Laman Webantu   KM2A1: 3062 File Size: 12.3 Kb *



TJ MGG: Penonton Yang Perlu Ditempah
By Marhain Tua

24/10/2000 8:13 pm Tue

MGG104

[Rencana ini amat baik dan perlu dijadikan koleksi MESTI SEBAR dan MESTI BACA, khususnya untuk ahli umno - Editor]

Penonton Yang Perlu Ditempah

(MGG: A Crowd Is Ordered To Make The PM Loved)



Perdana Menteri merasa semakin tertekan setiap kali berdepan dengan rakyatnya di negara sendiri. Tetapi, begitu juga perasaannya kalau berdepan dengan orang awam di luar negara. Pegawai Tinggi kerajaannya pun berpendapat masanya sudah tiba kalau dia berambus sahaja. Itu sebabnya beliau tidak menghadirkan diri untuk satu jamuan makan malam yang ditaja untuk meraikannya oleh para pegawai perkhidmatan yang sudah bersara itu.

Perdana Menteri amat takut berhadapan dengan kerusi yang kosong. Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Amerika Syarikat memang gemar menyoalnya dengan cara yang dia sendiri tidak akan menyenanginya kalau mereka berada di negara sendiri. Tetapi, dia tidak boleh melangkahkan kakinya di kampus universiti tempatan dan juga institusi yang lain tanpa kawalan ketat daripada terhadap sambutan yang lebih berbisa. Sekarang ini, dan di kalangan ahli UMNO Perdana Menteri dianggap sebagai orang Yunani yang datang membawa buah tangan sahaja. Dia tidak lagi mampu menarik pendengar untuk membanjiri dewan di mana dia akan berucap itu. Terpaksalah para pegawainya bertungkus lumus mendapatkan penonton yang ramai. Di Mahligai Persiopolis di Putra Jaya, pegawai perkhidmatan awam dimestikan untuk memenuhi dewan. Si Maharajah tidak seharusnya diberitahu keadaannya yang bertelanjang bulat itu.

Keadaan yang menekan ini telah berlaku di Sungai Way pada hari Rabu, 18 Oktober, ketika Perdana Menteri mahu melakukan upacara pembukaan Pusat Biro Tindakan Sivil. Pusat ini merupakan satu rencana teristimewa UMNO.

Mengikut Mahathir ia merupakan satu usaha "untuk merapatkan hubungan UMNO dengan rakyat." Sayangnya dia tidak mampu menyampaikan hasratnya semudah harapannya. Setengah jam sebelum beliau tiba bilangan penonton yang hadir di situ tidak pun setara dengan bilangan ahli parlimen yang mampu mencukupkan korum dewan untuk bersidang. Beberapa kilang berhampiran telah diminta untuk menghantarkan para pekerja mereka menjadi pendengar bagaimana UMNO berura-ura memberikan khidmat teristimewa kepada mereka. Keadaan yang berlaku menyerupai bidalan Inggeris yang berbunyi:

'Kalau Mohamad enggan pergi ke pergunungan, gunung itu mesti datang menemui Mohammad."

Drama yang dialami oleh Mahathir tidak pun dilaporkan oleh media masa perdana. Para pekerja kilang yang terpaksa hadir ketika itu merasa jengkel dengan pengurusan mereka. Kenapakah tidak dikerah pegawi kerajaan yang berada di tempat yang berdekatan? Satu sumber yang boleh dipercayai telah memberitahu saya akan jawapannya,:

"para malaun di sana pun enggan menghadirkan diri mereka."


