Laman Webantu   KM2A1: 3109 File Size: 9.1 Kb *



TJ FAC: Membuat dan Mengata Orang
By Man Kubur

31/10/2000 9:59 pm Tue

[Rencana ini ditajukkan kembali untuk memantapkan isinya - Editor ]

BUAT DAN MENGATA ORANG

Mahathir nampaknya seperti tidak pernah mendengar pepatah:

"Buatlah kepada orang lain sebagaimana ingin dibuat kepada diri sendiri".

Mahathir tidak kesah "membuat kepada orang" tetapi mengharamkan pula jika anda "membuat kepada beliau".

EZAM DITUDUH MULUT KOTOR

Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, telah dituduh "bermulut kotor" terhadap PM bila beliau bercakap mengenai apa yang telah Mahathir lakukan terhadap Anwar dan negara ini. Tidak penting walaupun Ezam mengatakan yang benar.

MAHATHIR SENDIRI TIDAK PULA

Namun demikian, Mahathir telah mengata banyak "hal buruk" yang kononnya telah dilakukan Anwar sejak 3/9/1998. Belia muncul secara langsung di TV untuk memberi penjelasan kepada satu dunia akan "salah-laku seks" Anwar.

Dia mengulangi perbuatan itu pada ucapan Hari Kemerdekaan, Hari Raya, dan semasa Perhimpunan Agung Umno. Malah setiap kali dia membuka muluitnya, dia mengata kepada Anwar.

Mahathir juga menunjukkan isyarat tangan kononnya Anwar sedang mel*nc*p rakan homoseksnya sewaktu melakukan adegan s*d*m* itu. Ilustrasi jijik seperti ini hanya akan merosakkan minda rakyat. Bayangkan ia dipancarkan ketika waktu perdana berita, di mana ramai kanak-kanak dan wanita yang belum berkahwin menontonnya.

MAHATHIR MENGATA DAN MENUDUH ORANG SAHAJA

Bila orang lain bercakap mengenai Mahathir, mereka dilabel sebagai pengkhianat bangsa, mensabotaj ekonomi, tidak berterima kasih dan macam-macam lagi kekata kesat yang kanak-kanak pun sukar fahami.

Mahathir menumbuk Barat, Amerika, dan Yahudi. Tetapi bila orang menumbuk beliau kembali mereka dicap sebagai penjajah yang cuba mengambil negara. Dikatalah mereka itu sebagai cemburu dengan kejayaan ekonomi dan ingin mensabotajkannya.

MAHATHIR SENDIRI SABOTAJ EKONOMI

Beberapa tahun lepas, Mahathir melancarkan kempen "Buy British Last" ("Beli Barangan British - Pilihan Terakhir") - tetapi beliau tidak menganggap itu sebagai mensabotaj ekonomi British. Tetapi jika sesiapa mencadangkan agar Malaysia tidak diberi keutamaan, dia dilabel pula sebagai pengkhianat.

Mahathir kerap menyerang peribadi pemimpin barat. Dia tidak kira presiden atau perdana menteri. Tetapi bila mereka menyerang kembali, Mahathir mula berang dan amat kecil hati.

MAHATHIR MENYERANG PM TERDAHULU SAMPAI DIBUANG

Mahathir sendiri giat berkempen dan menyerang PM pertama dan ketiga Malaysia. Dia menyuruh mereka undur. Dia menuduh PM pertama sebagai "Cinta Cina" yang "menjual hak Melayu" kepada orang Cina.

Pada tahun 1969, Mahathir menulis surat2 kepada PM yang disiarkan di akhbar. Dia juga turut menjelajahi universiti2 menganjurkan demonstrasi menentang PM. Akhirnya dia dibuang dari parti kerana perbuatannya itu.

Tetapi bila Mahathir sendiri terkena ubat seperti itu dia sedap sahaja melabel nya sebagai rancangan asing untuk menjajah Malaysia. Mahathir boleh menyuruh PM lain berundur, tetapi sesiapapun tidak boleh menyuruh beliau berundur.

MAHATHIR SABOTAJ EKONOMI KELANTAN

Mahathir mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan diberi RM6000 juta yangg mereka pohon untuk memulihkan bekalan air dengan alasan "kami boleh membuat benda lain yang lebih baik". Kemudian, bila rakyat Kelantan maut dengan wabak taun (kolera). dia membebel gelihati pula sambil menuduh kerajaan PAS tidak mampu untuk membekal walaupun air yang bersih kepada rakyatnya.

Tidakkah tindakkan Mahathir itu akan mensabotajkan ekonomi Kerajaan Negeri Kelantan Siapa yang akan datang membina kilang di Kelantan jika air nya tidak mencukupi?

