Laman Webantu   KM2A1: 3083 File Size: 11.1 Kb *



B2: Umno dan Peningnya
By Man Kubur

28/10/2000 5:00 am Sat

SIRI 2: UMNO DAN GELAGATNYA

Pernah satu ketika dahulu sewaktu kempen pilihanraya kerajaan BN menggambarkan pihak BA berketuakan seorang yang pening kepala. Kempen tersebut menyalahi etika iklan negara - kerana jika itu dibolehkan pembuat sabun tidak perlu lagi memberi tanda X untuk memperkecilkan saingan mereka. Katakan sahaja jenama apa yang kurang - nanti semua jenama seluruh negara akan berperang!

Apa yang berlaku di dalam negara kini sudahpun memeningkan kepala, khususnya pemimpin-pemimpin BN sendiri. Akhirnya mereka mengambil jalan pinntas dengan menutup kes atau menipu terus. Bila ini berlaku tiada lagi makna pemerintahan yang penuh dengan cogankata itu - Bersih Cekap dan Amanah. Sebaliknya mereka memijak undang-undang dan memperlekehkan ugama.

PENING 0: UMNO DAN ULARMAKNYA

Secara tidak langsung, Enakmen murtad yang menjadi bualan sejak kebelakangan ini adalah salah satu buah silat ularmak umno juga. Malangnya kenyatan-kenyataan Mahathir beberapa hari lepas menempelak idea ularmak umno sendiri.

Kita sendiri tahu Shahidan Kassim tidak cukup ilmu untuk berbahas perihal murtad. Dia perlu merujuk kepada seseorang, dan sudah tentu ulamak dari PAS tidak sesuai untuk tujuan itu. Secara tidak langsung Shahidan Kassim sendiri sudah "ditampar" oleh memanda perdana menteri!

Kita sendiri tahu kebanyakkan ularmak umno adalah ularmak yang terbuang. "Tidak lulus" - kata orang tua-tua. Apabila orang yang gagal cuba membawa hal-hal ugama, inilah jadinya. Belum apa-apa dia menuduh PAS sebagai kaum khawarij. Bermacam buku diterbitkan dan satu kumpulan penceramah berjumlah 25 orang ditubuhkan oleh Mustapha Muhammad. Sampai kini tidak ada seorang pun yang tampil kedepan, sebaliknya perdana menteri sahaja yang kuat bersuara dalam pelbagai majlis yang melibatkan ugama. Apakah ini bermakna Mahathir sendiri lebih arif dari 25 ularmaknya?? Samada mereka sedar atau tidak, taraf 25 ularmak umno ini hanyalah satu perhiasan cuma..... Mereka semua tidak layak mendapat perhatian corong kamera. Mungkin Mahathir sendiri bimbang akan terbalik semua sokongan rakyat dibuatnya!

Selain itu kita pun tertanya-tanya mengapakah ularmak umno ini senyap sahaja dengan fatwa Syaikh Taha. Sudah angkat tangan "surrender" ke?

PENING 1: KES RAHIM NOR

Satu waktu dulu kekerasan Rahim Nor dijawab dengan kelembutan suara DSWA dengan kemaafan walaupun sedih kerana DSAI hampir hilang nyawa. Tanpa kita sedari ada sesuatu dalam Rahim Nor sedang memberontak. Sentuhan kemaafan itu memang berbisa.....

Sudah tentu ini memeningkan kepala banyak pihak. Rahim Nor akan menjadi pahlawan negara jika beliau berterus terang. Itulah satu perjuangan penting tetapi di dalam diri beliau sendiri. Apa yang berlaku kini amat mendukacitakan beliau dan seisi keluarga, termasuk anak-anak beliau. Kini Rahim Nor sedar wang ringgit dan kuasa tidak akan dapat menggantikan kepiluan tersebut. Sebaliknya iman dan kebenaran sahajalah yang akan menyelesaikan semua pekara.

Maka terpaksalah ditunda perbicaraan beliau kerana pihak konspirator sendiri sudah kurang yakin dengan Rahim Nor. Setiap orang ada kelemahannya.... apabila Rahim Nor terbayang derita keluarganya dia akan membuatkan pihak yang bersubahat itu pening kepala. Oleh itu kes tersebut dilambatkan sahaja sehingga sedikit reda. Namun demikian penderitaan itu tidak akan menghilang walau ditunda sekian lama. Lambat laun ia akan menjelma. Inilah pening yang amatnya.

