Laman Webantu   KM2A1: 3135 File Size: 21.1 Kb *



TJ MGG: Wang Rompakan Ataupun Wang Ehsan
By Marhain Tua

5/11/2000 9:59 am Sun

MGG114

WANG ROMPAKAN ATAUPUN WANG EHSAN

(MGG: Trengganu Royalty Dispute: 'Wang Rompakan' Not 'Wang Ehsan'.


Perdana Menteri terus bercakap mengenai remeh-temah sambil menidakkan hak Terengganu kepada royalti petrolium. Ini membuatkan timbalan perdana menteri berlagak celupar: Pembayaran royalti (tunai) pada bulan Februari sebanyak RM432 juta itu adalah yang terakhir. Baki sebanyak RM480 juta yang dijadualkan pada Oktober ini tidak akan 'dimakbulkan'. Kuala Lumpur sudah pun bertindak dari sekarang bagaimana caranya membuat pembayaran yang bersamaan dengan royalti petroleum itu. Bukan sebagai royalti lagi tetapi sebagai wang ehsan. Kerajaan negeri tidak boleh tahu bagaimana wang itu akan digunakan. Tujuan muslihat ini amat jelas sekali. Ia bertujuan untuk membina semula bidang kuasa yang telah musnah dengan wang yang ada. Kuala Lumpur bertegas menidakkan hak kerajaan Terengganu tetapi mahukan wang itu dianggap sebagai sumbangan pula.

Rais Yatim, menteri yang menjaga hal ehwal perundangan negara, bertegas bahawa selepas 25 tahun, Terengganu tidak berhak kepada royalti itu kerana perjanjian di antara Petronas dan Terengganu sudah tidak laku lagi. Mengikutnya, royalti adalah untuk petroleum dan gas yang digerudi dalam kawasan yang jaraknya adalah tiga batu daripada pantai dan bukannya untuk kawasan yang lebih jauh di samudera. Dia tidak pula memberikan penjelasan bagaimanakah kerajaan pusat boleh membuat tafsiran ini selepas barisan nasional dihenyak malu dalam pemilu 1999 dulu. Rais mahukan kita semua percaya apa yang pelajar undang-undang tahun dua pun sedar perkara ini sesuatu yang salah. Bagaimanakah pihak ketiga boleh memansuhkan perjanjian ini? (Bukankah pelik, Kuala Lumpur yang tidak pernah mengarahkan Petronas bertindak memansuhkan perjanjian itu bertindak pula dengan pihak lain dalam perjanjian itu, yakni Terengganu).

Rais berkata, Kuala Lumpur tidak perlu berbincang ataupun berunding dengan Terengganu. Terengganu harus mencabar "keputusan rasmi dan muktamad" itu di mahkamah. Bukankah mahkamah Malaysia itu terkenal dengan kebebasannya dan berkemungkinan menolak sahaja cabaran Terengganu itu? Dengan lain perkataan, Barisan Nasional dan juga UMNO mahukan satu struktur kerajaan persekutuan di mana kerajaan pusat menguasai kerajaan negeri dalam bidang politik dan pengabdian keperluan kewangan. Kuala Lumpur memang tidak menyenangi mana-mana kerajaan negeri yang mampu menyanggahnya seperti Terengganu. Kerana itu kerajaan PAS di Terengganu mesti dimusnahkan. Yang lebih menakutkan Kuala Lumpur ialah kalau harga minyak semakin naik secara mendadak yang memungkinkan royalti kepada Terengganu itu berlipat-ganda sementara pengaruh UMNO di negara itu semakin menjunam.


Nampaknya, politik dan bukannya undang-undang yang sedang menggugat Federalisme Malaysia. Kuala Lumpur sedang bertahan agar Terengganu tidak diberikan lagi wang royalti itu dan terus mencabarnya untuk mengambil tindakan mahkamah. Dengan cara itu PAS tidak boleh membincangkan perkara itu secara terbuka kerana ia akan membabitkan bab menghina mahkamah.

