Laman Webantu   KM2A1: 3099 File Size: 10.7 Kb *



Risiko MoF 48 billion N Belanjawan Silap Mata
By Kapal Berita

30/10/2000 6:04 pm Mon

BORAK-BORAK BICARA BELANJAWAN

[Rencana asal ditajukkan kembali untuk memperkemaskan hujah. - Editor]

Ringkasnya perbincangan di egroups ini menyentuh dua aspek Belanjawan 2001.



  1. Membodek - askar Temung Kemang

  2. Memberi hadiah - kepada SB dan FRU kerana berjasa menjaga kroni dan mengejar dan menakutkan orang-ramai sampai kemasjid.

  3. Ekonomi tahun depan dijangka menguncup kerana pilihanraya Presiden Amerika.

  4. Sejumlah besar wang negara telah dikeluarkan daripada perkiraan belanjawan.

  5. Kelantan dan Terengganu di anaktirikan.

  6. Belanjawan tidak adil atau songsang....


HUTANG KRONI KERAJAAN BANTU

Rencana AFP di bawah ini pula melahirkan kebimbangan Kementerian Kewangan (MoF) menjamin beberapa projek yang berisiko bernilai 48 bilion ringgit. Ia turut menyenaraikan beberapa pemiutang negara terbesar negara.

Menurut lapuran Odit Negara 1999, hutang kerajaan meningkat 8.7% kepada 112 billion ringgit.

Tahun lepas sahaja memecahkan rekod sejak 1995 dimana MoF menjadi penjamin pinjaman bernilai 12 billion ringgit.

Dua Perenggan akhir
menyerlahkan sesuatu - kroni merisikokan negara.


Daripada 48 billion pinjaman, 96% adalah hutang yang diberikan kepada 8 syarikat.


Senarai teratas risiko jaminan MoF adalah:


  1. Kuala Lumpur International Airport = 11.7 billion
  2. Khazanah Nasional Bhd. = 10.98 billion
  3. Danaharta Nasional = 10.3 billion.
  4. Perwaja = 5 billion.




Jika rakyat yang berhutang, harus dikejar dengan penyapu. Inilah keadilan Barisan Nasional.....





Malaysia's Treasury told not to take too many risks:

KUALA LUMPUR, Oct 29 (AFP) - Malaysia's Treasury has been told to exercise caution in acting as guarantor for loans, which amounted to 48 billion ringgit (12.6 billion dollars) last year, the Sunday Star said. Although the loans were to implement key projects aimed at stimulating the economy, the Treasury should not expose the government to high risk, the daily quoted the 1999 Auditor-General's report as saying.

The report said the government's debts rose by 8.7 percent to 112 billion ringgit in 1999.

Last year's bill was the highest since 1995 when the Treasury stood guarantor for loans worth 12 billion ringgit, it said.

Of the 48 billion, 96 percent were for loans by eight firms.


Topping the list were the Kuala Lumpur International Airport for 11.7 billion, the government's investment arm Khazanah Nasional Bhd. for 10.98 billion and the agency set up to mop up bad debts, Danaharta Nasional, for 10.3 billion. National steel firm Perwaja took up another five billion.




Sumber: alternatif-net@egroups.com

Date: Sat, 28 Oct 2000
From: "Ahmad Adil" [ehsanan@hotmail.com]

Belanjawan Silap Mata Tun Diam

Assalamu'alaikum,
Saya tertarik dengan belajawan yang dibentangkan oleh Tun Diam kelmarin. Setiap kali dibentang belanjawan ada sahaja golongan rakyat yang digula-gulakan. Sebelum pilihanraya dahulu kita perhatikan golongan kakitangan kerajaan diole-olekan dengan bonus dan sebagainya dan kini kita perhatikan angkatan berpakaian seragam polis dan tentera pula disasarkan.

