Laman Webantu   KM2A1: 3127 File Size: 15.6 Kb *



TJ MGG: Wira Dunia Ketiga Dan Penderhaka Negaranya?
By Marhain Tua

4/11/2000 8:15 am Sat

[Rencana ini amat menarik. Nampak sangat Mahathir ketakutan dan tidak tenang sehingga asyik membebel pasal Anwar. Beberapa baris pertama dalam perenggan terakhir ada satu RAHSIA yang menarik :) - Editor]

WIRA DUNIA KETIGA DAN PENDERHAKA NEGARANYA?

(MGG: The Heroic PM And The Orwellian Traitors)

Perdana Menteri telah menuduh sesiapa yang cuba menghalang pelabur datang ke Malaysia sebagai penderhaka. Adalah tidak patut kalau mereka cuba menghancurkan ekonomi Malaysia, katanya semalam (29 Oktober, 2000) kepada wartawan di Brunei; kerana tindakan itu sudah tentu akan "mencemar keselesaan rakyat". Sejak kebelakangan ini, para penderhaka yang diiktiraf oleh Perdana Menteri adalah Dato Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya yang sungguh aktif. Walaupun musuhnya itu berada di penjara Sungei Buluh, ini tidak menghentikan perasaan takut si perdana menteri sehinggakan dia seakan-akan dihantui satu igauan yang sungguh mengancamnya. Sikap perdana menteri yang sentiasa menyerang Anwar adalah amat berbeza dengan sikap orang yang diserangnya yang sentiasa menunjukkan kepintaran untuk mengelak serangannya itu.

Dalam kamus Inggeris, perkataan "traitor" yang bererti penderhaka itu tidak membawa satu konotasi yang serupa dengan perkataaan "derhaka". Kalau mengikut tafsiran George Orwell seseorang yang menuduh orang lain sebagai "traitor" ataupun penderhaka itu selalunya merupakan seorang insan yang sedang ketakutan dan merasakan dirinya sendiri yang terancam. Tetapi, dalam istilah peradaban Melayu, apabila seseorang itu dituduh menderhaka, kesalahannya itu adalah merangkumi penyelewengan terhadap bangsanya kerana cuba melawan rajanya. Tuduhan itu tidak membawa banyak kesan kerana ia dapat dibaca setiap hari di media perdana yang dibeli kerana tabiat harian yang begitu sukar untuk dikikiskan, dan bukannya disebabkan desakan untuk mengetahui berita yang terkini. Yang dituduh oleh perdana menteri setiap hari itu ialah Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua. Tetapi, dia tidak akan menyebut nama orang itu kerana mahu menjaga apa juga cebisan maruah diri yang masih ada padanya.


Sekarang ini perdana menteri kerap pergi ke luar negara, selalunya secara berahsia dan kerap juga dengan ditemani oleh para kroni, anak-anak dan isteri dan juga para juaknya. Namun demikian dia kerap digugat sehinggakan terpaksa menghadapi kenyataan di luar negara lebih kerap lagi daripada di negara sendiri. Hambatan ini bukan sahaja dihadapinya sendirian. Ahli kabinetnya pun turut menghadapi masalah berdepan dengan penonton yang kritikal, terutama sekali para pelajar di Malyasia dan juga di seberang laut. Mereka amat takut berhadapan dengan sambutan seperti ini melainkan dalam satu suasana yang dapat mereka kawal. Kerajaan telah memperlekehkan kumpulan yang "menyambutnya" di United Kingdom dulu sebagai kumpulan "Pakistanis". Yang ironisnya ada seorang gadis Pakistan hasil daripada perkahwinan seorang perempuan Melayu dengan seorang Pakistan. Mereka diiktiraf sebagai orang Malaysia dan gadis itu telah diberikan biasiswa untk menuntut di Cambridge sejak dia masih muda lagi. Kalau kerajaan sanggup memberikan biasiswa kepada seorang gadis Pakistan, sedangkan dia tidak pun berhasrat untuk pulang ke Malaysia apabila lulus nanti, bagaimanakah kerajaan boleh menuduh rakyat Malaysia yang berdemo itu sebagai orang Pakistan sedangkan ada di antara mereka itu mungkin dilahirkan dengan sesudu-dua darah Pakisatan? Ah! di Malaysia-Bolehland, apa saja boleh berlaku.


