Laman Webantu   KM2A1: 3159 File Size: 13.6 Kb *



TJ MT: ASIAWeek Malaysia Belum Bersedia Untuk IT
By Saifuddin Nasution

8/11/2000 6:38 am Wed

Penterjemah: -MT-

MGG120

Malaysia Belum Bersedia Untuk IT

(Asiaweek: Malaysia Not Ready For IT)

Oleh: Saifuddin Nasution Ismail


Ada satu seminar di sebuah universiti yang dihadiri oleh tiga orang ahli panel yang merupakan pengurus kanan syarikat maklumat teknology. Mereka bersetuju bahawa kerajaan telah tersilap dalam perencanaan memajukan negara ini ke arah Era Maklumat. Sepatutnya kerajaan berbelanja besar melabur dalam menyediakan sumber tenaga manusia. Sebaliknya, kerajaan telah berbelanja besar memajukan sebuah bandar berbentuk hi-tech, Cyberjaya, yang menjadi teras kepada 'Multimedia Super Corridor' (MSC). Harga tanah di Cyberjaya begitu mahal sekali sehinggakan tidak banyak syarikat IT yang sanggup beralih ke sana. Namun, ada kenyataan rasmi yang mengatakan sekitar 88 daripada 138 syarikat yang diluluskan itu telah berpindah setakat akhir tahun ini. Keadaan yang lengang di sana memang melayakkan Cyberjaya bertukar nama menjadi Cyberia. Itulah sebabnya ada orang berkata bahawa MSC adalah lebih mirip satu projek hartanah sahaja.

Apa yang berlaku kepada MSC memang menyerupai setiap perkara yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Ketaksubannya kepada rupabentuk yang besar-besar dan bersifat monumen telah menyedut sumber kewangan daripada pembinaan struktur yang lebih diperlukan oleh sebuah negara yang mempunyai matlamat yang digembar-gemburkan sebagai sebuah pelakon terhebat dunia IT. Inilah paradoks yang amat menonjol dalam beberapa keputusan yang terlaksana. Contohnya, kerajaan berkata bahawa ia mahu meloncat ke dunia hi-tech, tetapi bidang pendidikan dianggap sebagai anak tiri. Pada 1996, Kementerian Pendidikan telah mengubah jumlah tahun kajian daripada tiga kepada empat untuk pelajaran ijazah pertama, kecuali perubatan, pergigian dan farmasi. Unit kelulusan minima untuk kajian Sains Tulen dan ijazah sastera (arts) diturunkan kepada 100 daripada 118-120, walaupun ini berkaitan dengan elektif sahaja. Sepatutnya Malaysia membuat perubahan kepada isi kajian ataupun memperbaikki mata kajian yang ada.

Lagi satu contoh bagaimana sumber kewangan disalah-agihkan, ialah jumlah berbilion ringgit yang dihampurkan dalam pembinaan Putrajaya dan bandar kembarnya Cyberjaya. Semua ini dilakukan sedangkan negara masih mempunyai 470 buah sekolah di Malaysia yang tidak pun mempunyai bekalan letrik. Salah satu ciri keunikan IT ialah kemampuannya untuk menurunkan hambatan yang memisahkan golongan yang tidak berada untuk memperbaiki status ekonominya. Seseorang itu tidak perlu satu ijazah universiti untuk mempelajari program komputer ataupun muslihat melakar grafik untuk aplikasi multimedia. Di zaman IT adalah tidak terlambat kalau seseorang itu mengenepikan ternakan ataupun penyodok binaan untuk menyesuaikan dirinya mengendalikan 'motherboard' dan 'keyboard'. Sepatutnya anak-anak luarbandar diberikan peluang yang luas untuk menyerap faedah yang baik daripada satu perencanaan IT yang jitu dan berkesan. Malangnya mereka kini ketinggalan kerana disisihkan daripada peluang keemasan ini.

