Laman Webantu   KM2A1: 3125 File Size: 20.3 Kb *



Siri 5: YTDT Raja Kelentong Memukau Lagi
By Marhain Tua

4/11/2000 6:00 am Sat

[Rencana ini bolehlah dianggap sebagai satu "masterpiece" yang amat berharga. Lebih-lebih lagi kita dihantui oleh istilah "penderhaka negara" kebelakangan ini.

Sdr -MT- mengulas satu persatu siapakah sebenarnya yang menipu dengan tektik susunan kata-kata yang sengaja diulang untuk menguasai minda. "Orang itu" sengaja memilih perkataan dan orang tertentu siang-siang lagi untuk diperkudakan dikemudian hari. Dia juga mengubah pelbagai adab dan tatacara undang-undang untuk mengelakkan dirinya dipersoalkan. Hasilnya muncullah sekumpulan setan yang memainkan peranan untuk menjahanamkan negara sedang mereka dalam umno berkata "Tak apa".

Hujah yang cukup tepat dan berisi dalam rencana kali ini seharusnya menjadi satu koleksi setiap pencinta keadilan di negara ini. Sekaligus ini bermakna ia MESTI DIBACA dan DISEBAR ke seluruh pelusuk tanah-air yang tercinta - Editor]




Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai Bab: 5

YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI

Bab 5: RAJA KELENTONG MEMUKAU LAGI

Dr. Mahathir berkata rakyat tidak harus percaya kata-kata pembangkang kononnya mana-mana parti yang memerintah adalah sama sahaja. Sebaliknya, kata beliau, kerajaan pimpinan UMNO sudah terbukti berkemampuan mentadbir negara sehingga berjaya memulihkan ekonomi tanpa perlu meminta bantuan asing. Beliau sedih kerana ada pihak mendakwa kononya memang sudah menjadi nasib orang Islam di dunia ini untuk ditindas, dibunuh selain hanya memberi tumpuan untuk dunia akhirat.

"Selama 43 tahun kita sudah merdeka, dan banyak kemajuan dicapai. Jika kita duduk melentang macam kura-kura, bergaduh, bakar sana, bakar sini, demonstrasi dan merusuh, semua kesenangan yang kita nikmati hari ini boleh lenyap."

Demikianlah antara kelentongan terbaru si diktator tua dalam pertemuannya selama satu jam dengan 80 ahli Kelab Maya UMNO di Putrajaya semalam (Khamis 2 November, 00) Kenyataannya itu disiarkan oleh Umno.online iaitu laman web rasmi UMNO. Kelab Maya Umno berfungsi sebagai moderator dan pencipta laman web yang pro-Umno dan kerajaan.


Ahli UMNO Diminta Tidak Rebut Jawatan

Kita faham bahawa tujuan sebenar perjumpaan itu adalah untuk membolehkan Mahathir menasihatkan ahli Umno agar jangan berebut jawatan kerana mengikut fahamannya "yang penting ialah terus berjuang bagi kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaan negara." Inilah kenyataan yang diulang-ulang oleh segala pengampu dan orang upahannya di kedai-kopi, di stesen bas dan di mana saja ada manusia Melayu berkumpul. Sudah macam satu "budaya-rekorder-bergerak" seluruh negara melaungkan kenyataannya itu. Presiden Umno itu berkata, mereka boleh berjuang walaupun tidak menjadi calon atau memegang jawatan tertentu dalam parti.

"Sebenarnya kita boleh berjuang dalam parti yang tidak semestinya jadi calon atau pemimpin. Sekarang ramai yang tahu jadi calon pun boleh kalah kerana kadang-kala orang tidak sokong....kena tanya (diri sendiri ) kenapa?. Ada pula yang berhempas pulas nak jadi wakil rakyat. Kadangkala (bila sudah menjadi wakil rakyat) ada yang tidak hadir di Parlimen. Kita perlu tunjukkan perihatin kepada rakyat kerana UMNO berjuang untuk rakyat."

Dr. Mahathir telah memberikan beberapa contoh dalam perkara ini. Menteri Pendidikan Tan Sri Musa telah dilantik sebagai menteri dan Dr. Mohamad Khir Toyo dilantik menjadi Menteri Besar Selangor tanpa berebut jawatan itu. Kerana itu Mahathir mahukan UMNO membentuk semula kesedaran supaya jangan terlalu mementingkan jawatan dalam parti kalau benar-benar mahu berjuang.