Perdana Menteri terperangkap dalam jebak yang dipasangnya sendiri. Dua hari yang lalu, menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah membentangkan ucapan belanjawannya dan berlagak sombong mengenai keadaan negara yang mantap di bawah cengkaman seorang maharajah yang bertakhta di Putra Jaya sambil berbohong mengenai Bursa Saham Kuala Lumpur dan menyindir akan Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Cara Jua. Kalau betul ekonomi negara begitu mantap apakah digusarkan sangat kalau ada segelintir penyokong Anwar (Anwaristas) yang cuba menggagalkan segelintir peniaga daripada membuat pelaburan yang sudah pasti menjanjikan keuntungan dan kekayaaan? Masih ingatkah kita kepada keadaan ekonomi Chile ketika dikuasai oleh diktator Pinochet? Bukankah ekonomi Chile ketika itu memuncak naiknya di Latin Amerika itu, walaupun banyak usaha dilakukan untuk menghalang pelaburan luar negara - Chile berjaya ketika itu kerana para tukang canangnya berjaya mendahului setiap usaha yang mahu dirancang oleh pihak pembangkang. Malaysia gagal kerana ekonominya itu yang sengaja diada-adakan, dijolok ke atas tanpa sebarang unsur ketahanan seperti yang disogokkan kepada minda kita.


Pelabur asing telah meminggirkan Malaysia bukan disebabkan risalah sibaran golongan anti-Malaysia yang diselitkan secara bersahaja dalam beg maklumat bakal pelabur, tetapi kerana keangkuhan dan dasar songsang, yang disadur dengan sikap kami-yang-serbatahu dan kerana memperlekehkan kesan yang dibawa oleh arus revolusi rakyat yang pro Anwar. Sejak 1998 lagi, kerajaan hanya mempunyai satu matlamat: menentukan perdana menteri akan terus berkuasa dalam suasana feudal yang menyelubungi kehidupan orang Melayu. Tetapi, orang Melyu menganggap bahawa setiap tindakan Mahathir terhadap musuh ketatnya laksana satu salakan yang panjang semata-mata. Yang terpenjara akan berada di Sungai Buluh untuk 20 tahun lamanya, dan beliau tidak pun mempunyai peluang untuk berpolitik. Namun, sebaik sahaja beliau selesai menghadap Sultan Brunei di Seri Bengawan, Mahathir terus menyerang Anwar lagi.

Saya pernah berkata, Dato Seri Anwar bukannya seroang malaikat. Dia akan menjadi seorang perdana menteri yang lebih teruk lagi kalau dia dipilih mengikut susur galur yang dilakarkan oleh kaedah pengalihan kuasa UMNO. Dia mempunyai terlalu banyak kelemahan seperti yang pernah dialami oleh Nelson Mandela. Namun, Anwar telah berjaya menonjolkan dirinya laksana "David" yang berhadapan dengan perdana menteri yang berperanan Goliath itu. Orang Melayu yang menyokongnya sebagai seorang panglima feudal berlagak seperti "kurang ajar". Kesengsaraan yang dilaluinya kini akan cepat mematangkannya dan mampu mengingatkannya kalau-kalau satu hari nanti dia cuba memakai kembali gebar kelakuan buruk UMNO itu.

