Laman Webantu   KM2A1: 3145 File Size: 22.1 Kb *



TK FAC: Wawancara Anwar Ibrahim Dengan Wartawan Australia
By Marhain Tua

6/11/2000 12:35 pm Mon

MGG119

Wawancara Anwar Ibrahim Dengan Wartawan Australia

(Anwar Ibrahim Talks To The West Australian)

Dari: Free Anwar Com


Walaupun dua tahun sudah berlalu sejak beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya dikenakan hukuman penjara, Anwar Ibrahim masih lagi bersemangat tinggi.

Seperti yang dialami oleh Nelson Mandela (Afrika Selatan), Kim Dae Jung (Korea Selatan) dan Xanana Gusmao (Timor timor), Anwar berkeyakinan bahawa kebenaran dan keadilan akan menyerlah juga akhirnya dan beliau akan dibebaskan daripada hukuman yang menjeratnya untuk 15 tahun itu.

Dalam satu surat yang diseludupkan daripada penjara di pinggir kotaraya Kuala Lumpur, Anwar telah menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh sebuah akhbar Australia Barat.


Soalan: Sebagai seorang yang pernah memegang jawatan besar tentulah anda menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan bilik berukuran 4 m x 3m di penjara Sungai Buluh?

Anwar: Sistem penjara memang menekan perasaan tetapi saya sudah mampu menyesuaikan diri dengan beribadah, membaca dan berfikir. Jika tidak, kehidupan di dalam penjara itu boleh membosankan hingga menjadikan kita malas dan culas.

Saya telah dipenjarakan bersendirian sejak dua tahun yang lalu tetapi saya nampak banduan lain yang kerap menjengukkan muka ketika dalam perjalanan ke klinik. Mujur juga dan berbeza dengan kisah yang terjadi di Gulag, Auswitz dan sebagainya, para pengawal penjara adalah mudah mesra dan bersimpati.


Saya berjumpa dengan Azizah dan ahli keluarga saya sekali dalam setiap tiga minggu. Kami bercakap melalui telefon dan dipisahkan oleh satu dinding kaca. Saya dapat berjumpa dengan peguam saya. Kawan dan keluarga memang tidak dibenarkan.


Soalan: Adakah anda menyesal dengan apa yang telah terjadi? Ada yang mengatakan perdana menteri memilih timbalannya dan juga penggantinya. Dan itulah yang dilakukan juga di Malaysia. Nampaknya Mahathir tidak mudah berundur dalam masa yang singkat. Apakah anda telah melencong telalu jauh dalam kempen anda dulu sehingga telah membakar jambatan yang ada?


Anwar: Saya tidak mempunyai pilihan. Kesabaran itu ada hadnya. Sehinggakan seseorang itu tidak lagi mampu menyorokkan perasaan melawan terhadap ketidakadilan, salah guna kuasa dan korupsi yang berlanjutan. Berkaitan dengan cerita menyelamatkan Mirzan yang dilanda krisis kewangan dulu, saya telah diminta meluluskan skim berbilion ringgit itu. Saya terpaksa menolak permintaan itu dan inilah yang menyebabkan kemarahan Mahathir.

Bukan seperti orang yang saya gantikan dulu dan juga orang yang menggantikan saya sekarang, saya telah dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Soal membakar jembatan itu tidak timbul. Yang lebih dipentingkan ialah kepercayaan kita dan komitmen kita terhadap demokrasi, keadilan dan hukum undang-undang.

Setelah melihat nasib kawan-kawannya di negara jiran, adalah sukar untuk kita meyakini bahawa Mahathir akan bersedia berundur secara terhormat. Sebaliknya kalau kita amati rencana penggabungan bank, penswastaan baru dan segala urusan kontrak dia semakin bertegas untuk menentukan semua kepentingan ahli keluarganya dan para kroninya terus diperteguhkan.


