Laman Webantu   KM2A1: 3101 File Size: 13.4 Kb *



TJ MGG Presiden MCA Memuji Kebebasan Akhbar Di Malaysia
By Marhain Tua

30/10/2000 5:18 pm Mon

[Rencana kali ini menarik juga. Ia menempelak kenyataan Ling yang amat dangkal. Komen Ling hanya akan mempercepatkan kembara beliau dan juak sewaktu dengannya ke kubur sahaja.... Bila kerajaan melatah nampak jelas buah pukulan gerakkan reformasi sudah mengena. Siapakah sebenarnya yang menguasai media??? - Editor]

MGG109

Presiden MCA Memuji Kebebasan Akhbar Di Malaysia

(MGG: The MCA President Extols Press Freedom In Malaysia)

Presiden MCA dan juga menteri pengangkutan, Dato Seri Ling Liong Sik, naik geram dengan parti pembangkang yang cuba memperlekehkan iltizam kerajaan terhadap kebebasan akhbar. "Cakap sajalah di Malaysia. Bukankah kita ada semuanya di sini." Beliau bersuara lantang dalam hal itu. "Kenapakah mereka tidak cakap sahaja dalam negara sendiri supaya kita boleh menjawapnya dengan mudah. Apa gunanya bercakap dibelakang (kita)?" soalanya pula.

Memang, Dr. Ling naik geram (satu lakonan lagi -penterjemah) terhadap ketua pemuda Keadilan Ezam Mohamed Noor, yang telah memberitahu satu kumpulan pendengar yang datang mendengar ceramah yang diadakan di sebuah kawasan parlimen Tun Daim Zainuddin. Ezam telah memberitahu mereka bagaimana dia telah pergi ke luar negara untuk berkempen bagi mendapatkan kebebasan kepada Insan Yang Mesti Dihancurkan Dengan apa Cara jua. Sumber saya memberitahu terdapat seramai lebih 50,000 manusia yang membanjiri ceramah Ezam itu. Iltizam akhbar tempatan seperti yang dicanangkan oleh Ling hanya melaporkan jawapan Ling kepada ucapan Ezam itu tanpa melaporkan jumlah manusia yang datang mendengar ucapannya. Timbalan perdana menteri Abdullah Badawi berpendapat kekecohan yang timbul sekarang adalah satu perkara remeh temeh semata-mata. Dia tidak berniat untuk menyekat Ezam daripada pergi ke luar negara. Kalau begitu, kenapakah Ling Liong Sik menyalak kepada bukit? Alahai, memang si Ling ini amat suka menyalak di tempat yang salah!

Dr. Ling memang menyentuh satu perkara yang menarik. Kerajaan tidak pernah ambil peduli akan kritikan dalaman kerana menganggap sesiapa yang membuat kritikan itu sebagai orang yang sengaja bikin kacau. Pihak pembangkang pula terpaksa meraba-raba mencari peluang untuk mencetuskan pendapat mereka. Undang-undang negara tidak membolehkan mereka menjual risalah parti kepada orang ramai. Setiap percetakan parti adalah untuk ahli parti itu sahaja. Itupun dibenarkan dua kali dalam setiap bulan. Mereka tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat untuk memberi penerangan kepada orang awam akan apakah matlamat perjuangan mereka. Laman internet yang menyerlahkan pelbagai masalah dan rintihan itu sengaja diabaikan oleh kerajaan. Media akhbar yang dikatakan "ada di sini dan menyediakan kemudahan" memang sengaja memperlekehkan rintihan itu. Kerajaan sengaja menidakkan hak parti pembangkang untuk menyewa dewan, kemudaan awam, ruang hotel dengan pelbagai dalil yang tidak munasabah. Keadilan pernah cuba menyewa Stadium Bukit Jalil dengan membayar tunai, wang itu telah dikembalikan. Alasannya ialah kerana ada kerja pemulihan yang perlu disegerakan dan yang tidak boleh tertunggu walaupun untuk satu hari. Dr. Ling sendiri pun memang amat terkenal di kalangan wartawan kerana keenganannya menjawab soalan dan tuduhan yang dikemukakan oleh parti pembangkang terhadap kerajaannya. Soalan seperti itu mesti terus dikemukakan. Bagaimanakah caranya satu kumpulan yang tidak diberikan peluang menyerlahkan pendapat mereka itu berupaya mendapatkan perhatian agar mereka didengari dan menggesa kerajaan menjawab dengan kadar yang segera?

