Laman Webantu   KM2A1: 3077 File Size: 14.2 Kb *



Belanjawan: Yang Naik dan Yang Turun
By Kapal Berita

27/10/2000 4:21 am Fri

Menjelang Belanjawan Negara, mungkin ada baiknya jika kita memerhati sedikit apa yang naik dan apa yang turun.



  1. Harga Minyak Dunia dan Pengguna

    Harga minyak dunia memang naik sahaja. Sepatutnya rakyat mendapat nikmat darinya, tetapi apa yang berlaku lain pula jadinya. Kenaikkan harga minyak disalurkan kepada pengguna dengan alasan kerajaan sudah tidak mampu memberi subsidi. Yang menarik jumlah subisidi itu kira-kira RM3billion, nombor yang sama yang hangus akibat kepandaian Halim Saad berniaga di Filipina.

  2. MAS untuk dijual

    Pegangan dari 30% ke 45% ditawarkan, tetapi perbincangan berakhir tanpa gembira. Belum ada pihak bersetuju kerana ada kebimbangan. Lagipun pelabur luar bijak juga....

    Yang menariknya, tambang dinaikkan kerana MAS sudah banyak sengsara dengan hutang. Ia pernah hampir kehabisan minyak semasa berada di udara London.

  3. Proton mencari Rakan

    Ada 30% untuk dikongsi tetapi rajan kongsi masih belum ditemui.

    Ramai yang membeli Proton bukan kerana mutunya, tetapi harganya. Oleh itu pelabur luar dijangka membeli kepentingan dalam Proton bukan kerana kehebatannya teknologi, tetapi lebih untuk menembusi pasaran dengan perlindungan.

  4. Bailout Halim Saad:

    RM3 billion menjadi RM4 sahaja dengan ehsan Danaharta. Malah Kerajaan berdiam diri pula bila Halim membeli bahagian Time Telekom. Pelik bin Ajaib, mengapa tidak disuruh beliau membayar hutang RM3 bilion itu.... bukankah empat bank malaysia itu berniaga juga? Atau memang sengaja menderma untuk seorang "tokoh" kesayangan menteri negara?






Source: AFP http://news.airwise.com/stories/2000/10/972473520.html

Malaysia Fares Hike

Oct 25, 2000

Domestic fares at Malaysia Airlines are set to jump by up to 50 per cent on certain routes after the airline was given government approval for the hike.

The price rise will apply only to flights serving the peninsula, but it is unclear at present whether services in Sabah and Sarawak to the peninsula will be affected by the higher fares.

An annoucement about a foreign partner for MAS is expcted in the near future after the Malaysia government said it had identified several potential partners for its flag carrier.




http://asia.biz.yahoo.com/news/asian_markets/article.html? s=asiafinance/news/001025/asian_markets/dowjones/ Malaysia_Time_Engineering__MYR345.7M_Pft_From_Renong_Sale.html

Wednesday, October 25 7:40 PM SGT

Malaysia Time Engineering: MYR345.7M Pft From Renong Sale

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Malaysian telecommunications company Time Engineering Bhd. (P.TEN) Wednesday said it will realize a profit of about 345.7 million ringgit (MYR) ($1=MYR3.80) from the proposed sale of its entire stake in conglomerate Renong Bhd. (P.RNG).

In a statement, the company said the sale will increase the net tangible assets of Time Engineering by MYR0.46 a share.

The company was replying to a Kuala Lumpur Stock Exchange query for more details on the proposed transaction.

Time Engineering also said the proceeds from the sale will be utilized to partly redeem its $250 million nominal value redeemable secured zero-coupon bonds, which are to expire in 2001.

Last week the executive chairman of Renong, Halim Saad, offered to buy Time Engineering's 21.6% stake in Renong for MYR874.7 million.