Tetapi Terengganu bernasib baik kerana ada bekas ketua hakim negara di sebelahnya. Tun Salleh Abas yang kini merupakan ahli exco dewan undangan Terengganu merupakan insan yang bertanggungjawab merangka draf Akta Pembangunan Petroleum 1974. Walaupun dia tidak bertanggungjawab merangka Akta Persisiran Pantai 1966 penjelasan beliau mengenai semua itu masih tidak berjawab. Seroang lagi insan yang boleh memberikan penjelasannya ialah Ketua Pengarah Petronas satu ketika dulu, Tengku Razaleih Hamzah. Tetapi, dia enggan berbuat demikian dan cuma bersuara mengatakan Terengganu seharusnya tidak dibayar royalti itu lagi. Alangkah anihnya perkara ini. Selama enam tahun beliau menjadi menteri kewangan dan ditambah lima tahun lagi sebagai ahli kabinet, dia tidak pernah mengemukakan soalan ini.

Terengganu telah pun menyiarkan perjanjian royalti itu. Tidak ada pun disebut bahawa perjanjian itu hanya menyangkuti petroleum dan gas yang digerundi dalam jarak tiga batu daripada persisiran pantai. Kalau itulah tujuannya tentu sekali ada disebut perkara itu dalam perjanjian tersebut. Kalau pun perkara itu dimasukkan, tentu sekali menteri besar ketika itu yang merupakan orang UMNO tidak akan menandatangani perjanjian tersebut.

Terengganu dan Kelantan, seperti juga Kedah dan Perlis merupakan wilayah Siam sehinggalah 1931 apabila diberikan kepada Britain. Satu ketika dulu dua negeri itu (Kelantan dan Terengganu) telah menyerlahkan ketidak-senangan mereka terhadap Bangkok dengan memberikan tumpuan kepada Islam. Kini sikap itu dihalakan kepada Kuala Lumpur pula. Sikap Terengganu terhadap Kuala Lumpur semakin menebal sehingga menyisihkan ideologi parti. Dalam hal ini UMNO pun turut sama menyokong PAS.

Kuala Lumpur, jadinya sudah menjolok sarang tebuan (yang berisi, semestinya - penterjemah). Dato Rais sudah pun memperakukan adanya satu perjanjian. Tetapi dia telah menafikan adanya persamaan mengikut perlembagaan di antara negeri dan kerajaan persekutuan. Kerana itu Sarawak dan Sabah diberikan apa yang dinafikan kepada Terengganu. Tun Salleh telah memberitahu kita bagaimana kedua negeri itu pernah mengugut untuk menarik diri daripada gagasan persekutuan kalau mereka dinafikan hak royalti petroleum dan gas dalam jarak lingkup 200 batu yang dikira Zon Ekonomik Eksklusif itu. Mereka bertegas kerajaan negeri yang sepatutnya meraih kemudahan daripada aktibiti ekonomi dalam kawasan 197 batu itu dan bukannya kerajaan pusat. Kawasan sempadan itu telah diubahsuai untuk faedah kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat. Inilah bom jangka yang akan menggugat perbalahan perlembagaan di masa hadapan.

Kuala Lumpur mengalah ketika itu dan diam membisu untuk 25 tahun. Kini masalah itu dicetuskan semula sebagai bahan politik dan bukannya bahan perlembagaan ataupun perbalahan undang-undang. Ia dicetuskan kerana sebuah parti pembangkang menubuhkan pentadbiran kerajaan di Terengganu. Inilah yang mencetuskan perbincangan di merata tempat. Kalau Terengganu dinafikan royalti, kenapa pula ia diberikan wang ehsan yang dinafikan kepada negeri yang lain? Inilah yang memperakukan adanya satu perjanjian yang sah di antara Petronas dan Terengganu yang mahu dibatalkan oleh Kuala Lumpur. Tetapi, kalau Terengganu dinafikan wang royalti itu, ia sepatutnya tidak berhak kepada apa-apa lagi. Kuala Lumpur tidak boleh membuat keputusan memberikan sumbangan pula dan mengagehkannya mengikut seleranya.