Perdana Menteri Mahathir hanya mempunyai satu jalan pilihan: membenarkan pengampunan kepada Anwar dan memberikan ruang untuk beliau mendpatkan "status quo ante" dalam UMNO dengan bertanding bagi jawatan presiden UMNO. Inilah yang mampu mengembalikan satu bentuk penghormatan kepadanya. Perbuatan "meminta maaf" adalah sebahagian budaya Melayu yang mampu mengampunkan dan membasuh segala bentuk jenayah yang dilakukan. Dalam perkara ini pun Mahathir bukannya mampu menguasai keadaan yang akan dipintanya itu. Perkara ini hanya akan berlansung kalau Anwar bersetuju. Jika tidak, UMNO akan kehilangan kuasa untuk selamanya. Soalnya sekarang, siapakah yang berani merantaikan loceng di leher kucing itu?

Perdana Menteri telah membuat pengakuan kepada beberapa teman baiknya betapa masalah Anwar telah menghancurkan segala ketenangan yang ada; lebih menyeluruh lagi daripada apa yang pernah dicetuskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Episod Tengku Razaleigh merupakan satu revolusi yang digerakkan oleh istana tetapi masalah Dato' Seri Anwar ialah getaran revolusi yang digerakkan oleh rakyat marhaen. Malahan, peranan Perdana Menteri dalam menjatuhkan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dulu merupakan satu rangsangan kepada muslihat Tun Abdul Razak menangani kerenah masyarakat istana. Tentangan Dato Seri Anwar dulu telah didorong oleh Dasar Ekonomi Baru dan beliau tidak mencabar ketuanan feudal itu. Cuma beliau menentang budaya mewah yang diberikan kepada para kroni, pengampu dan adik-beradik. Saya tidak menjangkakan banyak perubahan dalam hal ini kalaulah beliau balik berkuasa. Pemahaman orang Melayu tidak akan memberi ruang kepadanya untuk merobah perkara ini. Lagipun, kekuatan orang-orang Mahathir bukannya tandingan gurilla Anwar. Kini, para gurilla itu sudah pun berada di perkarangan istana, dan apa yang termampu dilakukan oleh si maharajah ialah menuduh seluruh dunia kalau berlaku sesuatu perkara itu. Jikalau beliau berkeras, dia akan dilarikan di malam hari. Itulah yang berlaku kepada Nguyen Van Thieu, Marcos, Duvalier, Idi Amien ataupun sesiapa yang menyerupai mereka. Mungkin ke Argentina di tengah malam buta. Si pemburu sudah menjadi yang sedang diburu, si perdana menteri sudah menjadi si banduan. Si banduan pula sedang menentukan pergerakan segala yang direncana.


>>>>>>>>>>>Terjemahan -MT-<<<<<<<<<<<<



Rencana Asal:


The Heroic Prime Minister And the Orwellian Traitors

THE PRIME MINISTER labelled as traitors those who discouraged foreign investors to Malaysia. They should not damage Malaysia's economy, he told reporters in Brunei yesterday (29 Sept 00), for that would redound on the "people's well-being". These days, the only traitors he recognises are his former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim and his hyper-active supporters. His nemesis persistently snaps at his heels from his prison cell in Sungei Buloh to encase the Prime Minister in an ever-diminishing nightmarish political coccoon that threatens to envelop him. The Prime Minister often incoherent attacks is in sharp contrast with Dato' Seri Anwar's carefully considered riposte.

The word "traitor" does not have in English the cultural connotation the Malay equivalent, "derhaka", has. So, while George Orwell is proven right each time the Prime Minister is frightened and upset, in Malay it is to paint his nemesis as a traitor of the Malays for challenging the inherent feudal lord. That does not work as it once did, since these remarks appear in the mainstream newspapers which are bought these days by force of habit than to be up-to-date with the news. His target is He Who Must Be Destroyed At All Cost, no less. But he cannot mention his name without losing more of what little face he has.

