Laman Webantu   KM2A1: 3085 File Size: 3.6 Kb *



Wanita Umno menangis VS Puteri Umno
By Kapal Berita

28/10/2000 5:43 am Sat

Aduh..... malas saya hendak memberi komen. Sila baca sendiri petikan Berita Hairan ini:

Mungkin Wak dan Dahlia boleh komen lagi untuk dibuat satu siri LAWAK MESTI KETAWA punya....




Sumber: http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/ Friday/National/20001027081040/pp_index_html

Puteri Umno hanya bertaraf kelab


KUALA LUMPUR, Khamis - Cadangan penubuhan Puteri Umno yang mempunyai entiti sendiri mungkin menjadi kenyataan, tetapi ia hanya bertaraf kelab atau persatuan dan boleh diwujudkan mengikut keperluan.

Menurut sumber, Pergerakan Wanita Umno dijangka mengemukakan cadangan baru bagi Puteri Umno dengan mengambil kira maklum balas semua pihak, termasuk daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

?Puteri Umno akan mempunyai entiti sendiri iaitu berasingan sama sekali daripada Wanita Umno, tetapi struktur organisasinya mungkin tidak akan mengikut cadangan asal atau cadangan balas Wanita Umno sebelum ini,? kata sumber itu.

Cadangan baru itu dibuat selepas pertemuan Exco Wanita Umno, Ketua Wanita, Bendahari dan Ketua Penerangan peringkat bahagian yang diketuai Datuk Seri Rafidah Aziz dengan Dr Mahathir, Selasa lalu.

Sumber itu berkata, Dr Mahathir sudah diberikan gambaran lebih jelas mengenai kontroversi yang timbul berikutan cadangan awal penubuhan Puteri Umno oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT), Azalina Othman, pada Ogos lalu.

?Semua wakil Wanita Umno yang hadir meluahkan pandangan masing-masing.

Tidak ada siapa yang menentang Puteri Umno kerana kemasukan orang muda memang diperlukan, cuma struktur organisasinya perlu dikemaskan.

"Memang ramai Wanita Umno yang menangis dalam pertemuan itu kerana menerima tohmahan daripada pelbagai pihak akibat isu penubuhan Puteri Umno ini... kami ingin menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."

"Dr Mahathir sendiri turut tidak menyangka penubuhan Puteri Umno ini akan menimbulkan perdebatan hangat seperti sekarang," katanya.

Dalam cadangan asal Puteri Umno, Azalina mencadangkan struktur Puteri Umno mengikut Pemuda Umno iaitu dengan keahlian dibuka kepada mereka berusia di bawah 40 tahun, diberi entiti berasingan daripada Wanita Umno dan ketuanya diletakkan setaraf dengan Naib Presiden.

Bagaimanapun, perdebatan hangat menyelubungi Wanita Umno, dengan kumpulan tertentu menyokong cadangan itu, manakala yang veteran ?kecil hati? dan ?tersinggung? dengan kenyataan Azalina.

Dalam cadangan balas, pergerakan itu mencadangkan had umur 25 tahun untuk keahlian Puteri Umno, tetapi perkara itu terus diperdebatkan .

Justeru, maklumat terbaru yang diterima hasil pertemuan dengan Dr Mahathir hampir pasti mengetepikan kedua-dua cadangan berkenaan.

Alasan penubuhan Puteri Umno berstatuskan persatuan atau kelab itu adalah berdasarkan logik iaitu tidak ramai wanita muda yang masih berada di kampung kerana kebanyakannya sudah berhijrah ke bandar.

Oleh itu, sasaran utama untuk keahlian Puteri Umno ialah golongan profesional muda yang sememangnya berada di bandar.

"Kita tidak mahu lagi isu penubuhan Puteri Umno menjadi perdebatan kerana sudah cukup kerosakan yang berlaku di dalam Wanita Umno akibat daripadanya," kata sumber berkenaan.