Soalan: Apakah anda fikir anda akan balik memimpin UMNO dan Malaysia? Apakah anda fikir UMNO sudah habis dan anda akan dipulihkan untuk memimpin satu parti politik yang baru seperti Keadilan ataupun satu gabungan beberapa parti politik?

Anwar: Secara jelasnya saya telah mengendos Keadilan dan penuh iltizam dengan agenda Barisan Alternatif. UMNO tidak melakukan sebarang usaha untuk melakukan perubahan. Sebaliknya pula parti pemkbangkang telah memperkenalkan satu rancangan reformasi, mengekalkan demokrasi dan hukum perundangan yang menjanjikan ketumbuhan ekonomi secara saksama.


Soalan: Kenapakah agaknya Mahathir bertindak memecat anda selepas beliau mempertahankan segala tohmahan terhadap anda? Adakah satu kuasa yang wujud yang tidak mampu ditangani oleh Mahathir?


Anwar: Saya dianggap sebagai musuh ketat bukan sahaja kepada Mahathir tetapi kepada para juaknya seperti Daim Zainuddin, yang memang terkenal sebagai seorang Menteri Kewangan yang telah membalun banyak harta kekayaan. Pendapat saya seperti yang terbuku dalam Asian Renaissance, perjuangan saya terhadap korupsi, kronisma dan nepotisme dianggap sebagai ancaman besar kepada golongan yang memerintah itu.

Dr. Mahathir memang merupakan dalang utama dalam sandiwara itu. Banyak laporan polis yang dibuat, lengkap dengan dokumen dan bukti terhadap korupsi yang dilakukan oleh Mahathir, Daim dan Rafidah. Tidak ada pun sebarang tindakan yang diambil.

Soalan: Ada orang berkata bahawa Mahathir dan juga anda bermain politik dalam parti. Tetapi anda kalah. Bagaimana?


Anwar: Ya, saya hilang jawatan itu dan kini sedang dipenjarakan. Tetapi perjuangan masih berterusan. Ia mungkin merupakan satu kelegaan sementara kepada para konspirator yang korup itu. Tetapi saya amat yakin dengan kebijaksanaan rakyat Malaysia betapa kebenaran, keadilan dan kebaikan itu adalah luaran hakikatnya dan akan menyerlah jua akhirnya.


Soalan: Ada pihak yang mengatakan anda mempunyai para pengikut yang setia yang tidak sabar dengan kuasa sehinggakan mereka mahu melakar agenda mereka tersendiri. Apa pendapat anda?

Anwar: Memang tidak dinafikan saya mempunyai penyokong yang mungkin tidak dapat sabar. Tetapi, begitu juga Mahathir dengan para kroninya. Soalnya sekarang apakah kuasa itu telah disalah-gunakan. Apakah korupsi dibiarkan. Saya telah mendesak ditubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menilai segala salah guna kuasa, korupsi terhadap para pemimpin, termasuk juga saya ketika berada dalam kerajaan dulu. Mahathir tidak mempunyai etika untuk menjawabnya.


Soalan: Apabila anda menyebut tentang korupsi dan perlunya undang-undang untuk keadilan terhadapnya, anda sebenarnya mengetahui bahawa perkara ini bukan semudah itu disebabkan budaya yang hidup subur di negara ini. Anda sedar betapa pasukan anda akan ditelan oleh sistem yang ada dan anda tentu sekali akan dihalang daripada melakukan pelencongan daripada amalan pemimpin yang terdahulu. Apa reaksi anda?


Anwar: Memang benar, kami memerlukan reformasi. Pemimpin yang ada sengaja membiarkan korupsi dan segala salah guna kuasa. Mereka sengaja membiarkan institusi kerajaan dijebak oleh virus korupsi itu sehingga menjadi satu penyakit kanser.

Rakyat sudah naik radang dengan fenomena ini dan perkara ini perlu diperbetulkan dengan mewujudkan satu agenda reformasi. Jika tidak ia akan menular dan menjadi sebahagian budaya hidup negara ini.


