Laman Webantu   KM2A1: 3113 File Size: 12.1 Kb *



Bila Ezam Berkata Benar - Mahathir dan UMNO Makin Parah!!
By Amin Sapiro

1/11/2000 9:43 pm Wed

[Dalam rencana kali ini, Wak mengupas siapakah sebenarnya wira dan siapakah pengkhianat negara. Kita sudah diambang November, dan rekod FDI sudah tinggal dua bulan sahaja lagi. Sekaligus, kredibiliti Rafidah semakin tercabar. Gelagat ini dapat dilihat dalam akhbar jika kita cukup pintar. Tuhan Maha Kaya, selepas Rafidah ini siapakah pula?

Kita lihat akta manakah nanti yang akan digunakan untuk menangkap Ezam. Bak kata Wak, jika Ezam berkata bohong, tidak perlu merantau melintasi benua. Bersepah media Malaysia yang ada sudah cukup untuk mengisi pelbagai kata.

Sebaliknya Ezam terus mendapat label, sebagaimana Anwar yang berada di penjara. Jika pemimpin umno memang tidak berdusta, mengapa tidak berdebat sahaja dengan Ezam di mana-mana, dan buatlah secara terbuka, barulah tahu siapa jantan dan siapa betina.... Jangan menjawab dengan menghantar polis sahaja - lagi pun semua pelabur tahu karenah lebam polis malaysia.
- Editor
]


Amin Sapiro (Bosan dengan ?Rojak Mamak?)

BILA SDR. EZAM BERKATA BENAR - MAHATHIR & UMNO MAKIN PARAH!!

BILA beberapa pemimpin UMNO - bermula dari Presidennya hingga kepada Rafidah Aziz Ketua ?betina celupar? dan disambut pula oleh Hamid ?Al-Malabar? yang pro-Yahudi pula mengutuk sdr. Ezam Mohd. Nor dan mengcop beliau sebagai pengkhianat; makin nampak bahawa penglibatan sdr. Ezam dalam pejuang Reformasi dan parti KeADILan, dengan sendirinya semakin terserlah hebat.

Bukan pula Ezam yang terkinja-kinja dan terlonjak-lonjak minta disanjung, tetapi pemimpin UMNO sendirilah yang menempatkan beliau menjadi paksi perjuangan berislah.

Hematnya, itulah ganjaran bagi mereka yang berjuang dengan jujur, ikhlas dan tidak meminta balasan. Allah swt maha mengetahui apa jua yang ada dalam lubuh hati dan sanubari sebarang insan. Masihkah pemimpin UMNO berfikir kerana menganggotai UMNO mereka akan mendapat balasan?

Makin Imej Ezam Naik Mencanak

Tuduhan yang lemparkan kepada sdr. Ezam oleh personaliti UMNO tertentu (seperti mereka yang dinyatakan diatas) kununnya beliau adalah pengkhianat; ramai yang berkata dengan tenang bahawa ketiga-ketiga mereka yang disebut diatas ditakrifkan umpama ?menepuk air di dulang? atau ?meludah ke langit?.

Anak-anak sekolah yang lebih cerdik tetapi kurang nakal dari mereka bertiga itu, mungkin memberi satu andaian baru dengan berkata, ?Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO terbabit sedang kencing menghala ke langit. Pemimpin dan penyokong UMNO pula menadah muka sambil membuka mulut. Masing-masing yang rakus dan dahaga akan menggogoknya. Mereka yang kempunan cuma dapat tempiasnya saja??.

Makin puak UMNO meningkatkan tuduhan terhadap sdr. Ezam, semakin itu pula nama beliau mencanak naik. Betapa tidak, tuduhan seumpama itu sekaligus memberi imbasan berapa punya ?bangang dan tongongnya? pemimpin UMNO hari ini. Kerana mereka takut berhadapan dengan kejujuran dan keterbukaan sdr. Ezam memberi penerangan sebenar kepada pemimpin asing, mereka berbondong cuba memberi alasan yang bukan-bukan.

Sdr. Ezam bukanlah seorang wakil rakyat. Pada mulanya, beliau tidak sehebat Mahathir atau mana-mana pemimpin UMNO yang mengaku diri mereka sebagai pemimpin negara makmur. Kita kenali Ezam sebagai seorang anak Melayu biasa. Beliau bukan ahli DUN, MP, Presiden Parti atau seorang terkaya seperti tycoon yang mengelilingi pemimpin UMNO/BN yang menjadi ?jutawan segera?.

Kewibawaan Ezam Menakutkan Mahathir

Tetapi perbedaan Ezam dengan mereka adalah berpunca dari keikhlasan dan perjuangan beliau. Ezam bercakap mengenai ?the truth, nothing else but the truth?. Bermakna Ezam tahu berbohong dan bermuka-muka walau dimana beliau berada. Begitu juga para pelajar kita yang berpiket dan berdemo di dalam dan diluar negara.