MAHATHIR SABOTAJ EKONOMI TERENGGANU

Mahathir juga membatalkan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Kini mereka sudah kekurangan wang untuk membangunkan negeri itu.

Tidakkah tindakkan Mahathir itu akan mensabotajkan ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu? Siapa yang akan datang membina kilang di Terengganu jika ia tidak cukup wang untuk membangunkani infrastrukturnya?

Mahathir cepat betul menuduh orang lain melakukan sabotaj. tetapi dia tidak nampak dia sendiri melakukan sabotaj kepada dua ekonomi, Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu.

MAHATHIR TIDAK SEDAR DIRI

Mahathir sepatutnya menggunakan pepatah:

"Buat kepada orang lain sebagaimana anda ingin mereka buat kepada anda".

Sebaliknya Mahathir boleh membuat kepada orang, tetapi orang lain tidak boleh membuat kepada beliau.

Mahathir hendaklah menyedari bahawa seseorang itu hanya dapat menerima sesuatu yang dia sendiri menghidangkannya.

RAJA PETRA KAMARUDIN

-TJ Man Kubur-




http://www.freeanwar.com/do_others.htm

Mahathir does not seem to have heard the saying, "Do unto others as you would others do unto you". Mahathir does not mind "doing unto others" but heaven forbid if you ever "do unto him" as well.

Ezam Mohd Noor, the National Justice Party Youth Leader, has been accused of "bad mouthing" the Prime Minister when he went all over talking about what Mahathir has done to Anwar and the country. Never mind if what Ezam said was the truth.

Mahathir, however, has been talking about the "bad things" Anwar Ibrahim has done since 3rd September 1998. Mahathir went live on prime time television, explaining in detail to the world at large, Anwar's "sexual deeds".

In his National Day speech, in his Hari Raya speech, in his presidential address during the party Convention, in fact, any time at all that Mahathir opens his mouth, he talks about Anwar Ibrahim.

Mahathir even showed hand gestures of Anwar allegedly "masturbating" his homosexual partner while supposedly "s###mising" him. This graphic or more like pornographic demonstration of how the masturbation was done revolted most Malaysians. And to think this was prime time news, which children and unmarried girls would be watching.

But when others talk about Mahathir they are traitors to the nation, saboteurs of Malaysia's economy, ungrateful Malaysians who are not thankful for all they have received, and other corny lines that even children find hard to buy.

Mahathir knocks the West, the Americans, and the Jews. But when anyone knocks him back they are colonialists trying to take over the country. They are people jealous of Malaysia's economic success who are tying to sabotage the country's economy.

Some years back, Mahathir launched a "Buy British Last" campaign, but Mahathir does not consider himself as sabotaging the British economy. However, if anyone suggests that Malaysia should not be given preferential treatment they are traitors to the nation.

Mahathir personally attacks western leaders. Prime Ministers and Presidents of other countries have not been spared Mahathir's attacks. But when they attack him back Mahathir gets extremely upset.

Mahathir campaigned against the first and third Prime Ministers of Malaysia and asked for their resignation. Mahathir accused the first Prime Minister of being a "Chinese lover" who "sold the Malays out" to the Chinese.

In 1969, Mahathir wrote letters to the Prime Minister, which were published in the newspapers. Mahathir went round the universities organising demonstrations against the Prime Minister. Mahathir was subsequently sacked from the party for his actions.

But when Mahathir is subjected to the same medicine he labels it as a foreign plot to colonise Malaysia. Mahathir can ask for the other Prime Ministers' resignations but no one can ask him to resign.

Mahathir says that Kelantan State will not be given the 600 million Ringgit they asked for to improve the water supply in the state as, "we can do better things with the money". Then, when people in Kelantan die from Cholera, he gloats and says that the PAS State government cannot even supply clean water to its people.

Is Mahathir not sabotaging the Kelantan State economy? Who would go to Kelantan to set up a factory when there is not enough water in the state?

Mahathir withdraws the oil royalty to Terengganu State. Now they do not have enough money to develop the state.

Is Mahathir not sabotaging the Terengganu State economy? Who would go to Terengganu State to set up a factory when Terengganu does not have enough money to develop its infrastructure?

Mahathir is quick to point out others' acts of sabotage but he does not see himself as sabotaging the Kelantan and Terengganu State economies.

Mahathir should go by the maxim "Do unto other as you would others do unto you". Mahathir, however, can do unto others but others cannot do unto him.

Mahathir must realise that one must be able to receive what one dishes out.

RAJA PETRA KAMARUDIN