Laman Webantu   KM2A1: 3165 File Size: 12.7 Kb *



Putrajaya DiJajah Dengan Resminya
By Wartawan Pencen

8/11/2000 6:50 pm Wed

SESUDAH ROYALTI, TANAH PULA DIKEBASNYA

Pada 7/1//2000, Selangor dengan resminya menyerahkan tanah rakyat kepada kerajaan pusat dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat berbuat apa-apa. Apakah ini satu perjuangan ketuanan melayu lagi yang sering dilaungkan oleh umno? Menangkah sorak dengan kampung tergadai?

Hilanglah 4,931 hektar tanah untuk dijajah oleh pusat seikut suka. Kerajaan Pusat yang sama yang menodai royalti di pantai timur tanpa merasa malu dan berdosa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mewakili Kerajaan Pusat manakala Regent Selangor, Raja Idris Shah menanda tangani dokumen perjanjian bagi pihak negeri.

WAJAH YANG GEMBIRA

Seperti yang dijangkakan Dr Mahathir dan budak mandi darah Khir Toyo itu hadir menyaksikan tragedi ini di Istana Negara. Selangor diberi RM200 juta tunai disamping RM7.5 juta setahun sebagai tukaran. Senyuman dan keriangan jelas terbayang pada wajah mereka berdua setelah hasrat idaman tercapai dengan mudahnya.

Kejadian ini berlaku tanpa sebarang mandi darah oleh pihak umno. Sebaliknya rakyat pula yang bermandikan darah bila dipukul dengan belantan ke atas kepala untuk diseret kedalam trak FRU kemudiannya. Nampaknya itu pun belum cukup, polis jahanam itu menembak gas lagi kepada reformis yang sudah ditahan di dalam trak tanpa belas dan tanpa kasihan.

WAJAH YANG SENGSARA

Rupa-rupanya Khir Toyo bermandi-manda untuk berada di istana. Dua hari selepas tragedi menyayat hati itu Khir Toyo muncul bersama mamak tua ketika darah reformis masih berbekas di lebuhraya dan seorang pejuang bertarung nyawa di hospital di bawah unit kawalan rapi. Bagaimana pula nasib enam reformis yang cedera parah di kepala tetapi masih dinafikan rawatan mahupun peguam? Inikah dia perjuangan ketuanan melayu atau sekadar satu permainan kata yang tidak berpijak di alam nyata? Bagaimana pula wajah kanak-kanak yang disiksa ayah kesayangan mereka betul-betul dihadapan mata? Dimanakah pembela bangsa bila rakyat menangis dilempar gas dan kantungnya yang boleh meragut jiwa?

WAJAH YANG BERPALING

Dimanakah UMNO bila rakyat dibelasah dengan teruknya? Dimanakah mereka bila kereta milik rakyat dipecahkan cerminnya? Dan di mana Wanita UMNO bila kanak-kanak dan mak cik yang tua tergugat nyawa bermandikan gas pemedih mata. Lihatlah senarai mereka yang teraniaya dan didera itu, dan bilanglah dengan jari sendiri Bukankah mereka itu melayu hampir semuanya?

WAJAH MANA SATUKAH PEJUANG BANGSA?

Tragedi 5 November membuktikan laungan perjuangan hak orang melayu oleh UMNO hanyalah satu dongengan semata. Mereka sebaliknya bersuka-suka sambil menyerahkan Putra Jaya dengan muka yang begitu ceria. Inikah rupa pejuang bangsa atau rupa seorang penderhaka dan penyangak hak bangsa?


- Wartawan Pencen -



Rencana Rujukkan:

http://www.emedia.com.my/z/Current_News/ BH/Wednesday/Frontpage/20001107232141

Putrajaya: Selangor dapat pampasan RM200 juta

KUALA LUMPUR, Selasa - Kerajaan Selangor akan menerima wang tunai RM200 juta dan bayaran tahunan RM7.5 juta untuk selama-lamanya daripada Kerajaan Persekutuan berikutan termeterainya perjanjian menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan Selangor diwakili Pemangku Raja Selangor, Raja Idris Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Persekutuan, manakala Menteri Besar, Datuk Dr Mohd Khir Toyo untuk Kerajaan Selangor.

