Laman Webantu   KM2A1: 3098 File Size: 27.4 Kb *



TJ: Duka Nestapa PPP
By Marhain Tua

30/10/2000 8:31 am Mon

[Sumber: http://www.malaysiakini.com/ archives_letters/2000/oct/oct28-29/letter1.htm]

MGG 108

DUKA NESTAPA PPP
(Woes of PPP)

Oleh: David Chew


Pada awal bulan ini, People's Progressive Party (PPP) , telah mengadakan mesyuarat tahunannya di PWTC di mana perdana menteri telah menjadi tetamu terhormat. Ketika itu, presiden parti PPP, M. Kayeas telah membuat tuntutan, di antara lainnya, agar PP diberikan semula kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya umum (pemilu) yang akan datang. Beliau telah memberikan keyakinan betapa PP akan menonjolkan kembali zaman kegemilangannya seperti dulu di mana ia pernah memenangi empat kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri.

Kayveas nampaknya sedang mengkhayali satu dunia impian. Impiannya untuk PPP hanya boleh dicapainya kalaulah dia mempunyai kewibawaan seperti mendiang Dr. Seenivasagam yang telah memimpin parti itu pada tahun 1960-an dulu. Tetapi, dengan segala hormat kepadanya, Kayveas tidak pun mempunyai sampai satu per sepuluh apa yang dimilikki oleh mendiang Dr. Seenivasagam. Cara dia memberikan sokongan kepada dasar Barisan Nasional sudah tentu membuatkan Dr. Seenivisagan menggeliat di lubang lahatnya.

Sudah sampai masanya untuk Kayveas sedar daripada khayalan dan menilai kebenaran yang mengelilingi PPP. Daripada semua parti komponen yang bukan beragama Islam dalam BN, PPP merupakan sebuah parti yang paling corot. Ia tidak pun diberi sebarang peluang untuk bertanding dalam pemilu malahan memang dibenci oleh parti komponen yang lain seperti MCA, Gerakan, dan juga MIC yang memang mudah berusaha untuk menentukan PPP terus berada di takuk yang menyedihkan itu.

Apakah sebabnya PPP menjadi begitu sedangkan pada satu ketika dulu ia merupakan satu parti yang mempunyai sokongan yang besar daripada pengundi Cina dalam Lembah Kinta. Kenapakah parti itu menjunam begitu pesat sekali laksana satu roket yang ketandusan minyak dan jatuh berdebab sejak 1974?

Ketika ia dilancarakan, PPP dikenal dengan nama penuhnya Perak Progressive Party. Ia menjadi parti bersekutu yang bersatu dengan Perikatan yang dianggotai oleh UMNO/MCA/MIC. Ketika pemilu 1955, ketika bertanding di bawah naungan bendera Perikatan itu (Kapal Layar) PPP telah memenangi kerusi parlimen Ipoh. Pada 1956, PPP bertelagah dengan Perikatan kerana dasarnya yang menentang Laporan Pendidikan Razak (Razak Educational Report), di mana terdapat beberapa perkara yang menyangkuti sekolah Cina yang tidak dipersetujuinya. Mungkin juga untuk menukar corak pan-Malayan, PPP telah menukar namanya daripada Perak Progressive Party kepada People's Progressive party.

Di bawah kepimpinan adik-beradik Seenivasagam (DR dan SP), PPP mula mengambil sikap menentang dasar pro-UMNO di dalam Perikatan itu, terutama sekali mengenai pelajaran. Tentangan ini dilakukan sebagai satu reaksi dan bukannya sebagai satu dasar penentangan yang dimahukan oleh majoriti penduduk Cina di Lembah Kinta.

