Laman Webantu   KM2A1: 3129 File Size: 18.1 Kb *



TJ Sadirah K: Perpaduan Yang Mengatasi Semangat Perkauman
By Marhain Tua

4/11/2000 9:46 pm Sat

Awalkata:

Tulisan asal dalam Bahasa Inggeris terdapat di muka surat 14 HARAKAH terbitan 16-31 Oktober 2000


Perpaduan Yang Mengatasi Semangat Perkauman (National Unity Beyond Ethnic Nationalism)

Oleh: Sadirah K


Yugoslavia telah mendedahkan kepada dunia sejagat betapa semangat nasionalisme perkauman itu adalah sesuatu yang ketinggalan zaman dan ideologi berbahaya dalam dunia bertamaddun. Pemimpin Serbia, Solobodan Milosevic telah menunjukkan betapa proses pemusnahan dan kesengsaraan yang terjadi itu telah meminggirkan orang Serbian, akhirnya. Kini, dia terpaksa berhadapan dengan realiti beberapa jenayah perang yang dilemparkan terhadapnya.

Adalah diharapkan Mahathir akan sedar dan memahami getaran pergolakan rakyat dan berundur selepas memegang tampuk kuasa selama sembilan belas tahun. Seperti juga pemimpin yang lain, Mahathir menghadapi beberapa kes polis yang telah dirakamkan terhadapnya. Selagi dia memegang tampuk kuasa itu dia mampu menepis tuduhan tersebut. Sebaik sahaja dia disingkirkan dia akan menghadapi segala tuduhan itu seperti juga yang akan dihadapi oleh ahli keluarganya.

Mahathir masih lagi berlagak sakan dengan mulutnya yang celupar itu. Ketika berucap mengenai 'Perpaduan Ummah' dia telah disoal oleh seorang pelajar yang bertanya akan paradoks yang menyangkuti masalah Anwar Ibrahim. Setelah memberikan beberapa fakta yang difikirkannya sahih, Mahathir merasakan dirinya tidak berdosa.

Inilah yang menonjolkan jurang di antara pemahannya mengenai 'perpaduan' dan amalannya serta iltizamnya terhadap perkara itu secara realiti. Lagipun apakah sebenarnya 'perpaduan ummah'? Masyarakat muslim memang bersatu dalam menghambakan diri mereka kepada Allah dan berkongsi semangat persaudaraan yang merapatkan perpaduan itu.

Namun demikian, apabila iltizam terhadap penyatuan itu lemah di tahap individu berbanding dengan tahap pemikiran, warna kulit, perkauman ataupun darjat; ia menjadi satu sumber yang menjauhkan manusia daripada Penciptanya. Inilah yang memberi kecenderongan terhadap usaha menyerakin keimanan dalam ruang lingkup yang terhad.

"Anda adalah amat hampir kepada Allah seperti juga seorang insan yang tidak anda senangi", membawa satu kesedaran agar kita menyedari akan pertalian kita dengan Allah. Pendapat mengenai perpaduan ummah itu cuba menyelesaikan isu di tahap bawahan kerana sesuatu penghargaan itu diberikan terhadap perbezaan dan kegemilangan. Apabila seseorang itu dianggap lebih kemelayuannya ataupun lebih Sindhi, Punjabi ataupun Iraqi daripada seorang Muslim menyebabkan keimanan itu dinilai mengikut pengharapan sesuatu masyarakat yang terbabit.

Keunggulan Islam terletak kepada kesejagatannya yang melepasi pemikiran mengenai dimensi 'nation state'. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam satu barisan persaudaraan. Untuk menilai keimanan sesaorang mengikut kacamata perkauman bererti kita tidak menyeluruh dalam penilaian itu. Inilah paradoks yang telah menjebak UMNO.

"Di kalangan pengikut parti pembangkang, kebencian mereka terhadap kerajaan membuatkan kami menghadapi masalah. Mereka tidak mahu mendengar cakap kami langsung," demikian kata Mahathir dalam satu wawancaranya dengan Financial Times. Kerana itulah Mahathir menganggap PAS sebgai sebuah parti yang menyemai kebencian terhadap kerajaan. Ini boleh disamakan dengan sikap parti Conservatives yang menyemai kebencian terhadap Parti Buruh di United Kingdom.