?Bagaimanapun, perjanjian ini akan berkuat kuasa pada satu tarikh yang ditetapkan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan rang undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan Parlimen,? kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, bayaran tunai secara sekali gus itu akan dibuat sebaik saja perjanjian menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan ditandatangani.

Pengambilalihan Putrajaya itu juga mengulangi detik bersejarah pemisahan Kuala Lumpur daripada Selangor pada 1 Februari 1974, apabila Bandar Raya Kuala Lumpur diisytiharkan Wilayah Persekutuan.

Ketika itu, walaupun kehilangan Kuala Lumpur, kerajaan Selangor tetap menerima bayaran ganti rugi yang setimpal, iaitu RM3.5 billion, dengan wang pendahuluan RM200 juta.

Bukan itu saja, mengikut perjanjian pada 23 Mei 1981, Kerajaan Persekutuan perlu membayar kepada kerajaan negeri itu RM18.3 juta setiap tahun selama-lamanya sebagai pampasan kehilangan hasil negeri.

Ketika mengambil alih Labuan pula, Kerajaan Persekutuan tidak membayar pampasan kecuali diwajib membiayai pembangunan pulau itu, terutama infrastrukturnya yang memerlukan perbelanjaan tahunan di antara RM30 dan RM40 juta.

Putrajaya yang meliputi kawasan seluas 4,931 hektar dibangunkan dalam dua fasa membabitkan tempoh 10 tahun. Fasa pertama termasuk pembangunan prasarana bernilai RM9 bilion yang dilaksanakan di antara 1996 dan 2000.

Fasa kedua dari 2000 hingga 2005 membabitkan kemudahan komersil bernilai RM11.5 bilion, meliputi kawasan seluas 1,870 hektar.

Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka mempunyai penduduk 350,000 orang dan 67,000 unit rumah kediaman, separuh daripadanya untuk kakitangan kerajaan.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani di Balai Rongseri Istana Negara itu, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju membiayai projek pembangunan bagi memajukan kawasan kampung di pinggir Putrajaya dan Cyberjaya di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) dengan peruntukan RM800 juta.

Jika peruntukan RM800 juta itu tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya dalam RM-8, bakinya akan dibelanjakan dalam RM-9.

Serentak itu, Perdana Menteri berkata sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai pegawai Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor akan diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan kampung terbabit.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga bersetuju menyerahkan 26 tanah Persekutuan seluas 10.16 hektar di Morib, manakala jumlah perwakilan Selangor dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Putrajaya ditambah daripada seorang kepada dua orang.

Beliau berkata, menerusi perjanjian itu pembangunan Selangor, khususnya di sekitar Putrajaya dapat ditingkatkan dan pusat pentadbiran berkenaan yang moden serta canggih dapat mampu memenuhi keperluan hari ini dan masa depan.




http://www.bernama.com/bernama/general/ge0711_2.htm

November 07 , 2000 15:43PM

Selangor to get RM200 mln for Putrajaya


KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Selangor will receive RM200 million cash besides RM7.5 million a year over an indefinite period from the Federal Government following the signing of an agreement making the 4,931-ha Putrajaya a Federal Territory.

The agreement was signed by the Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah for the Federal Government while the Regent of Selangor Raja Idris Shah signed for the state.

Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad witnessed the signing for the Federal Government and Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Khir Toyo, for Selangor.

The signing ceremony was held at Istana Negara here Tuesday.

The agreement will come into force on a date to be decided later upon obtaining consent of the Conference of Rulers and upon passage of the related Bill by the Selangor State Legislative Assembly and Parliament, the Prime Minister's Department said in a statement.

