Laman Webantu   KM2A1: 3166 File Size: 15.6 Kb *



Jalan Kebun: Koleksi 2 Tinta Siber - Kak Id
By Kapal Berita

8/11/2000 9:11 pm Wed

Dikepilkan dua rencana kali ini hasil pemantauan beberapa laman siber:



  1. Lapuran dari Kak Id (FGR)
  2. Lapuran Penulis Tak Bernama (MZ2)



LAPORAN PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT Kak Id

5 NOVEMBER

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang benar........lebih 100,000 rakyat Malaysia berjaya meneruskan program Perhimpunan 100,000 Rakyat 5 November di Shah Alam. Bukan di Jalan Kebun tempat asal program tetapi di sepanjang Lebuhraya Kesas berhampiran Tol Jalan Kebun. Sepandai-pandai puak-puak polis barua MADEY merancang, Allah jualah yang merupakan sebaik-baik perencana! Penyokong-penyokong BA telah menempa sejarah yang tidak akan mereka lupakan sepanjang hayat mereka. Rasa puas, terharu dan bangga di dalam diri kami tidak dapat digambarkan biarpun terlalu banyak kepahitan yang terpaksa ditelan.

Kami mula bergerak ke tempat program yang dijadualkan di Jalan Kebun pada jam 9.30 pagi. Namun dari maklumat yang diterima, tapak program telahpun dikepung dan dikuasai oleh puak-puak polis dan FRU. Arahan diterima agar kami berhimpun di Masjid Shah Alam. Kami tiba di masjid Shah Alam lebih kurang jam 10.30 pagi dan yang kelihatan hanya beberapa buah kereta pengunjung-pengunjung masjid yang sedang mengikuti kelas agama di situ. Setelah menunggu hampir 1 jam dan agak kecewa melihatkan tiada penyokong-penyokong lain yang singgah di situ, kami mengambil keputusan untuk ke Jalan Kebun. Sebelum itu kami singgah sebentar untuk mengisi perut yang kelaparan. Mujurlah komunikasi kami dengan beberapa hardcore reformis masih berjalan dan kami diarahkan untuk ke Masjid Shah Alam semula untuk menanti kedatangan rombongan penyokong-penyokong dengan bas dan kenderaan persendirian mereka. Tepat sekali, sampai sahaja kami di Masjid itu semula pada jam 1.00 tengah hari, deretan kereta, bas dan motor telah sedia menunggu. Kami menunaikan sembahyang zohor bersama-sama di Masjid itu sebelum mengikuti arahan seterusnya.

Lebih kurang jam 2.00 petang konvoi mula bergerak keluar dari Masjid Shah Alam dengan sekumpulan motosikal-motosikal besar sebagai benteng di barisan hadapan. Kami diarahkan untuk bergerak menuju ke 'Stopping point' Awan Besar kerana barisan pemimpin-pemimpin menunggu di situ. Hujan rahmat mula turun mengiringi konvoi rakyat.

Setelah berkonvoi selama 15 minit merentasi beberapa 'road block', tiba-tiba kami diarahkan untuk membatalkan perjalanan ke Awan Besar disebabkan puak-puak FRU telah membuat kacau di sana. Dengan berkonvoi mengikut sebuah pajero di hadapan yang di dalamnya kelihatan Irene Fernandez, kami mula bergerak ke arah yang lain. Rupa-rupanya arahan dibuat agar kami berhimpun di Lebuhraya Kesas berdekatan tol Jalan Kebun. Malangnya jalan untuk ke Tol Jalan Kebun telah ditutup dan dihalangi oleh polis. Setelah berpusing-pusing beberapa ketika kumpulan konvoi kami berjaya juga menembusi jalan tersebut dari arah yang lain. Bodoh sungguh rupa-rupanya polis-polis tersebut......otak rasuah katakan!

Kami pun mula meletakkan kenderaan serapat mungkin memenuhi lebuhraya Kesas tersebut. Penyokong-penyokong turun dari kenderaan masing-masing dan mula berhimpun di luar sambil melaungkan solgan-slogan keramat. Kenderaan-kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon-hon yang panjang sebagai sokongan kepada kumpulan kami. Tidak berapa lama sahaja lebuhraya tersebut penuh sesak dan jalan dihadapan telah pun ditutup. Kami telah berjaya menguasai lebuhraya tersebut. Beberapa kenderaan turut terperangkap di lebuh raya tersebut termasuk beberapa kenderaan berat.