FOKUS RENONG SEBELUM KRISIS 1998

Renong Berhad adalah konglomerat terbesar Malaysia yang membolot pelbagai projek kerajaan. Ini termasuklah jalan bertol (PLUS), pembinaan dan kejuruteraan (HoHup), pembangunan hartanah (Faber, Propel Johnson), khidmat kewangan (BOC, BBMB), pengangkutan transpot (PUTRA), Telekomunikasi (Time) dan minyak serta gas. Ia adalah satu impian orang tertentu yang bermotifkan sesuatu sambil melaungkan kalimah ketuanan melayu.

Oleh kerana projek yang dibolot oleh Renong terlalu besar (seperti infrastruktur) - ia perlu berhutang dengan banyak, termasuk hutang dari luar negara. Ketika nilai RM menjunam hampir 45%, ia terkapai-kapai terpaksa membayar hutang itu sehingga pasarasn modal pun turun jatuh. Ia mengancam Renong yang meminjam dengan hanya bercagarkan kolateral saham yang sudah bernilai separuh sahaja itu.

Pada 19/11/1997, UEM - subsidiari Renong yang kaya tunai mengumumkan ia telah membeli 32.6% bahagian dari syarikat induknya (pada kadar premium 12% nilai di pasaran terbuka) - dengan restu Jawatankuasa Pelaburan Asing Malaysia (MFIC). Walaupun manipulasi ini ditarik balik, muafakat yang tidak telus itu menimbulkan 2 strategi:

1) Renong dan kroni akan diselamatkan dengan apa jua cara.

2) Kepentingan minoriti dipijak sesuka hati.

Kesannya - pelabur minoriti bertindak menunjuk ketidak puasan mereka sehingga pasaran saham menjunam 6.8% dalam satu hari urusniaga saham. Dalam tempoh 6 bulan, pelabur US dalam UEM akan kerugian 90% dari pelaburan mereka - 60% oleh sebab nilai saham yang jatuh dan 30% yang disebabkan nilai RM.

Kerajaan Malaysia membuktikan kroni akan diselamatkan 3 hari kemudian. Projek Empangan Bakun di"bail out" berbilion banyaknya. Pasaran saham jatuh lagi sebanyak 11%. Beberapa hari lepas Mahathir mengumumkan Bakun akan dihidupkan kembali tetapi kali ini menjelang Belanjawan dan di saat angka petunjuk BSKL naik mencanak walaupun pengurus Danaharta kini sudah sukar bermanis muka.

TRADISI MEMBELA KRONI

Jelaslah terdapat jalinan yang rapat antara kerajaan umno dan kroniputra mereka. UMNO kelihatan berminat untuk menguasai ekonomi (gaya Jepun) melalui 3 syarikat. Syarikat yang paling menonjol ialah Fleet Holdings.

Renong meletup bermula selepas keputusan perbicaraan mahkamah yang memutuskan umno diharamkan. Maka harta umno melalui Flet Holdings dipindah milik kepada amanah raya.

Fleet Holdings disusun semula menjadi Renong dengan cara yang amat licik sehingga seorang analis memberitahu Reuters pada tahun 1990:

"Dengan nomini memegang kepentingan umno, adalah sukar untuk membuktikan dimaha hubungkait umno bermula dan dimana ia sebenarnya berakhir".

Maka Halim menjadi CEO Renong dengan restu Daim dan Mahathir. Bermacam projek jatuh keribanya manakala bank tempatan pula begitu mudah memberi pinjaman kepada Halim, seolah-olah beliau seorang raja yang tidak boleh dipertikaikan kemahuannya. Pada tempoh 1992-1998, Renong membolot 8 daripada 13 projek mega. Pada Sep 97 sahaja, ia mendapat pesanan kerja tertunggak bernilai $8-12 bilion.




PANDANGAN DR JOMO AWSJ: 21/12/1998

Padahal pemilik Renong tidak pernah rugipun ......

Wang Rakyat bayar hutang Renong

Oleh Prof Dr. KS JOMO

Apabila Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan dasar kawalan modal pada 1 September, rasionalnya adalah untuk memberikan kerajaan satu peluang untuk mendapatkan kembali kawalan ke atas polisi kewangan serta makro ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi negara. Malangnya ikhtiar kerajaan Malaysia untuk menggunakan ruang yang diberikan oleh akaun modal tertutup untuk mengendalikan pembaharuan struktur tidak dapat bertahan lama. Ia telah mula mensia-siakan peluang ini apabila menjamin syarikat kroni serta meneruskan amalan nepotisme.

