sebenarnya bukan sahaja royalti petroleum yang dipertikaikan sekarang. Kuala Lumpur berlagak untuk merampas hak negeri itu kerana memikirkan apa yang akan dilakukan dengan wang sebanyak itu. Kemelut ini merupakan satu tekateki bagaimanakah mewujudkan satu kesaksamaan dalam hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tidak kiralah kalau ada satu kerajaan negeri yang tidak bersekongkol dengan kerajaan pusat. Pernah terjadi satu kisah lama apabila sebuah kerajaan negeri memberontak dan ditumpaskan secara ganasnya. Inilah yang berlaku kepada kerajaan koalisi yang dipimpin oleh Dato Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1960-an dulu.

Kini, negeri di bawah BN pun bertegas untuk mempertahankan hak masing-masing kalau ada ancaman daripada Kuala Lumpur. Gelagat Kuala Lumpur mendapatkan Putra Jaya tanpa sebarang perundingan menyemarakkan semangat kenegerian di kalangan negeri yang lain. Perdana Menteri mahukan Putra Jaya tanpa sebarang bantahan daripada dewan perundangan negeri. Sikap kerajaan pusat itu menunjukkan apa yang dimahukan oleh kerajaan pusat mesti dianggukkan sahaja. Apa yang Kuala Lumpur kata adalah betul belaka. Dalam jangka pendek, mungkin Kuala Lumpur akan menang, tetapi bukan dalam jangka panjang. Kuala Lumpur sengaja memperlekehkan kerajaan negeri tanpa memikirkan akibatnya.


-MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

HARAKAH Column

TRENGGANU AND THE OIL POLITICS OF FEDERALISM

M.G.G. Pillai



THE NATIONAL FRONT (BN), caught between right and wrong, chooses wrong; with might its political strength, not ideals, fairplay, convention, political savvy. It roars in unctious rage when voters, after 39 years, trounced it out of office in Trengganu. But it had known before the November 1999 debacle, it would without a new leader. But it was caught unprepared nevertheless. Seven lorry loads of documents were carted in the middle of the night from the state offices and the mentri besar's residence, but the new mentri besar, Dato' Haji Hadi Awang, had anticipated it, and prevented them from leaving the state. The BN mentri besar's safe in his office and residence contained about RM10 million ringgit which he could claim if he could prove it is his. He has yet to. He was not returned to the state assembly and is now Malaysian ambassador to Saudi Arabia.

The BN central government acted swiftly to put the upstart PAS government in its place. Especially when it realised that, with higher petroleum prices, the five per cent royalties Trengganu received from Petronas for its offshore oil exploration would double to RM850 million in 2000. It is paid in two instalments, the first for RM436 million paid in February. But Petronas would not expand its refinery in Kertih, its petroleum hub in Malaysia, and move instead to Gebeng, across the Pahang border. Soon, this became a test of wills between Trengganu and Petronas, on the one hand, and Kuala Lumpur on the other. Kuala Lumpur could not move. Petronas, its hands tied, is embarrassed. Needless to say, the second royalty payment of RM480 million will not be paid.

So, denying Trengganu's legal and constitutional right to royalties in Malaysia's exclusive economic zone is Kuala Lumpur's political riposte that questions the Malaysian federation's raison d'etre. This crisis is more serious than denying Trengganu its royalties. It falls foul of the law of contract, international law and the Law of the Seas regiment, the Malaysian constitution. The de facto minister of law, Dato' Rais Yatim, taunts Trengganu to test this denial of royalties in the courts.

But the federal government usurped the state right to royalties in Trengganu with no aim but to sink the PAS administration. Trengganu should take the bait, not in the Malaysian courts, but in the International Court of Justice in the Hague for an advisory opinion not just on royalties but on the larger issues of the federation. A one-sided contract is no contract. When negotiations and talks are impossible, as now, and the courts have to be brought in, it reflects malaise in the system and its practices.

Malaysia's right to the 197-mile exclusive economic zone comes from its littoral states' right to its territorial waters. International law is based on custom, usage and practices. If Kuala Lumpur is right, then Pulau Redang, off the three-mile limit, and Pulau Tioman, should not belong to Trengganu and Pahang. Nor the Spratleys, in the South China Sea. That claim is valid only if it is to be attached to one of the Malaysian states, not as a federal territory.

This three-mile limit itself is convention: a ship's gun had a range then of three miles ahead; if it hit a target on land it was hostile, and war could follow. That became, by custom and practice, the limits of territorial sovereignty of a littoral state. Today, a ship could hit a target from thousands of miles away, but this convention stuck into international law and usage. Subsequently, some nations extended it to 12 miles and others to 200. But the Laws of the Seas regiment kept it to three miles, with the additional EEZ, the rights to it in a federation linked to its littoral states. Malaysia's claimed rights to the EEZ is because the littoral state, which is all 13 states, have them.