Maklumat diterima bahawa barisan pemimpin akan bersama-sama kami tidak berapa lama lagi. Lebih kurang pukul 3.30 petang, adegan ganas pun bermula. Trak 'water canon' dan kumpulan FRU muncul di hadapan kami. Tindakan cekap sahabat-sahabat yang mengarahkan agar kereta-kereta diatur lebih rapat di barisan hadapan telah berjaya menghalang puak-puak jahanam itu dari mara terus ke kumpulan kami. Namun pancutan air kimia dan gas pemedih mata terus ditujukan kepada kami. Sebuah helikopter yang berligar-ligar di udara sejak di masjid Shah Alam lagi tidak jemu-jemu memantau kami. Rupa-rupanya gas pemedih mata turut dilancarkan dari atas awang-awangan.

Penyokong-penyokong terpaksa berundur ke kenderaan masing-masing kerana mata masing-masing kepedihan. Namun yang kelakar sekali adalah pancutan air kimia tersebut yang begitu lemah sekali dan tidak pun berjaya menghampiri kami kecuali penyokong-penyokong yang berdiri di tepi lebuh raya yang hampir dengan trak tersebut. Pasukan perusuh FRU mula menyerbu masuk ke arah kami dan memaksa kami untuk bertahan di dalam kenderaan masing-masing. kali ini kami dapat melihat dengan mata kepala kami sendiri bagaimana puak-puak tersebut menghambat penyokong-penyokong dan mengganasi mereka. Dari rupa dan percakapan puak-puak FRU itu ramai dipercayai dari Sabah. beberapa buah kenderaan penyokong telah ditendang kemek, jelas kesan tapak kasut mereka kelihatan. Ada kereta yang dipecahkan, penyokong di dalamnya dipukul di kepala lalu ditarik keluar dan dibawa sebagai tahanan. Kejadian-kejadian yang saling tak tumpah seperti keganasan rejim Israel di Palestin berlaku di hadapan mata.

Mereka mengganas sehingga masuk waktu asar dan kami mula membuka tingkap kereta kami dan memasang radio sekuat-kuatnya agar azan yang berkumandang didengari oleh puak-puak jahanam itu. Ternyata keganasan mereka mula mengendur selepas itu. Kami pun mula keluar semula dan berhimpun semula di luar. Beramai-ramai kami mengumpulkan semangat dan menenangkan beberapa penyokong yang ahli keluarganya telah menjadi mangsa kepada puak-puak FRU. Sembahyang asar juga dibuat secara berjemaah oleh beberapa kelompok penyokong di tepi-tepi jalan dengan mengambil wuduk dari sebatang sungai kecil yang berdekatan. Cuaca panas telah menyebabkan sebuah lori kecil menjual air dikerumuni oleh kami yang amat kehausan. Hairan juga bagaimana lori menjual air tersebut boleh muncul....secara kebetulan atau memang dirancang tiada siapa pula yang teringin bertanya soalan yang tidak penting ini.

Pada jam lebih kurang 5.00 petang, kelihatan Sdr. Lokman menaiki motor meninjau keadaan kami yang masih bertahan. Berita gembira dikhabarkan yang barisan pemimpin yang amat dinanti-nantikan telahpun berada di belakang........nun jauh di belakang tersekat oleh kenderaan-kenderaan penyokong yang beberapa batu panjangnya. Suntikan semangat bermula dan kami terus bertakbir dan melaungkan slogan-slogan rakyat.

Suasana menjadi lebih hangat lagi apabila pemimpin-pemimpin mula dilihat berjalan kaki ke arah kami....... Dato' Fadzil Noor, Sdr, Lim Kit Siang, Dr. Syed Husin Ali, Dr. Wan Azizah, Sdr. Mahfuz, Sdr. Ezam, Sdr. Faizal, Sdr. Gobalakrishnan dan lain-lain diarak berjalan bersama-sama. Penyokong-penyokong berpegangan tangan membuat laluan kepada pemimpin-pemimpin kesayangan dan menjaga keselamatan mereka dari dirempuh. Rasa terharu dengan keadaan pada masa itu tidak dapat digambarkan. Penyokong-penyokong dari berbagai bangsa telah bersatu hati dan tenaga menjaga keselamatan pemimpin-pemimpin kita. Indahnya pemandangan ketika ini!