Satu ketika dulu Perdana Menteri pernah mengunjungi sebuah maktab di Melaka. Hanya segelintir pelajar yang hadir menyambutnya. Dewan ucapan terpaksa diisi dengan cara menipu lagi. Memang tidak disangsikan salah satu faedah industrialisasi di tempat seperti ini ialah kemudahan mendapatkan bilangan manusia untuk memenuhi setiap dewan yang akan dihadiri oleh seorang perdana menteri, sebagai usaha untuk menggembirakannya. Tetapi, dia tidak mudah menjejakkan kaki ke kampus tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini. Dia tidak mampu menghadiri satu majlis UMNO yang tidak mempunyai pengunjung yang ramai. Kerana itu dia lebih selesa bercakap mengenai masa depan Malaysia di hadapan khalayak ramai di negara asing. Di sana terdapat rakyat Malaysia bersama para petugas kedutaan dan juga kumpulan yang memang mudah ditempah dan disewa untuk mengiringi lawatannya itu ke pelusuk dunia.


Mahathir pernah berkata betapa dia mahu menumpukan masa yang lebih terhadap masalah UMNO. Tetapi, UMNO lebih selesa kalau dia pergi berambus sahaja. Lagi kerap dia muncul di khalayak ramai, ataupun memberikan kenyataan secara berselindung di sebalik kubu yang kuat ataupun terselindung itu, lagi banyak soalan yang dikemukakan mengenai kecekapannya. Malahan juga apakah dia masih relevan lagi. Sejak episod Anwar meletup pada September 1998, beliau belum lagi berani menunjukkan hidungnya di kalangan akar umbi.

Kritikan yang ditujukan oleh akar umbi adalah lebih teruk lagi keadaannya jika dibandingkan dengan kritikan yang dibuat oleh orang bandar. Lagi lama dia mengabaikan fenomena ini lagi besar kemungkinan akan munculnya seorang Haseltine di kalangan UMNO yang bersuara lantang meminta beliau mengundurkan diri. Sebagaimana yang anda masih ingat, Mr. Michael Haseltine, merupakan seorang ahli kabinet kerajaan Margaret Thatcher yang meminta beliau bersara. Inilah yang mencetuskan penonjolan Mr. John Major sebagai penghuni No.10 Downing Street.


Saya telah diberitahu oleh pakar politik yang lebih berpengalaman, bahawa tidak ada sesiapa yang mahu menjadi Haseltine dalam kabinet Mahathir. Mereka lebih suka berdiam membisu sambil mencuri masa. Menentang seorang pemimpin dianggap satu penderhakaan. Namun kemungkinan mencetuskan revolusi itu adalah sesuatu yang serba mungkin, kalau dibandingkan dengan keadaan 20 tahun yang lalu. Tengku Razaleigh Hamzah telah pun menghilangkan dirinya selepas gagal mengalahkan Perdana Menteri pada 1987. Dia masih lagi berupaya menandinginya, tetapi masih tidak mahu melakukannya walaupun para penyokongnya sedang berbuat sesuatu ke arah itu. Perubahan suasana berlaku setiap hari. Kerajaan semakin mengejang laksana mayat yang beku setiap kali berhadapan dengan aksi berani ataupun pengecut yang dipaparkan. UMNO memang mengharapkan kemunculan seorang pemimpin baru tidak lama lagi.

Fenomena ini memang amat diharapkan. Tetapi, perubahan kepada perlembagaan UMNO yang akan dilakukan bulan hadapan, tidak akan membawa sebarang kesan melainkan sesuatu tidndakan dilakukan serta merta. Ini memerlukan pilihan yang baru sebaik sahaja pindaan sudah diterima, dan sebaik sahaja berlakunya persaraan golongan tua yang bertanggungjawab terhadap semua kekalutan yang ada. Tetapi perkara ini nampak senang bunyinya kerana keengganan kuda-kuda tua itu mengundurkan diri.

