Laman Webantu   KM2A1: 3126 File Size: 3.3 Kb *



5 November Yang Penuh Bermakna
By Dahlia

4/11/2000 6:22 am Sat

[Nampaknya banyak pihak memberi bintang kepada rencana ini.. Tahniah kepada saudari Dahlia kerana masih dapat menulis. Kami difahamkan beliau kurang sihat dan agak sibuk ketika ini. Semoga lekas sembuh dan senang untuk bersama berada di sana. - Editor]

Panggilan 5 November, 2000

Bagi orang jauh, mungkin sukar nak datang, walaupun itupun bukanlah alasannya. Kalau zaman ketika penjajahan atau menjelang kemerdekaan negara, rakyat sanggup berjalan kaki dan berbasikal meredah hutan rimba untuk bersama-sama masyarakat di KL ketika itu untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Mereka sanggup berkorban demi meraikan sebuah kebebasan dari penjajahan dan kezaliman!


5.11.2000 - sejarah perhimpunan bagi rakyat Malaysia yang dizalimi, datang lagi. Rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang tidak lagi merdeka. Rakyat yang kebebasan bersuaranya disekat, dikongkong. Hidup dengan ugutan dan ungkitan. Sesungguhnya, tarikh seperti ini tidak selalu hadir dalam hidup kita. Inilah hikmah Allah yang tiada siapa dapat menduganya.

Kepada rakyat Malaysia, khususnya di sekitar Lembah Kelang/Seremban dan Selangor, marilah kita bersama-sama berhimpun pada tarikh ini. Kita mungkin tak punya keupayaan dalam bentuk yang lain untuk melawan kezaliman demi kezaliman yang tak henti-henti. Kalau rakyat Palestine masih bergelut untuk hidup dan terpaksa berhadapan dengan maut saban detik untuk mengecapi sebuah kemerdekaan, mengapa kita yang masih kuat, masih upaya untuk bergerak, masih punya semangat dan kesungguhan, masih ada akal untuk befikir, masih belum terlambat untuk menyatakan kemarahan dan kebencian kita pada kezaliman, masih mahu berpeluk tubuh? Menipu diri sendiri seolah-olah tidak ada apa-apa yang akan terjadi? Tanpa sedikitpun ada rasa keresahan di lubuk hati? Ah! Malunya..!!

Kalau begitulah jadinya... memang benarlah agaknya Allah sudah menutup pintu hati saudara-saudara yang hanya layak duduk sebaris dengan ahli-ahli umno (yang sudah bisu dan pekak )dek kerana menjaga hati seorang memanda tua! Bagi orang umno yang sudah terbuka fikiran, marilah bersama kami. Kita bukan membenci Malaysia, kita bukan ingin menjadi pengkhianat negara! Kerana kita cintakan dan kasihkan negara inilah, maka kita tidak sanggup terus-terusan membiarkan Diktator tua bermaharajalela, bagai negara ini bapak dia punyer!


Marilah kita buktikan bahawa kita adalah rakyat Malaysia yang masih ada maruah diri, yang masih ada nilai jati diri , yang masih belum pekak atau tuli. Kita buktikan bahawa kita adalah anak-anak Malaysia yang bukan bodoh lagi. Pun bukan dungu atau bangsat sehingga boleh dibuli sesenang hati.

Marilah kita menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Jom!


Dahlia/KL
3 Nov, 2000