Laman Webantu   KM2A1: 3155 File Size: 6.1 Kb *



Jalan Kebun: Memali buat Pak Lah?
By Man Kubur

7/11/2000 11:08 am Tue

Rahsia Rencana Memali yang muncul sekali lagi menyegarkan kembali fikiran kita akan beberapa tradisi. Ia berulang dan sengaja diulang sebagai satu proses untuk meminggirkan orang yang dirasakan dapat menggugat presiden parti. Dalam dua kes ini orang nombor dua menjaga Kementerian Dalam Negeri dan beberapa keganasan luar biasa terjadi. Sudah tentu polis lah yang menjadi anjing untuk mengigit rakyat marhain sesuka hati dalam kes-kes ini. Polis yang sama juga yang mendera Anwar, Sukma, Dr Munawar Anees dll lagi di bukit Aman yang asyik mencelakakan.

MUSNAHNYA MUSA HITAM ANGKARA POLIS SENDIRI

Mungkinkah di sana ada satu konspirasi untuk memusnahkan Pak Lah sendiri, sebagaimana Musa Hitam dimusnahkan apabila tertekan? Musa Hitam mungkin merasa dengan membunuh di Memali itu dia akan mendapat sesuatu yang diidam-idamkan. Tetapi nampaknya hajat itu tidak kesampaian. Dia gagal berfikir dan menilai arti kemanusiaan dan kepartian. Akhirnya dia menodai prinsip keugamaan, kemanusian untuk mengejar kepartian. Polis special branch di Memali itu hanya memudahkan beliau dimusnahkan. Layakkan pemusnah kemanusiaan ini menjadi orang penting SUHAKAM?

ANWAR JUGA DIPERANGKAP POLIS SENDIRI

Malangnya Anwar berjaya ditipu oleh Special Branch yang sengaja berpura-pura untuk mengenakan beliau. Padahal nama Anwar tidak tergugat langsung walaupun pelbagai khabar yang bukan-bukan menjelma. Pihak SB sengaja memberi lapuran (palsu) yang membimbangkan supaya Anwar tersilap langkah, dan mereka berjaya bila lapuran polis dibuat. Dengan serta merta polis SB bergerak untuk memusnahkan Anwar dengan menggunakan Sukma, Dr Munawar dll kerana mereka tahu Anwar tidak dapat dibeli walaupun dilebam sampai mati. Bayangkan semua saksi dibawa kebukit aman dan dinafikan berjumpa dengan peguam untuk memudahkan proses turn-over yang memang dirancang sejak dulu lagi.

PAK LAH PERLU LETAK JAWATAN?

Walaupun media kroni tidak melapurkan dengan tepat kejadian Jalan Kebun (atau Kesas) itu, semua media utama dunia sudah melapurkan bahawa POLISlah pencetus keganasan dan pemusnah harta benda awam. Sejak malam lagi mereka dan kuncu2 umno mengoyakkan poster, kain rentang serta merampas peralatan. Keesokkan harinya mereka juga merampas filem kamera wartawan malaysiakini, mereka memecahkan cermin kereta, membuang angin dalam tayar kereta, dan memukul sekurang-kurangnya enam reformis dibahagian kepala sehingga berdarah. Soalnya kini arahan siapakah yang diikuti sehingga polis bertindak sebegini?

MESRANYA POLIS DIDIKKAN PAK LAH

Reformis yang ditangkap serta dimuat ke dalam trak disembur acap kali lagi dengan asap (2-3X) sedangkan mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Pak Din (drebar DSAI) dilapurkan masih buta ketika rencana ini ditulis. Ada reformis yang masih berdarah hidungnya tetapi dinafikan untuk berjumpa dengan peguam mahupun doktor. SUHAKAM pula hanyalah satu nama sahaja yang cuba memperdaya. Ia hanya pandai bercakap tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab. Sepatutnya SUHAKAM lah terlebih dahulu berada di balai polis dan berunding dengan mereka. Sebaliknya SUHAKAM asyik memandang dari jauh sahaja, dan berkokok sekali sekala tidak tentu hala.

Menurut lapuran terkini ada 116 yang ditangkap, dimana dua adalah wanita. 20 daripada mereka mengalami kecederaan parah akibat diserang polis. Jika kita congak ini bermakna 17.2% tahanan parah! Inikah kemesraan polis sebagaimana dikempen oleh Pak Lah satu ketika dulu?

Bagaimana pula dengan keadaan anak saudara Rosli (abang Anwar) yang mengalami keretakkan tengkorak akibat terkena bekas gas pemedih mata semasa cuba menolak kerusi roda DSWA daripada bahaya? Beliau ketika ini berada dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) di hospital. Nampak sangat polis sengaja menembak untuk membunuh orang.

PAK LAH DAN POLIS UPAHAN

Apabila Pak Lah menjadi menteri dalam negeri dia kelihatan berkuasa tetapi sebenarnya lantikkan itu akan memudahkan Pak Lah menjadi mangsa Mahathir yang seterusnya. Sejak Pak Lah menjadi menjaga KDN, polis semakin liar dan ganas. Tidakkah itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada polis sedangkan mereka baru sahaja diberi imbuhan istimewa dalam belanjawan?

Mahathir sudah lama mencium gerak geri Pak Lah. Memang Mahathir tidak mempercayai sesiapa sahaja sejak Anwar dipecat kerana dia sendiri tahu kelemahannya itu sudah dicium oleh beberapa ahli umno sekarang ini. Ini juga antara sebab dia mengisyaratkan untuk lebih banyak menumpukan ke arah isu dalaman parti. Keretakkan dalam umno sudah menjadi-jadi akibat perbuatan Mahathir sendiri. Terakhir sekali wanita umno menangis bila putri umno berputik menjelma.

Bagi Mahathir dia memerlukan orang seperti Aziz Shamsudin dan Daim sahaja. Yang lain seperti Rafidah akan disembelih atau dibiarkan terkorban tanpa perlu berbuat apa-apa. Prestasi FDI yang merosot itu akan menjadi igauan Rafidah yang sudah terbang banyak negara pada tahun ini saja. Dia membebel pelukan Mahathir dan Castro tetapi didengar pula oleh Mahathir. Maka Mahathir menggerakkan caturnya yang seterusnya dengan isu Putri Umno.

UMNO DAN RETAKNYA

Nampak jelas pelbagai perpecahan menanti umno. Debat PAS-UMNO juga turut membimbangkan mereka. Kemelut Ezam yang dianggap penderhaka pula terpelantun balik ke muka diktator "tua" kerana diktator "tua" sendiri pernah melakukannya dengan lebih teruk dan merbahaya. Jika Ezam mahu dilucutkan sebagai warga negara, Mahathirlah terlebih dahulu yang patut hilang kewargaannya.

Kini satu pilihanraya akan diadakan di Lunas pula. Sekali lagi laungan reformasi akan bergema. Soalnya dapatkan umno terus bergantung kepada diktator "tua" sedangkan sudah banyak sensara dibuat olehnya?


-Man Kubur-