Episod Anwar telah menyerlahkan wibawa Mahathir yang negatif. Peristiwa mata lebam, penggunaan ISA dan juga kes mahkamah telah mencemuhkan maruah Malaysia di mata dunia. Namun, Mahathir terus melalak dalam menonjolkan pendapatnya mengenai perpaduan ummah itu.

Yang menjadi persoalan sekarang bukannya 'kesedaran Mahathir'. Yang lebih penting lagi ialah ketidak-sedarannya dan apa yang telah diperlakukannya kepada negara ini, parti politiknya dan juga rakyatnya. Bangsa Melayu itu belum pernah berpecah-pecah sebelum ini. UMNO pun belum pernah lagi terhina begitu teruk sebelum ini.

Apabila beliau ketandusan idea dia telah mencetuskan masalah etnik dengan cara menaikkan perngharapan kumpulan Suqui dan juga royalti petroleum kerajaan Terengganu. Di sebalik kegagalan ini, pemimpin ini masih lagi tidak dituduh sebagai seorang insan yang gagal bertanggungjawab. Inilah tahap kepimpinan dalam UMNO masakini.

Gagasan Barisan Nasional yang berasaskan parti perkauman telah memerintah Malaysia tanpa memperbetulkan kepincangan ini. Selepas merdeka selama 43 tahun inilah masanya rakyat Malaysia mengenepikan jurang perkauman dalam dunia politik mereka. Tidak banyak yang boleh dicapai dalam laluan politik yang ada. Satu anjakan paradigma amat diperlukan kalau kita betul-betul mahukan satu 'penyatuan dalam perbezaan.'


Selaku presiden sebuah parti perkauman, Mahathir kerap melakukan penekanan terhadap kepentingan parti perkauman itu. Laksana sesumpah (cameleon) dia memperalatkan ketakutan untuk meneruskan usaha strategi pecah dan perintah sambil berpura-pura menanam tebu di bibirnya, memperjuangkan perpaduan. Banyak perkara yang tidak akan dilakukan oleh seorang pemimpin yang mahu memperjuangkan perpaduan.

Sebaliknya pula sesaorang pemimpin yang komited terhadap penyatuan tentu telah mewujudkan beberapa sistem dan proses yang menggalakkan dialog, perbincangan, pemahaman dan mengubah struktur parti politiknya itu bersesuaian dengan harapan yang baru.

Di dalam sebuah parti yang berasaskan matlamat perjuangan, perkauman hanya merupakan satu bidang sahaja. Kini, perkauman merupakan satu bidang yang menaungi isu mengenai politik, sosial, keagamaan dan hal ehwal ekonomi. Bidang yang dianggap sensitif akan terus membuatkan beberapa hal terperap tanpa penyelesaiannya. Apakah yang baik untuk orang Melayu, Cina, Indian, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya, tidak harus menjadi persoalan lagi. Persoalannya ialah apakah sesuatu itu betul, saksama dan berpatutan kepada setiap rakyat Malaysia.


Dalam meneropong perkara in kita tidak mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu ataupun hak bumiputra itu. Berdasarkan keadilan dan kesaksamaan, unsur diskriminasi yang positif mungkin diperlukan untuk membantu sesiapa juga di kalangan bumiputra itu mencapai kesaksamaan. Namun, pendirian ini mestilah satu pendirian orang Malaysia juga. Perkara ini hanya dapat dicapai kalau parti politik negara ini memperjuangan sesuatu itu melampaui dimensi perkauman.

Evolusi Barisan Alternatif (BA) harus dipandang dalam konteks ini. Di sinilah terletaknya segala kemungkinan yang baru. Ia menjanjikan sebuah Malaysia di mana rakyatnya dan parti politiknya berdialog mengenai masalah perkauman tanpa perlu takut-takut ataupun perlu berkompromi dengan ideologi politik. Dengan cara ini kita mampu merobah agenda kita daripada sikap bertoleransi kepada pemahaman dan penerimaan. Ia tidak lagi menjadi soal kewujudan bersama tetapi melakar bersama untuk memenuhi kehendak masyarakat dan dunia.