Since the federation of Malaya, which preceded Malaysia, did not exist until 1948, its right to the EEZ in international law is because of its littoral states. It claims Pedro Banca (Pulau Batu Putih) from Singapore because of Johore's historical claim, and the Sipadan and Litigan islets from Indonesia because of Sabah. Which is why Petronas agreed with Trengganu to pay it royalties of five per cent for mining petroleum in the EEZ. If Trengganu is disallowed the royalty, why is Trengganu singled out for this special payment -- "wang ehsan" (solatium payment), though "wang rompakan" (stolen money) is more appropriate -- equal to the royalties payable? If no royalties are payable, how does "wang ehsan" come in?

Other states watch this confrontation with interest. If petroleum is found in its EEZ, would it be denied royalties like Trengganu? Why is "wang ehsan" denied the other states while the PAS-controlled Trengganu is? If "wang ehsan" is allowed only those states with petroleum in its EEZ, why does Kuala Lumpur insist upon direct disbursement to the people, when it should be through the state government? Kuala Lumpur makes nonsense of federal-state niceties to keep the federation trembling on a knife's edge.

The Petroleum Development Act of 1974 and the Continental Shelf Act of 1965, on which Kuala Lumpur depends much in this dispute, is invalid unless the state assemblies passed enabling laws. They had not. When a state right is transferred to the federal government, the state constitution must be amended. If, in Kuala Lumpur's view, Trengganu could only claim royalties for petroleum within three miles off its shore and inland, it would have been so spelt in the agreement. It is not. Petronas signed the contract for petroleum within the EEZ as well. The federal government accepted that since it paid the BN state administration royalties for 25 years. The law of the seas regimen gives the EEZ to the littoral states. And in Malaysia that devolves to the individual states.

When the state assigns exploitation of its resources to the centre, it is in return for accruing benefits. Otherwise, why should it? Kuala Lumpur cannot insist upon it against the state's will. The royalty agreement flows from this. Tengku Razaleigh Hamzah, who signed on behalf of Petronas the 1975 royalty agreement, denies this, but that is a political statement which cannot stand scrutiny. His aides tell me royalties must be paid but should not to force PAS out of Trengganu.

Sarawak and Sabah threatened to secede if Kuala Lumpur insisted upon exclusive rights to the EEZ. So, the two states are paid the royalties while Trengganu is not. The two states insist that Malaysia is a federation of three states -- Malaya, Sabah and Sarawak -- while Kuala Lumpur that of thirteen states. If so, then Trengganu must be treated as Sabah and Sarawak. It cannot shift goal posts as it likes. If not, it throws the constitutional doors wide open yet again.

If Kuala Lumpur denies Trengganu royalties from the EEZ off its waters, it is within Trengganu's rights then to order the oil installations out of the state, or charge a fee for every barrel Petronas pumps in and out of its refinery, remove all special privileges for its complex in Kertih, and charge a rent for the pipeline for its passage to Kertih. Trengganu now behaves like a spoiled child denied its toys, when it should reassert its position as a state in the federation, and challenge it politically and legally. PAS's roadshows makes an impact. It entertained ambassadors and others to a Chinese lunch in a leading hotel in Kuala Lumpur to explain its side of the crisis. And holds meetings throughout the country.

Kuala Lumpur is strapped for funds. It cannot meet its bills, despite its brave front. Petronas is its principal banker. It keeps the political peace with the states by fiscal and financial control. Sabah, when in opposition hands, was delayed its dues that it had to depend upon its wits to survive. It created a fund so large that it could be financially secure. UMNO had to overthrow it to get at that. It could not. That is another story. Kuala Lumpur cannot accept that the hated PAS administration would get nearly a RM1,000 million annually over which it had no control, the money it needs for its use, that it had to do what it does. But, as usual, without calculating the consequences of its action.

More than petroleum royalties is at stake. Kuala Lumpur arrogates to it the right to second guess how a state, especially if opposition-governed, spends its dues, and what it should get. The Trengganu dispute highlights a recurring conundrum in the 43 years of Malaysia: how to balance federal and state rights. It did not matter when all states bar one was under federal control. In the rare occasions when the states rebelled, it was forcibly put down, as the SNAP-led coalition of Dato' Stephen Kalong Ningkan in the 1960s.

Today, even BN-run states opt for state rights when Kuala Lumpur encroaches. Kuala Lumpur's unnegotiated demand for Putra Jaya in Selangor raises the political and nationalistic ire in the state. The Prime Minister wants it without the state assembly having a say. The centre jeopardises the territorial integrity by insist that what it says goes, even if wrong. What it says, in any case, is always right. In the short term, it could win. But not in the long run. Kuala Lumpur pours oil over federalist waters.

Ends