"Ada ahli UMNO yang mahu jadi calon sahaja supaya dapat berjuang. Sebenarnya, kita boleh berjuang dalam parti tanpa menjadi calon. Sekarang kita perlu menunjukkan kesedaran kepada ahli mengenai perkara ini dalam usaha memberi semangat serta menyemai komitmen tinggi kepada parti."

Kalau kita dengar ucapannya itu memang menyeronokkan sekali. Tetapi itulah taktik Mahathir selama ini. Dia sarankan sesuatu yang dia sendiri tidak mahu ikuti. Dia mahukan orang UMNO berkorban semata-mata untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan ideologinya. Semua orang tahu dia memilih Musa Mohammad sebagai menteri pendidikan kerana mahu laluan mudah untuk memutar belitkan dasar pendidikan negara tanpa ragu-ragu akan desakan parti komponen BN yang mahukan rencana pendidikan itu dibuat secara terus terang untuk kepentingan masa depan rakyat Malaysia. Oleh kerana Musa Mohamad hanya menjadi ahli UMNO sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Pendidikan, apakah kesetiaannya itu kepada UMNO ataupun kepada orang yang melantiknya ke jawatan itu? Apakah Mahathir fikir rakyat Malaysia ini buta-hati tanpa mengetahui bahawa Menteri Pendidikan sebenar di Malaysia ini ialah Aziz Shamsuddin?

Sekarang kita tahu kenapa Mahathir amat takut bertanding secara bebas. Dalam kepimpinan parti pun dia takut bertanding bebas. Kerana itu ada saja perturan baru untuk dia terus berkuasa. Lihatlah betapa dayusnya ahli UMNO yang sanggup membiarkan kerenah si diktator bangsat ini. Kerana UMNO sanggup menyesuaikan diri dengan kerenahnya, seluruh negara merana menanggung akibatnya.

Mahathir pilih Mohamad Khir Toyo bukan kerana ada keistimewaanya pada dkotor gigi itu, walaupun beliau sudah membuat ikrar untuk memandi darah sebelum dia ditabalkan oleh Sultan Selangor secara rasminya lagi. Dia dipilih kerana Mahathir mahu memperkudakannya agar Putrajaya diberikan atas dulang cyber kepada Kerajaan pusat dengan pembayaran pampasan selama sepuluh tahun. Sebelum itu Mahathir sudah beri gula-gula kepada Sultan Selangor yang sudah tidak lagi mampu berfikir dengan matang untuk masadepan orang Selangor. Kalau Sultan sudah tidak lagi berkeyakinan memikirkan masa depan rakyatnya, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Selangor? Satu ketika dulu Abu Hassan Omar menentang Mahathir dalam muslihat itu tetapi dia tumpas kerana Mahathir sudah lama memasang perangkap untuknya, kalau melawan. Abu Hassan adalah anak jati Selangor yang sudah matang berpolitik. Mohamad Khir adalah anak hingusan dalam arena politik. Inilah yang mahu dimamah oleh Mahathir dengan mudah.

Apabila Mahathir mahukan ahli UMNO akur dengan peraturan baru agar tidak berebut jawatan, kenapakah dia tidak fikirkan betapa sudah sampai masanya agar semua pemimpin UMNO yang melepasi umur 64 tahun bersara sahaja daripada jawatan penting parti? Bukankah itu satu amalan yang memungkin parti itu lebih mantap dengan adanya orang lama yang bertindak sebagai penasihat parti? Mahathir akan menyambut harijadinya ke-76 dan apakah yang dilakukannya sejak dua tahun yang lalu? Dia melilau keliling dunia mentohmah bangsanya sendiri. Di New York dia sanggup menuduh orng Melayu yang membuang TV dan peti-sejuk kerana telalu taksub dengan ajaran Islam. Bukankah itu satu pembohongan besar. Di London dan Mancehester dia bercerita bagaimana "anak-anak kecil diajar untuk memijak dan meludah gambar pemimpin agar mereka membenci kerajaan". Betulkah ceritanya itu? Apakah dia tidak malu menceritakan hal buruk mengenai bangsa ibunya sendiri? Adakah dia pernah fikirkan masalah yang menghantui rakyat marhaen. Kelmarin dia telah membolehkan Wan Mokhtar menjadi Duta Malaysia ke Arab Saudi. Apakah yang boleh Wan Mokhtar lakukan seusia yang ada padanya itu setelah menjadi pemimpin politik Terengganu lebih daripada 25 tahun? Kalau dia tidak mampu mentadbir sebuah negara ketika negara itu mempunyai segala kekayaannya sehingga berhutang lapuk pula, apakah yang mampu dilakukan oleh Wan Mokhtar di Arab Saudi?