Ezam juga tidak pernah berbangga jika disebut sebagai seorang pejuang berketerampilan. Cuma baru-baru ini saja bila Dr. Mahathir dan Rafidah Aziz secara tiba-tiba merasa diri mereka tersingkir oleh masyarakat antarabangsa, sebaliknya mereka merestui perjuangan Ezam. Puncanya, Ezam bercakap benar. Malangnya, dalam sistem demokrasi ala Mahathir @ UMNO/BN: seseorang yang bercakap benar dan mengkritik kerajaan itu dianggap ?pengkhianat negara?.

Inilah yang menyebabkan orang berkata bahawa sistem demokrasi regim Mahathir bukan menghala ?Wawasan 2020?; sebaliknya ia bersamaan dengan ?Wawasan Penjajahan 1920?. Tidakkah dasar dan amalan UMNO/BN dibawah urustadbir Presidennya sudah ketinggalan zaman? Itulah yang menyebabkan UMNO lumpuh dan pemimpin parti itu sudah tepat digelar rakyat sebagai 'Badut-badut bangsawan'. Betul, kan?

Apa yang dunia nampak ialah: ?Sdr. Ezam adalah seorang anak bangsa di bumi bertuah iini yang mewakili rakyat dalam memperjuangkan ?hak dan asasi 20 rakyat negara ini dalam memberi maklumat benar dan jujur kepada dunia?. Lain dari itu, beliau tidak buat apa-apa. Sdr. Ezam ada manusia biasa.

Mahathir Terpesona Keterampilan Ezam

Jika niat baik sdr. Ezam yang begitu suci, dan tindakan beliau memberi penerangan sebenar mengenai kedudukan politik dan kacau-bilau yang ditimbulkan oleh Mahathir dan ?geng KONSPIRATOR?nya itu ditafsirkan pula sebagai bertujuan mengkhianat; sekaligus kita wajar bertanya, ?Adakah selama 2 tahun ini - sebaik saja Anwar diaib dan penjarakan; Mahathir dan UMNO mampu membuktikan bahawa negara ini kembali normal??

Jawabnya TIDAK! TIDAK! TIDAK! (huruf besar)..! Sebaliknya, Mahathir bercakap setiap bulan dalam siri PELANCUNGANnya keluar negara dengan GLOBAL EXPRESS yang dibeli dengan air mata rakyat; berkali-kali mengulang-ulang bahawa "Negara Barat cuba campurtangan dalam urusan Kerajaan Malaysia seperti penjajah baru; sementara kununnya Pembangkang pula bersekongkol dengan unsur luar melakukan pelbagai masalah hingga negara ini kacau-bilau"; adakah ia benar?

Kemudian Mahathir dengan yakin mengatakan "Anwar adalah pemimpin yang tidak berakhlak, kerana itu ia harus disingkirkan", tetapi siapa sebenarnya yang disuruh undur oleh rakyat? Tak cukup dengan itu, UMNO yang dipimpin oleh Presidennya yang menang tanpa dipertandingkan - adakah menjadikan UMNO semakin kuat? Cuma Mahathir, Rafidah, Rais Yatim tolong jawab?

Bagi orang luar, mereka mahu mendengar versi yang seimbang. Versi Mahathir adalah satu pihak. Mulut celuparnya memang sudah terkenal sejak beliau menjadi Presiden UMNO dan PM. Hakikatnya, Mahathir adalah seorang bergelar ?ULTRA? pada zaman Tunku dulu. Kemudian mengkhianati PM sebelum beliau. Rupa-rupa Mahathir teringin sangat nak jadi ?Pee-Em? itu semata-mata nak merobah budaya negara menjadi sebuah negara paling ?top? mengamalkan RASUAH, KONSPIRASI, mungkir-janji, langgar undang-undang, mencetuskan adu-domba dan permusuhan kaum, membunuh demokrasi dan mewujud ?Kuasa tadbir Mutlak?..!! Lain apa ada?

Setakat ini belum ada satu pemimpin di negara ini maupun di dunia maju yang diberi perakuan oleh Mahathir sebagai pemmpin yang berwibawa - KECUALI Fidel Castro, Fuji Mori, Barak (PM Israel), pemimpin Dikator Myanmar dan Soeharto saja. Selebihnya, bagi Mahathir adalah pemimpin yang tidak sesuai memerintah negara mereka. Habis, bagaimana demo rakyat dalam negara ini dan pelajar Malaysia diluar negeri, adakah mereka ?buta mata - pekak telinga??

Mahathir Menakutkan Pelabur Luar

Dalam keadaan kacau bilau yang membimbangkan ini pelabur asing yang sudah bertapak di negara ini dan telah mencurahkan pelaburan puluhan billion dollar; makin merasa gentar dan gugup dengan perlekehan demokrasi dan undang-undang yang dilakukan oleh regim Mahathir (khususnya Mahathir sendiri).