Setelah hampir di barisan hadapan, kami mula berhimpun untuk mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin yang hadir. Sdr. Saari Sungip sebagai pengerusi Perhimpunan 100,000 rakyat memberi ucapan aluan dan bertanyakan pengesahan dari kami yang hadir akan sasaran perhimpunan 100,000 ribu rakyat itu. Tidak ragu-ragu lagi kami semua melaung sasaran telahpun ditembusi dengan lebih seratu ribu orang telah hadir. Ucapan-ucapan semangat dari setiap Presiden BA kami sambut dengan bergemuruh sekali. Paling mengharukan sekali adalah Dr. Wan Azizah yang hadir dengan berkerusi roda akibat kecederaan di kaki kanannya.

Ucapan seterusnya adalah dari Ketua-ketua Pemuda dimulakan oleh Sdr. Mahfuz yang juga disambut dengan bersemangat sekali. Sdr. Ezam menyusul tetapi baru beberapa minit beliau berucap kekecuhan telah tercetus di seberang jalan. Dipercayai puak SB sendiri telah memukul puaknya sendiri dengan harapan kami akan merusuh. Kami tidak memperdulikan peristiwa itu dan terus mendengar ucapan dari Sdr. Ezam. Malangnya, jam menunjukkan pukul 6.00 petang, puak FRU dengan trak'water canon'nya sekali lagi mara dan mengganas. Kali ini pancutan air kimia sepeti diberi nafas baru bagai jet turbo menjunam ke arah kami.

Suasana menjadi kelam kabut. Mata-mata sepantas kilas menjadi pedih. Pengiring-pengiring setia telah terlebih dahulu menyelamatkan pemimpin-pemimpin kita. Dr. Wan Azizah telah diusung dengan kerusi rodanya sekali dan dimasukkan ke dalam kereta yang berdekatan. Sepantas kilat juga laluan-laluan dibuka bagi membolehkan pemimpin-pemimpin dibawa keluar. Kenderaan kami sendiri tanpa diduga-duga telah memuatkan beberapa pemimpin dan diarahkan keluar melalui bukaan jalan tersebut. Maka kami pun berjaya keluar dari tempat tersebut dalam sekelip mata dengan bantuan penyokong-penyokong yang sedar akan kehadiran orang penting di dalam kenderaan kami. Di belakang, adegan kejar mengejar berterusan dan gas-gas pemedih mata masih lagi berterbangan di udara. Kami meninggalkan tempat kejadian dengan perasaan terharu dan sedih. Namun di sepanjang jalan penyokong-penyokong terus memberikan semangat dan melambai-lambai ke arah kami. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Engkau juga Maha Mendengar. Selamatkanlah para penyokong yang telah menunjukkan semangat juang yang amat kental di belakang sana. Pengorbanan kalian hanya Alaah yang akan membalasnya. Jahanamlah engkau wahai MAHATHIR MAHAKUTTY.....rakyat telah bangkit dan tidak akan undur lagi!!!

Setakat yang kami tahu, sehingga jam 8.00 malam, 70 orang telah ditangkap dang 6 orang telah cedera di kepala!

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000
3.00a.m 6 Nov.
Kedah




Sumber: Lapuran dari Mahazalimtwo

Satu Lagi Perhimpunan 100,000 Rakyat Jalan Kebun

Tahniah kepada penganjur dan rakyat Malaysia yang telah turun ke padang dalam Perhimpunan 100,000 rakyat pada 5 Nov 2000 untuk memperjuangkan demokrasi dalam negara yang semakin menghimpit hak rakyat ini. Akibat dari pemerintahan kuku besi Barisan Nasional UMNO hari ini, rakyat tidak dibenarkan berhimpun kecuali berhimpun untuk UMNO atau oleh UMNO walaupun tidak ada permit sepertimana yang dibuat oleh Pemuda UMNO di Putrajaya baru2 ini. Rakyat telah membuat permohonan permit banyak kali untuk mengadakan pelbagai perjumpaan aman (ceramah, hari keluarga, sukaneka, perhimpunan rakyat) tetapi hampir kesemua permohonan ditolak diseluruh negara. Norian Mai, Ketua Polis Negara, hari ini membuat kenyataan dalam Berita Hairan, bahawa polis sedia memberi permit (kepala hotak dia? Apa punya Ketua Polis, cakap macam budak2).

Saya turut berkesempatan sama berada di tempat kejadian malah menawarkan diri menjadi sukarela menjadi benteng di barisan depan bersama rakyat Malaysia yang lain untuk melindungi ke empat2 Presiden dari diserang dan dipancut air gas oleh FRU. Saya sempat menyaksikan beberapa kejadian kezaliman dan kebinatangan polis FRU tehadap orang awam. Mahathir dan Dollah Badawi serta Norian MAi bertanggungjawab di atas darah orang awam yang tumpah ke bumi. Akibat dari sekor manusia yang zalim ini, rakyat terpaksa bermandi darah.