Soalan: Saya diberitahu betapa sokongan terhadap anda semakin memuncak. Tetapi ini tidak menjanjikan kemenangan untuk anda. Demonstrasi dan tunjuk perasaan kerap dianjurkan tetapi ia akan lenyap begitu sahaja. Apakah mengikut firasat anda mesti dilakukan sebelum anda boleh diselamatkan?


Anwar: Kita sedang bergerak dalam satu sistem yang menekan. Sejarah telah membuktikan betapa kejutan pernah berlaku. Kami perlu meneruskan usaha, mengagihkan maklumat dan memperkuatkan azam. Kesabaran itu adalah sebahagian iman.


Soalan: Kini anda sudah pun dihukum untuk 15 tahun lamanya. Apakah rancangan masa depan anda dan pergerakan reformasi di Malaysia.


Anwar: Saya pernah mengatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah Mahathir adalah sesuatu yang tidak adil dan memalukan. Saya bertegas menolak segala tuduhan dan hukuman yang dikenakan. Perjuangan dan reformasi mesti diteruskan.


Soalan: Adakah anda menaruh dendam terhadap Azizan Abu Bakar kerana peranan beliau ?

Anwar: Azizan merupakan alat sahaja. Sudah diajar puluhan kali tetapi mengecut banyak kali. Dia tidak berapa relevan. Kalau dia tidak mudah tunduk kepada ugutan dan janji manis mereka, masih ada yang lain lagi.


Soalan: Apakah anda fikir dengan berundurnya Mahathir nanti anda akan diberikan pengampunan atau setidaknya dibebaskan lebih awal lagi?

Anwar: Saya menuntut perbicaraan semula oleh hakim yang bebas. Saya tidak bersalah dan tidak sepatutnya berada dalam penjara.

Soalan: Apakah anda boleh bekerja dengan Abdullah Badawi, ataupun Najib Razak? Apakah yang anda fikirkan mengenai pemimpin UMNO yang lain selain dari Mahathir.

Anwar: Kita bekerja berasaskan prinsip dan agenda yang jelas. Laungan reformasi telah meragut mangsanya dan mencalitkan kepedihan kepada ramai manusia. Setidak-tidaknya kita perlu menghormati iltizam kita terhadap demokrasi dan keluhuran undang-undang.


Soalan: Sejak lahirnya Keadilan dan Barisan Alternatif, Barisan Nasional telah beria-ia meyakinkan para pengundi bahawa pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia, terutama sekali kaum bukan bumiputra ialah menentukan wujudnya stabiliti dan pertumbuhan ekonomi. Bagaimanakah anda dan juga parti anda menyanggah persepsi ini dan menarik pengaruh pengundi Cina?

Anwar: Walaupun serangan berbisa ditujukan terhadap Keadilan dan Barisan Alternatif, majoriti orang Melayu masih memberikan sokongan mereka. Saya percaya orang bukan-Melayu terutama sekali kaum Cina dan India akan menghargai kenyataan ini dan tidak mudah dibohongi oleh kelentongan pihak media. Barisan Alternatif memang akan memberi penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi. Lagipun orang Cina memang mahukan keadilan dan ketelusan undang-undang.


Soalan: Sekarang ini kes anda mendapat liputan luas di seberang laut. Adakah sebarang pesanan kepada penyokong anda di luar Malaysia.?

Anwar: Kami memang menghargai sokongan anda. Media yang bebas memang boleh melakukan banyak kebaikan. Nyatakanlah pendapat anda dan tulis serta kirimkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.


Soalan: Apalagi yang boleh dilakukan oleh pemimpin dunia dan juga ahli politik Australia untuk mendapatkan kebebasan anda?


Anwar: Saya yakin ahli politik Australia memang arif mengenai prioriti mereka seperti yang mereka tunjukkan di masa yang lampau. Peranan mereka menyedarkan seluruh dunia mengenai keperitan penduduk Timor-Timor, sebagai contohnya memang telah diperakui.


