Laman Webantu   KM2A1: 3105 File Size: 9.6 Kb *



Belanjawan 2001: Fahamkah MP Umno/BN 'K-Ekonomi' itu?
By Amin Sapiro

30/10/2000 7:57 pm Mon


Amin Sapiro (wakil parlimen UMNO/BN ?boo? diri sendiri)

BELANJAWAN 2001: FAHAMKAH WAKIL PARLIMEN UMNO/BN 'K-EKONOMI' ITU?

KERAPKALI kita terrasa nak ketawa terbahak-bahak bila membaca sesetengah rencana yang terpapar hasil tulisan penulis upahan media perdana UMNO seperti Utusan Melaysia. Begitulah adanya setelah membaca tulisan Mowardi Mahmud bertajuk "Belanjawan 2001 Berpandangan Jauh" bertarikh 29/10/2000.

Apa yang menggelikan hati itu adalah percubaan penulis tersebut merangkumkan beberapa frasa ?over-praise? dalam membicarakan Belanjawan 2001 yang dibentangkan oleh Daim Zainuddin Jumaat lalu.

Yang peliknya, Mowardi cuba mengaitkan nama-nama seperti Moore', Gilder's dan Coase's - yang memang terkenal dengan teori-teori asas K-ekonomi, dengan Belanjawan 2001 Daim. Makin hairan lagi kita bila ?merojak-mamakkan? dengan pendapat Peter Drucker, Pakar Pengurusan berbangsa Amerika itu. Hairan sangat kita - ape kebende nye yang ditulis dek budak ini!!

Kita akan bertanya kepada Mowardi, mengapalah sejauh itu beliau mengolah rencananya hingga terasa sengaja dibelit-belitkan sampai orang kampung tak tau apa dia cakap. Seolah-olah Mowardi ini macam budak-budak tadika bebal yang berbangga dengan menyebut nama ayahnya, jawatan beliau, gelaran Tan Sri atau Tun sebagai mengangkat diri, kunun dia anak orang ternama; bila ditanya dia anak siapa oleh kawan-kawan.

Mungkin harapan si anak yang bebal bangang itu, status ayahnya akan memberi dirinya penghormatan, kunun. Malangnya, segala-gala itu tidak mampu merobah dirinya - bebal tetap bebal. Tidak akan dapat merobah apa-apa.

Kematnya, begitulah andaian paling sesuai bila membandingkan Belanjawan 2001 yang dibentang oleh Regim Mahathir di Parlimen dengan apa yang seharusnya menjadi keutamaan bagi rakyat dan negara yang sedang dilanda "ekonomi kacau-bilau" sekarang. Pun "K-Ekonomi" juga namanya.

Apa tidak 'kacau-bilau'nya jika negara lain sedang menjana pelabur asing dan eskpot meningkat berganda-ganda, Malaysia dibawah kepimpinan Mahathir-Daim dan UMNO/Bnnya masih terkial-kial dengan pelbagai jenis ?bail-out?, cerita korporat muflis, Bursa Saham menjunam (pada hari Belanjawan), Inflasi yang makin parah, kualiti hidup menurun dan keenganan pelabur luar datang meninjau ke sini!!

Jika Mowardi seorang yang mengerti objektif dan jangka hayat (life spent) sesebuah Belanjwan tahunan dirangka dan impaknya kepada rakyat dalam tempoh 12 bulan ke hadapan; maka beliau tidak akan memuji Belanjawan 2001 UMNO/BN setinggi langit biru.

Sebaliknya, orang membuat kesimpulan samada Mowardi ini sengaja memutarbelit fakta atau diupah menuliskan pujian dangkal; atau memang bangang sangat tidak berilmu langsung dalam hal-ehwal mengenai rangka sebuah Belanjawan negara. Mana satu, terserah kepada pembaca budiman sekelian!

Rata-rata penganalisis ekonomi merumuskan bahawa Belanjawan 2001 itu:



  1. sama sekali tidak ada unsur pembangunan yang mampu merobah, menjana penstrukturan semula dan memberi perhatian mendalam yang seharusnya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi dalam masa ekonomi rakyat masih tenat dan sakit teruk sekarang ini

    (kalau tak ada PETRONAS negara ini sudah lama bankrup);

  2. tidak nampak perubahan dasar yang mampu meransang pertumbuhan pasaran samada dari segi dasar fiskal mau pun ?monetary? - walhal dalam keadaan sekarang itulah faktor-faktor yang wajar dilaksanakan untuk menjana ?economic revival? yang masih ditahap rendah (berbanding beberapa negara ASEAN lain);

  3. pada keseluruhannya tidak mampu mengimbau minat pelabur asing kerana wujudnya dasar kewangan regim Mahathir masih dipandang sebagai konservatif. Walaupun ada beberapa insentif yang cuba dicadangkan dalam belanjawan tersebut, tetapi FDI yang sangat diperlukan dijangka tidak akan meningkat bila pelabur masih berwaspada dengan model ?Kronisma dan Korupsi? yang berleluasa menjadi amalan oleh orang-orang politik regim ini yang merosak imej negara.


Keutamaan dasar regim Mahathir masih diselubungi oleh segala macam ?bail-out? dan pembaziran dengan kenyataan Mahathir akan meneruskan projek-projek Mega di luar kemampuan sumber kewangan negara menampungnnya.

Pelabur asing nampak bahawa kerana aktiviti sebenar ekonomi negara ini masih ditahap lemah; patahlagi nilai ringgit sekarang adalah lemah berbanding dengan kadar tukaran wang asing (contohnya Singapura, Thailand); maka pelaburan menduga pelaburan mereka tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan.