Pembangkang Yang dipelekehkan

Sejak kebelakangan ini hampir semua media elekronik memberi penekanan kepada ketokohan Mahathir. TV menyiarkan berita ucapannya dan tunjuk perasaan ketika lawatannnya di London dan Manchester dulu. Perkara ini diulang-ulang walaupun ia sudah berlaku satu bulan yang lalu. Tetapi, adakah TV memberi penekanan kepada barang makan dan harga perkhidmatan yang semakin naik? Adakah TV dan radio mahu memberi liputan kenapa semakin ramai rakyat yang tertekan dan mengamuk?

Mahathir berkata betapa beliau tidak yakin dengan keupayaan PAS dan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) untuk memerintah kerana parti pembangkang itu tidak akan menandingi prestasi UMNO. Kerana parti pembangkang itu tidak ada kemampuan memerintah, Umno perlu meneruskan kuasa supaya prinsip dan tamaddun Melayu terus kekal.

Pendapat semacam inilah yang menyebabkan Mahathir berani menidakkan rakyat Terengganu kepada pembayaran royalti petroleum. Dia fikir hanya mereka yang dinaungi oleh UMNO yang pandai memerintah kerana itu wang royalti bertukar menjadi Wang Ehsan. Inilah cara Mahathir memukau orang UMNO dalam kepimpinannya. Dia mahu terus berkuasa walaupun kuasa pemerintahan UMNO di Terengganu itu telah dicampak jauh oleh majoriti rakyat Terenganu ke Lautan Cina Selatan.

Rakyat kini tahu sebab utama kenapa Mahathir menidakkan Royalti Petroleum itu kepada Kerajaan Terengganu ialah kerana beliau mahu menyokong para pemimpin UMNO di Terengganu yang kini sudah ketiadaan pekerjaan. Mereka sudah muflis idea untuk terus hidup berlagak sakan. Mereka sudah ketandusan sokongan akar umbi dan kalau mereka dibiarkan bergelimpangan semacam itu tanpa belaan besar kemungkinannya UMNO di Terengganu akan terkubur sama. Buatlah seratus Kelab Putri UMNO di Terengganu itu, semangat perjuangan orang Melayu dalam UMNO sudah jatuh terhempap dengan kekelahan UMNO di pemlu ke-10 itu. Inilah yang cuba diperbetulkan oleh Mahathir tanpa menyedari dia akan melakukan kerj-kerja tikus memperbaikki labu semata-mata.

Dengan menyalorkan Royalti Petroleum itu dengan cara Wang Ehsan Mahathir mahu memperbaikki keadaan UMNO dan sekaligus akan melibatkan UMNO Kelantan dengan segala usaha itu kerana dua negara itu berjiran. Ini bererti Royalti Petroleum yang sepatutnya menjadi hak orang Terengganu akan dikongsikan kepada orang Kelantan UMNO juga. Sedangkan hak rakyat Kelantan kepada Royalti Petroleum dan Gas telah lama disonglap untuk pembangunan beberapa projek mega di Kedah. Inilah putarbelit Mahathir selama ini dan ini jua putarbelit para kroni, penjilat dan juak yang mengampunya. Tetapi apakah yang dikatakan oleh Mahthir baru-baru ini:

"Generasi saya tidak lama lagi akan pergi dan golongan muda yang bertenaga akan meneruskan (perjuangan?). Orang Melayu perlu teruskan perjuangan kerana pencapaian dan kemajuan kita belum cukup tinggi."

Inilah putarbelit seorang diktator tua yang amat suka bermain dengan politik perkauman kerana dengan cara itu dia teruskan budaya menakutkan bangsa Malaysia. Apakah benar katanya itu? Apakah benar, selepas merdeka 43 tahun ini kita orang Malaysia masih perlu takut kepada masalah perkauman kita? Dalam perkara ini saya amat tertarik kepada tulisan K. Sadirah bertajuk: National Unity Beyond Ethnic Nationalism (Sila lihat muka surat 14 Harakah terbitan 16-31 Oktober). Saya ada membuat terjemahan tulisan itu dan memberikan tajuknya "Perpaduan Yang Mengatasi Semangat Perkauman." Memang jelas, Mahathir selama ini amat suka menakutkan rakyat Malaysia agar mereka terus berpendirian sempit mengikut fahaman perkauman mereka. Inilah yang mudah disenangi oleh ramai pemimpin UMNO yang berpendapat demikian. Kerana itu kita lihat seperti yang saya tulis sebelum ini ada satu macam sandiwara yang direncana oleh UMNO sekarang ini agar orang Melayu itu lalai akan matlamat hidup mereka sebenarnya.