-Freeanwar.com-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Anwar Ibrahim talks to The West Australian

MALAYSIAN politician Anwar Ibrahim remains defiant in jail and in high spirits almost two years after he was deposed as Deputy Prime Minister and convicted on abuse of power and s###my charges.

Like South Africa's Nelson Mandela, South Korea's Kim Dae Jung and East Timor's Xanana Gusmao, Anwar believes truth and justice will prevail in the end and he will be cleared and freed from his 15-year sentence.

In a letter smuggled out of his prison on the outskirts of the Malaysian capital, Kuala Lumpur, Anwar has replied to questions posed by The West Australian newspaper.

QUESTION: For a person who has held high office, it must be difficult for you to spend your days in a 4m by 3m cell at Sungei Buloh prison on the outskirts of Kuala Lumpur?

ANWAR: The prison system is repressive, but I've learnt to manage well, being preoccupied with prayers, reading and contemplating.

Otherwise, prison life can be a bore leading a life of indolence and lethargy.

I have been in solitary confinement for the last two years, but I do meet inmates occasionally peeping into my cell on their way to the clinic.

Fortunately, unlike tales of atrocities in the Gulag, Auschwitz, etc, the prison guards are rather friendly and sympathetic.

I meet Azizah and the family once in three weeks, communicating by phone, separated by glass. I'm able to meet my counsel but no friends, family or associates are allowed.

QUESTION: Do you have any regrets about what has happened? It is said that prime ministers pick their deputies or heirs-apparent, that is the way it is done in Malaysia. And it does not look Dr Mahathir will go in the short-term? Have you gone too far with your campaign and burnt the bridges?

ANWAR: I don't have a choice. There is a limit to what one can endure. It's no longer merely having to conceal one's revulsions against gross injustice, abuse of power and rampant corruption.

On the bailout of his (Mahathir's) son Mirzan after the financial crisis, I was asked initially to approve the multi-billion-ringgit scheme. I had to refuse and that was the ultimate (issue) that incurred his wrath.


Unlike my predecessor and the present deputy prime minister, I was elected into office as Deputy President of the party (UMNO - the dominant partner in the ruling coalition) prior to my appointment as the Deputy Prime Minister.

And it's not an issue of burning bridges but of articulating your beliefs and commitment to democracy, justice and the rule of law.

Seeing the fate of his friends in the neighbouring countries, it is not conceivable that Dr Mahathir would opt to gracefully depart from the scene.

On the contrary, looking at the bank merger proposals, new privatisation and contract deals, he is determined to ensure that his family and crony interests are entrenched.

QUESTION: Do you believe you will return to the leadership of UMNO and Malaysia? Or, do you believe UMNO is finished as far as you are concerned, and you will return to power at the head of a new party, such as Keadilan (Justice Party) or a coalition of parties?


ANWAR: I have publicly endorsed the Keadilan party and am committed to the alternative party's agenda, the Barisan Alternatif (a coalition of opposition parties).

UMNO has not made any meaningful attempt towards reform. On the contrary, the coalition or parties had introduced an elaborate reform plan, upholding democracy and the rule of law and promoting economic growth with equity.

QUESTION: A nagging question is why should Dr Mahathir act to remove you after having defended you and rejected all accusations against you as unacceptable? Are there forces beyond Dr Mahathir's control?

ANWAR: I am untenable as a nemesis not only to Dr Mahathir, but to his close associates such as Daim Zainuddin who was publicly known to have amassed enormous wealth as Finance Minister.

My views expounded in the Asian Renaissance, my crusade against corruption, cronyism and nepotism are perceived as threats to the ruling clique.

Notwithstanding, Dr Mahathir is certainly accountable as the supremo in the entire charade. Despite police reports, documents adduced to prove corruption against Dr Mahathir, Daim, (International Trade) Minister Rafidah (Aziz), no action is ever envisaged.

QUESTION: Some say Dr Mahathir played party politics, and so did you and you lost? Do you accept that?

