Laman Webantu   KM2A1: 3053 File Size: 7.6 Kb *



Perang Siber Umno Berakhir Dengan 'Fitnah & Adu Domba Gila'
By Amin Sapiro

23/10/2000 10:44 pm Mon


Amin Sapiro (Teh Tarik & Pulut Panggang Jln Riong)

[Ehem.... nampak gayanya Wak asyik memasang pita rakaman beliau di mana-mana. Berikut satu sedutan yang tidak disangka-sangka terakam - Editor (yang mungkin ada juga di sana yek?)]


PERANG SIBER UMNO BERAKHIR DENGAN 'FITNAH & ADU-DOMBA GILA'

BILA Mustapa Mohamad buat kenyataan akan wujudkan 30 lamanweb UMNO tahun depan, sekaligus si ?belukang kering? ini mengistiharkan ?perang siber? (namanya). Penulis pro reformasi dan wartawan sibernya (tanpa gaji dan ganjaran) yang beratus jumlahnya, saban hari ternanti-nanti. Memang sahlah seperti kata orang tua-tua, ?kucing memang tak kan bertanduk?. UMNO sudahpun membuktikan nampak-nampaknya.

UMNO Pakai Bom ?Buah Sentul?

Sesama kengkawan media arus perdana, hasil kerja Mustapa Mohamad itu sangat dinantikan. Dari Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV 3 (suku), pemberita mereka sering berkumpul di warung teh tarik berhampiran Jalan Riong. Sambil minum teh tarik, mereka berbual mengenai apa strategi Mustapa nak hasilkan berita dan rencana.

Seorang wartawan vetren di situ berkata:

"Kalau ikut firasat aku yang dah lama dalam bidang persuratkhabaran ini, kalau UMNO tak sediakan peruntukan khas anggaran Rm10 juta/tahun, jangan harap lamanweb UMNO akan ada penyumbangnya. Saya kenal sangat kepala hotak penulis UMNO. Yahya Ismail ke? Hehehe?. Itulah penyangak nombor satu. Khalid Jafri - korang semua tau saja lerrrr?..! Kalau Mustapa kata Lamanweb UMNO akan menceritakan maklumat benar sebagai melawan fitnah BA dan PAS, kalian tau lah apa tarafnya surat kabar kita, kan?".

Menjawab pemberita dari Jalan Chan Sow Lin:

"Hei? kawan! Suratkabar aku Utusan Melayu @ Utusan Malaysia. Kalau tak ada URTV, Erra Fazira dan filem star; dah lama kami tutop kedai. Kalau tak buat berita sensasi berbau fitnah, dah lama kami gulung tikar. Kalau lamanweb UMNO nak ceritakan perkara BENAR, saya jamin - Mustapa akan kena pancung dek Mahathir. Sebab, cerita benar mengenai pemimpin UMNO ialah kesah-kesah mereka menyeleweng dan rasuah, rogol anak dara, simpan dara jiran, kebas adik ipar. Kan itu saja berita UMNO yang benar? Cerita kebaikan UMNO mana ada! Kerja UMNO - lain tak ada kecuali memfitnah Anwar, KeADILan, PAS dan pemimpin BA aja?.!!" kata beliau dengan nada selamba.

Sambil menghirup tek tarik yang tinggal setengah gelas dan mengunyak pulut panggang berintikan kelapa parut, pemberita TV-3 (suku) pula mencelah:

"Kau orang ada dengar kerja kosong kat mana-mana ke? Aku rasa nak ?blahhhh? lah. Aku dulu pemberita Sukan. Tapi editor dah arah aku ada-adakan berita tentang sambutan orang ramai terhadap UMNO dan Kerajaan BN. Aku pun pergi lah ke Chow Kit Rd. Aku keluarkan mikrofon nak temu ramah diorang, aku pulak yang kena kutuk. Tak pasal-pasal kena sumpah seranah. Aku pulak yang dituduh sebagai penjilat ?j*b*q? Mahadey. Ewahhh?. Malunya aku ?ngko tau? Dari 100 aku interview, satu, dua yang sanggup ampu. Itu pun budak dadah jaga kereta aja. Bila aku sunting di bilik rakaman, semua tak boleh pakai. Kutuk gomen aja?.", katanya.

Mereka semua pakat ketawa. Kawan kita dari NST menyahut selamba:

"Aku ada cerita baru nih. Masa tu aku jadi ?court reporter?. Aku kena laporkan prosiding mahkamah mengenai kes Anwar. Balik ofis aku tulis di komputer. Tak sikit punya panjang, ?nko. Berjela-jela. Bila pass-up kat Chief Editor, dia potong semua kecuali dua peringgan aja. Aku tanya: mengapa? Katanya - daripada aku kena buang kerja dek UMNO macam Nazri Abdullah, lebih baik aku buat berita Fitnah. Bukan semua orang pergi ke mahkamah. Hentam saja lerrr? Tentu arah orang baca HARAKAH.." Semua pakat ketawa. Berdekah-dekah.