He travels overseas often, nowadays in stealth in the questionable company of his cronies, siblings and courtiers, but these days is waylaid so often that he faces reality there than he at home. Not him alone. The Prime Minister and his cabinet now face critical audiences, especially students, in Malaysia and overseas; they would not dare meet them here except in controlled circumstances. The government dismissed one group that stalked him in the United Kingdom as "Pakistanis", ignoring the irony of a Pakistani girl with a Malay mother labelled a Malaysian and showered with scholarships when she went up to Cambridge University when in her teens: if the government can shower scholarships on a Pakistani girl, especially one who has no intention to return, how could it now attack an anti-Malaysian crowd as Pakistani, some of whom could well be of similar extraction? But in Bolehland, the goose's sauce is not the gander's!

The Prime Minister is caught in his own trap. Two days earlier, the finance minister, Tun Daim Zainuddin, in his budget speech, boasted of a well-entrenched Malaysian which could not be shaken off its perch, a state possible only under the glorious reign of the Emperor of Putra Jaya, and despite the treachery of the Kuala Lumpur Stock Exchange and He Who Must Be Destroyed At All Cost. If the economy is so strong, how could a score of ill-organised Anwaristas, even with their own spin doctor, dissuade foreign investors on a sure path to profits and wealth? Chile, at the height of the Pinochet dictatorship, was the fastest growing economy in South America, despite orchestrated foreign and local pressure to inhibit foreign investment. She succeeded because her spin doctors were facile enough to keep one step ahead of the opposition. Malaysia fails because her economy is make-believe, papered-over, without the resilience we are told it has.

Foreign investors shy away not because anti-Malaysian pamphlets are slipped surrepticiously into potential investors' information packs, but policy failures, arrogance, we-know-what-is-good-for-you mentality, and ignoring the political impact of the Anwar rebellion. The government since September 1998 had only one aim: to ensure the Prime Minister's survival in the feudal mantle. But the Malay dismisses as whining his ill-disguised attacks on his once-political heir. The man is in jail, is barred from politics for 20 years, yet a threat so serious the Prime Minister, after calling upon the Sultan of Brunei in Bandar Seri Begawan, must attack him. Dato' Seri Anwar, as I have said often, is no saint; he would have been a worse Prime Minister if he was chosen in the genteel political succession UMNO is noted for. He has too many faults, as indeed Nelson Mandela had and has. But he galvanised himself to be David to the Prime Minister's Goliath, the Malay leaning to him as the feudal lord behaved as a "kurang ajar". His travails matures him into a leader who would get shorter shrift if he ever ventured anew into UMNO's bad habits.

The Prime Minister has only one course open to him: to ensure a free pardon, return him to status quo ante in UMNO, allow him to contest the UMNO presidency. This might restore him to some cultural respect. The "Minta Ma'af" (asking for forgiveness) is ingrained in Malay culture, and washes away the most heinous of crimes. Even here he is not his own master. This can work only if Dato' Seri Anwar agrees. If not, UMNO would disappear from the power equation for ever. The problem is: who would bell the cat?

The Prime Minister admits to close friends the Anwar problem destroys his equanamity more thoroughly than Tengku Razaleigh Hamzah: Tengku Razaleigh's a palace revolt, Dato' Seri Anwar's a people's revolution. Even the Prime Minister's role in the destruction of Malaysia's first prime minister, Tengku Abdul Rahman, was as a satrap to Tun Abdul Razak's palace intrigues. Dato' Seri Anwar's revolt is fuelled by the New Economic Policy and challenged not the feudal overlordship but the cosy culture of cronies, courtiers and siblings. I cannot see much change in this worldview, if he should come to power. The Malay worldview would allow him no more. The Mahathir forces are no match to the Anwar guerrillas. The guerrillas are at the palace gates, and all the Emperor can do is to blame the world for that. If he persists, he would have to be whisked out, as the Nguyen van Thieus, the Marcoses, the Duvaliers, Idi Amins of this world, to Argentina in the dead of night. The hunter is the hunted, the Prime Minister the prisoner, the prisoner dictating events.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my