Laman Webantu   KM2A1: 3140 File Size: 12.8 Kb *



TJ MGG: Dana JE: MCA Main Wayang Lagi
By Marhain Tua

5/11/2000 8:28 pm Sun

[Nampaknya ada orang yang betul-betul pening kepala.... Inilah bahananya bila berharap kepada si kurap. Habis semua dana disonglap, Cuba bermain wayang di dalam gelap. Bila disuluh terus tergagap. (gurau aje!) -Editor ]

MGG 116

Dana JE: MCA Main Wayang Lagi

(MGG: JE Fund; The MCA Shoots Itself on The Foot)

Sekali lagi MCA telah menunjukkan kepintarannya bermain wayang, terutama sekali kalau mengenai wang. Semua ini ada kaitannya dengan beberapa institusi koperatif yang dibenarkan menerima deposit seperti tabung pendidikan Chang Ming Thien, Dana kemanusian Japanese Encephalitis, Koperasi KSM, Multipurpose Holdings dsbg. Senarai itu memang panjang.. Kita tidak akan tahu semua melainkan perkara itu dijolok dulu. Selagi tidak dijolok, perkara itu akan terperap begitu sahaja tanpa ada sebarang perdebatan mengenainya. Amalan demikian memang sengaja dapat dipertahankan selagi MCA menjadi wakil rasmi masyarakat Cina dalam kerajaan. Para pemimpin yang bersikap oligarki amat yakin mereka memang serbatahu dan tidak boleh dipersoalkan. Seperti juga UMNO dan MIC, mereka fikir mereka sajalah yang benar. Tetapi, perkara begini sudah pun berubah. Kini, MCA sibuk meraih simpati masyarakat Cina untuk menyokongnya, tetapi permohonan itu tidak diendahkan lagi.

MCA telah silap menguruskan dana JE dan CMT (Chang Ming Tian). Dana ini memperolehi kadar faedah sebanyak RM5 juta dan sepatutnya digunakan untuk membiayai biasiswa kepada yang memerlukannya. Kini mahkamah telah mengeluarkan perintah agar Dana CMT yang berjumlah RM10 juta itu dipulangkan kembali kepada penyumbangnya dan tidak lagi boleh diuruskan oleh Multipurpose Holding sebuah syarikat perniagaan kepunyaan MCA. Tidak ada satu biasiswa pun yang pernah dikeluarkan dan tidak pula ada penjelasan mengenainya. Para pemimpin MCA adalah pemegang amanah dana itu tetapi mereka tidak mempedulikan kes mahkamah itu sehinggalah perintah dikeluarkan agar dana CMT itu dipulangkan balik kepada pengurus harta si penderma. Sekarang barulah kita tahu bagaimana MCA telah gagal menguruskan dana JE itu dengan baik. Dana itu dimaksudkan untuk penternak khinzir tetapi ia telah diagihkan kepada orang lain termasuklah pegawai MCA. Ketika DAP mempersoalkan perkara itu, presiden MCA Dato Seri Ling Liong Sik, telah bingkas dan cuba mengalihkan pandangan dengan membangkitkan dana urusan DAP pula. Kalau DAP gagal menguruskan dana kelolaannya, tindakan mestilah dikenakan terhadap parti itu. Kalaulah DAP turut gagal menguruskan tabung itu, apakah ini akan membersihkan MCA daripada kerja-kerja jijik dalam pengendalian satu dana yang dimulakan untuk meringankan masalah manusia yang dilanda tragedi itu? Kerajaan Negri Sembilan pernah memperuntukkan satu kawasan seluas 200 ekar untuk penempatan baru penternak khinzir Bukit Pelandok. Tetapi tanah itu telah ditukar syarat dan diagihkan kepada pihak yang tidak ada kena mengena dengan penternakan khinzir.

Tanah yang diperuntukkan itu memang dekat dengan KLIA, tentunya tidak bersesuaian untuk ternakan khinzir. Tetapi, tidak ada sesiapa yang mahu bercakap mengenainya. Soalnya sekarang kenapakah wakil MCA di dewan exco negeri bersetuju meluluskan tanah itu sedangkan ia tidak bersesuaian untuk penternakan khinzir. Adakah ini satu skandal lagi?