Seperti juga negara membangun yang lain, Malaysia sepatutnya menumpukan minat terhaap memajukan masyarakat luar bandar - yang merupakan setengah daripada jumpah penduduk seramai 22 juta - ka arus perdana pembangunan. Jurang yang memisahkan orang luar bandar dengan orang bandar menjadi semakin meluas walaupun negara mencapai 10 persen GDP selama satu dekad. Kini, kita mendengar betapa 1.5 juta rakyat Malaysia (yang kebanyakannya orang bandar) sudah pun mempunyai emel sendiri. Angka ini adalah lebih besr daripada yang didaftarkan oleh TM Net dan juga Jaring yang merupakan penyedia khidmat internet. Walaupun jumlah itu sesuatu yang menggalakkan, sebenarnya ia telah mencetuskan satu jurang dalam perkiraan digital di negara ini.

Adalah sesuatu yang merunsingkan apabila Mahathir tidak faham bahawa memasukki Era Maklumat itu bererti melakukan sesuatu yang lebih bermakna daripada memperakukan 'hardware' yang canggih-canggih. Yang patut dipentingkan ialah menyediakan suasana yang merangsang syarikat baru dalam bidang pembaharuan dan rekacipta. Sepatutnya Malaysia mempelajari dulu daripada Lembah Silikon yang memang bersifat terbuka dan sedia membantu.

Sifat-sifat semulajadi ini tidak mampu membesar kalau suasana pemerintahan itu enggan menerima pandangan yang berbeza dan kepelbagaian, kerana kerajaan mahukan masyarakat yang patuh sahaja. Pengalaman seorang teman yang bertugas sebgi seorang professor di sebuah universiti boleh manjadi contoh yang menyerlahkan suasana ini. Dia pernah menulis satu artikel mengenai 'International Organisation for Standardization' (Struktur Standardisasi Antarabangsa) dan mengagehkannya kepada beberapa penerbit akhbar tempatan untuk disiarkan. Tidak ada satu akhbar pun yang sanggup menerbitkannya. Malahan seorang pengarang telah mengaku tidak berani menerbitkannya kerana ketika itu inisiatif ISO merupakan satu bidang yang amat diminati oleh Mahathir.

John Lawler daripada Universiti Illinois pernah berkata, nilai hidup Asian yang memberi penekanan kepada heiraki dan semangat kolektif, adalah tidak sesuai dalam pembangunan satu suasana kerja yang meransang kreatibiti. Penekanan semacam ini membiakkan kepatuhan. Apabila sesuatu perubahan itu muncul ia akan membiak secara perlahan. Industri IT memerlukan kecerdasan dan perubahan yang radikal. Inilah yang merupakan kepincangan yang menghantui Malaysia. Sebagai sebuah negara di mana masyarakatnya berpaksikan budaya heiraki, ia menjadi begitu terpaut kepada ketaksuban Mahathir terhadap nilai Asian. Kerana itulah otokrasi dianggap sebagai yang terbaik untuk pembangunan negara. Nilai hidup ala Mahathir inilah yang membuatkan sistem kehakiman negara menjadi cemuhan dalam negara mahupun dari luar. Malaysia mungkin mampu mengukir apa jenis perundangan siber pun, tetapi apakah seseorang pelabur itu yakin terhadap sistem kehakiman yang dilaksanakan?

Syarikat IT asing yang mahu melabur di Malaysia sebenarnya mempunyai banyak pilihan alternatif. Mereka boleh memilih India, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Apa pentingnya mereka memilih Malaysia? Kerana tenaga kerjanya yang masih muda, tidak mahal sangat, bekerja kuat dan mudah dilentur? TETAPI, syarikat semacam ini akan juga melihat betapa adanya seorang pemimpin yang menggunakan pelabur asing sebagai satu alat untuk memesongkan perhatian rakyat terhadap kelemahannya. Kerana itu sesiapa yang menyanggahnya dicap sebagai agen asing. Pelabur asing ini akan dapat melihat, walaupun Malaysia sudah berbelanja besar dalam pembikinan infrastruktur fisikalnya, dari bidang socio-psyco pula, infrastruktur itu masih tinggal corot di belakang. Era maklumat sepatutnya melonjakkan rakyat Malaysia jauh menonjol ke hadapan. Sayangnya perkara ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diraih peluangnya oleh kepimpinan yang sudah rabun matanya.

-Saifuddin Nasution Ismail-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Asiaweek: Malaysia Not Ready For IT


NOVEMBER 10, 2000 VOL. 26 NO. 44

Viewpoint: Malaysia Into the eWorld?

