Laman Webantu   KM2A1: 3056 File Size: 7.3 Kb *



Kebenaran Terserlah Di Sungai Siput
By Marhain Tua

24/10/2000 8:39 am Tue

MGG103

Kebenaran Terserlah Di Sungai Siput

(The Truth Prevails In Sungai Siput)

oleh: Martin Stephen Jalleh


Kebenaran memang tidak mudah boleh dipengapkan. Satu hari ia akan timbul juga. Masa akan menentukannya dan tentu sekali kebenaran itu akan diberitahu juga. Tidak kiralah kalau ia berhadapan dengan ugutan, penderaan, kebajingan ataupun tipu helah - kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

Bagaimanapun ia mahu disorok, disungkup dengan putarbelit perundangan, dibaluti oleh segala kerumitan, kebenaran itu akan terserlah juga sebagai yang sepatutnya. Lakukanlah putarbelit kepadanya, dengan apa cara pun, apa juga kebenaran yang patut diketahui akan ketahuan juga.

Inilah yang telah terjadi di Sungai Siput Perak. ..

Orang-orang Sungai Siput memang sibuk sakan dengan desas-desus itu. Mereka sedang berkongsi maklumat yang semakin terserlah. Satu mahkamah rakyat sudah diwujudkan. Rakyat tempatan sedang menjadi hakimnya mengenai satu isu yang telah dipinggirkan oleh Mahkamah Pilihanraya.

Hampir satu tahun yang lalu, satu pilihanraya umum (pemilu) telah dilangsungkan di bandar kecil itu. Seorang doktor yang mempunyai perwatakan yang desenangi, keberanian, keperithatinan dan iltizam telah membuat pendirian untuk mencabar seorang wakil rakyat yang sedia ada, seorang ahli kabinet yang mempunyai hubungan yang hebat, angkuh dan penuh kontroversi dan yang semestinya, mempunyai banyak wang.

Sebaik sahaja kempen bermula, bandar kecil itu telah didatangi oleh ramai manusia terutama sekali bakal pengundi yang membawa hadiah dan janji manis yang tidak pernah dilihat ataupun didengar oleh orang tempatan sebelum itu. Kempen politik menteri berkenaan memang dibantu oleh kumpulan gangster dan bajingan yang merupakan satu kumpulan yang kini dia sendiri mahukan MIC membuat kajian mengenainya.

Menteri itu menang pemilu tersebut. Para bajingannya telah melakukan apa yang mereka tahu sangat - mereka telah mengugut, dengan menggunakan botol yang telah dipecahkan muncungnya, para pembantu doktor (yang menjadi calon pembangkang) ketika mereka bertugas di Bilik Gerakan. Pihak polis sengaja memperlecehkan setiap lapuran yang mereka terima. Memang, ada kalanya kuasa undang-undang itu boleh menjadi lembab, kesannya.

Doktor dan juga parti poltiknya telah mengadu hal kepada Mahkamah Pilihanraya. Mereka mahu mengemukakan segala bukti dan dalil mengenai adanya pengundi hantu dan juga segala penderaan itu. Mereka mahukan peluang untuk mendapatkan pengadilan.

Tetapi, hakim yang bersidang lebih gemar meneliti perkara teknikal yang remeh-temeh. Proses mendengar masalah sengaja diperlecehkan. Notis petisyen telah diberikan kepada peguambela oleh kumpulan yang sama sedangkan yang sepatutnya ia diuruskan di kalangan peguamcara. Inilah yang menyerlahkan betapa perlunya sistem perundangan negara itu diperbetulkan.

Namun, kebenaran itu menonjol juga walaupun mahkamah telah cuba memperlekehkannya. Satu tindakan membantah yang dikemukaan oleh parti politik doktor itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya telah menghasilkan 107 nama pengundi hantu disingkirkan daripada penyata pendaftaran pengundi di Sungai Siput.

Ini menyerlahkan tuduhan yang dibuat oleh Dr. Jayakumar mengenai penggunaan pengundi hantu dalam pilihanraya umum di Sungai Siput itu. Sudah tentu ia memberi bukti yang jelas betapa satu penipuan telah berlaku ketika hari mengundi. Ini merupakan satu tamparan hebat yang mendakwa pembabitan Datuk Seri Samy Velu sebagai Ahli Parlimen (MP) Sungai Siput.

Dengan terserlahnya kebenaran itu, apakah MP Sungai Siput mempunyai kewibawaan untuk mengosongkan kerusi yang sedang dinikmatinya itu dan bertarung lagi dalam satu pilihanraya kecil ? Jawapannya memang boleh dijangkakan. Inilah yang cuba ditonjolan oleh kebenaran itu, bahawa terlalu ramai ahli politik kita yang telah tidak tahu malu lagi.

Martin Jalleh (20 October 2000)

>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

The Truth Prevails In Sungai Siput

The truth can never be silenced. It will eventually surface. Time will tell. ..and so will the truth be told.Though up against threat, torture, thuggery or trickery -- the truth will always prevail.

Cover it, cloud it with legal technicalities, coat it with complexities -- the truth will appear...as plain truth. Twist it, turn it, treat it, tamper with it -- but what is true, we will all know....one day.

And so it is in Sungai Siput, Perak.....

On the streets of Sungai Siput=85people are talking. They are sharing the truth that has come to light... A "court" of opinion is being formed. People are judging for themselves an issue which, sadly, an Elections Court recently chose to strike out.

Almost a year ago, an election took place in their town. A doctor with a lot of character, courage, care and commitment, decided to take on the incumbent -- a Cabinet Minister with a lot of connection, clout, controversy, and of course, cash.

As the election neared, the town was invaded with people, "potential" voters, presents and promises they had never seen nor heard before. The Minister's campaign was assisted by gangsters, a dysfunctional group which he now wants the MIC to do a study on!

The Minister won. His thugs did what they were most adept at -- they threatened, with broken bottles, the doctor's campaign helpers at their "Bilik Gerakan". The police sat on the numerous reports made. Alas, the long arms of the law can be tied at times!

The doctor and his party turned to the Election Court for justice. They wanted a fair chance to place before the court, evidence of election fraud in the form of phantom voters and intimidation. They sought an opportunity to be heard..

But the judge chose to dwell on petty technicalities than providing the right to be heard. "Presentation" was spelt as "presentment" and the petition notice was served by advocate to advocate and not solicitor to solicitor! Little wonder that the judiciary needs a "rejuvenation"!

But the truth will make itself heard, whatever the Courts may rule. As a result of protests filed by the doctor's political party, the Election Commission has to date struck out 107 names (phantom voters) from the electoral roll in Sungai Siput.

This lends clear credence to the allegation by Dr Jeyakumar of the use of phantom voters in Sungai Siput in the last General Elections! It strongly implies that election fraud did take place! It is an indictment on Datuk Seri Samy Vellu as MP of Sungai Siput!

The truth is out. Will the MP of Sungai Siput have the decency to vacate his seat and fight a free and fair by-election? The answer is very obvious. For the truth has it too, that many of our politicians have lost their sense of shame!

Martin Jalleh (20 October 2000)