Reformasi adalah satu proses perubahan yang memedihkan. Tetapi, apakah ada jalan lain lagi? Kerana itu, teka-teki akan berterusan. Media massa perdana akan terus melaungkan nama perdana menteri sebagai insan yang terunggul sedangkan seluruh pelusuk negara sudah melihatkan seorang diktator tua yang keletihan. Dia sudah tersasar dan menyimpang dalam perjalanannya. Laksana Don Quixote dia akan terus bermain-main dengan kincir angin yang ada.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

A Crowd Is Ordered To Make The Prime Minister Loved


The Prime Minister finds public appearances at home and abroad too stressed for his own good. His senior civil servants think it time he went. He skipped a dinner in his honour by retired senior civil servants for fear of empty seats. Malaysian students in the United Kingdom and the United States question him in a manner he would not tolerate on home ground. But he cannt set foot in Malaysian universities and many Malaysian institutions without an army guarding him for fear of an even more virulent response. Even UMNO members look upon him these days as a Greek bearing gifts. He cannot expect a full hall nowadays for his speeches, unless his officers order it filled by hook or crook. It is not unusual for the hall to be empty 30 minutes before his intended appearance. In his Persiopolis of Putra Jaya, civil servants must, with no exception, fill the hall. The Emperor should not know he is naked.

What happened at Sungei Way, on the outskirts of Kuala Lumpur, where he opened the UMNO civil action bureau service centre on Wednesday, 18 October 00, is typical. This centre is UMNO's special plan, as the Prime Minister emphasised, "to bring itself closer to the people". Somehow, he could not relay that message to those who were there to welcome him. Half an hour before the Prime Minister's arrival, not even a parliamentary quorum was present. The factories in the vicinity were ordered to send their workers to the function to learn from the Prime Minister how UMNO would care for them. If Mohamed refuses to go to the mountain, the mountain must come to Mohamed. You would not read of this drama in the mainstream newspapers; but the workers resented being ordered to attend the function or face the wrath of the management. Why were not government officers in the vicinity asked to attend instead? A highly placed source tells me that is wasted effort: These rascals refuse to.

That is not all. He visited a college in Malacca recently. Few students turned up. The hall had to be filled by similar strong arm methods. No doubt one of the benefits of industrialisation in places like these is the numbers to make the Prime Minister look good and self important is there at the doorstep. He cannot attend a university campus without untoward incidents. He cannot attend UMNO meetings knowing it could not be filled. He is more comfortable addressing Malaysia's future to foreign groups overseas, with the only Malaysian audience his staff and the rent-a-crony crowd that accompany him the world over.

He wants to spend more time, so he says, on UMNO matters. But UMNO would rather he disappear into the woodwork. The more he appears in public, or his pronouncements made from well-guarded, often hidden, bunkers, the more the questioning abut his competence and relevance. He has not dared, since the Anwar affair in September 1998, to visit the UMNO bondooks to explain himself. Criticism of him from the UMNO bondooks is more severe than from his urbanised cousins. The more he and his handlers ignore this gross disenchantment, the more probable of an UMNO Hesseltine to public call for his resignation. Mr Michael Hesseltine, you may recall, is the British cabinet minister who called for Mrs Thatcher's resignation and brought Mr John Major to No. 10 Downing Street.

I am told by more experienced and shrewder political minds that none in the Malaysian cabinet could be a Hesseltine. Not so. They bide their time. Challenging the leader is "derhaka" (treachery), but the tendency to revolt is more probably now than in the past 20 years. Tengku Razaleigh Hamzah disappeared into the political loop when he could not unseat the Prime Minister in 1987. He remains in the running but would not openly challenge now, though his forces prepare for it. New permutations turn up by the day. The government is frozen into rigor mortis at this possible act of treachery or bravery, depending on how you view it. UMNO anticipates a new leader before long. This suggests a clean break. The UMNO constitutional changes next month would not work unless it is implemented immediately. That requires fresh UMNO elections after the amendments are accepted, after the immediate retirement of the older leaders responsible for this mess. That is unlikely, in the view of the leaders, who would not agree to be sidelined because of it. Reformasi is painful, but is there any other way? So, the charade goes on. The Malaysian mainstream media crowing to the world there is no prime minister but the Prime Minister, when the rest of Malaysia looks at a tired old man, having lost his way, tilts at windmills.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my