Untukmu Askar Teluk Kemang

Turut menumpang tuah ialah angkatan bomba untuk mengabui mata rakyat padahal masih segar diingatan kita bagaimana wira-wira tentera dan polis kita diPort d##kson mencipta sejarah dengan memberi hadiah kekalahan undi pos buat kali pertama untuk Barisan Kroni.

Untukmu Siput Babi

Dan tidak lupa hadiah khas Tun Diam kepada wira-wira SB pro-kerajaan mereka melalui kenaikan elaun petugas-petugas polis diluar masa resmi. Yang disebutkan ialah kakitangan siasat polis tetapi kita semua tahu yang ditujukan ialah abang-abang SB kita yang membalun kita dipesta lari-lari kecil didepan mahkamah dan Dataran Merdeka dahulu.

Untukmu rakyat marhaen - tunggu...

Kita ucapkan tahniah kepada angkatan berpakaian seragam kini dan kakitangan kerajaan pada belanjawan yang lalu kerana berjaya juga untuk menuntut hak rakyat daripada dihabiskan oleh Tun Diam untuk membantu kroni-kroninya semata-mata. Kita syorkan golongan-golongan lain seperti petani-petani, guru-guru, drebar teksi, pelajar-pelajar dan sebagainya untuk mula bersatu mengorak langkah menolak Barisan Kroni pada mana-mana pilihanraya akan datang sebagai fasa kedua kebangkitan rakyat untuk merampas balik hak dan harta rakyat daripada dibolot habis oleh Tun Diam, Bosnya dan kroni-kroni mereka. Tetapi saya syorkan ada lagi satu cara yang lebih senang dan berkekalan untuk kita merampas balik hak kita. Gulingkan sahaja Barisan Kroni dipilihanraya akan datang dan kita semua akan dapat menikmati hak kita secara berkekalan daripada keadaan teka-teki sekarang ini, giliran kumpulan mana pula yang akan beruntung.


Untukmu Daim dari kronimu

Maka media-media kroni pun seperti biasa mewar-warkan belajawan Tun Diam sebagai belanjawan bijak dan sebagainya. Tetapi saya tertarik dengan ungkapan salah satu akhbar Inggeris yang semestinya bukan The New Straits Time. Tersorok didalam ulasan akhbar tersebut tentang belanjawan Tun Diam ialah suatu ayat yang sangat merunsingkan dan penuh bermakna. Akhbar itu mengulas belanjawan dengan mengatakan apa yang hendak didengar oleh Barisan Kroni kemudian ia catit keluhan kebanyakan pemerhati ekonomi bahawa potongan cukai pendapatan sebanyak 1% yang diharapkan untuk meningkat permintaan dalam negeri ("domestic demand") tidak menjadi nyata.

Ahli ekonomi sangat hairan dengan tindakan Tun Diam ini. Rata-rata pakar ekonomi tahu bahawa ekonomi dunia dan khususnya ekonomi Amerika Syarikat akan menguncup tahun hadapan. Ini bermakna permintaan untuk barang-barang Malaysia akan berkurang. Suatu cara untuk menangani kesan buruk keadaan tersebut terhadap ekonomi negara ialah dengan meningkat permintaan didalam negara. Dan satu-satu caranya ialah dengan memotong kadar cukai pendapatan rakyat Malaysia dengan sekurang-kurangnya 1% tetapi Tun Diam diam sahaja dan tidak berbuat demikian. Maka akhbar berani itu mengulas " It appears the Government do not have the money to fund such tax cuts or has the funds been allocated elsewhere?" Bermaksud, nampaknya Kerajaan tiada wang untuk membiayai pemotongan cukai tersebut ataupun sudahkah wang tersebut diperuntukan ketempat lain?

Ini yang sangat membingungkan pakar-pakar ekonomi. Mereka telah membuat perkiraan dan percongakan, pelonjakan harga minyak baru-baru ini dan hasil Bon Antarabangsa besar-besaran tidak lama dahulu bermakna Perbendaharan negara memang banyak wang buat masa ini. Mengapa hasil mahsul ini tidak dimasukkan didalam perkiraan belanjawan khususnya membiayai pemotongan cukai rakyat yang akhirnya akan memenafaat ekonomi dengan meningkatkan permintaan dalam negara?