PPP diberikan peluang yang baik untuk menguji popularitinya dalam pemilu 1957 untuk kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh MP Leong Yew Koh yang dilantik menjadi gabenor Penang. D.R. Seenivasagam telah bertanding kerusi itu untuk menentang Yap Yin Fah dalam pertandingan satu lawan satu, dan berjaya menumpaskannya. Dalam ucapan mengkritik dasar Perikatan yang pro-UMNO itu, DR telah dianggap oleh pemimpin UMNO sebagai seorang yang anti-Melayu, satu perkara yang DR sengaja tidak mahu pertikaikan apa lagi menafikannya.

Kejayaan yang baru diperolehinya itu telah memberikan ruang yang baik kepada DR dan juga adiknya untuk berusaha gigih mendapatkan hak keistimewaan orang bukan Melayu dalam usaha mereka memperlekehkan Perikatan. Sebagai peguam yang masih melakukan amalan kerjanya, mereka memang amat pintar dan matang untuk bersuara dengan berkesan sambil memperlekehkan ramai pemimpin Perikatan terutama sekali MCA dan MIC. Lagi ramai pengundi bukan Melayu yang memberikan sokongan kepada PPP dan adik beradik Seenivasagam itu, lagi ramai pula yang menganggap MCA dan MIC sebagai penjilat UMNO.


Sokongan padu yang mereka nikmati di kalangan pengundi Lembah Kinta itu telah membolehkan PPP memenangi beberapa kerusi parlimen dan dewan negeri pada pemilu 1959. Ini termasuklah Ipoh yang dimenangi oleh DR dan Menglembu yang dimenangi oleh SP. Apabila dilaksanakan pemilihan anggota majlis tempatan, PPP telah menang besar pertandingan di Ipoh dengan memenangi 14 daripada 16 kerusi yang dipertandingkan. Baki yang ada pergi kepada Perikatan. Sejak itu satu pentadbiran yang bersih dan cekap pun muncul. Ipoh terkenal di waktu itu sebagai sebuah bandar yang paling bersih di Malaysia dan tentunya kepujian itu menjadi hak milik PPP.

Pada 1964, parti Perikatan telah menggunakan masalah konfrontasi Indonesia sebagai satu isu nasional. Dengan cara ini ia berjaya menumpaskan tandingan pihak pembangkang. Namun, populariti adik beradik Seenivasagan masih tetap utuh dalam Lembah Kinta. Mereka masih lagi mampu mempertahankan kerusi mereka walaupun dengan majoriti yang semakin berkurangan.

Zaman kegemilangan DR muncul apabila dia mendedahkan salahlaku menteri pelajaran ketika itu, DR telah mendapat rangsangan daripada wakil PMIP (kini PAS) Alahyarham Zulkifli Mohamed dan telah membuat tuduhan korupsi ke atas Rahman Talib di parlimen. Dia telah dicabar untuk mengulangi tuduhan itu di luar parlimen dan telah memilih Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur sebagai tempat untuk berbuat demikian. Di hadapan satu kumpulan penonton yang besar, termasuk Abdul Rahman Talib sendiri, DR telah mengulangi tuduhan itu seperti yang telah disebutnya di parlimen. Satu kes mahkamah yang panjang telah mengekori peristiwa tersebut dan memberikan kemenangan kepada DR. Rahman Talib terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan dan telah dilantik menjadi duta malaysia ke Mesir oleh perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Di samping itu, DR pun ada membuat pendedahan satu skandal yang lebih dikenali sebagai "Kokos Mess". Yang membabitkan seorang menteri kerajaan. Kewibawannya terus naik mencanak selepas itu. Dia terus dengan kerja guamannya juga; membantu golongan rendah seperti penarik beca, penjaja dan sebagainya, di pejabatnya di Hale Street di Ipoh. Dia mengenakan cas yang kecil dan kerap juga tidak mengenakan sebarang cas pun.

