Laman Webantu   KM2A1: 3136 File Size: 15.7 Kb *



TJ MGG: UMNO Berkecamuk Mengenai Masa Depannya
By Marhain Tua

5/11/2000 9:28 am Sun

MGG 115

UMNO Berkecamuk Mengenai Masa Depannya

(MGG: UMNO In Sixes And Sevens Over Its Future)

Mesyuarat agung luarbiasa UMNO pada 18 November 00 nanti, adalah bertujuan mengembalikan ketuanan Melayu, yang memang merupakan sesuatu yang amat sukar sekali. Beberapa pindaan yang perlu diluluskan akan menjadikan UMNO satu parti pengecut yang tidak relevan lagi sebagai satu kuasa politik. Sepatutnya UMNO berusaha menawan kembali hati ahli lama untuk kembali kepangkuannya, sebaliknya ia menyisihkannya pula. Sepatutnya UMNO memansuhkan formula pengekalan kuasa kepimpinan, tetapi ia berusaha untuk memperteguhkan formula itu. Di kala ia perlu menggalakkan golongan muda terutama sekali kaum wanita menganggotainya, ia kini sudah pun memecah-belahkan pergerakan wanitanya pula. Beberapa perubahan yang dicadangkan akan menyekat perdebatan politik. Pemilihan akan dilakukan sekali dalam tempoh usia sesuatu parlimen, satu tahun selepas berlangsungnya pemilu dan bukannya setiap tiga tahun. Cadangan agar jawatan presiden itu dibuat melalui pemilihan di peringkat cawangan telah ditolak sebagai sesuatu yang tidak praktikal. Tujuannya ialah untuk mengurangkan politik wang, satu laluankata yang menyebabkan UMNO berpenyakit. Tidak ada perubahan yang menonjol akan berlaku. UMNO akan terus menjadi satu oligarki, di mana sebarang cabaran adalah satu usaha yang amat sukar sekali.

Seorang naib-presiden UMNO, Tan Sri Muhiyuddin Yassin, dan sembilan orang ahli jawatankuasanya telah mendapatkan konsensus ketika membincangkan perubahan itu di peringkat bahagian parti. Mereka tidak bersedia mencetuskan perubahan yang drastik untuk membawa UMNO kembali ke arus perdana masyarakat Melayu. Tidak juga mereka bersedia untuk memintas sikap kurang senang orang Melayu kepadanya ataupun daya pengekalan sistem oligarki yang ada. Dengan lain perkataan, cadangan mereka itu akan menentukan keutuhan sifat tidak relevannya UMNO yang akan terus melemahkannya. Mereka cuba menjadikan UMNO sebuah parti yang dapat menarik minat generasi muda.

Ini memerlukan satu usaha memintas perkara yang tetek-bengik dan menjadikan parti itu menarik kepada golongan muda-mudi. Perkara ini tidak pula mereka lakukan. Usaha mereka itu ternyata satu pembaziran masa semata-mata. UMNO mahu menubuhkan satu sayap parti yang dianggotai oleh kumpulan profesional wanita muda yang dapat menyaingi pemimpin lama yang sengaja mahu mengekalkan kuasa oligarki mereka. Pergerakan wanita itu mempunyai jawatankuasa pusat yang dianggotai oleh mereka yang telah dilantik sejak 1982 dan sebelumnya (memang usia wanita UMNO demikian lebih liat daripada usia buaya tembaga - penterjemah). Beberapa insan yang berdarah muda memang sengaja diperlekehkan sehingga mereka keluar dengan perasaan benci. Insan professional sengaja diketepikan kerana itu Puteri UMNO ditubuhkan untuk menyediakan bakat baru kepada pergerakan wanita itu. Tetapi, pemimpin Wanita UMNO amat takut dengan satu kumpulan wanita muda yang tersusun oraganisasinya dan yang mampu menggugat kedudukan mereka itu. Kepada pergerakan wanita itu pula, darah baru yang mereka maksudkan ialah kembalinya kumpulan lama yang diketuai oleh pemimpinnya Datin Rafidah Aziz!


Pergerakan Pemuda UMNO yang sepatutnya menjadi kumpulan pendesak, adalah satu kumpulan yang tidak berbisa. Ia merupakan satu lagi badan politik yang tidak berpijak di bumi nyata dalam menangani masalah orang Melayu. UMNO tidak mampu terus bernafas kalau tidak mampu menyerap darah muda dalam perjuangannya. Pemuda UMNO dan pemimpinnya Dato Hishamuddin Hussein yang merangkap menteri belia dan sukan negara tidak berapa berkesan menarik anak muda Melayu, terutama mereka yang berada di universiti sedangakan saingannya dalam PAS amat mudah bersemuka dengan golongan ini di mana saja. Golongan muda Melayu memang masih marah dengan cara UMNO cuba menarik hidung mereka. Golongan ini mahukan penjelasan kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim diganyang. Oleh kerana pemimpin UMNO amat takut turun padang menemui mereka di cawangan dan bahagian parti kerana takutkan soalan berbisa para penyambut mereka, akar umbi pun terus menjadi lemah.

