Laman Webantu   KM2A1: 3147 File Size: 10.2 Kb *



Jalan Kebun: Satu Kisah Detik-Detik Hak Rakyat DiSerang
By Kapal Berita

6/11/2000 9:27 pm Mon

Sumber: alternatif-net egroups

From: Abdul Razak Adham

Perhimpunan Kembalikan Hak Rakyat 5/11/2000


Assalamualaikum wbrt,

Our family weekend outing bermula di masjid negeri shah alam. Ini setelah mendapat message dari kawan-kawan bahawa semua jalan ke jalan kebun telah ditutup. pada malam nya (hari sabtu, malam ahad) kami membuat lawatan ketapak perhimpunan. tapi tiada apa-apa yang menarik. cuma terdapat beberapa sepanduk basi yang mungkin dibuat oleh kuli-kuli umno yang tidak berotak langsung serta trak setan dan dua road block yang dibuat. antara isi kandungan banyak berkisar hal pengkhianat. Porah!!!! kami terpaksa ke taman sri andalas untuk mendengar "taklimat" dari raja komando dan rakan-rakan beliau.

Diberitakan kira-kira pukul 1:30 ptg sudah ramai pencinta-pencinta keadilan dan keamanan berkumpul di tempat R&R di awan besar di lebuhraya kesas. kami berada di masjid negeri shah alam kira-kira selama setengah jam. lebih kurang pukul 2 petang mereka yang berkumpul disana mula bergerak secara konvoi keluar. sebenarnya saya sendiri ketika itu tak tahu kemana arah yang ingin dituju. asalnya perjalanan diketuai oleh mereka yang bermotosikal besar. tapi pada masa yang sama, hujan renyai-renyai sudah mula turun. jadi mereka ni berhenti separuh jalan dan ianya diketuai pula oleh kereta. kami semua bergerak melepasi tapak ekspo shah alam, daihatsu, bulatan menuju ke arah kilang proton dan seterusnya masuk ke lebuhraya kesas.

Tiba di lebuhraya, hujan bertambah lebat (memang lebat betul). kereta terus bergerak pelahan dalam konvoi. sampai disatu persimpangan kami berhenti seketika untuk menunggu arahan seterusnya. ada jalan menghala ke awan besar dan ada ke pelabuhan. kami akhirnya berkonvoi menghala ke pelabuhan. Which is jalan lebuhraya ke tempat perhimpunan asal.

Perjalanan kami tidak dapat diteruskan kerana sudah ada perhimpunan yang dianggotai oleh pihak FRU (baca disini sebagai setan mahathir). setan mahathir sudah pun menawan tempat tol yang menghala ke pelabuhan. semua kenderaan yang ingin kepelabuhan terpaksa berpatah balik. tapi akhirnya mereka ini terpaksa juga tersekat dalam kesesakan jalan raya. termasuk jugak lori ayam. nasib baik ayamnya tak ada. kalau tidak terpaksalah disembelih kat situ jugak.

Pada masa kami tiba berhampiran tol plaza tersebut, hujan sudah berhenti. cuaca begitu selesa sekali. mungkin rahmat dari ALLAH kerana niat suci kita semua disana. kami memenuhi semua lorong lebuhraya kecuali lorong yang paling luar (buat ketika ini dulu) untuk memberi jalan kepada lalulintas yang ingin pergi entah kemana, sebab kena buat U-turn semula. kereta yang tiba makin lama makin banyak. Radio malaysia selangor hanya melaporkan bahawa terdapat kesesakkan lalulintas dan cuba elakkan jalan tersebut. tak beritahupun kenapa. pada lebihkurang pukul 3:15 lalulintas sudah tak boleh pergi kemana-mana lagi. kedepan ada setan-setan mahathir. kebelakang memang tak boleh. ketika ini, semua lorong lebuhraya dikedua-dua hala sudah dipenuhi dengan kereta, bas dan lori (termasuk lori ayam- wow bau dia ni memang power betul). para reformis mula bergerak berjalan kaki kedepan. meninggalkan kereta masing-masing.