Bukti nyata adalah apabila pada 15 Oktober Dr. Mahathir mengumumkan bahawa kerajaannya akan menimbangkan satu cadangan dari Kumpulan Renong, konglomerat terbesar Malaysia, untuk menjamin syarikat yang bermasalah itu. Sekiranya cadangan Renong itu diterima, lain-lain jaminan pastinya akan menyusul.

Kenyataannya, keruntuhan moral yang menyebabkan pengurusan buruk dalam Renong telah lama bermula sebelum kesan dahsyat ekoran krisis hutang yang melanda seluruh negara.

Masalah Renong boleh dikatakan berpunca dari polisi penswastaan Dr. Mahathir. Dasar ini sebenarnya telah menyenangkan kroni di atas penderitaan kerajaan serta rakyat. Apabila Renong kini dalam masalah, tidak hairanlah apabila ia memerlukan subsidi kerajaan serta diambil alih segala hutang dan liabilitinya, tetapi tidak menyentuh keuntungan aset korporat serta harta persendirian pemiliknya.

Cadangan yang dikemukakan itu akan menyusahkan rakyat Malaysia dalam cara berikut:



  1. * Kerajaan akan kehilangan bayaran cukai akan datang dari Plus, sebuah anak syarikat Renong, bernilai 4.5 bilion ringgit ($1.2 bilion). Masanya akan sampai apabila kerajaan terpaksa berdepan dengan defisit belanjawan yang bukan sedikit.

  2. * Kerajaan akan memindahkan, dan mungkin menghapuskan, sejumlah 824 juta ringgit sebagai pinjaman untuk membiayai pembinaan Laluan Kedua sebagai jambatan ke Singapura, dari Plus kepada satu syarikat baru yang tidak mungkin akan dapat dibayar kembali. Renong pula akan dapat terus mengekalkan hak ke atas 27,000 ekar tanah yang diterimanya pada harga nominal sebagai satu subsidi untuk membina jambatan tersebut.

  3. * Kerajaan akan menjamin 8 bilion ringgit dalam bentuk bon kupon-kosong (kemungkinan akan dijual kepada dana awam di bawah kawalan kerajaan) untuk menggantikan hutang Kumpulan Renong kepada pemiutang.

  4. * Kerajaan mungkin akan meneruskan kadar kenaikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan yang bernilai lebih daripada pemotongan secara kontrak terhadap Plus Renong, yang akan memberikan aliran pendapatan akan datang. Menurut Dr Mahathir, lebuhraya yang sangat memberi keuntungan itu diswastakan kepada syarikat Renong mengikut syarat-syarat tertentu untuk membantu parti pemerintah, Umno, membayar kompleks ibu pejabatnya yang besar. Tiada sebab kenapa lebuh raya itu tidak dikembalikan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia ataupun kepada kerajaan dalam bentuk lain.


Para penyokong mendakwa bahawa jaminan Renong itu adalah perlu memandangkan kumpulan itu berhutang antara 20 hingga 28 bilion ringgit, dengan mengambil kira lebih dari lima peratus dari jumlah pinjaman keseluruhan dalam sistem perbankan Malaysia.

Tanpa bantuan dari kerajaan, hutang Kumpulan Renong akan menyebabkan tekanan hebat ke atas sistem perbankan Malaysia.

Itu mungkin benar, namun tidak semestinya jaminan kerajaan merupakan jalan keluar kepada segala masalah yang timbul. Sebenarnya, cadangan jaminan itu bertentangan dengan prinsip di dalam Rancangan Pemulihan Ekonomi Nasional: Sesiapa yang bersalah tidak akan dibenarkan untuk melepaskan diri tanpa dihukum.