Kegemilangan yang dinikmati olehnya di Lembah Kitna itu telah menyakitkan hati ramai musuhnya sehinggakan terjadi satu kisah bagaimana pada satu hari dia telah diberikan hadiah berupa lapan peti jenazah yang dihantar ke pejabatnya. Orang lain mungkin terkejut dengan suasana itu dan mungkin telah menganggapnya sebaggai satu petanda yan tidak baik. Namun, DR mengambil sikap yang diplomatik. Dia telah mengucapkan terima kasih kepada pemberi 'hadiah' itu

Apabila Lee Kuan Yew melancarkan Konvensyen Solidariti Malaysia di mana dikumpulkan parti pembangkang untuk melancarkan konsep Malaysian-Malaysia dalam memerangi Perikatan pada awal 1965 dulu, DR telah mengambil peranan utama dan menandatangani perjanjian itu.


Seperti yang disebut sebelum ini, DR tidak pernah menyorokkan perasaannya terhadap UMNO yang dianggap sebagai sebuah parti perkauman. Dalam salah satu mesyuarat majlis bandaran Ipoh dulu, PPP pernah menggalakkan penggunaan multi-bahasa dalam persidangannya. Malahan, beberapa ahli majlis munisipal itu telah berpakaian mengikut adat resam kaum mereka. Sikap ini telah menggemparkan wakil Perikatan yang masih lagi bertegas untuk mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam majlis itu.

DR memang amat berkeras menentang Perikatan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional. Apabila rang-undang-undang diluluskan di parlimen pada 1967, beliau telah menganggapnya sebagai satu penderhakaan terhadap aspirasi golongan bukan Melayu. DR menghebuskan nafas terakhirnya pada Mac 1969 dalam usia 40-an, satu bulan sebelum berlakunya pemilu 1969 itu. Ribuan manusia terutama sekali mereka daripada golongan miskin telah membanjiri jalanraya Ipoh untuk memberikan tabik hormat mereka sambil mengingati apa yang pernah beliau berikan dalam perjuangannya untuk memperjuangkan hak mereka yang tertindas.

PPP telah bertanding dalam pemilu 1969 berganding bahu dengan DAP sebagai rakan sekutu. Dalam kempen mereka itu mereka telah membeitahu para pengundi walaupun DR sudah pun tiada lagi, parti PPP itu akan terus memberikan keutamaan kepada aspirasi yang telah diperjuangkan ketika hayatnya. PPP meraih kemenangan yang paling besar dalam pemilu 1969 itu dengan memenangi empat (4) kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri Perak. Dengan kemenangan DAP yang berjumlah 8 kerusi dewan negeri, PPP telah mencetuskan satu kekandasan dalam penentuan siapa yang patut menubuhkan kerajaan. Ketika itu ada satu spekulasi mengatakan seorang calon Gerakan yang menang mungkin melompat ke sebelah pihak Perikatan untuk berganding dengan 19 wakil Perikatan yang menang.

Secara tiba-tiba tragedi Mei 13 meletup di Kuala Lumpur. Seperti juga DAP, PPP telah mendapati suasana berpolitik secara kombatif itu telah dibendung oleh sekatan Akta Menghasut yang melarang sebarang perdebatan terbuka mengenai isu yang sensitif. Pada 1971, empat MP PPP telah menyokong usaha 13 wakil DAP dalam menentang rang undang-undang yang meluluskan Akta Menghasut itu. Itulah kali terakhir PPP berganding bahu dengan DAP untuk menentang kerajaan. Apabila demokrasi berparlimen dibenarkan semula, dengan beberapa hambatan yang sengaja diperkenalkan, PPP telah mengambil keputusan untuk menilai semula peranan mereka.

SP Seenivasagan, yang kerap mengambil peranan orang belakang dalam penonjolan DR sebagai pemimpin parti sebelum itu, tetapi pada 1972 terpaksa memainkan peranan pemimpin ulung parti itu, telah membuat keputusan untuk menerima pelawaan Perikatan menjadikan PPP salah satu parti komponen BN. Di sinilah bermulanya peranan PPP di Perak sebagai rakan kongsi UMNO.