Untukmu Pemain Silapmata

Saudara,
Sekali lagi kita dihidangkan dengan suatu lagi silap mata. Sejumlah besar wang negara telah dikeluarkan daripada perkiraan belanjawan. Bolehkah saudara teka kepada golongan mana wang ini telah diperuntukkan? Renung semula rintihan wartawan diatas "....or has the funds been allocated elsewhere?" "......ataupun sudahkah wang tersebut diperuntukkan ketempat lain?"

Maka bertepuk-tepuk bahulah Tun Diam, Bosnya dan kuncu-kuncu mereka kerana telah berjaya membentangkan suatu belanjawan yang bijak. Kita akui bahawa belanjawan itu memang bijak, iaitu bijak menipu rakyat dengan mengagihkan dan menyembunyikan jumlah wang yang lebih besar kepada kroni-kroni mereka, daripada jumlah wang yang digula-gulakan kepada golongan tertentu rakyat.

Wassalam,
Ahmad Adil


Date: Sat, 28 Oct 2000
From: "Radi Usil" [roshdiy@hotmail.com]

Belanjawan Para Perompak (BPP-2001)

Belanjawan yang dibentangkan oleh Daim Zainudin petang Juma'at 27 Oktober lebih disebutkan sebagai Belanjawan Para Perompak atau BPP-2001. Kenapa saya katakan begitu?

Inilah kali pertama dalam sejarah negara ini sejak terbentuknya Malaysia, kerajaan pusat menafikan hak pentadbiran peringkat negeri secara terang-terangan. Dulu kita menyaksikan Kelantan dijadikan negeri terpinggir apabila UMNO dan BN keparat kalah dalam pilihanraya 1990. Sekarang nasib yang sama menimpa negeri Trenggamu apabila wang royalti tidak disalurkan kepada kerajaan negeri dipilih secara sah oleh rakyat.

Sekarang kita sedang menyaksikan negara ini sedang menuju ke arah kehancuran. Bagaimana di sebuah negeri terdapat dua kerajaan. Apakah gejala tidak sihat ini akan terus diamalkan oleh pusat terhadap negeri-negeri yang terlepas dari tangan mereka? Di sinilah saya melihat kelak negeri-negeri akan mempersoalkan apakah gunanya mereka berada dalam sebuah negara persekutuan, sekiranya semangat federalisme tidak dihargai.

Dalam pengagihan projek pembangunan BPP-2001 nampak ketara sekali apabila tidak disebutkan peruntukan untuk institusi pendidikan yang diberikan untuk negeri Kelantan dan Trengganu. Kedah yang sudah ada universiti diberikan sebuah lagi. Demikian juga dengan negeri-negeri lain, kecuali Kelantan dan Trengganu.

Boleh jadi pusat fikir dengan tidak diberikan projek secara adil itu sebagai penderaan kepada rakyat kedua-dua negeri yang tidak memilih BN untuk memerintah negeri mereka. Itu adalah fikiran songsang yang sarat dengan dendam kesumat pemimpin keparat Umno. Kalau tidak percaya, nantilah kita akan saksikan akibat daripada tindakan bodoh melalui hasil pilihanraya akan datang. Semua kerusi DUN dan Parlimen di Trengganu akan disapu bersih oleh Barisan Alternatif. Hatta kerusi DUN Seberang Takir sekalipun yang kini dipegang Rasyid Ngah.

Demikian dengan negeri Pahang, Selangor, Kedah, Perak dan Perlis akan masuk kocek Barisan Alternatif.

Marilah kita teruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi untuk memastikan kejatuhan BN dalam pilihanraya akan datang.

Mampus Mahathir!!!
Allahu Akbar!!!