Laman Webantu   KM2A1: 3067 File Size: 9.6 Kb *



TJ MGG: "Bukankah Aku Hakim Mahkamah Tinggi?"
By Marhain Tua

25/10/2000 7:01 am Wed

MGG106

"Bukankah Aku Hakim Mahkamah Tinggi?"

(MGG: "Don't You Know I, a High court Judge, Dispense justice?"


Apabila pekerja di Royal Selangor Club mengadakan tunjuk perasan dan berpiket mengutuk seorang penyelia mereka (seorang Sikh), si penyelia itu telah mengambil tindakan mahkamah untuk mendapatkan injunksi agar namanya tidak tercemar. Di mahkamah perkara itu dihadapkan kepada seorang hakim yang terus bertanya kalau-kalau ada si pemohon di mahkamah ketika itu. Si penyelia Sikh itu memang ada di bangku orang biasa. Yang Arif telah bercakap kepada para wartawan mahkamah yang ada ketika itu, supaya tidak membuat laporan akhbar akan apa yang akan diperkatakannya. "apakah anda kenal siapa orang ini? Biarlah saya terangkan di sini.. Dia memang kelihatan tertekan ketika itu sehingga sanggup menyebut penyelia Sikh itu dengan panggilan 'Si Bhaii' sahaja. Sudah tentu apa yang akan dikatakannya itu bukan lagi berbentuk keadilan, malahan satu kebinasaan yang tidak disangka oleh para peguam yang hadir di situ. Para peguam merasakan gelagat hakim itu adalah satu penderaan yang memang tidak kena pada tempatnya.

Yang Arif kemudiannya menceritakan satu kisah yang sungguh menakjubkan sekali. Satu bulan sebelum itu dia pernah pergi ke Kelab Selangor Diraja itu bersama dengan seorang duta asing. Yang Arif telah mendapatkan kebenaran seorang pegawai keselamatan di situ untuk meletakkan keretanya dan juga kereta duta itu berseiring di satu ruang kosong di pintu masuk kelab tersebut. (oleh kerana dia telah meminta kebenaran untk meletakkan kereta di situ, tentunya ada elemen kesangsian untuk berbuat demikian) Ketika mereka menjamu selera, seorang pengawal telah menghampirinya dan berbisik ke telinganya bahawa keretanya telah di kenakan 'clamp' kerana tersalah letak. Apabila dia meminta penjelasan perkara itu boleh berlaku, seorang pegawai keselamatan yang lain telah memberitahu bahawa perbuatan itu adalah urusan orang atas. Dengan itu dia pun menjerti;

"Apakah anda tidak kenal saya, seorang hakim mahkamah tinggi! Di kereta saya memang ada terpasang satu lencana yang menunjukkan saya sorang hakim mahkamah tinggi?"

Pengawal itu telah menghubungi penyelianya yang merupakan si bhaii itu tadi.

"Penyelia saya kata, dia tidak peduli kalau yang meletak kereta itu perdana menteri Malaysia, undang-undang tetap menjadi undang-undang juga!!!"


Inilah yang membuakannya merasa malu di hadapan duta itu dan inilah juga yang menyebabkan mahkamah menjadi huru-hara ketika itu. Kemudian, dia telah menasihatkan peguam berkenaan untuk menarik balik dakwaan itu. Lagipun dia tidak mahu mendengar kes itu kerana setiap hakim adalah ahli kelab berkenaan.

Inilah keangkuhan orang mahkamah yang mudah dilihat. Semua orang yang membuat tuntutan di mahkamah memang arif akan fenomena ini. Apabila para hakim melanggar undang-undang, ia dikatakan dilakukan bagi kepentingan keadilan. Apabila rakyat marhaen melakukannya, mereka harus didera dan dihukum mengikut perkiraan undang-undang itu. Kalaulah hakim itu mahu menyerlahkan perasaan hatinya bukankah elok kalau dia menjemput pihak yang terbabit ke biliknya dan mengeluarkan perasaannya di situ? Tetapi, dia lebih bersedia menyungkup keangkuhannya itu dengan satu kepercayaan tidak ada apa-apa yang boleh berlaku walaupun dia meakukan sesuatu yang silap. Kita pernah terjumpa seorang hakim yang tidak mahu mengiktiraf seorang peguam kerana peguam itu telah tidak menghiraukan kehadirannya di sebuah supermarket. Seorang ketua hakim negara pernah pergi bersantai dengan peguam kroni, dan membiarkan beliau menulis satu keputusan pengadilan di mana peguam itu mempunyai kepentingan dalam kes itu. Kini, Majlis Raja-raja telah sengaja memperlekehkan cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Hakim Negara untuk mengisi beberapa kekosongan yang terdapat dalam mahkamah. Ada desas desus yang mengatakan, perkara ini memang sengaja dibiarkan. Para peguam pula mudah dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah kalau mereka cuba memperjuangkan masalah anak guaman mereka secara berkesan.