PENING 2: SKANDAL PERWAJA

Kalau bau itu sudah terlalu busuk, seluruh jentera BPR pun tidak mampu untuk mengembumikannya. Kini BPR bermain-main anak dengan skandal ini. Semenjak Eric Chia bising kononnya beliau cukup bukti untuk melepaskan dirinya, BPR masih tidak bergerak-gerak. Yang ada hanyalah gerak mulut dan kenyataan sini dan sana. Jika BPR hanya mampu bermain mulut, sampai bila pun penjenayah negara akan bergelak ketawa. Sekali pihak pembangkang bersuara keluarlah kenyataan yang diambil dari suratkabar lama.... Seperti biasa nama penjenayah masih tidak keluar-keluar. Tidak mungkin wang berbilion hilang jika tidak ada si penerimanya. Semakin lama kes ini bergegar, selama itulah maruah BPR tercemar.

PENING 3: SKANDAL TABUNG CHANG MING THIEN - MCA

Tabung Pendidikkan Chang Ming Thien ditubuhkan oleh mendiang Chang dengan Multi Purpose Holdings (MPHB), sayap pelaburan MCA, dengan dana 10 juta, pada tahun 1980. Pada tahun 1990, tiada apa-apa pun berlaku - maka pihak Chang meminta dipulangkan balik wang tersebut kepada syarikat pelaburan Chang, General Holdings.

Kita masih belum lupa bagaimana skandal Koperatif pada tahun 80an yang menyenangkan ramai pencarumnya rugi dan kehilangan wang. Akhirnya beberapa orang masuk kepenjara - tetapi itu tidak akan mengembalikan wang yang sudah hangus di dalam bara.

Kini MPHB sudah terjual. Kaitannya dengan MCA sudah tidak seperti dulu. Tapi wang tabung itu kemana perginya. Apakah ia sengaja di ujudkan supaya ia tidak dapat disiasat sebelum semua wangnya lenyap?

Kini MCA sudah malu dengan skandal tabung ini. Setiausaha agungnya mahu ia dibincang dalam tertutup (behind closed doors). Sudah 20 tahun berlalu, tetapi dalangnya bebas bergembira. Bila orang MCA sendiri curiga disuruh berbisik dalam rumah aje pula!

PENING 4: SKANDAL PUTRAJAYA

Tulisan Raja Petra tempoh hari menggegarkan penduduk Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kerajaan Persekutuan berkeras untuk mengambil Putrajaya dan meminta kerjaaan negeri "bersyukur" dengan pembelian RM800 juta semua tanah di sana dan imbuhan RM 7.5 juta setahun.

Kini timbul tandatanya siapakah yang membenarkan ianya dijual dan kenapakah perkara penting sebegini tidak melalui satu usul dari DUN kerana rakyat Selangor berhak ke atas tanah dan negeri mereka? Sikap ambil dulu dan bising kemudian menunjukkan kerajaan Mahathir kini sudah melampaui batas. Dulu dia mengambil royalti, kini dia mahukan tanah pula dan menyuruh rakyat bersyukur dengan tawaran dan habuan wang.....

Perhimpunan 100,000 rakyat di negeri Selangor nanti pasti membuat urat-urat darah di kepala tegang semula. Sudah tentu yang bersalah terpaksa mencari sesuatu untuk menutup muka. Apabila pemimpin berperang dengan rakyatnya, itulah titik permulaan kemusnahan dirinya....

PENING 5: PENYAKIT JE, HFMD

Nampaknya Kementerian Kesihatan dan menterinya tidak boleh berdiam diri dalam kepeningan. Apa yang berlaku menunjukkan virus yang pelik-pelik dan yang sukar dikenal pasti suka "melancung" ke Malaysia.... mungkinkah ini semua satu kesan dari Kempen Melawat Malaysia?