Not if it keeps spending on glitz rather than education

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL is a supreme council member of Keadilan (National Justice), a Malaysian opposition party

During a recent seminar at a Malaysian university, three panelists - all top managers at information technology companies - agreed that the government has gone wrong in its attempt to take the country into the Information Age. Instead of investing in human resources, the government is spending a great deal to develop a high-tech township, Cyberjaya, anchor of the Multimedia Super Corridor (MSC). Cyberjaya offers real estate so expensive that few I.T. companies are willing to set up there, although officials reckon 88 of some 380 I.T. companies approved for the MSC will have moved in by year's end. Right now the desolation at Cyberjaya makes one think it should be renamed Cyberia. And the MSC, some say, is becoming like a huge property project.

What's happening with the MSC is typical of many things in Prime Minister Mahathir Mohamad's Malaysia. The obsession with appearance and building glitzy monuments is diverting resources away from undertakings that are critical to the country's stated goal of becoming a key player in I.T. The paradox is evident in some decisions. For example, the government says it wants to move into high-tech, but education is treated as a stepchild. In 1996 the Ministry of Education reduced the number of years for undergraduate degrees from three to four, except for medicine, dentistry and pharmacy. It also reduced the minimum units for basic pure science and arts degrees to 100 from 118-120, though this affects only electives. But Malaysia should be adding content or at least improving it.

Another example of misallocated resources is the billions spent on the new administrative capital Putrajaya and its twin, Cyberjaya. This at a time when there are still 470 schools in Malaysia without electricity. One boon of I.T. is its potential to lower the barrier for the underprivileged in moving up economically. One doesn't need a university degree to learn programming or acquire the know-how to produce graphic designs for multimedia applications. In the Information Age it is never too late for someone to leave the cattle or shovel and learn to use the keyboard and motherboard. Kids in rural Malaysia would benefit most from a well thought-out and implemented I.T. program. Yet it is they who are being denied such opportunities.

Like other developing nations, Malaysia should be concerned about bringing its large rural community - half the population of 22 million - into mainstream development. The gap between rural and urban areas has widened after a decade of 10% GDP growth. Today it is reported that 1.5 million Malaysians (mostly urbanites) have a Web-based hotmail e-mail address - more than the total registered with TM Net and Jaring, the country's two Internet service providers. While the hotmail number is encouraging, it is disturbing that this has widened the digital divide in the country.

Disturbing, too, is Mahathir's inability to understand that entering the Information Age means more than plugging into fancy hardware. Fundamental is creating the climate that enables start-up companies to innovate and invent. Malaysia could learn more from Silicon Valley with its diversity and openness. These attributes cannot develop if the governmental climate does not tolerate dissent and diversity, and breeds docility. The experience of a friend, a professor at a Malaysian university, is illustrative of this climate. He had offered his article about the International Organization for Standardization to a few local newspapers for publication. It discussed seeking ISO certification, nothing political. No newspaper published it, and one editor admitted that he was not going to because ISO initiatives were seen as a pet project of Mahathir.

John Lawler of the University of Illinois says Asian values, with their emphasis on hierarchy and collectivism, are ill-suited to the development of a work environment that will engender creativity. This emphasis breeds conformity. Change, when it happens, tends to be slow. The I.T. industry demands nimbleness and radical changes. Malaysia is doubly handicapped. Not only is it a very hierarchical society, it is hamstrung by Mahathir's notion of Asian values. In a nutshell, this sees authoritarianism as good for development. His Asian values also mean a justice system that lately has been criticized within and outside the country. Malaysia may have all kinds of cyber law, but will the investor have confidence in the justice system to enforce it?

Foreign I.T. companies interested in investing in Malaysia have many alternatives. They can also consider India, Singapore, Hong Kong and Taiwan. Why should they choose Malaysia? It has a young and relatively inexpensive workforce, which is also hardworking and very trainable. But these companies will also see that Malaysia has a leader who uses foreigners as a bogey to deflect attention from his own flaws. Dissenters are labeled foreign agents. And they will see that while Malaysia has invested hugely in modern physical infrastructure, its socio-psycho infrastructure remains stuck in the medieval age. The Information Age should provide Malaysians with the potential to soar to new heights, but this leadership doesn't have what it takes to seize the opportunity.