Barisan Nasional telah mencetuskan beberapa idea menonjol seperti Wawasan 2020. Tetapi, mereka terperangkap dalam agenda perkauman yang dilakar oleh parti komponen mereka yang berbentuk perkauman itu. Kerana itu mereka tidak mampu menyelesaikan konflik dan menyuntik keindahan wawasan itu menjadi satu hakikat untuk membincangkan isu. Akhirnya mereka gunakan isu perkauman itu untuk menyemarakkan imej mereka yang semakin luntur dan melunturkan juga nila-nilai teras yang tersemat dalam wawasan itu sambil menyepikan harapan ke arah perpaduan.

Inilah yang membentuk masa silam kita. Masa hadapan, menjanjikan beberapa kemungkinan besar dan akan membabitkan usaha merobah agenda penyatuan negara itu daripada kewujudan bersama kepada pemahaman dan penerimaan yang akan mengusahakan pembangunan itu sebagai rakan usahasama. Krisis Anwar Ibrahim telah menonjolkan satu koalisi yang baru. Rakyat Malaysia perlu membuka minda mereka kepada kemungkinan baru dengan menyisihkan segala prejudis dan ketakutan terhadap parti politik yang menganggotai BA.

Kita perlu merangkul peluang ini untuk masadepan negara kita menjadi ahli masyarakat gloal yang disegani. Namun, semua ini bergantung kepada keupayaan mempamerkan hubungan multi-kaum ke tahap keyakinan yang baru yang tidak berasaskan perkauman.

Untuk mencapai kenyataan ini kita perlu memberi penekanan kepada motivasi spiritual yang mementingkan keadilan, kesaksamaan dan kebebasan. Semua itu adalah kayu pengukur yang digunakan untuk menilai usaha penyatuan berbanding dengan kemudahan perkauman.

Kita bernasib baik kerana mempunyai peluang ini. Dato' Onn Jaafar pernah menubuhkan Independence Malaysia Party (IMP) yang mendahului masanya. Barisan Alternatif adalah satu parti yang muncul menepati masanya.


milosevic

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Terjemahan -MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Rencana Asal: (scan + ocr)

Page14 HARAKAH 16-31 October 2000

National Unity Beyond Ethnic Nationalism

By Sadirah K

Yugoslavia reveals to the world at large that ethnic nationalism is an outdated and dangerous ideology in the modern World. Serbian nationalist Slobodan Milosevic showered a trail of destruction and suffering ultimately isolating the Serbian people. His stubborn rejection of interference within his nation ultimately led to the destruction of his own land. He now faces the realities of ?war crimes? that are arraigned against him.

One hopes Mahathir, on his own volition, would sense national under- currents and step down after nineteen years in power. Like other leaders he has a host of police cases filed against him. So long as he holds onto the reigns of power he can possibly fend off investigations. The moment he is forced out he could face consequences, as will other members of his team and family.

Mahathir continues to shout his mouth off in London. Talking about ?Muslim Unity? he was confronted by a question from a student who posed him the paradox of ?Muslim Unity? in the context of the ?Anwar Ibrahim? issue. After giving him the facts, as Mahathir perceived it, he concluded that ?his con- science is clear?.

This highlights the gap between Mahathir?s understanding of ?unity? and his practice and commitment to it in reality. After all what is ?Muslim unity?? Muslims are united in their submission to God sharing a brotherhood that pre- supposes unity.

However when commitment to ?unity? is weak at the personal level than every distinction in thinking, colour, ethnicity or class becomes a source of distance from God. The tendency then is to define faith within these limited boundaries.

?You are as near to God as the person you are most divided from?, allows each to introspect our personal relationship with God. The notion of ?Muslim Unity? addresses issues at a lower level because recognition is given to differences and distinctions. Where one is more Malays, Sindhi, Punjabi or Iraqi than a Muslim to that extent faith is defined by community expectations

Islam?s magnificence lies in its universality beyond the notion of the modern ?nation state? dimension. We lift ourselves in submission to Allah as one brotherhood. To define one?s faith in the context of ethnicity is to deny its wholeness. This is the paradox within which IJMNO has imprisoned itself.

?Among followers of the Opposition hatred of the Government is the one thing that makes it difficult for us. They will not listen at all,? laments Mahathir in his interview with the Financial Times. This is why Mahathir perceives PAS as sowing hatred of the Government. This is akin to saying that the Conservatives are sowing hatred against the Labour Party in the United Kingdom.

