Laman Webantu   KM2A1: 3100 File Size: 11.3 Kb *



TJ MGG Bila Tukang Canang Mula Mencanang?
By Marhain Tua

30/10/2000 6:03 pm Mon

MGG112

[Rencana ini amat BAIK - MESTI BACA dan MESTI SEBAR. Perhatikan bagaimana kerajaan umno melatah habis dan menuduh dengan label 'derhaka', sebaliknya ia tidakpun menjawab gejala korup dan kebenaran! Kadir Jasin turut kena sebiji dalam rencana ini - Editor]

Bila Tukang Canang Mula Mencanang?

(MGG: When Does A Spin Doctor Spins?)


Pada pertengahan 1980-an dulu, perdana menteri telah mendapatkan khidmat tukang canang Amerika terkenal yang pernah memberikan khidmat yang sama kepada Mendiang Puan Indira Ghandi dan anaknya Rajiv. Khidmat yang serupa pun pernah diberikannya kepada bekas perdana menteri Pakistan Puan Benazir Bhutto, ahli politik yang terkenal, peniaga besar, dan banyak lagi yang tidak pun membuatkan Anwar Ibrahim mengeluh setelah mengetahui hal itu. Ketika itu Perdana Menteri menghadapi masalah dengan warga akhbar seberang laut yang perlu dibetulkan. Kerajaan Malaysia pun pernah mendapatkan khidmat tukang canang untuk melobi bahawa minyak sawit adalah selamat untuk dimakan. Apakah ini dilakukan kerana ianya benar ataupun kerana minyak sawit itu tidak selamat? Jika demikian, kenapa pula ada yang menggunakan perkataan menderhaka terhadap mantan timbalan perdana menteri itu kerana dia mendapatkan khidmat seorang tukang canang? Bukankah ini membuatkan Perdana Menteri dan juga para ahli kabinetnya sebagai insan yang tidak betul pemikirannya di seberang laut? Kini, bukannya Malaysia yang mendapat nama buruk, tetapi perdana Menteri yang menjadi sasarannya.

Para penyokong Anwar (Anawaristas) telah melancarakan satu kempen yang sungguh bijak, tepat, berpilih-pilih dan sungguh berkesan di luar negara. Inilah yang membuatkan Perdana Menteri mengelabah dan para pentadbirannya menjadi serbasalah. Sebenarnya tidak ada salahnya kalau mahu menggunakan khidmat tukang canang itu. Cuma di Malaysia sesiapa di pihak pembangkang yang cuba menyanggah sesiapa yang sedang berkuasa mereka diberikan gelaran sebagai penderhaka. Lantas ini menarik minat media perdana, ahli politik Barisan Nasional, dan para juak untuk turut menghina. Tetapi yang pentingnya sekarang, kenapakah kerajaan enggan menjawab segala tuduhan yang dilontarkan terhadap mereka?.

Sebaliknya kerajaan telah menyerang Dato Seri Anwar melalui media massa dengan beberapa andaian palsu menyerang tak tentu pasal dengan anggapan tindakan itu akan menggugat segala tuduhan yang perlu dihadapinya itu dan tidak lagi yang dilontarkan oleh Dato Seri Anwar sendiri. Kerana itu Dato Adul Kadir Jassin yang satu ketika pernah dipecat sebagai ketua pengarang New Straits Times telah membeli Bernama dan beberapa syarikat penerbitan yang pilihan, dan kini meneruskan pula serangannya itu dalam satu forum yang tidak diminati ramai. Selain daripada mengemukakan asas perbincangan yang bernas yang memang mampu diketengahkannya kalau dia ambil masa untuk berfikir, dia telah melakukan penghukuman perwatakan sepertimana kerajaan memecat Anwar satu ketika dulu. Tindakannya itu merupakan sesuatu yang sukar difahami kerana dia telah mengambil pendekatan kewartawanan yang pelik di mana seseorang insan yang mahu dihancurkan oleh kerajaan mesti terus dimusnahkan termasuk juga para penyokongnya tanpa ada sebarang hak untuk mencabar kemusnahan itu.

Kadir Jassin telah menyerang penyokong Dato Seri Anwar terutama sekali seorang bekas wartawan bernama Mr. N.V Ramu, yang tidak pun disebutkannya nama insan itu. Sebagai salah seorang tukang canang yang berwibawa di Amerika. Dia menjadi terkejut seperti juga perdana menteri bagaimanakah timbalan perdana menteri ketika itu mampu mempunyai satu senarai panjang mengandungi nama-nama pembantu yang bertugas di konglomeret yang dikuasai oleh usahawan cina ini mempunyai tukang canang yang melobi untuknya, termasuk mereka yang diberikan gaji ataupun tidak. Kadir Jassin pernah berceria sebaik sahaja Anwar menjadi timbalan perdana menteri, Mr. Raman telah pulang untuk menjawat satu jawatan tinggi dalam satu syarikat konglomeret Cina dan sebaik sahaja Anwar ditangkap, Mr. Raman telah pulang ke Amerika Syarikat. Tetapi, Kadir sengaja tidak menulis betapa syarikat konglomeret Cina ini telah mempunyai, di kalangan ahli lembaga pengarahnya, seorang insan yang merupakan anak lelaki kepada Perdana Menteri. Seandainya Kadir bertujuan membuatkan kaitan di antara konglomeret yang dikuasai Cina itu dengan ketidaksenangan masyarakat Cina terhadap kerajaan, dan cuba pula mencemarkan Anwar dengan sentimen Cina itu sepertimana orang Melayu dicemarkan oleh gelagat Perdana Menteri, dia gagal samasekali. Malahan, dia akan menerima kemarahan yang berlebihan daripada perdana menteri.