Exco Negri Sembilan, Dato' Dr. Yeow Chai Thiam yang merupakan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Lukut di mana Bukit Pelandok merupakan kawasannya jua, telah membuat pengakuan di Port d##kson kelmarin. Pengakuan ini telah disiarkan di muka surat 8, The Sun, yang menyebut beliau memang telah mengarahkan pembantu politiknya untuk menggunakan dana JE itu untuk sesiapa yang memerlukannya. Ibupejabat MCA mahukan butiran mereka yang dijangkiti JE, sedangkan dia tidak pun mempunyai maklumat itu. Daripada beliau sendiri mengutip sumbangan kepada dana itu dan mengagehkannya, dia telah mengemukakan nama pembantunya itu bersama dengan nama dua orang ahli keluarganya. Tiga cek yang bernilai RM82,000 telah dikeluarkan. Tidak ada bukti lain, selain pengakuan lisan ini bahawa jumlah yang terbabit itu telah diagehkan kepada tiga orang pesakit JE. Di bawah Undang-undang Jenayah, ada satu seksen yang membabitkan perbuatan yang dilakukan oleh Dr. Yeow ini. Ia menyangkuti pecah amanah yang membawa akibat hukuman yang berat.


Nampaknya Dr. Yeow adalah seorang yang lurus bendul dalam dunia politik (he.he.he...nampaknya ramai ahli politik yang berkelulusan kedoktoran mempunyai sikap berpolitik begitu ye ?......penterjemah). Apabila pembantu politiknya mahu mengagehkan wang kutipan dana itu, dia telah diberitahu untuk menunggu sehingga selesai pilihanraya Teluk Kemang. Alangkah pelik perkara ini. Tentu sekali kita fikirkan, pengagehan wang sumbangan oleh wakil rakyat di hari menjelang pilihanraya kecil sudah pasti membantu Barisan Nasional dalam pilihanraya itu. Tetapi, Dr. Yeow mempunyai pendapat yang berlainan pula. Inilah yang memperkuatkan desas-desus ketika itu betapa MCA pernah memberi amaran kepada penternak khinzir di Bukit Pelandok bahawa mereka hanya akan menerima pampasan seandainya calon Barisan Nasional menang pilihanraya kecil itu. Tetapi, perkara ini bukannya satu hal yang mudah. Wang sumbangan orang telah digunakan untuk mengugut dan menidakkan si penerima yang berhak bagi tujuan politk. Dr. Yeow naik berang kerana dia yakin DAP akan mengungkit perkara ini sebaik sahaja Ibupejabat MCA menyiarkan senarai penerima bantuan itu. Sedangkan senarai itu sepatutnya menjadi maklumat rahsia.

Tetapi, kalau dia sedar kemungkinan DAP akan mencungkil rahsia pengutipan dana dan cara pengagehannya, kenapa pula dia melakukan kerja yang songsang itu? Lagipun, saya masih ingat lagi bagaimana beliau pernah menggunakan kata-kata kesat terhadap penternak khinzir yang membuat aduan bahawa mereka tidak lagi menerima apa yang telah dijanjikan kepada mereka itu.

Jelaslah, MCA bukan sahaja telah silap dalam pengurusan dana JE itu, malahan telah menidakkan apa yang menjadi hak kepada penternak khinzir. Malahan naik bengkeng pula bila disoal akan perkara itu. Kisah ini tidak mudah diselesaikan kerana masyarakat Cina sudah naik berang. Dalam hal ini Dr.Ling harus bertindak membersihkan dirinya dengan membentangkan akaun sebenar dana JE itu di hadapan masyarakat Cina, sebaiknya di Dewan Perhimpunan Cina. Oleh kerana dia yakin bahawa cara dia mengendalikan dana JE dan juga Dana CMT itu mengikut amalan yang baik, dia harus mendapatkan peluang untuk membersihkan keadaan dan juga nama baik MCA. Apa yang telah dilakukan oleh MCA memang tidak boleh dimaafkan. Memang kita dapat jangkakan bahawa Dr. Ling mempunyai alasan bersebab kenapa dana dua tabung berkenaan telah disalahgunakan. Kalau Dr. Yeow bersalah, MCA harus bertindak meminta beliau meletakkan jawatannya daripada Exco Negri Sembilan. Jika tidak, akan muncul satu lagi masalah yang akan menjerut leher presiden MCA itu.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