Menyampuk si Arip, mamat pemberita dari Berita Harian. Katanya dengan muka yang serius:

"Woii?Beb. Hangpa dengaq dak ceghita Md. Khir ?Sontoloyo???" katannya dalam loghat Penang, kampung asalnya Balik Pulau.

Menjawab seorang dari Johore keturunan Riau ?Amendenya Mad Aghip?? soalnya.

"Nih. Aku nak habaq bagi hang. Mahadet dah woning dia siang-siang. Kalu dia tak leh nak kontrol public opinion oghang Selangoq pasai isu Putera Jaya jadi Wilayah Persekutuan, garenti mahadet cabut habeh gigi dia. Mampoih kawan kita habih gigi tinggai gusi noooo?!!" balas si Mamat Penang tuh.

Menjawab Mek Ganu yang senior di Malay Mail, katanya, "Apo dok susoh nyo. Konyeh-konyeh tela aje la. UMNO tak ke gitu? 800 juta royalti PAS kat Terengganu pong tak cukok. Kunun pulok wakil ghakyak Selangor. ?Sambal? aja leee?"

Seorang pemberita yang baru direkrut bercerita. Katanya dia sekarang kena tulis rencana untuk ruangan Forum Pembaca. Paling kurang satu siaran mesti siap dua salinan surat pembaca. Tapi dia tak boleh letak namanya?? katanya merungut.

"Habis apa?" soal seorang yang berpengalaman di Utusan Malaysia.

Dengan muka malas pemberita baru rekrut itu menjawab, "Aku kena tulis surat untuk dimuatkan ke dalam Forum Pembaca, kemudian letak nama orang lain. Bila orang baca, macamlah surat itu sokongan orang ramai terhadap dasar kerajaan UMNO. Seolah-olah macam rakyat serang Pembangkang??"

Sahut seorang pemberita lama dari hujung meja panjang mamak di situ,

"Oiii..kawan. Kalau kau nak lama kerja di Chan Sow Lin, kau jangan pecahkan rahsia nih. Kalau chief editor kau tau, tak lama kau jadi wartawan. Itu perkara biasa dalam persuratkabaran media arus perdana. Pandai makan pandai simpan. Trik mesti ?ampu kerajaan?. You fikir Kadir Jasin, Nazri Abdullah, Johan Jaafar tu sikit punya kaliber ke. Terhumban!! Kesalahan deme bukan besar sangat - cuma sebab diorang ada prinsip kewartawanan?.." katanya sebagai menasihatkan budak baru tuh.

"Habis, macamana Perang Siber Mustapa Mohamad? Nak isi 30 laman web, susah jugak ya?" soal budak baru rekrut tadi.

"Hai?. Samalah tttttuuuuu?.." jawabnya rengkas. "Selagi UMNO punya rencanan dan berita, mesti FITNAH punya. Mana diorang ada modal lain? Nak lawan lamanweb Reformasi, ?pahitlah kuahnya?. Kitorang sendiripun ada tulis kat lamanweb Reformasi. Siapa tau? ?Ngko tengok berapa banyak cerita benar, cerita rahsia yang dibongkar dalam Laman Reformasi? Kamilah sumbernya. Siapa lagi. Tak kan kami nak membazir tenaga - dapat cerita benar dan sah, editor masukkan dalam bakul sampah. Pos bagi masuk lah ke laman WebAntu, Tranung Kite, Mahazalimtwo Berpuloh-puloh ada. TAPI cerita macam tu tak lakulah dalam lamanweb UMNO. Itu laman FITNAH ?.. ?amfu sana wa amfu sini? aja. Mana ada standard, beb..!", katanya dengan nada meloya!!

"Kalu macam tu, lebih baik aku masuk HARAKAH. Walau gaji kecik, tak apalah. Tak adalah nak membohong rakyat. Aku pun dah hilang minat". Paling kurang aku dapat jadi tentera ?Perang Siber?. jawab budak baru rekrut tuh.

Kabarnya, itulah masalah yang dihadapi oleh Mutapa Muhamad - nak mencari penulis ?tukang Fitnah? untuk 30 Lamanweb UMNO?. Ada keh?

Jawabnya ada!! Mustapa Muhamad boleh pakai ?bom buah sentul? nya?!! Rais Yatim punya belom sedang mengelembung sekarang. Macam belon masuk angin? Belon yang ditiup angin Semngat 46. Masuk angin, keluar asap!!?. Kembang!? HEHEHEHE?!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)