Laman Webantu   KM2A1: 3064 File Size: 10.6 Kb *



Mahathir DiNasihati Oleh Penasihat Ekonomi & Kroni Yang 'Cronic'
By Amin Sapiro

24/10/2000 9:07 pm Tue

Amin Sapiro (anti Jembalang)

[Rencana ini diedit tergesa-gesa kerana ada urusan - Editor]

MAHATHIR DINASIHATI OLEH PENASIHAT EKONOMI & KRONI YANG 'CRONIC'

SELEPAS meresmikan kilang besi keluli jalur panas Megasteel Sdn. Bhd di Olak Lempit di Selangor; sewaktu ditemuramah wartawan, Dr. Mahathir berkata bahawa projek mega seperti Hidro BAKUN (Rm 15 billion + + +) yang tertangguh semasa kemelesetan ekonomi akan dikaji untuk diteruskan.

Kata Mahathir , penerusan projek-projek Mega itu bukan bail-out. Katanya lagi, ia bukan juga kerana mereka yang terlibat itu Kroni beliau. Mahathir mentafsirkan penerusannya semata-mata demi kepentingan pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek-projek terbabit.

Selepas itu, seperti biasa, beliau menyelitkan serangan terhadap Pembangkang. Kununnya Pembangkang tidak akan berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh regim (kerajaan) nya.


Mahatir Sebati Dengan ?Lidah Putarbelit?

Sekali pandang alasan Mahathir itu cuma logik aja. Tetapi, bagi seseorang yang tahu dan faham siapa Mahathir sebenar, manasabahnya tidak ada! Orang akan memperincikan segala butir-butir yang tersembunyi disebalik alasan Mahathir yang dikatakan logik. Akan nampaknya siapa yang akan buat untuk berratus-ratus juta.

Mungkin Mahathir buat-buat lupa - bukan saja Pembangkang yang tidak berterima kasih, malah suku kaum Kadazan dan Iban pun menyumpah seranah beliau. Mana tidaknya - kesejahteraan hidup mereka dirampas melalui penipuan.

Yang untung besar ialah Mahathir anak-beranak dengan Daim Zainuddin (orang tengah), Taib Mahmud Ketua Menteri penjajah dan Ting Peik Khing, Apek Fu Chow jadi juwatan penghisap darah rakyat - sanggup jadi ?nominee? bagi pembahagian ?komisyen? kepada mereka yang berkenaan diatas..! Haikkkkk?!! Itu macam kaaa..?

Suatu Kesimpulan Interim

Seseorang yang peka dengan masalah ekonomi dan memahami segala macam agenda yang telah, sedang dan akan dirancang dan dilakukan Mahathir, akhirnya pasti akan terdorong membuat kesimpulan bahawa sebenarnya Mahathir adalah seorang:



  1. kaki putarbelit, pembohong besar, putar-alam yang sentiasa peka; amat cenderung mengeluarkan kenyataan dengan menyembunyikan fakta benar dengan tujuan asas untuk mengelirukan orang ramai;

  2. beragenda Mega bagi melindungi segala macam kepentingan dan kekayaan kroni/proksi dan anak-beranak - samada bagi tujuan jangakapendek maupun jangka panjang;

  3. mahir dan pintar merancang pelbagai agenda-agenda menipu dan berbohong melalui segala macam justifikasi yang ?tidak masuk akal? dengan tujuan mengsonglap wang rakyat - dengan itu beliau akan berdalih 1000 macam dengan menyalahkan orang lain (mana-mana individu atau Pembangkang);

  4. jika beliau diasak dan terdesak, beliau akan menggunakan kekerasan dan kuasa mutlak untuk melindungi puak-puak sekongkolnya dan akan bertindak dengan mengenepikan undang-undang dan melakukan jenayah berat terhadap rakyat.


Wajar dirumuskan bahawa Mahathir memang sebati dalam darah dan jantung-limpanya sikap dan amalan bercakap bohong dan berudang disebalik batu. Itu satu perkara.

Perkara kedua: sikap pembohong Mahathir itu makin parah bila beliau bercakap dengan lidah yang lancar. Tetapi, seseorang yang mendengar perlu fikir dalam-dalam. Pasti akan diketahui, sebenarnya beliau cukup mahir memutarbelit semua kenyatan.