Yang kita tahu, dunia perniagaan bagi pelaburan adalah tanggungjawab mereka kepada pemegang saham syarikat gergasi mereka. Jika dilihat pemimpin sesebuah negara itu ?kurang ajar? dan biadab terhadap rakyat sendiri; sekaligus mereka mentakrifkan bahawa pelaburan mereka adalah dalam bahaya.

Inilah yang menyebabkan Sdr. Ezam dengan rasa penuh tanggungjawab telah bertungkus lumus berbahas dengan mereka itu dan memberi penerangan dan mendepani mereka menceritakan keadaan sebenar yang berlaku dengansewajarnya. Sudah barang tentulah penerangan yang jujur dari Ezam sudah pasti akan menyentuh karenah Mahathir dan segala cerita konspirasi, cara demokrasi yang dilaksanakan oleh regim ini terhadap rakyat. Tak kan Ezam nak berbohong macam Mahathir juga, kan?

Sebagai contoh: para pelabur tentu mengemukakan persoalan mengenai Rasuah yang berleluasa dilakukan oleh para pemimpin politik UMNO/BN, gejala Kronisma dan Nepotisma diamalkan oleh Mahathir, bagaimana undang dilentur-liukkan oleh tangan ganas Mahathir, bagaimana Anwar dibicarakan, dll.; PASTI Ezam kena jawap, bukan? Adakah Ezam harus berbohong dan menyembunyikan fakta-fakta benar dan kebenaran yang dilihat rakyat dan negara dunia yang punya perwakilan di Kuala Lumpur? Adakah bercerita benar itu suatu pengkhianatan kepada negara?

Ezam harus bercakap benar. Kerana beliau adalah dari kelompok "The New Emerging Political Leaders of potentially New Malaysia". Beliau adalah bakal memimpin negara ke melinium 21 ini. Jika Ezam juga berbohong seperti Mahathir, rasanya tidak perlulah beliau menghabiskan wang dan masa berkunjung keluar. Lenih baik beliau kirimkan saja HARAKAH dan Roket kepada Bill Clinton! Atau, biarkan saja Mahathir sekeluarga dengan Siti Asmah, Rafidah Aziz dan Hamid Malabari, Dolah Bedawi, Rais Yatim, Ibrahim Ali (hehehehe..), dll berkunjung memberi penerangan di negara luar.

Pemimpin UMNO Tidak Tahu Berterima Kasih

Nampak sangat pemimpin UMNO sungguh-sungguh tidak tahu dam tidak mau BERTERIMA KASIH kepada Pembangkang (khusunya kepada sdr. Ezam yang tidak mendapat gaji dari wang rakyat dan peluang melakukan rasuah pun) atas jasa beliau mengikis keraguan pemimpin Barat seperti Al Gore dan Tony Blair.

Kalau difikirkan, jasa Ezam berdepan dengan pemimpin Barat harus disanjung oleh UMNO/BN. Kerana Ezam mampu menunjukkan keterampilan seorang pemimpin negara yang berpotensi dan berbakat - jauh berbeda dari Hishamuddin Hussein, Shahidan Kassim, dan Azalina Osman, dll.; hingga mampu menggerakkan minda rakyat dan dunia - Mahathir harus berbangga.

Setakat ini, Mahathir sendiri tidak berjaya meningkatkan maruah bangsa, negara dan agama. Apatahlagi pemimpin UMNO seperti Rafidah Aziz dan Rais Yatim. Bagi rakyat, mereka itu layak jadi tukang angkat kopi dan basuh pinggan di kantin Parlimen saja. Pemimpin seperti Daim pula, patut jadi ?Jaga Bank? saja. Jika dibiarkan lebih lama menerajui kepimpinan negara, tak terlajak kita menduga bahawa Malaysia akan bankrut, rakyat papa kedana, Danaharta akan jadi milik mereka, Danamodal akan modal berniaga sesama mereka, Perlembagaan negara jadi ?cacamarba?, dan undang-undang jadi ?rojak mamak?..!!

Masihkah wajar lagi sdr. Ezam layak dituduh pengkhianat? Masih lagi nak hukun Ezam dengan hukuman pancung?

Sayang sekali? jika parang yang bermata satu itu pandai berkata-kata, dan diminta membuat pilihan; pasti ia menjawab rengkas, ?tengkuk Mahathir, Rafidah, Hamid Malabar, Rais Yatim dan semua pemimpin UMNO yang rasuah itu lah sebaik tengkuk pengkhianat yang wajar dipancung diceraikan dari badan. Merekalah yang paling sesuai menggantikan tengkuk Ezam..!!?

Mujur parang UMNO tidak pandai berkata-kata. Begitu juga tilam yang dipaksa naik ke mahkamah menjadi saksi dalam perbicaraan Anwar!!

Memang pemimpin UMNO sudah SEWEL semua lahhhhhh??!!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)