Laman Webantu   KM2A1: 3058 File Size: 5.5 Kb *



FK TJ: Merosotnya Pembelian Permodalan Asian Oleh Dana Luar
By Marhain Tua

24/10/2000 11:13 am Tue

Fokus Khas:

[Rencana ini mustahak dibaca untuk mengenal pasti permainan saham yang membuat ramai terpedaya. Kita tidak perlu memandang jauh, tengok sahaja ASNJ dan lain-lain pengurus dana yang pening kepala bila rugi di atas kertas - ia mengakibatkan rakyat merasa tertipu dan terseksa, dan Dana2 Johor rugi mencecah 500 juta - Editor]


Permodalan Asia

(Equities Asia)

Merosotnya Pembelian Permodalan Asian Oleh Dana Luar

(Foreign Buying Of Asian Equities Slows Sharply)

oleh: Neil Behrman in London


Pembelian ekuiti Asian oleh dana luar semakin menurun secara mendadak tahun ini. Inilah taksiran CrossBorder Capital, satu kumpulan perunding berpusat di London yang membuat penelitian akan aliran global dan cairan kewangan.

Setelah meluru daripada US16 bilion (S$28 bilion) pada tahun 1998 kepada US$104bilion pada tahun 1999, pesanan terhadap ekuiti Jepun dijangka akan menurun hingga berkurang menjadi negatif US$3 bilion tahun ini, demikian pendapat CrossBorder.

Begitu juga dengan aliran dana kepada Tenggara Asia dan negara di Asia Timur. Ia meluru daripada US$10.6 bilion pada tahun 1998 kepada US$95.6 bilion pada 1999. Disebabkan berkurangnya pembelian, angka itu mengecut menjadi hanya US$15 bilion pada tahun ini. Demikian taksiran Angela Cozzini, seorang pengarah CrossBorder.

Sebaliknya pula, institusi Jepun sudah semakin berhati-hati terhadap pelaburannya di luar negara. Pembelian ekuiti asing dijangka menurun lagi kepada hanya US$20 bilion tahun ini jika dibandingkan kepada US$32.4 bilion tahun yang lalu.

Keadaan yang sama akan dilakukan juga oleh beberapa negara Asian yang lain. Mereka akan mengurangkan pembelian ekuiti asing seperti yang dilakukan oleh Jepun itu.

Pengurus dana Eropah dan juga Amerika Syarikat amat perihatin terhadap keadaan di Asia kerana mereka amat takut kalau terjadi sebarang penurunan di pasaran Wall Street dan juga pasaran Eropah, ia boleh mencetuskan kesan yang mendalam terhadap keadaan kewangan Asian dan juga pasaran baru yang lain. Kecairan di rantau Asian telah menurun kepada 56 persen pada bulan Ogos daripada tahap 62 persen pada bulan Julai. Ini merupakan penurunan ke tahap yang terendah sejak Januari 1999, kata Cozzini. Penurunan keadaan kecairan ini telah diransang oleh pengecutan kewangan di Jepun.

Analisis trenda kecairan yang dilakukan oleh CrossBorder adalah berasaskan kepada teori dan bukti historikal yang berpandukan kepada hakikat betapa setiap kali ekonomi mengendur, wang berlebihan akan membanjiri pasaran kewangan. Ketika itu pasaran bon dan ekuiti pun naik mendadak. Tetapi, sebaik sahaja ekonomi pulih, wang akan disedut keluar daripada pasaran saham untuk membiayai perniagaan. Harga komoditi pun naik pulih, angka pengangguran menurun dan bank pusat mula mengetatkan edaran wang dan meninggikan kadar faedah sebagai langkah menyekat inflasi.

Di tahap putaran suasana inilah berlakunya pengecutan kecairan itu sehingga ia menjadi berbahaya kalau dibiarkan terdedah berlebihan kepada ekuiti. Putaran kecairan Asian memang amat mudah bergantung kepada aliran dana asing, di mana kemasukan dana itu akan meninggikan kecairan dan aliran keluarnya akan menyebabkan pengecutan. Inilah yang selalu berlaku dalam tahap putaran kecairan yang ada (masakini).

Banyak pasaran Asian yang kecil sedang merana disebabkan berkurangnya kemasukan aliran dana luar ketika berlakunaya ketidakseimbangan dalam perdagangan yang meninggi. Demikian pendapat CrossBorder. Kerana itu, bank pusat terpaksa melakukan hambatan sehinggakan trenda kecairan itu meransang peralihan daripada ketumbuhan kepada pembelian saham Asian yang mudah sensitif kepada perubahan kadar faedah matawang.


Dalam menganalisa kecairan di Jepun, Hongkong, Singapore, Korea, Taiwan, China dan Thailand, CrossBorder mengambil sikap 'hold' (dalam takrif pasaran kewangan global bererti jangan beli lagi ataupun jual sahaja- penterjemah). Untuk pasaran Malaysia, Indonesia dan India, CrossBorder memberikan takrif 'sells' (bererti jual dan cabut keluar- penterjemah). Untuk pasaran Filipina dan Thailand(secara berpilih sahaja-penterjemah) mereka memberikan takrif 'Buys" (bererti terus membeli dan pegang -penterjemah).

CrossBorder tidak menjangkakan Wall Street dan juga pasaran Eropah akan jatuh merudum. Namun, ia memberikan satu kewaspadaan betapa keadaan pasaran kewangan di Eropah semakin menjerut sehingga adanya satu risiko memungkinkan US Federal Reserve melakukan satu hambatan mengekang keadaan itu sebaik sahaja selesai pilihanraya memilih presiden Amerika pada November ini. Ini bererti pelabur global akan menghadapi masalah untuk meraih keuntungan dalam pasaran ekuiti dan pegangan mereka adalah lebih baik lagi ditumpukan kepada simpanan tunai sahaja.

>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<