Para pemimjpin parati memang menyedari betapa pentingnya dilakukan satu perubahan. Mereka telah mengakui berlakunya kesilapan terutama yang menyangkuti Dato Seri Anwar. Tetapi, keadaan akar umbi masih tidak berganjak jauh ke tapak yang mereka impikan. Kerana itu Tan Sri Muhiyuddin berjaya mendapatkan konses yang memang diimpikan oleh para pemimpinnya. Sebetulnya perubahan yang diimpikan itu memang diperlukan kerana tanpa perubahan UMNO akan terus dilanda masalah. Pertembungan pendapat mengenai perlantikan presiden parti sepatutnya menjadi unsur yang menarik. Ia menarik kerana didapati berkesan dalam MIC. Satu ketika dulu jawatan presiden MIC dipilih oleh setiap ahli parti sehinggalah pemegang jawatan yang ada, Dato Seri S. Samy Vellu merasakan bahaya kalau ada seorang pencabar yang gigih untuk menandinginya. Maka dilakukan perubahan agar perlantikan presiden itu dibuat oleh para perwakilan di setiap persidangan (kongres) tahunan parti. Adalah lebih mudah untuk membeli ataupun mengugut 2,000 ahli perwakilan daripada 30,000 ahli, malahan lebih murah lagi harganya. Inilah yang ditolak oleh UMNO untuk mengekalkan sistem oligarkinya.

Kerana itu UMNO menjadi berkecamuk. Ia mahukan perubahan yang tidak mampu dilakukannya kerana ia lebih selesa perubahan itu tidak dilakukan. Perdana Menteri yang juga menjadi presiden parti yang sungguh lama, sedang berada di satu kedudukan yang tidak mudah memberi keselesaan kepadanya. Dia telah melakukan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti untuk membolehkan para ampunya terus mengekalkan kuasa mereka. Dia mencuba sedaya upaya menggalakkan UMNO untuk memperkecilkan satu kesilapan besar yang telah dilakukannya dalam menghancurkan kewibawaan mantan timbalan presiden parti, Dato Seri Anwar Ibrahim. Satu ketika dulu berlaku pertelagahan selama dua bulan menyebabkan polis dan juga tokoh-tokoh parti memberi kewaspadaan kepadanya kalau dia tidak mahu dipinggirkan. Dua puluh lima bulan kemudiannya, dia telah berjaya membawa UMNO ke satu posisi di mana parti itu kini sedang melutut di hamparan kehinaan. UMNO tidak lagi mempunyai jalan mudah untuk menganjurkan mesyuarat apatah lagi untuk mendapatkan perhatian orang Melayu untuk membincangkan masa depannya. Ahli-ahli UMNO sengaja mengasingkan diri mereka dan menghilang ketika para pemimpin datang bertandang. Yang lebih menyakitkan kebanyakan ahli UMNO masakini ialah sekatan yang tidak memudahkan mereka bertanding jawatan parti.


Kemajuan UMNO bukan disekat oleh perlembagaannya tetapi oleh para pemimpinnya. Oleh kerana terlalu lama naik lemak, para pemimpin UMNO tidak sedar betapa dunia Melayu itu sudah berubah kini dan apa yang dikatakan Melayu Baru itu tidak lagi mudah menari mengikut irama yang dipalu oleh orang lain. Perdana Menteri telah melakukan satu usaha menyumbat temboloknya sehinggakan sanggup menjerumuskan negara kepada negara yang banyak berhutang. Kesannya ialah penonjolan satu kumpulan Melayu yang berjaya yang lahir daripada kalangan para juak, kroni, adik-beradik dan para pengampu yang diberikan kontrak mega yang akhirnya mencetuskan hutang berkarat yang bertapuk sama cepatnya dengan segala keangkuhan yang menghancurkan mereka. Kemewahan itu sudah pun berkurangan. Dasar ekonomi Baru yang telah melahirkan beberapa kerat Biliawan Melayu (Malay Billionaires) kini dihantui hutang bertapuk mereka yang sudah pasti akan menjerumuskan ekonomi negara.

Perubahan kepada perlembagaan yang dilakukan itu sepatutnya dilakukan dengan penuh kewaspadaan dan beralam-nyata. Tetapi kedua unsur ini tidak pun diambil kira. Oligarki yang diperkuatkan itu tidak akan dapat diubah untuk dicabar. Pergerakan Puteri UMNO yang ditubuhkan untuk mengurangkan pengaruh pergerakan wanita memang boleh merupakan satu kuasa baru. Ini hanya boleh berlaku kalau pergerakan yang (dikatakan) masih 'dara' itu tidak menganggap kewujudannya sebagai satu lagi kelab wanita di bandar seperti imbasan yang dapat diperhatikan daripadanya. Orang Melayu di bandar-bandar bukannya merupakan ancaman besar kepada UMNO. Yang merupakan ancaman besar kepada UMNO adalah golongan Melayu daripada luarbandar yang mencari pekerjaan. Kalau kita teliti cara penubuhan Puteri UMNO kita nampak imbasan bagaimana mereka menganggap penubuhan sayap itu sebagai satu kumpulan wanita baik-baik yang mempunyai banyak masa di tangan mereka (he.he.he...! - penterjemah). Dengan lain perkataan nampak sangat ketiadaan minat untuk melakukan perubahan di kalangan para pemimpin dan ahli parti. Tentunya kerana sebab-sebab yang bercanggah jua.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