Benarkah Malaysia Tidak Pernah Meminta Bantuan Asing?

Setiap kali Mahathir berucap sejak dua tahun yang lalu, dia amat gemar berbohong mengatakan:

"kita berjaya memulihkan ekonomi negara tanpa perlu meminta bantuan asing."

Ini adalah satu penipuan besar yang amat mudah keluar daripada mulutnya. Dia bercakap di Amerika, Di Eropah dan juga di Asia dan Afrika. Dia fikir orang semua percaya penipuan itu. Bukankah Petronas mengeluarkan bon-bon dengan harga premium yang tinggi untuk menarik para peminjam membelinya? Apakah yang telah digunakan dengan pinjaman yang banyak itu? Bukankah Petronas sudah berbelanja lebih dua ribu juta (dua bilion ringgit ) untuk menyelamatkan anak-anaknya?

Kalau kita lihat akan syarikat yang telah diselamatkan oleh Danaharta dan Danamodal, syarikat itu terpaksa melakukan penukaran pengurusannya untuk membolehkan Danaharta melantik pengurusan yang baru. Apabila Petronas menyelamatkan syarikat anak Mahathir adakah Petronas melantik orang pilihannya untuk menguasai syarikat kepunyaan anak-anaknya itu? Begitulah juga halnya apabila kerajaan menyelamatkan Bank Bumiputra berkali-kali yang lalu. Adakah satu kertas putih yang mengeluarkan siapa nama pemihutang yang menjahanamkan bank itu? Jawapannya dalam dua kes ini ialah "Tidak........!", kerana Mahathir mahu melindungi para kroni, dan segala musibat yang melakukan songlapan itu. Apakah mereka ini tidak boleh diiktiraf sebagai penderhaka?

Salah satu kesengsaraan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya sekarang ini ialah kerugian besar yang mereka tanggung di pasaran BSKL. Hingga kini kalau kita lihat muka surat akhbar yang memaparkan tuntutan bangkrap ia adalah berpunca daripada pinjaman yang digunakan untuk membeli saham di BSKL. Hampir semua orang Melayu yang muflis ataupun spara-muflis menanggung kerugian besar kerana pinjaman membeli saham. Banyak rumahtangga orang Melayu terumbang-ambing kerana mereka kerugian besar di pasaran saham. Saham yang dibeli sudah tidak ada harga lagi sedangkan wang yang digunakan untuk membeli saham itu adalah berupa pinjaman bank dan institusi kewangan. Azab ini ditanggung lagi apabila harga saham jatuh di bawah par. Dengan hal demikian setiap kali Mahthir mengeluarkan kata-katanya berkenaan ekonomi yang pulih tentu sekali dia menilainya daripada kacamata anak-anaknya yang telah dipulihkan dengan wang Petronas. Bukankah itu wang rakyat jelata?

Ketika Ummi Hafilda disoal-siasat oleh mahkamah dulu dia ada menceritakan betapa dia mendapat kontrak besar-besar dalam industi pengiklanan. Di waktu yang sama ada sejumlah RM35 ribu yang dibayarnya setiap bulan kepada isteri seorang menteri yang mendapatkan kontrak itu kepada Umi Hafilda. Kemudian kita dengar pula cerita bagaimana gadis sunti yang mahal daranya itu telah bersantai di London di mana seorang Iban telah menikmati mahkota-dara itu. Kisah ini adalah satu contoh bagaimana mudahnya wang rakyat itu dihamburkan oleh para pemimpin UMNO untuk terus kekal berkuasa. Bagaimana pula dengan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati? Adakah Mahathir pernah bercerita bagaimana dia cuba menyelesaikan masalah ribuan orang Melayu yang merempat kerana kemuflisan disebabkan penyelewengan di pasaran saham?