Ketika itu, pembekuan terhadap pilihanraya majlis tempatan yang dikenakan pada 1964 disebabkan konfrontasi itu telah dirasakan akan kesannya. Pembekuan itu telah memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan hak memilih sesiapa sahaja sebagai ahli majlis munisipal. SP menjangkakan beliau akan kehilangan jawatan sebagai presiden munisipal itu kerana memikirkan tentulah kerajaan perikatan di Perak memilih seorang ahli parti itu di kalangan ahli majlis. Dengan menganggotai Perikatan, SP telah berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden majlis munisipal Ipoh.

Secara mendadak, majoriti penyokong daripada kaum Cina di Lembah Kinta menjadi berang dengan pendirian yang dilakukan oleh PPP. Mereka tidak dapat menerima penjelasan yang dibuat oleh PPP betapa mereka akan menikmati lebih banyak kemudahan dengan merestui PPP menjadi anggota komponen BN itu. Majoriti penyokong itu mula menganggap PPP sebagai satu parti opportunis yang sengaja menjual prinsip perjuangan parti.

Situasi itu memang diperhatikan sahaja oleh DAP yang terus bingkas untuk mengeksploitasi keadaan. DAP menuduh SP sebagai si petualang yang telah derhaka kepada prinsip perjuangan mendiang abangnya. Salah satu prasyarat kemasukkan PPP ke dalam BN ialah kemudahan untuk PPP mempertahankan empat kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri pada pemilu 1974.

Apabila pemilu 1974 mucul, PPP terpaksa menyanyikan satu lagi yang amat berbeza dengan irama yang pernah dinyanyikannya dulu. Ketika pemilu 1969, prinsip perjuangan parti adalah menyanggah kerajaan, tetapi pada 1974 PPP terpaksa pula mempertahankan dasar pemerintahan BN. Putaran suasana itu tidak dapat diterima oleh para pengundi di Lembah Kinta, mentelahan lagi ketika itu DAP terus mengapikan hasutan mereka untuk memperlekehkan calon PPP.

Apabila peti undi dibuka untuk dihitung, hampir semua calon PPP yang mempertahankan kerusi mereka telah ditewaskan oleh DAP. SP kalah teruk kepada calon DAP; Fan Yew Teng di Menglembu. Tiga lagi MP yang menjadi calon PPP - RCM Rayan (Ipoh), Chan Yoon Onn (Ulu Kinta) dan Su Liang Yu (Beruas) kalah teruk kepada calon DAP. Orang kuat PPP di dewan negeri, Khong Kok Yat dan Foo Kuan Tze turut kalah mempertahankan kerusi dewan mereka.


PPP menerima pukulan teruk. Kejadian itu telah meranapkan moral SP. Dia telah dilantik menjadi seorang senator oleh BN, tetapi dia tidak dapat memulihkan semangatnya dengan kekalahan itu. Pada tahun 1975, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan mati dengan penuh kekecewaan.

Kematian SP membawa berita buruk kepada PPP. Satu saga kecermelangan dua beradik pun berakhir. Sesiapa sahaja yang mengambil alih kepimpinan parti itu tidak berjaya memulihkannya. Parti itu terus menurun kekancah yang penuh tandatanya.

Adalah menjadi satu amalan dalam BN, betapa setiap parti komponen dibenarkan mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya. Kekalahan PPP pada pemilu 1974 bererti kuota untuk kerusi parlimen dan juga dewan undangan negeri telah diambil alih oleh MCA yang telah memperkuatkan pengaruhnya ketika di bawah pimpinan Lee San Choon. Selepas pemilu 1974 itu, PPP mendapati peluang untuk bertanding sudah menjadi semakin tipis. Keadaan menjadi kucar-kacir pula apabila para pemimpin PPP kerap bertelagah antara satu dengan yang lain. Ini bukan sahaja memalukan parti itu malahan juga Barisan Nasional. Kerana itu sejak 1995 sehinggalah pemilu 1999, PPP tidak pun diberikan sebarang kerusi untuk menonjolkan wakilnya.