Namun demikian, masih ada lagi beberapa hakim di negara ini yang sengaja menjaga kehormatan profesion mereka walaupun mereka menghadapi risiko dipinggirkan. Di tangan mereka inilah nanti terletaknya harapan rakyat akan satu sistem kehakiman yang bermaruah seperti yang terdapat kira-kira dua dekad yang lalu. Selagi ada hakim yang berfikiran mereka boleh buat apa yang mereka suka, dan selagi ada hakim yang berfikiran mereka tidak perlu takut apa-apa, mereka ini tidak boleh diharapkan lagi untuk menentukan keadilan di mahkamah itu. Seorang hakim yang curang, walau bagaimana pintarnya dan bijaksana pemikirannya, akan tetap merupakan seorang hakim yang bacul. Setiap keputusan pengadilannya masih boleh dipertikaikan. Tun Hamid Omar merupakan seorang hakim yang cekap yang berjaya menonjolkan kewibawannya. Tetapi, persahabatannya dengan seorang peniaga yang telah mati sebelum empayar perniagaanya dapat ikut sama kerana kemuflisan, telah menjerumuskan namanya itu ke kancah kehinaan juga. Kesediaannya untuk menjadi ahli panel satu tribunal yang memecat seorang ketua hakim yang kemudiannya digantikannya itu telah menghumbankan kewibaaannya untuk selamanya. Kecacatan sistem mahkamah kini adalah hasil daripada kesilapan kehakiman yang telah berlaku itu. Para hakim memang berupaya melakukan apa sahaja selagi mereka tidak tertangkap. Inilah satu kehampaan yang perlu diharungi oleh setiap insan yang mahukan keadilan daripada sistem mahkamah di mana para hakimnya kerap enggan menarik diri daripada menghakimi sesuatu kes itu.

>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

"Don't You Know I, A High Court Judge, Dispense Justice?"


When workers at the Royal Selangor Club in Kuala Lumpur picketed, roundly abusing their Sikh supervisor in placards and vocally. He applied for an injunction to prevent his name abused. It, in due court, was heard. The High Court judge wanted to know if the man was present. He was, in the public gallery. His Lordship told court reporters what he was about to say should not be reported, turned to the man's lawyer and barked: "Do you know who this man is? I will tell you who he is!" He was, by then, at a finely-tuned pitch of ire. In open court, he deliberately and incessantly defamed the man, describing him as "the Bhai fellow", making clear he deserves perdition, not justice. The lawyers present in court are shell-shocked by this gross judicial breach of etiquette. But then why should they when such judicial behaviour does not occur as often.

His Lordship then told an extraordinary tale. A month so earlier, he had lunch at the Royal Selangor Club with an ambassador. With the guard's permission, he and the ambassador parked their cars beside each other in the grounds. (Since he had to ask for permission, it is fair to presume there was some doubt if it could be.) During lunch, a guard came and whispered in his ear that his car, parked where it should not, had been clamped. When he demanded why, another guard told him it was on orders from the top. He then shouted at him: "Don't you know who I am? I am a High Court judge dispensing justice! My car has the crest which should tell you who I am: a High Court judge!" The guard contacted the supervisor, this self-same "Bhai fellow", and reported back: "My supervisor says he could not care less if it was the Prime Minister, but rules are rules." This embarassed him terribly, he told the by-now embarrassed court, what would his lunch companion, an ambassador no less, think of him? Then he advises the lawyer to withdraw the action. Besides he should not expect to have it heard since every judge is a member of the Club.

This judicial arrogance is typical. Litigants galore can attest to it. When judges break the rules, it is in the interests of justice. When ordinary mortals do so, they should be punished to the full extent of the law. If he wanted to say what he said, why did he not call the parties into his chambers and said his piece there. But he coccoons himself in his typical arrogance to believe nothing would happen however wrong his actions. We have a judge who would not recognise a lawyer in his court because the lawyer did not acknowledge him in a supermarket. The chief justice goes on holidays with a crony lawyer, who also helps write the judgement in a case in which is an interested party. The Conference of Rulers so ignores the chief justice that his nominations to fill vacancies in the courts are studiously ignored. Rumour suggests it would not any nomination from him. His retirement in December is eagerly awaited by the Bar, most of the judges, the government. The judicial rot is so ingrained into the system that only massive surgery could reverse it. Until then, we have to bear the antics of such judges as His Lordship.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my