Sesiapa yang telah dihenyak oleh putarbelit di pasaran saham tentu akan ingat peraturan pembelian saham cara kontra yang dikenakan tempoh T+5. Oleh kerana terdapat penyelewengan dalam sistem itu, dan amalan penlaksanaan jual-beli yang penuh tipu muslihat, ramai orang Melayu yang melabur runcit terjebak sehingga terpaksa menghadapi saman mahkamah. Mereka tertekan kerana ada saham-saham yang dibeli tanpa pengetahuan mereka. Ada pula yang terpaksa menanggung beban kerana saham yang dibeli itu tersimpan tanpa dijual sebaik sahaja tempoh T+5 itu matang. Soalnya sekarang, di mahkamah perkara tempoh T+5 dikira sebagai undang-undang kepada institusi yang menjadi ahli BSKL sahaja. Tetapi ia tidak dikira satu undang-undang bagi pihak pelabur runcit. Ia cuma dikira satu peraturan yang mesti diawasi oleh undang-undang itu. Inilah salah satu penyebabnya ramai orang Melayu yang menghadapi masalah kemuflisan. Apakah Mahathir pernah memikirkan masalah ini.? Tidak, kerana itu adalah masalah rakyat marhaen dan bukannya masalah anak-anaknya.

Sejak dua tahun yang lalu kita dapat lihat banyak perencanaan Mahathir dibuatnya untuk mengambil kira kepentingan perniagaan anak-anaknya dan para kroninya sahaja. Pergi jahanamlah dengan masalah rakyat marhaen, demikianlah amalan Mahathir selama ini. Dia akan berbohong seantero dunia mengatakan ekonomi sudah pulih tanpa Malaysia meminjam bantuan luar. Inilah asatu kerja sewelan yang dilakukannya ke sana sini dengan membazirkan wang rakyat.


Adalah amat mudah Mahathir berakap mengenai falsafah kepimpinannya. Dia tidak pernah memikirkan kesan sesuatu tindakannya itu. Lihat, Terengganu tumpas di tangan pembangkang, dan Kedah hampir tumpas juga. Kalau pemimpin unggul lain tentu dia sudah melepaskan jawatannya. Tetapi tidak pula dengan Mahathir. Adakah dia merasa bersalah terhadap kehilangan banyak kerusi UMNO? Kini, dia lebih mementingkan temboloknya untuk terus berkuasa. Dia sudah tidak memikirkan keadaan ekonomi negara. Dulu dia kata mahu berhenti dan bersara apabila ekonomi pulih. Kini, dia kata ekonomi sudah pulih tetapi dia tidak mahu bersara kerana UMNO belum kuat. Di waktu yang sama dia mahu simpan semua orang lama dalam UMNO sehingga boleh dianggap laksana buaya tembaga untuk disimpan di muzium juga. Ini menunjukkan Mahathir tidak pernah memikirkan masadepan UMNO ataupun orang Melayu. Yang penting ialah kuasa itu mesti ada di tangannya sehingga dia disingkirkan. Dia sudah tidak menerima hakikat bahawa masalah UMNO dan perpecahan Melayu sekarang ini adalah disebabkan seorang penderhaka bernama "MAHATHIR". Dialah masalah UMNO dan bukan sesiapa lagi.

Soalnya sekarang Mahathr itu merupakan nama keramat kepada kebanyakan pemimpin UMNO yang sudah berkarat. Mereka bergantung harap kepada kekuasan yang ada pada Mahathir. Kerana mereka rapat dengan Mahathir mereka mampu merasai nikmat dunia walaupun kenikmatan itu adalah berupa hak rakyat jelata. Selagi Mahathir berkuasa selagi itulah mereka mampu menonjolkan keterampilan kepimpinan mereka. Sedangkan mereka pun kebanyakannya sudah amat hampir dengan liang lahad. Oleh kerana Mahathir berbohong, mereka pun sanggup berbohong juga, tidak kiralah apa yang dibohong itu sesuatu yang mengusik jiwa mereka sebelum tidur dan apabila terjaga. Tetapi, disebabkan tamakkan kuasa, mereka sanggup terus berbohong lagi.

Kini, Mahathir mahukan pemimpin dan pengikut UMNO agar mematuhi kehendaknya supaya tidak berebut jawatan. Tidak lama lagi akan muncul salah seorang anaknya untuk memegang jawatan penting dalam Umno. Orang Melayu dalam UMNO harus mula menyanyikan lagi Si Luncai dengan labunya kerana suara korusnya nanti akan berbunyi "biarkan....! biarkan....!"

Keranamu Mahathir Malaysia adalah kepunyaanmu. Walaupun ini bererti masadepan yang akan merudum dan rakyatmya yang semakin merempat. "Biarkan...Biarkan...!"


-Marhaintua-
2 November, 2000.