Under the agreement, the Federal Government will hand over to Selangor 10.16ha of federal-owned land in Morib and increase the number of Selangor representatives in the Putrajaya Corporation Board of Directors to two from one presently.

The agreement provides for the Federal Government to fund development projects in villages fringing Putrajaya -- the new federal administrative capital -- and Cyberjaya -- the country's intelligent city -- under the Eighth Malaysia Plan, costing RM800 million.

Unspent quantum of the RM800 allocation will be carried forward to the Ninth Plan, the statement added.

-- BERNAMA




http://www.bernama.com/bernama/general/ge0711_15.htm

PUTRAJAYA CHRONOLOGY OF MAJOR EVENTS

By Mohd Nizam Yatim

KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- The signing of an agreement today making Putrajaya a Federal Territory marks another milestone in its development.

Following is the chronology of Putrajaya's development as it evolves into a federal territory, making it the third in the country after Kuala Lumpur and Labuan.

Mid 1980's : The idea of establishing Malaysia's first Federal Government administrative centre away from Kuala Lumpur was mooted by Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Various sites were identified and five were shortlisted.

June 2, 1993 : Cabinet approved Prang Besar, in Sepang, as the site for the development of the Federal Government's new administrative centre.

Dec, 1993 : Government appointed six local consultants together with the Town and Country Planning Department and the Public Works Department to prepare the development plan for the Federal Government's new administrative centre.

Feb 22, 1994: The Federal Government's new administrative centre masterplan was approved by Cabinet.

Oct 12, 1994: The Cabinet decided to change the name Prang Besar to Putrajaya in honour of Malaysia's first Prime Minister, the late Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

July 20, 1995: An agreement was reached to allow the Federal Government to preside over any functions of the Selangor State Government in relation to Putrajaya, including the setting up of a body to administer and manage Putrajaya on behalf of the Federal Government.

Oct 19, 1995: Putrajaya Holdings Sdn Bhd was officially incorporated. The company would act as the project developer and financier.

March 1, 1996: Perbadanan Putrajaya was formed by an Act of Parliament. The body was empowered to carry out all executive decisions related to Putrajaya on behalf of the Federal Government, and to act as the local authority upon the project's completion.

Sept 10, 1996: Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad performed the ground breaking ceremony for Putrajaya's Government Precinct.

Oct, 1997: Putrajaya was officially launched as a city by Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad at Putra World Trade Centre (PWTC).

May 31, 1999: The National Security Division and the Implementation Coordination Unit (ICU), both agencies being under the Prime Minister's Department, created history by becoming the first government agencies to start operation in the Prime Minister's Office Complex.

June 1, 1999: Chief Secretary to the Government, Tan Sri Abdul Halim Ali started duty at his office in the Prime Minister's Office Complex.

June 18, 1999: A congregation of 1,000 people performed the first Friday prayers at Masjid Putra which can accommodate a congregation of 15,000.

June 21, 1999: Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad started duty officially at his new office in Putrajaya.

June 23, 1999: The first Cabinet meeting was held at the Putrajaya Federal Government Administrative Centre chaired by the Prime Minister.

July 6, 1999: Masjid Putra, Taman Wetland and Dataran Putra were opened to the public including local and foreign tourists from 9am to 5pm every day.

July 13, 1999: The 11th Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah and Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah paid a visit to Putrajaya.

Oct 19, 2000: Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced that the Cabinet had agreed to turn Putrajaya into a Federal Territory.

Oct 23, 2000: Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad confirmed that the proposal to turn Putrajaya into a Federal Territory did not involve Cyberjaya and the KL International Airport (KLIA).

Nov 7, 2000: The agreement making Putrajaya as a Federal Territory was signed by Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah on behalf of the Federal Government while the Selangor state government was represented by the Regent of Selangor Raja Idris Shah.

-- BERNAMA