Dato Kadir tersasar dalam serangannya itu. Dia telah memetik berita akhbar Singapura yang melapurkan mengenai tukang canang Anwar, sedangkan para wartawannya sendiri di New Straits Times and Bernama sengaja tidak mahu mengungkit cerita tersebut. Kerana dia terpaksa menggunakan berita daripada Singapura menunjukkaan keadaan suasana kerja di kalangan orang akhbar masakini. Surat akhbar Malaysia sudah dijadikan alat untuk kerajaan menyerang sesiapa baik dalam UMNO ataupun di luar UMNO yang tidak cocok dengannya. Kerana itu ada beberapa menteri UMNO dan pemimpin politik yang berada dalam keadaan tertekan kerana akhbar itu telah dikuasai oleh pengaruh para peniaga UMNO yang terpilih. Ia terlalu kerap memperlekehkan kejadian yang mudah membuatkan negara ini dibuai mimpi sebelum muncul TV yang dapat menunjukkan bukti akan sesuatu yang telah berlaku. Kalau Bernama tidak membuat liputan terhadap sesuatu upacara yang mungkin mencetuskan masalah, pihak akhbar dan media pun tidak akan melapurkan suatu upacara itu. Kerana itu, setiap kali Dato Seri Anwar diserang bersama dengan tukang canangnya, pendapat yang dikemukakan itu bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan. Cuma ia satu respons yang difikirkan dengan teliti sebelum itu. Malahan ia merupakan rungutan seorang tukang canang yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kerja yang patut dilakukannya. Kempen Anwar ternyata menunjukkan hasilnya dan kerajaan terpaksa menanggung malu dan perasaan putus asa.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>Terjemahan -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

When Does A Spin Doctor Spins?

When the Prime Minister, in the mid-1980s, engaged a well-known United States spin doctor, whose clients included the late Indian prime ministers, Mrs Indira Gandhi and her son Rajiv, the former Pakistan prime minister, Mrs Benazir Bhutto, prominent politicians, business men and others, not even one Dato' Seri Anwar Ibrahim breathed a word. The Prime Minister had had a bad press overseas, which had to be reversed. The Malaysian government hired a spin doctor to lobby that its its palm oil was safe to consume. Did it because it was true or the the product was unsafe? Why then is it treasonable, as we are told it is, for the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, to have his own spin doctor? This in turns makes the Prime Minister and his cabinet look silly in forums overseas. The Prime Minister, not Malaysia, now has a bad press.

The Anwaristas conduct a seamless, tight, occastional, brilliant overseas campaign, which puts the Prime Minister and his administration in a spot. There is nothing inherently wrong with spin doctors. But in Malaysia, any in the opposition to those in power are excoriated as traitors. So the mainstream media, National Front politicians, hangers-on, rush in to the kill. More important, why did not the government respond to the charges leveled against it?

Instead it attacks Dato' Seri Anwar in its media outlets, often on false premises, lashing out to no purpose, thinking this would offset the accusations levelled against it, not just by Dato' Seri Anwar. So, Dato' Abdul Kadir Jasin, who after his removal as editor-in-chief of the New Straits Times group buys over Bernama, the Malaysian news agency, and other choice media assets, comes in to the attack in a forum widely disbelieved. Instead of a principled reasoned argument -- and one can be made if he thought hard enough -- he resorts to character assassination, which is how the Malaysian government dismisses the Anwar enigma. He takes the unusual journalistic view that a man whom government wants destroyed, and all his backers, must stay destroyed, with no right to challenge his destruction.

So, he attacks Dato' Seri Anwar's supporters, especially one former reporter, Mr N.V. Raman, whom he does not name, as one of his higly paid lobbyists in the United States. He is surprised that, like the Prime Minister, the deputy prime minister of the day had his own list of highly-motivated aides, paid and unpaid, who lobbied for him. Dato' Kadir says that when Dato' Seri Anwar became deputy prime minister, Mr Raman returned to a highly paid job with a "Chinese-controlled conglomerate", and to the United States when he was arrested. He omits to mention, of course, that this "Chinese-controlled conglomerate" has as its a son of one Dato' Seri Mahathir Mohamed. If his intention is to link the "Chinese-controlled conglomerate" with general Chinese unhappiness with the government, and tar Dato' Seri Anwar with the Chinese brush as the Malays now tar the Prime Minister, he failed miserably. Besides drawing more odium upon the Prime Minister himself.

Dato' Kadir missed the irony of his attack. He quotes a Singapore newspaper report of Dato' Seri Anwar's spin doctors, his reporters, those in the New Straits Times and Bernama, staying clear of the news. That he has to quote a Singapore newspaper for what happens in his bailliwick itself reflects the condition of the press in Malaysia. It is used by the government to attack any, within and without UMNO, whom it disagrees with. So, some UMNO ministers and politicians is out of bounds in the paper UMNO controls through its favoured business men. It usually ignores events that keeps the country in horrified fascination before television sets in a vain attempt to find out what had happened. If Bernama does not cover a event that could be problematic, the newspapers and media do not report it. So, when it attacks Dato' Seri Anwar and his spin doctors, its views represent not as a carefully thought-out response of the newspaper but of a slanted, vicious attack on him, the rantings of a paid spin doctor which does the opposite of what it has to do. The Anwar campaign bears fruit and the government hangs its head in shame and despair.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my