Kini hubungan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menjadi satu pengamatan umum. Apakah Terengganu didera kerana PAS merupakan satu parti pembangkang yang memerintah Terengganu. Apakah ini sesuatu yang harus dijangkakan oleh setiap negeri yang diperintah oleh parti pembangkang? Kalaulah petrol dan gas digerudi melebihi tiga batu daripada persisiran pantai negeri-negeri lain, negeri itu akan dinafikan juga wang royalti tetapi jumlah nilai wang yang sama diberikan pula sebagai wang ehsan? Kenapakah layanan yang diberikan kepada Terengganu berbeza daripada yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak? Apakah Kuala Lumpur sengaja mahukan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti mengandungi Sabah, Sarawak dan Semenanjung - sedangkan sebelas negeri dalam Semenanjung itu akan hanya diberikan hak mengikut selera kerajaan pusat? Dasar pusat yang mahukan kerajaan negeri-negeri ini terus ketagihan kewangan telah mencetuskan semangat anti-Kuala Lumpur. Kekecohan di antra Petronas dan Terengganu akan menyerlahkan hak keraajan negeri sebagai kesan sampingannya.


Adalah amat dikesalkan Rais sanggup membabitkan pihak ketikga untuk memansuhkan perjanjian yang ada. Petronas, mengikut seorang peguam, adalah satu "entiti korporat sulung", yang merupakan satu entiti bebas walaupun kerajaan pusat menguasainya. Tetapi Kuala Lumpur telah memberitahu Terengganu bahawa perjanjiannya dengan Petronas sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang peliknya, Petronas telah memberitahu Terengganu perkara yang sebaliknya. Malahan Petronas telah berunding untuk meredakan bencana komersial dan perhubungan awam ini. Pelaburan asing akan merudum kalau kontrak dimansuhkan mengikut kehendak nafsu-nafsi politik. Apa gunanya mereka datang melabur di Malaysia kalau negara lain memberikan keyakinan kepada perjanjian mereka. Kini, syarikat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan perlu melakukan sesuatu yang meyakinkan untuk bertindak mengikut pendirian mereka dan tidak dengan bersekongkol dengan pihak kerajaan setiap kali mereka tertekan.

Ketika Tun Salleh masih menjadi ketua hakim negara dan diperlekehkan untuk disingkir oleh kerajaan, satu syarikat daripada Taiwan yang melabur di Klang tiba-tiba bertindak menarik diri. Tuanpunya syarikat di Taipei telah berkata kalau seorang ketua hakim negara tidak boleh diberikan keadilan di mahkamahnya sendiri, apakah peluang yang ada kepada syarikat luar seandainya tercetus perbalahan dengan rakan tempatannya. Syarikat asing memang amat liat membuat perjanjian dengan syarikat negara ini di mana kerajaan mempunyai sebahagian sahamnya. Masalah kewangan MAS boleh terus melonjak kerana kerajaan memegang saham emas yang bersamaan dengan 51 persen saham yang ada. Senarai semacam itu memang panjang. Apa yang dilakukan oleh Kuala Lumpur memang mencetusakan lebih banyak masalah kepada pelaburan luar jika dibandingkan dengan apa juga bentuk kempen yang telah dilakukan oleh penyokong Anwar Ibrahim.

Kuala Lumpur telah mencemarkan kesucian hubungan baik kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan mencetuskan satu risiko dengan membuat terjemahan kepada perkataan royalti itu. 'Wang Ehsan' bererti pemberian yang dilakukan berdasarkan kasihan dan kasih sayang, tentunya ini memberikan satu cetusan rasa yang sungguh mengaibkan. Inilah yang menggugat struktur persekutuan itu dalam perlembagaan Malaysia. Kalau perkara ini tidak dibincangkan dalam parlimen yang sedang bersidang itu, seperti yang memang dijangkakan, perkara ini akan menjadi tarikan pihak negeri pula untuk memikirkan peranan mereka dalam persekutuan itu.

