Laman Webantu   KM2A1: 3144 File Size: 8.8 Kb *



TJ MKini: Cengkaman Seorang ........
By Marhain Tua

6/11/2000 11:35 am Mon

[Kehebatan Mahathir, seandainya ada, sudah berkubur sekian lama. Ia musnah oleh karenah dirinya sendiri. Dia kini hanya hebat kerana digambarkan sahaja. Hakikatnya dia sudah rebah oleh itu dia asyik memilih orang tertentu untuk menipu sejak dulu. Dulu Anwar, kini orang 46 pula diletakkan didepan. Orang umno sendiri banyak yang dipinggirkan. Mereka tidak selayak satu generasi istimewa yang baru(a) pilihan Mahathir sendiri yang tidak boleh dicabar. Yang terbaru sekali ialah seorang puteri.... - Editor ]

MGG 118

Cengkaman Seorang ........

(In The Grips Of A great Man)

Oleh: Manvili Tennavan, Sungai Siput Perak)


Ada satu persepsi yang sudah lama berkarat bahawa tidak ada sesiapa yang layak menggantikan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Para penyokong Anwar Ibrahim, tentunya tidak setuju dengan kenyataan saya ini, tetapi mereka hanya golongan minoriti sahaja.

Benarkah Mahathir seorang pemimpin yang begitu hebat untuk negara kita? Akan tercetuskah huru-hara kalau beliau tidak ada lagi? Apakah kita begitu hebat dengan segala kenikmatan hidup sehinggakan masa depan tanpa kehadirannya itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan lagi?

Memang ramai yang mengemukan soalan ini: Siapakah nanti yang akan menggantikan Mahathir?

Sememangnya itu satu soalan yang baik. Siapakah agaknya yang mempunyai karisma yang mirip perdana menteri yang semakin berusia itu? Dengan ikhlas saya katakan, tidak ada sesiapa pun.

Siapakah yang pernah menjangkakan Habibie (dan kemudiannya Gus Dur) boleh menggantikan Suharto sebagai presiden Indonesia? Ketika Suharto berkuasa dulu dia memang nampak tidak boleh ditawan dan tidak boleh diganti. Perkataan yang sama boleh dikatakan terhadap Milosevich (Yugoslavia), Mao Zedong dan Deng Hsiaoping (China), Stalin, Krushchev dan Breznev (Russia).

Yang sebetulnya, penggantian adalah satu masalah pada regim yang otokratik. Kerana tamakkan kuasa si otokrat itu akan terus menekan sesiapa yang menjadi saingannya. Setiap inisiatif memang tidak diperkenankan dan mereka yang sanggup mengabdikan diri akan meraih kesenangan sehinggalah mereka mampu menghampiri takhta kekuasaan itu akhirnya.


Oleh kerana pemerintahan Mahathir itu disadur denan beberapa ciri otokrasi, keajaiban yang kita rasakan terhadap kekuasannya itu adalah sesuatu yang memang boleh dijangka. Anggapan ini kerapkali menyerlah dalam kemahiran kita yang mendalam, dan pada ketika lainnya kita tidak pun peduli sangat kerana rasa hormat yang tidak kena pada tempatnya. Kalau cerakinan ini ada kenyataannya, bererti andaian bahawa tidak ada sesiapa yang mampu menggantikannya itu adalah sesuatu yang tidak bernas untuk mencari penggantinya.

Malahan, anggapan ketiadaan pengganti yang sesuai itu adalah satu hujah kenapa dia mesti digantikan secepat mungkin ataupun secepat yang terdaya.

Jawapan yang muncul itu mungkin boleh diperlekehkan sehingga kita sedar bahawa sesuatu negara yang moden itu adalah sebuah negara yang diperintah oleh rakyatnya mengikut hukum undang-undang.

Sebagai sebuah negara moden ataupun yang mempunyai harapan untuk menjadi demikian, kita tidak sepatunya bergantung kepada seorang manusia hebat sahaja. Apa yang kita perlukan ialah satu rangkaian undang-undang yang dihormati oleh rakyat marhaen seperti anda dan juga saya, bila-bila masa. Kita sudah pun mempunyai perlembagaan negara yang memberikan kita satu budaya kerja dan undang-undang biasa yang mengendalikan kehidupan bersahaja. Para pemimpin kita telah menghampakan harapan kita dan juga belot kepada generasi mendatang dengan menodai institusi besar yang ada.