JE Fund: The MCA Shoots Itself In The Foot

THE MCA shows yet again how well it shoots itself in the foot. Especially, when misusing money. The deposit-taking co-operatives, the Chang Ming Thien education and Japanese Encephalitis humanitarian funds, the KSM co-operative, the Multipurpose Holdings. The list is endless. We do not hear of these, unless prodded loose. Until then, a near-impenetrable wall of silence shuts off debate and questions. That worked so long as the Chinese community accepted the MCA as its official representative in government. Its oligarchic leaders, confident of this, decided it knows best, and that should not be questioned. Like in UMNO and MIC, they are right. But the worms come out of the woodwork. Today, it runs helter-skelter to prove its undying loyalty for the Chinese community, but it is disbelieved.

The MCA mishandled the JE and CMT funds. It returned in interest nearly RM5 million that should have been scholarships for the needy. And the courts now force it to return the RM10 million CMT fund managed by its business arm, Multipurposes Holdings. No scholarships were every given. With no explanation why. The MCA leaders are its trustees, but they ignored the court case until after the CMT fund was ordered returned to the donor's estate. We now learn the MCA mishandled the JE Fund. It was meant for pig-farmers, but it went to others, including MCA officials. When the DAP highlighted it, the MCA President, Dato' Seri Ling Liong Sik, threw a red herring about the DAP's own funds. If the DAP mismanaged its funds, the book should be thrown at it. Even if it had, how does this excuse the MCA's mishandling of its funds collected to ameliorate a human tragedy? The 200 acres the Negri Sembilan state government allotted as an alternative to the Bukit Pelanduk pig farms is converted and transferred to parties nothing to do with pig farms. The land alloted was within sight of KLIA, and therefore clearly unsuitable for pig farming. But no one talks about this now. Why did the MCA representative in the state executive council approve this, knowing full well it was not for the pig farmers. Was that a scam?

The Negri Sembilan state executive councillor, Dato' Dr Yeow Chai Thiam, who is MCA state assemblyman for Lukut, where the affected area, Bukit Pelanduk is, admitted in Port d##kson yesterday (2 November 00, The Sun, p8), he ordered his political aide and his family to take money from the JE fund for those who required. Why? Because MCA headquarters wanted details of those afflicted with JE, and he did not have the particulars. So, instead of him collecting the funds and distributing it himself, he gives the names of his political aide and two family members instead. The three cheques totalled RM82,000. There is no evidence, beyond his uncorroborated admission, that it was subsequently distributed to three JE patients. Criminal law has a section which deals with what Dr Yeow did: criminal breach of trust, with heavy penalties attached to it.

Dr Yeow is also politically naive beyond belief. When his political aide, who collected the money, wanted to distribute the money, he was told not to until after the Teluk Kemang by-election. This is curious. One would have thought the local state assemblyman distributing help would help the National Front in that by-election. He thought otherwise. This strengthens the rumour current then that the MCA had warned the Bukit Pelanduk pig farmers they would get their compensation would be paid as promised only if the National Front candidate was returned. But that is not what bothers here. It is that solatium funds are used to threaten and deny for a political purpose. Dr Yeow is angry. He was sure the DAP would bring this up once MCA headquarters released the list of aid recipients. So, he did what he did because the list would be secret. But if knew the DAP would question the whys and the whos and the hows of the fund, why did he do what he did? Besides, I recall, he had harsh words at the time for pig farmers who complained they were not given what they were told they would be.

So, the MCA not only mishandles the JE fund, but denies what is due the pig farmers. And is stroppy when questioned. This is not about to go away. The Chinese community is incensed. Dr Ling should come clean, giving his full account before, preferably in the Chinese Assembly Hall, in the presence of Chinese association representatives and the press. Since he is convinced his handling of the JE fund and of the CMT fund is above board, he should ask for this opportunity to clear his, and the MCA's, name. For what MCA did is inexcusable. No doubt Dr Ling has a perfectly laudable explanation for why the two funds were misused. If Dr Yeow is wrong, the MCA should order his resignation from the Negri Sembilan state executive council. Otherwise, another albatross would soon be around the MCA president's neck.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my