Apa juga kemusykilan kerajaan pusat, ia telah merampas hak politik Terengganu dan memberi iktibar yang mendalam kesannya. Ia tidak lagi dapat ditakrifkan sebagai "wang ehsan". "Wang rompakan" mungkin lebih bersesuaian lagi. Kuala Lumpur tidak boleh mengagehkan sesuatu yang bukan haknya. Ia akan hanya mencaapai kejayaan kalau Terengganu mencabarnya di mahkamah. Inilah perkara yang tidak akan dilakukan oleh Terengganu. Terengganu pula lebih selesa mencari ruang lain seperti membangkitkan hal itu kepada pengetahuan Majlis Raja-raja yang merupakan satu forum kerajaan yang disertai oleh kedua pihak. Mungkin penyelesaian dapat dicapai cara itu. Kuala Lumpur sengaja mahu menjerat Terengganu ke dalam paya lumpur sambil menutupkan matanya. Kerana itu Terengganu terpaksa berwaspada. Kerana itu juga PAS berjaya menonjolkan diri di arena politik. Tinggallah UMNO terkulat-kulat di mana ia berada dan tidak semestinya di Terengganu sahaja.

-MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Trengganu Royalty Dispute: "Wang Rompakan" Not "Wang Ehsan"

THE PRIME MINISTER nibbles at straws to deny Trengganu royalty for Petroleum off its shores. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, goes in for the kill: The RM432 million in royalties paid in February is the only cash due it would ever get; the second, for RM480 million, due October, is denied. Kuala Lumpur would decide from now on how a sum equal to royalties due is disbursed, not as royalties but as "wang ehsan" (solatium payments). The state should not question how its monies are spent on its behalf. Why so is clear: to rebuild its collapsed power base at the state's expense. Kuala Lumpur insists Trenddanu is denied her due, offers charity instead.

The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, insists, 25 years after the fact, Trengganu is disallowed this royalty, since Petronas' agreements with Trengganu is "null and void", indeed void ab initio. Royalties are only for petroleum and gas within three miles off its coast, not for discoveries further afield. He explains not why the federal government discovers this only after the National Front is humiliated in the 1999 general elections. He wants us to believe what a second-year law student knows is wrong, that an uninvolved third party can vitiate a contract. (Curiously, Kuala Lumpur does not order its wholly-owned subsidiary, Petronas, to nullify the pact, but acts against the other party, Trengganu, instead!)

Kuala Lumpur therefore need not discuss or negotiate with Trengganu, says Dato' Rais. Trengganu should challenge this "official and final" decision in the courts if she she disagrees. The courts after all is so fearlessly and awesomely independent that it would eventually dismiss the Trengganu complaint. In other words, the National Front's, and UMNO's, wants a federal structure in which the centre dominates and the states perpetually in political and fiscal servitude. Kuala Lumpur looks askance at any state against the trend, as Trengganu does. So, it must be destroyed. What frightened Kuala Lumpur is the sudden rise in oil prices worldwide which doubled royalties to Trengganu just as UMNO is neutralised there.

Politics, not law, threatens Malaysian federalism. Trengganu, in Kuala Lumpur's view, must under no circumstance get that money, and taunts her to challenge this in the courts. That way, UMNO reasons, PAS could not discuss it in public since it becomes sub judice and contempt of court if it did. PAS officials in Kuala Lumpur tell me they rule out the courts to raise it politically in its ceremahs from now on.

Its strongest card is the former Lord President, Tun Saleh Abas, now a Trengganu state executive councillor, in its ranks: he drafted the Petroleum Development Act of 1974, though not the Continental Shelf Act of 1966, his explanations why and how unchallenged. Another who could shed light is the then managing director of Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, but he choses not to to insist Trengganu should be denied its royalties. It is strange, though, that in the six years he held the finance portfolio and in the further five in the cabinet, he did not raise this.

Trengganu has since published the royalty agreements; no mention is made if it applies only to petroleum and gas in her territory within three miles off the coast. If that had been the intention, it would have been mentioned in it. But then, had it been, even the UMNO mentri besar of Trengganu would not have signed it. Trengganu and Kelantan, like Kedah and Perlis, were Siamese provinces until 1903 when they were ceded to Britain. At once time, the two states showed their displeasure of distant Bangkok by revelling in their Islam; today that displeasure is towards Kuala Lumpur. That strengthens Trengganu's resolve in this dispute, cutting across party lines. In a clash with Kuala Lumpur, even UMNO in the state would rather back PAS.