Oleh yang demikian, cadangan itu akan menyebabkan pihak atasan Renong serta pemegang saham utamanya, yang sewajarnya sama-sama bertanggungjawab ke atas prestasi buruk kumpulan itu, telah melarikan diri.

Ironinya, tabung awam Malaysia akan digunakan untuk membenarkan pemilik Renong melepaskan diri dari tanggungjawab mereka, dan membayar pemiutang. Sebahagian besar dari wang rakyat ini akan disalurkan kepada orang asing, seperti pemiutang asing Kumpulan Renong, yang dihutang sebanyak sekurang-sekurangnya 3 bilion ringgit. Majoriti pemegang saham asing Renong serta anak syarikatnya juga akan untung besar.

Jaminan itu akan menyebabkan fenomena 'risiko sosial', yang mana Renong dan juga syarikat kroni lain tidak bimbang untuk berurusniaga dengan syarikat berisiko tinggi. Mereka tahu sekiranya mereka berjaya mereka akan mendapat habuannya, namun jika mereka gagal kerajaan akan bertindak ke atas mereka (tolong membayar hutang mereka - penyunting).

Satu contoh bagi cadangan menang-semua (win-win) ini ialah laluan kedua ke Singapura, yang diramal tidak akan mendatangkan keuntungan dalam jangka masa pendek. Lalu kerajaan memberikan tanah kepada Renong berukuran lebih dari 42 batu persegi. Kini adalah dicadangkan bahawa Syarikat Pembangunan Infrastruktur mengambil alih projek tersebut. Namun Renong dapat mengekalkan hak milik tanah itu, yang sebahagiannya tanah dijualnya kembali dengan nilai sebanyak 10 kali ganda dari harga ia mula-mula dibeli.

Cara jaminan ini kini sudah menjadi satu fenomena yang kian kerap berlaku. Tokoh politik berpengaruh Vincent Tan sepatutnya membina sebuah projek monorel berharga 2.2 bilion ringgit untuk kerajaan sebagai tukaran kepada haknya membina projek Linear City, yang dikatakan sebagai bangunan terpanjang di dunia. Kerajaan kini diarahkan agar masuk campur untuk menyiapkan projek monorel tadi sementara Mr Tan bebas mengendalikan Linear City.

Cadangan jaminan serupa dibuat berkaitan sistem transit aliran ringan di Lembah Klang, jalan keretapi nasional KTM serta lain-lain projek swasta. Renong, yang merupakan rakan kongsi utama di dalam konsortium yang telah mengambil alih KTM, telah mencadangkan campur tangan kerajaan agar menyediakan khidmat keretapi sementara ia mengekalkan tanah KTM untuk dirinya sendiri.

Menteri Kerja Raya telah mengemukakan satu rasional untuk kesemua cadangan ini:

"Kita bertanggungjawab untuk membantu syarikat yang bermasalah kerana kita telah memberi lesen kepada mereka." Bagaimanapun, semua syarikat di Malaysia juga diberi lesen serupa. Menteri itu belum lagi dapat menerangkan mengapa yang lain tidak mendapat layanan serupa.

Ahli ekonorni boleh berhujah sama ada kawalan modal ke atas ekonomi Malaysia mampu menyembuhkan penyakit ekonominya. Tetapi seandainya seseorang berbalik kepada hujah kawalan matawang, adalah jelas bahawa Malaysia hanya melepaskan kesempatan untuk membuat pembaharuan. Tidak ada ahli ekonomi yang mahu mempertahankan dasar penggunaan wang rakyat bagi membantu syarikat kroni ahli politik.

Sekiranya rakyat tidak menyatakan secara terbuka rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar ini, banyak lagi jaminan yang akan dilakukan sementara ekonomi akan terus menderita akibat dan kesan yang dihadapinya. Akhirnya rakyat terpaksa menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak bertindak lebih awal.

[Prof. Jomo adalah seorang ahli ekonomi, dan kini mengajar di Universiti Malaya. Rencana ini ehsan Asian Wall Street Journal, 21 Disember 1998.]