Pendek kata, kalau Mahathir bercakap - kena pilih macam upah beruk panjat kelapa - 10 keluar 2. Yang 8 itu buangkan saja, dan yang 2 itu kena ?jaga-jaga?. Kerapkali, yang 2 itu yang kerap menyusahkan negara, bangsa dan agama!! Yang 2 itulah yang sekarang ini sedang memerangkap kita semua!!

Firaun Pun Tak Serupa

Penyokong UMNO Selangor pernah berkata, "Mahathir bukan Firaun. Dia lebih dahsyat dari Firaun. Mahathir adalah 'MahaFIRAUN'. Ini disokong oleh WANITA UMNO, kata mereka, ?Mahathir bukan saja zalim. Mahathir ada MahaZALIM..!!".

Jika nak tau apa Pembangkang kata, kenalah hadir di ceramah PAS dan KeADILan di Taman Melewar. Kita akan dengar apa Mahfuz cakap, Ezam dan Azmin kata. Atau beli saja pita rakaman, dan dengar ramai-ramai sambil duduk ?monggok-mongok? di kedai kopi menghirup se cangkir teh tarik dan sekeping roti canai.

Maka nampaklah kelak - dengan berbohong dan menggabungkan lidah berbelit putar alam itu; maka mudahlah Mahathir ini membuat 1001 macam kenyatan yang mengelirukanan. Akhirnya, akan timbullah masalah besar - iaitu Rakyat akan terkeliru dan dikelirukan. Terperangkap bontang!

Akhir sekali, akan timbul satu demi satu semua pembohongan beliau. Akan berkesudahanlah dengan seluruh rakyat menanggung kerugian. Kerugian itu pula bukan seringgit dua, atau sejuta dua, TETAPI puluhan billion. Nah?!! Sokonglah lagi BN.

Modes Operandi Pembohongan Mahathir Sudah Dikenalpasti:

Ada tiga (3) perkara yang kerap menjadi modes operandi Mahathir dalam mengagendakan pembohongan dan meng?auta? rakyat dan dunia. Antara yang lazim adalah:

1. Perkara Kecil Diperbesarkan

Sebagai contoh yang nyata: Anwar berkali-kali disebut oleh beliau (Mahathir Mohamad) sebagai orang yang bakal menggantikan beliau. Itu semua orang tahu - perkara biasa.

Dua tahun dulu, memang pun Mahathir sudah nyanyok. Pepatah Melayu ?Sudah sampai masa beliau jadi Koran burok? (koran bermaksud ?suratkhabar?).

Jika dianalogikan: dalam hidup seharian, kita kerap terdengar ?Apek botol? melaungkan ?SURAT KABA LAME?. Dalam konsep di kepala hotak si Apek itu: orang akan jual suratkabar lama sebab tempoh gunapakainya sudah tiba. Edaran terbaru untuk hari itu sudah ada. Surat kabar lame (koran) itu harus dibungkus dan ditimbang kilo dan dilelong dengan harga pukal 20 sen cuma. Kalau terlampau koyak rabak, harus dihumbankan saja. Apek itu akan menghantarnya ke kilang kertas suatkabar lama untuk di ?recyle? buat tisu tandas.

Kita sebagai penjual tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah ragam dunia perindustian ?suat kabar lame?. Kertas suratkabar samada sudah habis dibaca atau tidak pasti akan dibuang. Paling bernasib baik, akan jadi bungkus goreng pisang.

Tapi nampaknya, Mahathir tidak mau mengakui analogi sealiran dengan peredaran zaman yang jadi amalan dunia sekarang. Memang sah rakyat sudah mentakrifkan beliau seperti ?suratkabar lame?, namun beliau masih memaksa rakyat dan dunia memperakukan dirinya sebagai ada harga juga. Haikkk?.! Mana ada jalan itu macam?

Konspirasi ?Team Jembalang Sekongkol?