Kuala Lumpur therefore opens a hornet's nest. Dato' Rais confirms an agreement exists. He denies the constitutional equality of states in the federation, since Sarawak and Sabah is allowed what Trengganu is denied. Tun Saleh tells us the two states threatened to secede if denied royalties for petroleum and gas within the 200-mile exclusive economic zone. The states, not the centre, benefits, they argued, from economic activity in the 197-mile economic zone; the borders were pushed back to the state's, not the centre's, advantage. It is a minefield for future constitutional disputes.

Kuala Lumpur backed down then. And kept quiet for 25 years, to raise it, as a political not constitutional or legal argument, when an opposition party forms the state administration in Trengganu. This raises shackles elsewhere. If Trengannu should not get the royalties, why is she paid "wang ehsan" denied other states? It confirms, if nothing else, a valid contract between Petronas and Trengganu which Kuala Lumpur now wants dishonoured. But if Trengganu is denied royalties, it is entitled to nothing. Kuala Lumpur cannot creatively decide it would offer charity instead, which it would disburse as it liked.

This in turn raises questions of federal-state propriety. Is Trengganu meted for special federal largesse because PAS, an opposition party, controls it? Must a state be in opposition hands to expect it? Should petroleum and gas be found off the three-mile limits of other states, would they be denied royalties, too, and a sum equal to the royalties dispensed as "wang ehsan"? Why is Trengganu treated differently from Sarawak and Sabah? Or does Kuala Lumpur insist now that Malaysia is a federation of three entities -- Malaya, Sarawak and Sabah -- with the eleven states in the peninsula having only such rights as the centre would allow it? Federal policy of keep them in financial and fiscal subjugation causes anti-Kuala Lumpur feelings. This mess over Petronas and Trengganu would re-assert state rights as an unintended byproduct.

Disturbingly, Dato' Rais' asserts an uninvolved third party could vitiate a contract. Petronas is, as lawyers say, a "corporate sole", an independent legal entity even if the federal government controls it. But Kuala Lumpur tells Trengganu Petronas' royalty agreement with her is null and void. Curiously, Petronas informs Trengganu otherwise. Indeed, it negotiates with Trengganu to offset this commercial and public relations disaster. Foreign investment must wither if contracts are abrogated for political whims and fancies; why then come to Malaysia when other countries provide stronger legal guarantees? And Malaysian firms, linked to the government, would need to prove they could act in their own judgement and not at the behest of the government when the going gets tough.

When Tun Saleh was drummed out of his own court, when Lord President, a large Taiwanese investment in Klang dried up: its principal in Taipei said if the chief justice could not expect justice in his own court, when hope then for it in a dispute with its local partners. Foreign companies would rather not enter into contracts in companies in which the government has a share. MAS's financial problems would escalate since the government holds the golden share equal to 51 per cent of the votes. The list goes on. What Kuala Lumpur has done is more damaging to foreign investment than any campaign the supporters of the jailed deputy prime miniter, Dato' Seri Anwar Ibrahim, could dream up.

Kuala Lumpur puts federal-state relations, and therefore the sanctity of the federation, at risk by its creative interpretation of what royalty means. "Wang ehsan" is a culturally offensive term to refer to payments made out of pity and compassion. Kuala Lumpur spuriously and illegally denies Trengganu her due to offer "wang ehsan". This challenges the federalist structure in the Malaysian constitution. If parliament does not discuss it in this session, now under way, as it most certainly would not, it raises state concerns about its role in the federation.

Whatever Kuala Lumpur's gloss, it robs Trengganu to return it as it deems for political advantage, an antithesis to Robin Hood robbing from the rich to help the poor. It is not "wang ehsan" but "wang rompakan" (stolen money). Kuala Lumpur cannot dispense what is not its. It can succeed only if Trengganu challenges it in the courts. That she would not. She could take other routes: raising it in the Conference of Rulers, and in governmental forums both are members of. That could well work. Kuala Lumpur wants to drag Kuala Trengganu through the mud. For that, Trengganu must blink. But she would not. Instead, PAS seizes the political ground. And leave UMNO worse off now than ever, not just in Trengganu.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my