Bayangkan kedua-dua penyakit ini memerlukan kepandaian dan analisa makmal dari luar negara. Dan penyakit ini juga boleh membunuh manusia. Bagi kita orang Islam, ini sudah cukup untuk memberi beberapa pengajaran. Semaju mana pun sesuatu negara itu, tetapi jika ia meminggiri islam dan menghina ulamak - ia tidak akan berjaya memusnahkan Islam. Sebaliknya tuhan hanya perlu menghantar mahluknya yang kecil sahaja untuk memusnahkan sesuatu bangsa. Kalau Namrud tewas dengan seekor nyamuk, jangan terkejut jika kuman yang sebegitu kecil boleh memusnahkan ??????. Kembalilah kepada Islam sebelum terlambat.


PENING 6: SKANDAL ROYALTI

Mahathir menjangka dia akan berjaya memusnahkan satu kerajaan pilihan rakyat dengan menodai perjanjian. Dia menafikan hak rakyat kepada royalti sedangkan minyak itu milik negeri yang "dipajakkan" kepada Petronas melalui satu perjanjian ala kongsi-kongsi. Kerajaan Persekutuan tidak berkuasa apa-apa, kerana tanah atau laut itu bukan miliknya. Kerajaan Persekutuan hanya ada dua negeri ia mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil wang dan harta - iaitu wilayah persekutuan (KL) dan Labuan.

Rakyat Terengganu tidak perlu bimbang kerana bekas Hakim Negara, Tun Salleh Abbas memang arif dengan undang-undang. Malah beliau sendiri yang membuat draf akta petroleum. Tindakkan Mahathir kini hanya akan memusnahkan sedikit sokongan yang masih ada kepada umno. Apabila Mahathir menafikan royalti, dia telah menafikan hak kepada semua rakyat negeri, tidak kira mereka umno atau tidak. Kini beberapa kontraktor umno sendiri sudah bersungut kerana tanpa royalti beberapa projek berjimat cermat akan mengurangkan lagi peluang mereka untuk berniaga...... salah siapa jika tidak umno juga?

Tuhan tidak mempersiakan doa rakyat yang dizalimi. Dengan penemuan minyak di sekitar pantai negeri Terengganu baru-baru ini yang diumumkan oleh MB Terengganu, tidak perlu lagi sebarang royalti dibayar kepada Petronas atau kerajaan Pusat. Kita pasti syarikat minyak asing boleh memberi tawaran yang jauh lebih baik dari petronas, apatah lagi kerana Terengganu memang terkenal dengan kualiti minyaknya - kadar sulfur yang rendah.

    "He said preliminary studies show the reserves along the coastal area, located between the north and central area of the state, runs the length of some 200km.

    "The oil reserves found on land are in Besut and Dungun districts and they have the potential to be developed and owned entirely by the state government," he said after chairing the state executive committee meeting here on Wednesday." - Bernama


Cuba anda bayangkan 200km itu bukannya pendek. Malah ia lebih BESAR dari segala pelantar Petronas di SELURUH NEGARA!!


PENING 7: DEBAT PAS-UMNO

Sekali lagi umno berdepan dengan cabaran yang memeningkan kepala. Kita sudah lama kenal dengan Hishamuddin yang pernah menonggang beer itu. Malah kita masih ingat dia ponteng satu debat di satu universiti yang terkemuka di dalam negara.

Kini pelbagai "syarat" mula kendengaran. Tidak ada lintas langsung walaupun masih ada kamera. Ini menunjukkan umno sendiri masih kurang yakin kepada ketua pemudanya, dan mungkin juga, pengalaman atau jasa ketuanan melayu yang sering dilaungkannya. Bayangkan apa yang ketua pemuda itu akan jawab bila statistik tanah rizab melayu bergema ke seluruh negara?

Kita tidak mengukur kekuatan melalui percakapan, tetapi melalui perbuatan dan pengalaman. Jika fakta-fakta dijadikan ukuran, umno akan kecundang. Jika Mahfuz menggunakan fakta sampai bila pun hero umno akan tidak terjawab. Kalau adapun sedikit gagap yang pasti mengetawakan semua orang, termasuk orang umno juga. Bila itu berlaku alam yang terang ini akan semakin malap buat Hishamuddin, walaupun dia boleh membeli pelbagai cermin mata....

-Man Kubur-

(Bersambung...)