4 orang anak muda dalam sebuah kereta merah proton iswara dikejar polis tanpa sebab dalam kesesakan kereta. Polis terus memecahkan tingkap cermin anak muda belasan tahun ini dan memukul pemandunya tanpa sebarang pertanyaan dan mengheret serta memukul tiga lagi penumpang kereta tersebut.

Polis menyembur air gas dan menembak gas pemedih mata ke arah orang yang terperangkap di hi-way walaupun di sana terdapat ramai orang termasuk kanak-kanak kecil (paling kecil depan saya berumur 10 bulan, apabila ditanya), dan terdapat orang perempuan/lelaki tua, dan orang2 perempuan di dalam kereta.

Di Jalan Kebun, polis menyerbu rumah-rumah orang kampung dan menangkap orang-orang kampung termasuk orang-orang yang baru saja selesai solat zuhur. Serupa askar Yahudi tangkap dan serang orang Islam Palestin dalam masjid di Palestin.

Di tepi hi-way dekat Bkt Kemuning, orang-orang Indon yang sedang duduk memerhati dari jauh juga ditempak dengan gas pemedih mata.

FRU menangkap dan membelasah orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri termasuk orang awam yang tidak tahu apa-apa. Memang FRU ini bagaikan binatang anjing yang apabila dibunyikan loceng, mereka serang. Dibunyikan loceng sekali lagi, mereka berpatah balik. Dibunyikan dua kali berturut2, mereka masuk trak. Memang macam binatang. Kalau ada saudara mara kita yang jadi FRU, suruh berhenti ajalah; carikanlah kerja lain untuk mereka daripada dilaknat oleh Allah dan manusia seluruhnya.

Dalam keadaan terperangkap di hi-way itu, ada orang yang lapar dan dahaga. Ada anak-anak kecil yang nak minum susu. Ada orang tua yang sudah tidak larat. Ada orang perempuan yang terlalu letih berada di bawah panas matahari. Tetapi polis FRU tidak peduli itu semua. Mereka terus menghujani kami semua dengan air gas dan gas pemedih mata. Itulah arahan Mahathir, Mahafiraun, Mahazalim kepada polis. Dollah Badawi sebagai Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku ini. Kami tetap melaknat kamu berdua sampai akhir hayat kami.

Dalam keadaan yang begitu sesak itu, saya sempat bertanya kepada ramai orang di sana apakah sekiranya ada satu lagi panggilan untuk demo di hi-way, mereka sedia turun. 100% kata mereka sedia turun. Tidak kurang 50 orang yang saya tanya dalam catatan nota kecil saya, mereka bersedia untuk turun lagi, dan kali ini perlu dirancang dengan lebih rapi. Malah ada seorang korporat yang membawa Merc. mata belalang menyarankan supaya perhimpunan 100,000 orang yang akan datang dibuat di hi-way KLIA. Saya kira itu cadangan yang cukup baik!!!!

Katanya kalau kita demo di bandar, polis dan FRU boleh blok kita, tetapi kita demo di hi-way, kita yang blok mereka. Malah polis FRU tidak berani secara terpisah-pisah (isolated) masuk celah-celah kereta kerana kalau silap hari dalam kereta ada parang, kayu, belantan dan senapang yang menghujani kepala2 FRU binatang ini.

Kalau demo yang dirancang di KESAS berjaya, maka di KLIA lebih mudah lagi. Kita mesti buat, katanya. Kalau di KESAS banyak kontena tersangkut tak sampai ke Pelabuhan Kelang tetapi kali ini, kalau kita di hi-way KLIA, maka sudah pasti banyak kapalterbang yang tidak akan naik. Kita mesti beri tekanan kepada Mahathir dan Dollah Badawi in supaya mengembalikan hak rakyat.

PERHIMPUNAN 100,000 orng rakyat Malaysia akan datang di KLIA?! sekiranya Mahathir dan Dollah tidak memberikan permit kepada kita untuk berkumpul di Stadium Bukit Jalil. Stadium ini dbuat dengan keringat dan duit rakyat, mengapa kami tak boleh sewa dan gunakan Stadium ini? Mengapa?

Semarakkan perjuangan rakyat! RE-for-ma-si 3x Allahuakbar!

- Penulis Tak Bernama -