Sebaliknya, Mahathir berkonspirasi dengan ?Team Jembalang Sekongkol?nya untuk mengaib dan memenjarakan Anwar 15 tahun. Tidakkah Mahathir ada pilihan terbaik dengan meletakkan jawatan dan bersikap ?gentleman?. Beliau bersara saja seperti lain pemimpin yang berwibawa, menyerahkan pilihan kepada rakyat selari dengan prinsip demokrasi tanpa mencetuskan huru hara dan adu-domba?

Tidakkah terbukti sekarang bahawa Mahathir sengaja menjadikan perkara sekecil itu diperbesarkan hingga sanggup menjadi punca utama segala macam angkara dan kesulitan - samada kepada Negara, Rakyat, dan masa depan?

Kita nampak sekarang 1001 macam bukti dan petanda bahawa khazanah negara telah punah-ranah dibelantak masuk tembolok kroni/proksi dan anak-beranak suku sakat beliau. Ratusan kes-kes rasuah dan penyelewengan sedang berleluasa tanpa sekatan. Kesemuanya bikinan orang-orang rapat disekeliling beliau.

Lazimnya sebagai amalan biasa: Barua-barua beliau sebok mencari jalan menjamin kepentingan. Mahathir lebih patuh dan akur kepada cakap-nasihat ?Crony? yang ?cronic?, yang dikenalpasti ?crazy? dan penuh ide dan cadangan ?Kertas Kerja Gila?.

Kepentingan rakyat jadi ?other matters? atau ?lain-lain hal? saja. Perut sendiri mesti kena jaga. Itulah dia ?The Malay Delimma?. Tapi bukan karangan Mahathir, tetapi huraian anak-anak REFORMASI?!

Kita boleh tanya pemimpin UMNO dan BN, mana satu antara mereka yang tidak makan ?duit haram?? Dan, tanya mereka: Mengapa mereka tidak ditangkap dan humbankan kedalam penjara.

Jawapan rakyat cuma satu saja: Selagi Mahathir belum mampos dan terus menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, mereka akan tetap mendapat perlindungan. Sebab, dalam bisinis mereka suku-sakat Mahathir ada saham di dalamnya.

Walhal, perkara sebenar amat kecil, iaitu: sekirannya Mahathir letak jawatan; negara dan rakyat akan kembali sejahtera. Balik asal. Tetapi kerana Mahathir sudah ?masuk mazhab Setan?, maka perkara kecil segaja diperbesarkannya.

Mahathir jangan tak tahu, di perkuburan orang-orang ternama (seperti Hitler, Marcos, Shah Iran - iaitu kawan setaraf dengan Mahathir Muhamad), sebelum mereka mampos dan tanamkan (dan diinjak-injak dipermukaan) - kesemua mereka beranggapan bahawa dunia ini akan kacau-bilau tak tentu hala tanpa mereka.

Tetapi, apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya. Dunia jadi aman sebaik saja mereka dihumbankan 6 kaki dalam bumi. (setakat nasihat untuk penyokong UMNO saja..!).

Alasan Mahathir Sengaja Menipu-bontang

Mahathir tak payahlah tunggu ekonomi baikpulih, UMNO kuat semula, negara kembali aman, nilai ringgit balik ketahap nilai lama, Dollah Bedawi matang sebelum jadi PM.

Atau Mahathir cuba beralasan kununnya beliau mahu tengok orang Melayu kembali menyokong UMNO dan perpecahan Islam diperbetulkan, dll.

Orang semua tahu alasan Mahathir sebenar! Dia takut tersingkir dan diheret ke mahkmah dan dibicarakan. Keputusan seorang Hakim yang tidak korap pasti akan memutuskan (dalam tempoh 3 hari) bahawa ?Mahathir didapati bersalah, wajar dihumbankan ke Sg. Buluh dan menjalani tahanan 15 tahun penjara - seperti hukuman palsu yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar?.

Andainya Mahathir mati sebelum itu, harus digali satu lubang khas dikawasan penjara itu untuk membolehkan mayatnya dikuburkan bagi mencukupkan tempoh pemenjaraan beliau sewajarnya!

Apa pula ?Perkara Besar Diperkecilkan? dan ?Perkara Tiada Diada-adakan? oleh beliau? Mari kita cerakinkan. Akan disambung dalam siri ke-2 dan ke-3. Tunggu, Mahathir?.!! TUNGGU!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)