Kalau kita teliti pergeseran kaum dalam BN dan situasi peruntukan kerusi yang terhad di kalangan parti komponen yang bukan Melayu, parti komponen yang lebih kuat seperti MCA, Gerakan dan MIC memang melakukan yang termampu dan terbaik agar UMNO tidak memberi sebarang peluang kepada PPP. Tujuannya ialah untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk parti mereka sendiri.

Sejak mengambil alih kepimpinan PPP pada 1995, Kayveas telah mencuba tanpa sebarang kejayaan untuk memulihkan parti itu. Sambil suasana politik terus berkembang di Malaysia, ada adik perempuan mendiang Senivasagan yang masih hidup lagi dan menetap di bangunan lama yang satu ketika dulu merupakan pejabat abangnya yang terkenal itu. Begitu juga dengan beberapa saudara mara mereka yang masih hidup lagi. Namun semakin ramai manusia yang sudah lupa akan perjuangan yang ditunjukkan oleh dua beradik itu untuk menjadikan PPP sebuah parti yang digeruni.

Memang tidak akan muncul PPP yang serupa dengan parti yang pernah dipimpin oleh Seenivasagan bersaudara itu. Terutama sekali DR.


-David Chew-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Terjemahan -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Rencana Asal:

Woes of PPP

Sometime earlier this month, the People's Progressive Party (PPP) held its general assembly at the Putra World Trade Centre (PWTC) in KL in which the prime minister was the guest of honour. PPP president M Kayveas, among other things, wanted PPP to be given seats to contest in the next polls, and even expressed the hope that PPP would re-live its heyday where it won four parliamentary and 12 state seats.

Kayveas is living in a dream world. His dreams for PPP can only be achieved if he is another DR Seenivasagam, the dynamo of the party way back in the 1960s. But Kayveas, with all respect due to him, will never be even one-tenth of DR Seenivasagam. The way he is obliged to support BN policies would make the late DR Seenivasagam turn in his grave!

It is time Kayveas woke up from his dream and look at the reality of PPP around him. Of all the BN non-Muslim component parties, PPP has fared the worst, not even being allowed to contest a single seat in the last general election, and being "despised" by the other non-Muslim BN components like MCA, Gerakan and MIC, which would go all out to ensure that PPP continues to languish in its pathetic state.

What went wrong with PPP, once the pride of the anti-establishment Chinese-majority voters in the Kinta Valley, whose fortunes plummeted like a descending rocket running out of fuel to bite the dust from 1974?

PPP was known as the Perak Progressive Party when it was inaugurated in 1953. It was an ally of the Alliance consisting of Umno/MCA/MIC in the 1955 general election. Under the banner of the Alliance, PPP contested and won the Ipoh parliamentary seat.

In 1956, PPP fell out with the Alliance, one of the reasons being its opposition to the Razak Educational Report, of which some aspects were objectionable to the Chinese schools. Perhaps to develop a pan-Malayan character, PPP changed its name from Perak Progressive Party to People's Progressive Party.

PPP under the leadership of the Seenivasagam brothers, DR and SP, began to adopt a stance opposing the pro-Umno policies of the Alliance, particularly in education. They did so, more in reaction rather than in initiation to the policies which the Chinese-majority Kinta electorate resented.

PPP got the chance to test its popularity in 1957 when the Ipoh parliamentary seat fell vacant following the resignation of its MP Leong Yew Koh to become the governor of Penang. DR Seenivasagam contested the seat in a straight fight with MCA's candidate Yap Yin Fah and trounced him convincingly. In his vehement criticism of the Alliance's pro-Malay policies, DR was seen by Umno leaders as "anti-Malay", a fact DR did not bother to explain, let alone deny.