ANWAR: Yes, I lost the job and am incarcerated. But there is an ensuing struggle. It's a temporary relief for the corrupt conspirators. But, I trust in the wisdom of Malaysians, that truth, justice and virtue are external in nature; and would ultimately prevail.

QUESTION: It is said that you cultivated your followers and they were itching to wrestle power so they could pursue and advance their own agendas. How do you respond?

ANWAR: Undoubtedly, I do have my supporters, who may be impatient. So does Dr Mahathir with his cronies. The issue is whether power is abused; corruption is condoned. I've demanded an independent commission to check all excesses, corruption against all leaders, including myself whilst in Government. Dr Mahathir does not have the moral courage to respond.

QUESTION: That when you spoke about corruption and the need for rule of law and justice, you knew very well that this was not possible in the absolute sense because of the culture prevailing in the country. You knew your team would be swallowed by the prevailing system and you would be restrained from moving away from the path taken by past leaders. How do you respond?

ANWAR: Precisely, we need the reforms. The present leadership seems to condone corruption and the excesses. They are allowing the institution of government to be infected and become cancerous.

There is public outrage and this needs to be channeled through a comprehensive reform agenda. Otherwise it would become endemic, as part of the Malaysian culture.

QUESTION: I am told support for you is growing. But it is not being translated into visible wins for you. Rallies and protests are held, but they are forgotten almost as quickly as they are held. What, in your view, must happen before you can be propelled back into office?

ANWAR: We are operating in a repressive system. As history has shown, surprises do happen. Meanwhile, we will have to sustain our efforts, disseminate information and strengthen our resolve. Patience is a virtue.

QUESTION: Now that you have been sentenced to 15 years jail, what is the future for you and, more generally, for the Reformasi movement in Malaysia?

ANWAR: I have said that the sentence by Mahathir's court is unjust, disgraceful, and revolting. I vehemently reject the allegations and the conviction. The struggle and reforms have to continue.

QUESTION: Do you harbour any resentment towards Azizan Abu Bakar for his role in your conviction? (Azizan accused Anwar of s###mising him.)

ANWAR: Azizan is merely a small pawn; recanted umpteen times, but timid all the same. He is quite irrelevant. Had he not succumbed to their threat or promise, there may be others.

QUESTION: Do you feel that with Dr Mahathir's eventual departure from office, you might be pardoned or at least granted a pardon or early release?

ANWAR: I demand a retrial by competent independent judges. I'm innocent and should not be in jail.

QUESTION: Could you work with Abdullah Badawi (the Deputy Prime Minister who could succeed Dr Mahathir) or Najib Razak (the Defence Minister and senior party leader)? What are your thoughts on current UMNO leaders other than Dr Mahathir?

ANWAR: We work based on principles and a clear agenda. The clamour for Reformasi has claimed victims and inflicted pain on many. At the very least, we'll have to honour our commitment to democracy and the rule of law.

QUESTION: Since the formation of Keadilan and Barisan Alternatif, the ruling coalition has gone to great lengths to convince voters that it is the only choice for Malaysians, and particularly non-bumiputras, who see stability and economic growth as paramount. How can you, or your parties, counter this perception and harness the vote of the influential Chinese in particular?

ANWAR: Despite the barrage of attacks and venom against Keadilan and Barisan Alternatif, the majority of the Malays supported them. I believe the non-Malays, particularly the Chinese and Indians would appreciate the facts and our programs and not be duped by the lies by the controlled media.

The Barisan Alternatif is committed to economic growth. And, the Chinese are equally concerned with the issue of justice and the rule of law.

QUESTION: Given the attention your case has received overseas, do you have any particular message for your supporters outside Malaysia?

ANWAR: We are truly appreciative of your support. A free media can work wonders. Express your views and write to the relevant authorities.

QUESTION: What more could world leaders and Australian politicians do to gain your freedom?

ANWAR: I trust Australian politicians know their priorities as they have indicated in the past. Their role in enlightening the world on the plight of the Timorese, for example, is well recognised.

- from Freeanwar.com