Pada lebihkurang pukul 3:30 ptg, sisetan mahathir mula menunjukkan tanduk-tanduk mereka. gas pemedih mata sudah dilepaskan. reformis berteraburan lari. setan mahathir ini lebih teruk dari setan ISRAEL. sekurang-kurangnya di ISRAEL mereka berdepan dengan mereka yang membaling batu dan sebagainya. tapi pada hari ini para reformis tiada apa yang dibalingkan. mereka berhadapan dengan setan mahathir berbekalkan semangat, kebenaran dan perjuangan yang suci. ALLAHUAKBAR!!! pihak setan mahathir sungguh kejam dan penuh peri kebinatangan.

Ada seorang hamba ALLAH ini berada dalam kereta proton perdana telah dipaksa dan diheret keluar. kereta beliau telah dirosakkan oleh puak-puak setan mahathir ini. tiada sorang reformis pun sepanjang pengamatan saya yang merosakkan harta benda. semua nya dirosakkan oleh sisetan mahathir ini. mereka seolah-olah bukan manusia lagi. setan-setan ini bertindak seperti mereka yang kehilangan akal dan gila. selayaknya mereka inilah bergelar setan yang bertopengkan manusia sahaja.

Seorang hamba ALLAH lagi (badan memang kurus-maaf) telah dibelasah oleh 6 setan mahathir. ada yang menyepak, memukul dengan cota dan belantan serta mengoyakkan baju kuning beliau. saya tak pasti samada beliau ini akhirnya pengsan ataupun tidak, sebab jelas selepas itu beliau seolah-olah tidak bermaya langsung. diheret begitu sahaja oleh setan mahathir.

Dalam masa yang sama kami dapat melihat beberapa setan mahathir ini termuntah-muntah dan keluar ledir putih yang banyak dari hidung mereka. mereka tewas dengan gas yang mereka lepaskan sendiri. ada satu can gas itu betul-betul jatuh ditengah-tengah kelompok mereka sendiri. ALLAHUAKBAR!!!.

Selepas beberapa ketika setan-setan mahathir ini menyerang, menghentam dan melakukan segala macam kemusnahan pada kereta-kereta reformis, mereka dipanggil untuk berpatah balik. kami dapat lihat, setan-setan yang agak terjauh dari kelompok, memecut lari 100m untuk balik semula kekandang mereka. takut jugak mereka ini. selepas setan-setan berundur, para reformis mula berkumpul semula. pada ketika ini, kereta-kereta disaran kehadapan rapat-rapat supaya trak air tak dapat mara kedepan lagi. strategi baru diatur semula.

Masuk waktu asar, para reformis membuat jemaah bersembahyang diatas jalanraya. kami sama-sama berdoa untuk sejahteraan semua dan supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. niat kami baik dan suci. nasib baik ada sumber air bersih berhampiran dengan lebuhraya tersebut. keadaan agak tenang untuk seketika waktu, walaupun rasa kemarahan pada setan-setan mahathir serta bapak setan itu sendiri begitu meluap-luap. kira-kira pukul lima lebih sikit, ada lagi gas yang dilepaskan dan begitu jugak penyerbuaan. kami rasakan dari atas. mungkin dari helikopter yang berlegar tu. tak pasti. apa yang dapat kami lihat lagi ialah satu lagi kebinatangan setan-setan mahathir. kali ni terhadap penumpang kereta iswara merah (plate no. TQ ****). cermin hadapan pecah diremuk oleh setan-setan mahathir dan penumpang dihadapan diheret keluar dengan cara yang penuh kebinatangan. Laknat kau mahathir!!!!. keadaan yang kelam kabut serta serang setan kali kedua ini tidak mengendurkan semangat para reformis langsung.