Mowardi berceloteh panjang mengenai ?K-Ekonomi?. Tertanya-tanya dalam hati kita beberapa soalan:



  1. setakat manakah kefahaman beliau mengenai ?K-Ekonomi? ini hingga beliau terus memberi pujian terhadap Belanjawan Daim itu. Seolah-olah bagi beliau, K-Ekonomi adalah segala-galanya. Apakah Malaysia setaraf dengan negara maju? Apakah Belanjawan ?tempoh satu tahun? yang dibentangkan Daim sudah termampu membolehkan negara ini maju berbanding jika keutamaan diberi kepada memberi sokongan kepada projek-projek yang menjana kegiatan IKS?

  2. Apakah ?K-Ekonomi? itu menjadi keperluan utama dalam waktu rakyat masih mengutamakan perumahan murah, pembasmian kemiskinan, memperbanyak pengeluaran asas dan KNK, penjanaan pendapatan majoriti rakyat luar banda/ desa, pengurangan hutang negara hampir RM200 bilion, pengurangan imbangan perdangan luar?


Mowardi harus faham bahawa negara maju sendiri belum begitu mahir mendalami dan mengamalkan ?K-Ekonomi? itu. Ia masih lagi dalam percuabaan. Berapa peratuskah pengamal K-Ekonomi yang sudah pulang modal dan berapa jumlah mereka sudah lingkop di negara ini? Pasti Mowardi kena buat research mendalam lagi!

Makin nampaklah sekarang Belanjawan 2001 semakin tersilap keutamaan (wrong priority). Sebaiknya, Mowardi telah membongkar ?teras terendam? Daim dengan Belanjawan ?Cacamarba? 2001nya. Mungkin Daim naik ?hot? kepada si Mowardi bila ramai komen rakyat terhadap pujian tak sepadan terhadap K-Ekonomi Daim itu.

Kita semakin yakin, wakil Parlimen Barisan Alternatif seperti Mahfuz, Dr. Hassan Ali dan beberapa cendekiawan yang ?masak ditampuk?nya mengenai ekonomi dan pembangunan akan memberi tunjuk-ajar kepada wakil rakyat (menteri?) regim Mahathir. Kerana, kebanyakan wakil rakyat UMNO/BN adalah terdiri dari mereka yang tidak punya pendidikan dan ilmu yang cukup, dedikasi yang mantap, kejujuran yang ikhlas terhadap rakyat.

Kita sudah lihat selama ini, mereka mengambil sikap ?melembukan diri?, mengelat dari berbincang dan berbahas secara rasional di Parlimen. Sebaliknya, wakil-wakil Parlimen UMNO/BN terlalu emosional dan mengadaptasi ?herds sentiments? (macam sekawan lembu cucuk hidung).

Contohnya sudah nampak pada Jumaat lalu sewaktu YB Mahfuz dari Barisan Alternatif menyanggah keras ?pembohongan bontang? Daim mengenai Royalti minyak hak rakyat Terengganu yang dipinda menjadi wang Ehsan. Seperti 'kerbau dicucuk hidung' wakil rakyat UMNO ?melenguh? beramai-ramai saling tak tumpah seperti sekawan lembu sakit perut..!! Adakah wakil parlimen UMNO/BN itu faham ?K-Ekonomi?? (geleng kepada kita..!).

Hahaha?. yang pasti mereka tahu hanyalah ?K-Ekonomi? ialah ?KRONI-Ekonomi? dan ?KORUPSI-Ekonomi?. saja. Selama UMNO/BN mentadbir negara ini makin jelas dalam perbicaraan DS Anwar, ?KONSPIRASI-Ekonomi? sedang bermaharajalela dikalangan mereka.

Mungkin Mowardi boleh menulis sebuah theses hebat mengenai K-Ekonomi dan memujinya setinggi langit dan mendapat imbuhan dari Daim atau editor media. Tetapi jika dibandingkan dengan harga yang harus dibayar dan jumlah pengorbanan yang ?astronomikal? yang harus ditanggung oleh rakyat untuk melaksanakan sesuatu yang belum tentu - kita akan merumuskan: regim Mahathir sedang bermimpi dan berangan-agan kosong saja.

Rakyat sudah melihat sendiri berapa puluhan (ratusan) billion dollar wang rakyat yang terbuang dan dibuang oleh Mahathir untuk memuaskan egonya. Mungkinkah Mowardi buta angka? Tidakkah beliau tahu berapa billion sudah dibuang begitu saja untuk menanggung pelbagai ?bail-out? sehingga sekarang? Tengok PERWAJA, salah urus RENONG dan korporat/projek meganya, BAKUN, Indahwater, Syarikat Perkapalan Mirzan, dll?

Kita menduga K-Ekonomi ini juga merupakan satu lagi ?rip-off? terhadap ringgit rakyat. Apakah ?justified? dalam konteks tahap pendapatan rakyat yang masih ternyata miskin ini mampu meyakinkan kita bahawa impian ?K-Ekonomi? itu benar-benar akan memberi hasil yang positif dari aspek ?cost/benefit analysis??

Rakyat di kampung-kampung mentafsirkan ?K-Ekonomi? yang disarankan Daim itu sebagai ?KOSONG-Ekonomi?. Mungkin Mowardi tidak akan mengulas panjang mengenai ?K-Ekonomi? yang 4-serangkai itu!!

Saya, bersama-sama rakyat yang tertindas, MENCABAR kecerdikan beliau (mowardi) dan regim Penipu ini! Tunjukkan bukti - siapa akan untung dan siapa akan rugi!!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)