UMNO In Sixes And Sevens Over Its Future

UMNO's extraordinary general meeting on 18 November 00 is to return to its cultural authority amongst the Malays. But all it could is into a rootless future. The constitutional amendments the meeting must pass reduces UMNO into irrelevance as a political force. When it should persuade the aggrieved member to return, it alienates him; when it should have removed the convoluted formula for higher office, it strengthens it; when it should encourage more, especially younger, women, it splits the women's movement instead. The proposed changes restrict political debate. Elections would be now held once during the life of the federal parliament, a year after national elections, instead of every three years. The proposal to elect the president by the divisions was shot down as impratical. This was to reduce money politics, the current buzzword of what ails UMNO. Nothing significant would change. UMNO would remain an oligarchy, with challenge near impossible.

An UMNO vice-president, Tan Sri Muhiyuddin Yassin, and his nine-man committee, sought consensus when they discussed the changes with the divisions. They would not consider drastic measures to bring UMNO back into the Malay mainstream. Nor cut through Malay disinterest and oligarchic self-preservation. Their proposals, in short, ensure UMNO's irrelevance than its strength. Their brief was to make UMNO relevant to the younger generation. To do that, they had to cut through the political waffle and appeal directly to the youth. They did not. The roadshow missed the woods for the trees, with UMNO none the wiser.

UMNO wanted a new women's wing of younger professionals out of place in UMNO Wanita, whose leaders like UMNO's are a self-perpetuating oligarchy. Its central committee includes those elected in 1982 and earlier. New blood is brutally drained out, to leave in disgust. The younger professionals are left out, and Puteri UMNO, set up for them, was to be a feeder for Wanita. But Wanita leaders are frightened of an organised group of young women who could leave them high and dry if they so decide. The new blood in UMNO Wanita is the return of the old guard, led by its leader, Datin Rafidah Aziz!

UMNO Youth, the party's pressure group, is anything but. It is yet another body out of touch with its members and Malay worldview. UMNO cannot survive if not constantly infused with new blood. UMNO Youth and its leader, Dato' Hishamuddin Hussein, who also is youth and sports minister, fights shy of the young Malay, especially in the universities, while his PAS counterpart is all too happy to meet them anywhere. The Malay young is angry at being led by the nose, wants answers to why Dato' Seri Anwar is demonised, and since UMNO leaders would not go down to the branches and divisions, for fear of hostile audiences and questions they cannot answer, the ground erodes surely.

This the leaders understand. The changes must be made. They accept they made mistakes, especially about Dato' Seri Anwar. But the UMNO ground shifts to not care what they propose. Which is why Tan Sri Muhiyuddin could get the consensus the leaders wanted. Indeed, the proposed changes are true to form. But without the changes, UMNO is in trouble. The divisions electing the president can work: it worked well for the MIC -- whose primary membership once elected its president -- until the incumbent, Dato' Seri S. Samy Vellu, felt a determined challenger could overthrow him, and left the election to delegates at its annual congress. It is after all easier to buy or threaten 2,000 delegates than 30,000 -- and far cheaper. UMNO rejected this to retain its oligarchy.

UMNO, in short, is in a bind: it must change but cannot; would rather not. The Malay ground, its raison d'etre, deserts it. The Prime Minister, its long-time president, is in a political groove he cannot escape from. He amended the UMNO constitution to keep his clique in office. He tried what he could to get UMNO to ignore the But its biggest mistake is how it destroyed its former deputy president, Dato' Seri Anwar Ibrahim. A ruckus for two months, so the police and UMNO stalwarts told him, and he would be history. Twenty-five months later, he singlehandedly brought UMNO to its knees. UMNO cannot hold meetings, nor get Malays interested in its future. Members stay away when its leaders come acalling. But what upset UMNO members most is how difficult it is now to stand for office:

UMNO's growth is not restrained by its constitution but by its leaders. Long used to having their own way, they did not realise that the Malay world changed, and the newer Malay is unwilling to dance to anyone's tunes. The Prime Minister embarked on a course of greed and debt as what distinguishes the successful Malay from the failures; but it created courtiers, cronies and siblings, and their backers, who rushed into huge contracts and debt as fast as they could spend with an arrogance that all but destroys them. The chips are down. The New Economic Policy, which nurtured Malay billionaires, now must deal with their debts, which threaten to sink the economy.

The constitutional changes should have infused caution and reality; they do neither. The strengthened oligarchy would not revamp to be challenged. The Puteri UMNO, brought in also to clip Wanita's wings, can be a force, but only if it does not, as looks likely, be just another women's club in the cities. It is not the urban Malay who is UMNO's biggest threat; it is the rural Malay who drifts to the cities in search of employment. Given how Puteri UMNO is proposed, it envisions itself as a political do-good body of women with time on their hands. There is, in short, no desire to change. Amongst the leaders or members. But for apposite reasons.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my