Having obtained a platform, the Seenivasagam brothers, particularly DR, worked tirelessly to fight for the rights of the non-Malays in their vehement opposition to the Alliance. As practising lawyers, they knew their stuff very well, and their eloquence had the effect of belittling many Alliance leaders, particularly MCA and MIC. The more the non-Malay voters in the Kinta Valley support PPP and the Seenivasagam brothers, the more they regarded MCA and MIC as lackeys of Umno.

With the solid support they received from the Kinta Valley, PPP was able to win several state and parliamentary seats in the 1959 general election, including Ipoh (won by DR) and Menglembu (won by SP). When local council elections were held, PPP swept the elections for the municipality of Ipoh, winning 14 of the 16 seats with the remaining two going to the Alliance. From there it ran a clean and honest administration. Ipoh in those days had the reputation of being "the cleanest town in Malaya" with the credit going to PPP.

Even in 1964 when the Alliance made Indonesian Confrontation the main issue, and in the process inflict a heavy defeat on the opposition, the popularity of the Seenivasagam brothers in the Kinta Valley held sway, and they were able to retain their parliamentary seats of Ipoh and Menglembu though with reduced majorities.

DR's finest hour was when he exposed the then education minister Rahman Talib for corruption. DR got a tip from the late PMIP (now PAS) MP Zulkifli Mohamed and made the allegation of corruption in Parliament. When he was challenged to repeat his allegation outside parliament by Rahman, DR chose the Chinese Assembly Hall in KL as the venue and in the presence of a big crowd, including Rahman, he repeated the accusations he made in Parliament. A long court case ensued, but in the end DR won, Rahman resigned as education minister and was made ambassador to Egypt by the then prime minister Tunku Abdul Rahman.

Aside from this, DR also exposed a sex scandal popularly known as "Kokos Mess" involving another government minister. DR's political stock soared. He continued with his legal work of helping many low-income earners like trishaw pullers, hawkers, etc., from his office in Hale Street in Ipoh. He either charged them nominal fees or gave them free legal service.

His popularity with the Kinta electorate angered some of his enemies who one day dispatched about eight coffins to his office. While many would have taken offence at this morbid gesture and regarded it as a bad omen, DR was most diplomatic. He even thanked those who bothered to send PPP the coffins!

When PAP under Lee Kuan Yew initiated the Malaysian Solidarity Convention, a gathering of opposition parties to espouse "a Malaysian Malaysia" in fighting the Alliance in early 1965, DR was one of its signatories and staunchest supporters.

As mentioned earlier, DR did not bother to hide his resentment of the Alliance, particularly Umno, which he regarded as most communal. At one of the meetings of the PPP-controlled Ipoh municipal council in the late 1950s or early 1960s, PPP not only encouraged the use of multi-lingualism in its proceedings, but some of its councilors also came in their distinct "Chinese" and "Indian" costumes, embarrassing the two Alliance councilors who were championing the use of Malay as the sole official language in the municipal sittings.

DR opposed very strongly the Alliance move to make Malay the sole official and national language of the country. When the bill was passed in Parliament in 1967, DR regarded it as a "betrayal of the aspirations of the non-Malays".

DR died in late March 1969 in his 40s, one month before nomination day for the 1969 general election. Thousands, particularly the poor, thronged the streets to attend his funeral, remembering all that he had done in fighting for their rights as underdogs.

PPP contested the 1969 general election with DAP as their ally. In its campaigns, PPP told the electorate that though DR had died, the party would always uphold all that he had fought for during his lifetime.

PPP scored its best performance in the 1969 polls, winning four parliamentary and 12 state seats in Perak. Together with DAP's eight state seats, PPP caused a deadlock in the 40-seat Perak state assembly after it was speculated that the lone Gerakan state assemblyman would join the 19 Alliance state assemblymen.