Kempen 'Free Anwar' (Bebaskan Anwar) terpaksa ke luar negara kerana tidak diberikan ruang untuk menyerlahkan kes itu. Khidmat satu syarikat Amerika terpaksa diperdapatkan dengan menghasilkan kejayaan. Sebenarnya perkara ini bukannya sesuatu yang pelik. Kerajaan Malaysia pernah mendapatkan khidmat yang serupa untuk menonjolkan ketokohan Dr, Mahathir di luar negara. Mereka telah memberikan kontrak kepada Smith, Solomon and Barney (dengan kadar kos yang dilapurkan kepada saya sebanyak US$250 juta) untuk menonjolkan imej bahawa keadaan kewangan dan dasar ekonomi Malaysia adalah sesuatu yang unggul. Kesannya amat menghampakan. Kini, tidak ada seorang pun menteri kerajaan Malaysia yang berani ke luar negara dan berucap mengenai keadaan politik di Malaysia tanpa diganggu-gugat oleh penonton yang bersikap liar terhadap mereka. Walaupun keadaan seperti ini merupakan sesuatu yang mereka memang sedia hadapi, di Malaysia suasana seperti ini dianggap sesuatu yang luarbiasa dalam kempen politik. Di negara ini pemimpin tersebut selesa dengan cara berkhutbah di hadapan penonton yang mudah mendengar walaupun yang diucapkan itu adalah temberang mengenai dunia luar. Lagipun, sessi pertemuan dengan rakyat bukannya perlu menjawab soalan rakyat itu. Memadailah dengan soalan yang dikemukakan oleh wartwan yang memang mudah dimesrakan. Kerajaan memang mudah menyumbat mulut sesiapa sahaja yang mengatakan Anwar Ibrahim telah sengaja disenyapkan.

Undang-undang itu tetap undang-undang juga, demikian kata menteri yang bertanggungjawab dengan perundangan negara. Dalam hal ini Rais Yatim, menteri tersebut tidak pula mempertimbangkan kisah Ketua Hakim Negara yang dituduh korup dan melakukan salahlaku, tetapi tidak pula mahu menafikan tuduhan itu ketika dia diminta menarik dirinya daipada mendengar satu kes mahkamah. Kini, Rais Yatim mengatakan perbuatan mendapatkan khidmat syarikat asing adalah sesuatu yang tidak akan memudahkan kempen 'Bebaskan Anwar' itu. Kalau kesannya tidak seberapa, kenapakah Ling dan juga kerajaan membebel mengenai perkara yang berlaku itu? Kenapakah pihak akhbar melapurkannya ketika perkara itu terjadi dan tidak pula sebagai reaksi seorang menteri dalam perkara itu?

Dr. Ling adalah laksana sekeping rekod lama yang sudah tercalar. Dia boleh meraung kepada dunia luar bahawa dia bukannya seekor dodo (burung yang sudah hapus di Madagascar) politik. Tidak ada sesiapa yang mempercayainya lagi. Kini, dia bertegas bahawa penternakan khinzir tidak boleh diharamkan, selepas terlibat dalam satu perbincangan kabinet yang mahu memperuntukan kawasan di mana penternakan itu boleh diizinkan. Dalam pemilu (kecil) Teluk Kemang yang lalu, Barisan Nasional telah kehilangan sekitar 1,000 undi orang China dalam tempoh masa empat bulan di antara pemilu dan juga pilihan raya kecil itu. Dia cuba menarik sokongan masyarakat Cina seperti juga yang dilakukan oleh perdana menteri untuk meraih sokongan orang Melayu. Lagi lama mereka berdua memegang jawatan yang ada, lagi cepat masyarakat menyisihkan mereka itu.

Seperti juga rakan-rakannya dalam kerajaan, Dr. Ling tidak pernah memikirkan apakah reaksi rakyat terhadap prestasi mereka. Keadaan ini amat bertentangan sekali dengan sikap yang diambil oleh para penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim. Kerana itu kita dapat melihat betapa para penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim nampak lebih berkelayakan daripada para petugas kerajaan yang kelihatan seperti orang yang kebingungan selalu. Kerana itu juga kita lihat betapa pihak kerajaan mudah boros dalam hal Anwar Ibrahim dan sanggup memperlekehkan norma kebudayaan Melayu itu yang menguasai dunia politik Malaysia. Inilah sikap yang tidak dilakukan oleh Dato Seri Anwar .