Fikirkan baik-baik. Sebagai seorang manusia, Mahathir pun akan ditelan bumi juga. Bukankah begitu? Siapakah nanti yang akan menanti apabila dia pergi tanpa sebarang amaran? Perlukan kita menunggu ketibaan satu wahyu untuk membebaskan cengkaman raksasa yang menghantui kehidupan kita.

Inilah masanya untuk membuat pilihan. Kita perlu bangkit membetulkan institusi kita yang telah dinodai untuk terus tegak bermaruah kembali. Kalaulah perdana menteri yang kita cintai ini betul-betul memikirkan akan keadaan hidup kita dan bukannya apa yang akan ditinggalkannya itu, dia harus melepaskan kuasanya secepat mungkin. Dia mungkin mampu memimpin kita daripada satu singgahsana yang kurang menonjol. Tetapi dia mesti undur dulu.

Kita sudah terlalu jelak dengan gelagat seorang manusia hebat. Tibalah masanya untuk kita merasakan kuasa golongan rakyat marhaen pula.

-Maanvili Tennavan-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

LETTERS
http://www.malaysiakini.com/archives_letters/ 2000/oct/oct23/letter2.htm

In the grips of a great man

There's a widely-held perception that there's no one to replace our current Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad. The ardent supporters of Anwar Ibrahim, of course, wouldn't agree with my statement, but they are in the minority anyway.

Is Mahathir such a non-expendable leader of our nation? Would chaos, in all facets of our existence - social, economic, politics - break out if Mahathir goes? Are we having it so good that a better future, in the absence of him, is totally unimaginable?

Many, not infrequently, ask this rhetorical question: Who is there to replace Mahathir?

It certainly is a worthwhile question. Who indeed possesses the charisma that our aged premier seemed to have? Honestly, I could think of no one. Yes, no one!

However, we are not - certainly - the first to ask such questions. The question has plagued the minds of many before us, and would continue to plague many more in the future.

Whoever thought that Habibie (and later Gus Dur) would replace Suharto as Indonesian president? While he ruled, he certainly appeared indomitable and irreplaceable. The same could be said about the now deposed Yugoslavia's Milosovich. China's Mao Zedong, Deng Hsiaoping and any of the Soviet leaders - Stalin, Khrushchev, Brezhnev.

The fact is, succession is a problem for any autocratic regime. The autocrat in his quest for power quashes all his pretenders. Initiative, generally, is frowned upon; and only those who fawn, prosper - until they get too close to power, at least.

Since, Mahathir's rule is characterised by many features of autocracy, this awe that we feel towards him is only predictable. This awe sometimes manifests itself in deep-seated anger; and at other times as uncritical, supine respect. If this analysis is true, then the fact that we could think of no one to replace our prime minister is no argument against replacing him.

Indeed, that we could think of no one is a very strong argument why he must be replaced immediately - or at least, as soon as possible!

So, who would replace Mahathir? My answer: anyone whom Malaysians choose through a legitimate process, to lead them.

Such an answer may sound like a no-brainer, a let-down even, until we realise that a modern nation, by definition, is a nation that is governed not by men but by laws.

Since we are a modern nation, or at least one that aspires to be so, we shouldn't be beholden to a great man. What we need is a set of good, workable laws that ordinary people like you and I can mould and shape to address the concerns of the time. We have our Constitution - the framework that gives us a common culture - and our common laws that regulate the conduct of men.

If anything, our great leader has done a great disservice to us and to future generations of Malaysians by weakening all our cardinal institutions.

Think of it. Being a mortal, he, too, would be consumed by nature, wouldn't he? Who would then be there when he departs unannounced? Are we going to wait for some messiah to deliver us from our evils?

It is time we made our choice. We have to rebuild our tarnished institutions, so that they would be able to withstand the test of time. Our beloved prime minister, if he still cares for our well-being - and not his legacy - should step down immediately. He may attempt to guide us from a less conspicuous spot, but he must step down first, nevertheless.

We've had enough of a great man. What we need is the empowerment of ordinary men.

Maanvili Tennavan Sungai Siput, Perak