Pada ketika yang sama, kami mendapat info bahwa para pemimpin BA yang tersekat dalam lalulintas dari R&R awan besar akan mara kehadapan untuk cuba berbincang dengan mereka yang berkenaan. tapi kita semua tahu, setan mana boleh dibawa berbincang. akhirnya para pemimpin utama BA berjalan kaki, dan menyampaikan ucapan ringkas masing-masing berhampiran dengan jambatan. pada satu ketika, keadaan menjadi kelam kabut dikala diberitakan bahawa saudara ezam akan berucap. kami tidak dapat memastikan apa yang sebenarnya berlaku pada masa ini. sejurus selepas itu, setan-setan mahathir melepaskan tembakan gas kearah mereka yang berkumpul. kami dapat melihat, ustaz fadzil terpaksa digegas keluar. roslan kassim cepat-cepat dibawa lari. kami hanya dapat melihat sedikit kelibat dr. syed husin. keadaan begitu kelam-kabut untuk berlindung dari gas pemedih tersebut. dalam serangan setan mahathir kali ketiga ini, hari sudah agak petang. setelah suasana agak tenang, para reformis bekumpul dan masing-masin bersetuju bahawa matlamat untuk menyampai message kepada dunia telah dapat kita sampaikan.

Perhimpunan kali ini, kami jangkakan sudah melebihi 150,000 orang. Ini tidak mengambil kira mereka yang tersekat dijalan biasa sebelah dalam untuk ke taman sri andalas dan bukit kemuning. perhimpunan ini sudah mencapai kejayaannya. jutaan TAHNIAH kepada pihak penganjur serta REFORMIS yang berjiwa waja dan kental semangatnya.

Sekali lagi kami berkonvoi untuk pulang. kami disambut dan menyambut pejuang-pejuang bangsa yang tidak dapat mara kehadapan kerana kesesakkan. mereka begitu bersemangat sekali. ada beberapa bas (rombongan?) yang diletakkan ditepi jalan dengan pejuang-pejuang yang begitu handal sekali. RE-FOR-MA-SI. perhimpunan kali ini kami rasakan benar-benar diluar jangkaan. lautan manusia dan kenderaan begitu hebat sekali.

Dunia sudah mengenali dan mengetahui bagaimana suasana dan perjalanan demokrasi di malaysia ini. para reformis bukannya pengkhianat dan penghancur demokrasi di malaysia. para reformis bukannya yang membelasah anak bangsa sendiri. para reformis bukannya mereka yang merosakkan harta benda anak bangsa sendiri. kepada semua setan-setan mahathir yang ada disana, kami ingin berpesan, selagi kami masih ada dimuka bumi ini, tidak akan kami HALALKAN segala hasil pekerjaan kamu selagi kamu tidak bertaubat nasuha. Jangan beri kami alasan bahawa kamu hanya menurut perintah. kalau kamu betul-betul manusia yang bermaruah, kamu berhenti saja dari apa yang kamu buat sekarang ini. sesungguhnya maruah kamu ketika ini begitu MURAH dapat dibeli oleh bapak setan mahathir itu sendiri. tak pernahkah kamu berfikir apa akan terjadi pada darah keturunan kamu nanti. ingat!! balasan dari ALLAH tak kan ada kuasa setan mahathir itu mampu menahanya. sesungguhnya kamu mengundang balasan LAKNAT dari ALLAH. doa kami yang dizalimi dan dianiaya ini lebih hampir kepada ALLAH. sama-sama kita doakan semoga setan-setan mahathir ini terbuka hati mereka untuk bertaubat nasuha. sesungguhnya taubat itu mesti diiringi dengan hati dan meninggalkan perbuatan tersebut. tidak cukup dengan hanya menyatakan kamu terpaksa melakukannya. ketua kamu yang berpaku-paku itu tidak akan dapat menjamin kamu serta mendokong dosa kamu pada ketika kamu berhadapan dengan ALLAH. Anak bangsa kamu juga ada hak mereka sendiri. Jangan kamu CENDERONG hati pada kezaliman yang ada.

Wassalam