Then the May 13 riots broke out in KL, and like DAP, PPP found that its combative style was severely curtailed by the Sedition Act which prohibited the open discussion of sensitive issues. In 1971, four PPP MPs joined their 13 DAP counterparts to oppose the bill promulgating the Sedition Act.

That was the last time the PPP cooperated with DAP in their common opposition to the Alliance. When parliamentary democracy was restored but with a lot of restrictions imposed, PPP decided to re-appraise its role.

SP, who had often played a backseat role to his brother DR previously, in 1972 as PPP leader, accepted the Alliance offer to become a component of BN where PPP would play a major non-Malay role in Perak in cooperation with Umno.

At that time, the ban on local council elections, imposed in 1964 at the height of the Indonesian confrontation, was being felt. The law gave the state government the right to appoint municipal councilors. SP calculated that he would lose his position as Ipoh municipal president in the expectation that the Alliance government of Perak would appoint only Alliance councilors. With PPP joining the Alliance in an extended BN, SP could keep his position in the council.

The overwhelming Chinese-majority supporters of PPP in the Kinta Valley understandably became outraged at what they saw as PPP's volte face. They were not to be taken in by SP's explanations that the political atmosphere after the 1969 election had changed and there was more to gain if PPP also changed to cooperate with the Alliance instead of confronting it as in the past. To them, PPP was an opportunist who had sold out its political principles.

DAP, which was waiting in the wings, now swept in to exploit the issue, reiterating that SP had betrayed his brother DR's principles. One of the conditions for PPP's entry into BN stipulated that PPP defended its four parliamentary and 12 state seats in the 1974 general election.

Thus PPP sung an entirely different tune in the 1974 polls. While it adopted an anti-establishment stance up to 1969, PPP in 1974 defended BN's policies. The anti-establishment Kinta Valley electorate could not accept the PPP that DAP portrayed as a "turncoat".

When the ballot boxes were opened and the votes counted - practically all the incumbent four PPP MPs and 12 state assemblymen lost their seats to DAP opponents. SP lost by a huge margin in his Menglembu parliamentary seat to DAP's Fan Yew Teng. The other three PPP MPs - RCM Rayan (Ipoh), Chan Yoon Onn (Ulu Kinta) and Su Liang Yu (Beruas) lost to DAP opponents. PPP strongmen like Khong Kok Yat and Foo Kuan Tze also lost their state seats.

PPP was badly defeated. As he had led his party to its worst ever showing, SP took the humiliation badly. He was made a senator as compensation by BN, but SP never recovered from the debacle and died a broken man in 1975.

After SP's death, the saga of the Seenivasagam brothers, who had been PPP's main pillars, came to an end. All those who took over the party could not match the capability of the brothers. The party began to slide further and further downhill.

The practice in BN stipulated that component parties defend their incumbent parliamentary and state seats. To do so, the parties concerned must win their seats in the previous polls. After PPP's defeat in the 1974 polls, its quota of parliamentary and state seats were taken over by MCA which had reasserted itself under its then president Lee San Choon.

With subsequent elections after 1974, PPP found that it had fewer and fewer seats to contest. To make matters worse, PPP leaders were fighting among themselves and embarrassing not only the party, but BN itself. So much so that from 1995 leading on to the last general election in 1999, PPP was not allocated any seat, state or parliament, to contest.

Given the racial division in BN and a much smaller allocation of seats among the numerous non-Malay components, stronger BN components like MCA, Gerakan and MIC did their best to prevail upon Umno that PPP continue to be excluded. Such being the case, they would have more seats to contest.

Since he took over in 1995, Kayveas is trying, without much success, to revive the party. As political developments continue to change in Malaysia, it is sad that aside from their sister, who still lives in the premises which was once the office of her famous brothers, and some close friends and relatives, many people tend to forget about the Seenivasagam brothers who had done so much to make PPP a credible force.

There will never be a PPP in the mould of the Seenivasagam brothers, particularly DR.


David Chew