The Anwar saga has revealed the dark side of Mahathir?s character. The beatings, the use of the ISA and the court cases have discredited Malaysia in the eyes of the World, Yet, Mahathir continues to berate his views about ?Muslim Unity?!

The issue at hand is not ?Mahathir?s conscience?. It is his lack of conscience and what this has done to the nation, his party and the people. Never before has the Malay hinterland been so divided. Never before has UMNO suffered such humiliation in the Malay belt.

In his bankruptcy he has started to play the ethnic card in the manner he dealt with the Suqui expectations and the Terengganu oil royalties. Despite all these failures the leader is not held accountable. This defines UMNO?s level of leadership and accountability.

The ethnic based Barisan Nasional (BN) coalition that has governed Malaysia has to address this reality. After 43 years it is time Malaysians crossed the ethnic divide in politics. Enlarge the spectrum for engagement and involvement beyond ethnicity. There is so much and no more that can be achieved along the present route. A shift in paradigm is called for if we truly eschew 'unity in diversity'.

Our progress to-date is only a good beginning. Yet, in a modern globalised environment ?ethnic nationalism? is dangerous.

Is ?National Unity? a matter of just tolerance and coexistence? If this is what we understand and this remains the measure of our expectations then we can all celebrate the achievements under the BN.

In his talk in Britain, Mahathir says, ?In Malaysia we are trying to show that Muslims can co-exist with people of other religions and espouse all the sciences and the arts.? His ultimate standard of National Unity seems to be co-existence. The reality is that Islam outlines higher standards than co-ex- istence when it comes to relations with other ethnic and religious groups.

As the President of an ethnic based party Mahathir has to religiously justify ethnicity. Like a chameleon he manipulates fear to further his divide and rule strategy while giving lip service to the notion of ?Unity?. There are many things a leader committed to Unity will never do.

On the contrary a leader committed to ?Unity? would have established systems and processes that encourage dialogue, discussions, enhance understanding and re-fashion his party in the context of new expectations.

In the context of cause based parties, ethnicity, in some instances, represents one facet. Currently ethnic perspectives seem to pervade political, social, religious and economic issues. Being ?sensitive issues? concerns remain unresolved.

It is no more a question of what is right for Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, Dayaks, the Orang Asli or any other minority community. The question is whether it is just, fair and equitable for every Malaysian.

In looking through this telescope one is not questioning special ?Malay? or ?Bumiputra Rights?. On the scale of justice and fairness positive discrimination may be needed to help any of these communities achieve equity. Yet this response should be a Malaysian response.

This will only be possible within a political landscape shaped by parties representing causes beyond the ethnic dimension.

The evolution of the Barisan Alternatif (BA) should be viewed in this context. Herein lie potential for future possibilities. A Malaysia where people and parties dialogue on ethnic issues without the need to fear nor com- promise political legitimacy. In this way we will be able to move the agenda from tolerance to understanding and acceptance. It is no more a question of co-existence but of taking on together the needs of our society and the world.

The BN has come out with some outstanding ideas like Vision 2020. Nevertheless they are trapped within ethnic agendas shaped by their component ethnic based parties.

As a result they are unable to rise above conflicts and inject the reality of the Vision to move issues forward. They end up playing the ethnic card to bolster their own faltering popularity thus undercutting the core values en- shrined in the Vision while shortchanging the notion of Unity.

This has shaped our past. The future however presents greater possibilities and involves moving the agenda for National Unity from co-exist- ence to understanding, acceptance and taking on the tasks of nation building as equal partners.
The ?Anwar Ibrahim? crisis has brought to the fore a new coalition. Malaysians need to open their minds to fresh possibilities by putting aside prejudices and fears regarding parties that constitute the BA.

We need to grasp this opportunity for the future of our nation, as a respectable member of the global community will depend on how we showcase multi-ethnic relations displaying a new level of confidence, one that is not based on ethnicity.

For this to be a reality we have to stress spiritual motivations that underlie notions like justice, fairness, equity and freedom. These represent yardsticks for evaluating unity initiatives in contrast to ethnic benefits.

We are fortunate in Malaysia to have this opportunity. Dato Onn Jaafar?s Independence Malaysia Party (IMP) was perhaps before its time. The Barisan Alternatif is a party whose time has come