>>>>>>>>>>>>>>Terjemahan -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

The MCA President Extols Press Freedom In Malaysia

The MCA President and transport minister, Dato' Seri Ling Liong Sik, is livid that opposition parties sell short Malaysia's commitment to press freedom. "Say it here (in Malaysia) as we have the press here and everything," he barks. "Why don't they say it within the country when we have the chance to reply rather than say it behind our back(s) when we have no chance to do so." Indeed, Dr Ling. His ire is directed at the Keadilian party's youth chief, Ezam Mohamed Noor, who told an opposition rally in the finance minister, Tun Daim Zainuddin's own backyard of Merbok, earlier this week that he went overseas to campaign for the release of He Who Must Be Destroyed At All Cost. My sources tell me 50,000 were present. The absolute commitment of the "press here and everything" ignored the gathering, reporting only the reply to a slanted account of what was said. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seems to think all this a storm in a teacup. He does not intend to ban Ezam from travelling overseas. Then why does Dr Ling bark up the wrong tree? Come, come, Pillai, you should not ask this question: he always barks up the wrong tree!

Dr Ling touches on an interesting point. The government does not answer local critics, considering them noisemakers and worse. The opposition must make do with ever-restricting avenues to espouse their views. The law does not allow them to sell their official organs to the public, only to members, and that only twice a month. They cannot hold public meetings to tell people what they fight for. The Internet sites which house these complaints are studiously ignored by the government. The newspapers, yes the selfsame "press here and everything", ignore them. The government forestalls every attempt by the opposition to hire a hall, public facilities, hotel premises with the vagues of excuses. When Keadilan wanted to hire the Bukit Jalil stadium, and paid cash for it, it was returned: urgent repairs, that could not wait a day, had to be carried out. He himself is well known amongst reporters for his refusal to answer the specific charges he promises his government would of opposition complaints. But the question must be asked: How does a group denied all avenues to espouse their views make themself heard to the government responsive enough to reply?

The Free Anwar campaign goes overseas precisely because it has no local avenue to highlight his case. It hires an American public relations firm, with much success. There is nothing unusual about this: the Malaysian government once hired a spin doctor to make Dr Mahathir look good overseas, hired Smith, Salomon & Barney, a financial spin doctor, to make its fiscal and economic policies look good (this for US$250 million, I hear), without much success. No Malaysian government minister would dare venture overseas to talk of Malaysian politics without a guaranteed hostile audience, one which normal political give-and-take should have conditioned them for. But in Malaysia, they do not descend to the norms of political campaign. Here they pontificate, before friendly audiences, on the state of the world, with no questioning, except from friends at court and friendly reporters from the "press here and everything". The government effectively silenced any who thought Dato' Seri Anwar Ibrahim is unfairly silenced. The law is the law, says the de facto law minister, Dato' Rais Yatim, even if the chief justice is roundly accused, and which he did not rebut, of being corrupt and worse, to have him recuse. Dato' Rais now says hiring the US firm to advise the Free Anwar campaign will not help. If it would not, why is he, and the government worried about this development? Why does not the "press here and everything" report this when it occurred and not incidentally as a ministerial reaction to it?

But Dr Ling is a scratched gramophone record fruitlessly wanting to be back in the groove. He tells the world he is not the political dodo he is. But no one believes him. He now insists pig farming should not be banned, after participating in a cabinet meeting to ensure it, that the government must, instead of banning pig farming, must allocate areas where it could be farmed. The Teluk Kemang byelection results -- in which the National Front lost 1,000 net Chinese votes in four months between the the general and byelections. He tries to worm his way back into the Chinese community, something the Prime Minister desperately tries to with the Malay community. The long either stays in office, the quicket their respective communities desert them. Dr Ling, as with the rest of the government, did not think through what they said and do. Dato' Seri Anwar Ibrahim's forces, do strategically and tactically, with a clear object in mind. That is why it looks so competent and believable and the the government not and its spokesman looking like fools. It had a good case over the Anwar Ibrahim case, but it dissipated it by moving away from the Malay cultural norm that pervades in Malaysian politics. Dato' Seri Anwar did not.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my